Ahad, 31 Mei 2015

8 KM Perjalanan Dengan Tayar Kereta Pancit

Assalamualaikum..

Bila difikir balik tu, takut jugak kalau benda camni jadi lagi. Alkisahnya..hari tu Saya balik kampung dgn My Mom dan Anak2 tanpa Cik Husband. Cam biasa Saya drive, dalam perjalanan balik, laluan tu ada la sikit tak elok. My Mom ada tegur tayar kereta cam pancit bila terentak. Saya kata tak pa kot. Takut jugak coz jauh lagi perjalanan..baru kat Gunung Keriang nak sampai Alor Setar. 


Sampai rumah, lupa pi benda ni. Tetiba Haziq Muqri mai bagitau, "Mama, tayar kereta tak dak angin". Pegi tengok mmg pun. Tak dak terus. Kelepek jadinya. Gabra jugak, nasib baik dah sampai rumah. Kalau tak kacau jugak. Just tunggu Cik Husband balik..


Bila dibuka  tengok..memang pancit teruk, Cik Husband kata sampai pecah kat dalam tu.  Cik Husband kata kalau Saya berhenti tepi jalan maybe tak teruk camni. Mana la Saya nak tau. Time tu Saya drive ja tanpa pikir apa pun. 


Bila chek..ni la punca dia. Paku terbenam kat tayar. Besaq jugak paku tu. Tak tau la mai dari mana. takut la kalau kat kampung. Saya pun tak perasan.

Apa pun..Saya selamat sampai rumah..kalau jadi tengah jalan..kacau jugak tu. Semoga kejadian camni tak berulang dahhh..

- Mummy Ira -
lit dan masalah jerawat (jenis-jenis kulit) salam penuh keikhlasan untuk semua..ss x nak cakap banyak la kali ni,ss just nak share tentang kulit dan masalah jerawat yang ss dapat dari 1 majalah yang ss beli. sumber: variasi asas solekan (amy janz & lily haslina nasir) keluaran alaf 21

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Pentingnya Penjagaan Luar & Dalam

Assalamualaikum..

penjagaan
Setiap wanita yang sudah bergelar ibu perlu memastikan penjagaan kesihatan diri mereka luar dan dalam. Ia penting untuk memastikan badan kembali segar dan sihat semula. Selain melakukan urutan dan mandi herba, ibu perlu mengambil beberapa sumber makanan yang berkhasiat supaya badan kembali kekal segar.
  • Madu
Madu antara bahan semula jadi yang baik untuk penjagaan kesihatan. Ia sesuai untuk ibu selepas bersalin kerana madu mengandungi anti bakteria semula jadi, vitamin C dan bahan yang mampu merangsang pertumbuhan sel baharu dan membaiki sel yang rosak.

Biasanya selepas bersalin, ibu mudah berasa letih. Minum madu dapat memberi tenaga tambahan dengan segera kerana kadungan glukos dan fruktosa di dalamnya. Ia juga membantu menambah darah dan selera makan.

Paling menyeronokkan, madu dikatakan dapat membantu mengurang dan mengawal kolesterol kerana kandungan gula asli dalam madu mengandungi antioksidan, bebas lemak, bebas kolesterol dan bebas garam.

  • Halia
Membantu menghadamkan makanan dan mengelakkan sembelit.

Membuang angin yang terdapat dalam usus kecil dan besar.

Membuang kahak dan lendir yang melekat di bahagian halkum.

Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buah-buahan atau sayur-sayuran yang telah dimakan atau diminum.

  • Serai wangi
Menghilangkan bau hanyir dan bau badan selepas bersalin.

Menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit.

Aroma daun tersebut apabila direbus umpama terapi dan dapat menghilangkan rasa stres.

Memanaskan badan yang rasa sejuk.

  • Sirih
Sebagai bahan pencuci pada bahagian vagina bagi merawat keputihan untuk wanita. Menghilangkan bau, gatal-gatal atau jangkitan bakteria.

Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu selepas bersalin.

Membantu menghilangkan gatal-gatal kulit seperti kurap dan kayap.

Menghilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.
Selamat mencuba yee..
sumber majalah pa & ma
 - Mummy Ira -

4 SEBAB MENGAPA WANITA CEPAT GEMUK DAN NAMPAK TUA SELEPAS BERKAHWIN..

Assalamualaikum..

Its ok..' SADOMOK' pun ok jaa..janji sihat..hati happy..hubby n ank2 sayang kita..


4 SEBAB MENGAPA WANITA CEPAT GEMUK DAN NAMPAK TUA SELEPAS BERKAHWIN....

Sesetengah para suami ada yang bercadang untuk mencari perempuan (isteri) lain kerana menganggap isteri mereka sekarang sudah tidak cantik, nampak tua dan GEMUK.

Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri anda dan ibu kepada anak-anak anda cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.

Tetapi kasihan kaum ibu, mereka terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis.

Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 tak dengar anak menangis...jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul-betul.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir.

Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pulak.

Sayang katanya... takut membazir. Membazir itu kan amalan syaitan.

Si suami pulak dengan selamba mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tidur mati silap-silap buat-buat mati.

Kalau yang dengar pun buat-buat tidur lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tidurnya.

Si ibulah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak.

Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua.

Kedut-kedut pun mula wujud. Kan petua untuk cantik kena minum air banyak dan TIDUR SECUKUPNYA.

4. Bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan.

Dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. jadi, wanita pun membebel, marah-marah... dan bila marah-marah, banyak leter, cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya. ..wanita cepat tua dan cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI..

Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda.

Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..

Tapi kalau sang suami boroi...sebab apa pula??


sumber facebook Ustaz Nasir

- Mummy Ira - 

Inilah 5 Pemimpin Negara Yang Paling Dibenci Dunia!

Assalamualaikum..

Inilah 5 Pemimpin Negara Yang Paling Dibenci Dunia! | Bukan mudah untuk menjadi pemimpin tambahan pula menjadi pemimpin sesebuah negara. Banyak pemimpin-pemimpin yang aggal mentadbir negara dengan baik. Lihat sahajalah ketika ini, pergolakan disana sini. Namun, ada beberapa pemimpin yang paling dibenci di dunia suatu ketika dahulu.Diantaranya :

Inilah 5 Pemimpin Negara Yang Paling Dibenci Dunia. Bukan mudah untuk menjadi pemimpin tambah-tambah lagi untuk menjadi pemimpin bagi sesebuah negara.
Pol Pot

Saloth Sar Aka Pol Pot dan Khmer Merah parti politiknya yang memerintah Kemboja selama empat tahun (1975-1979), tetapi orang-orang Kemboja tidak memiliki kenangan yang baik dari pemerintahannya, mereka ingat Pol Pot sebagai penguasa yang sadis. selama pemerintahannya sekitar 2 juta rakyat Kemboja mati kerana kelaparan, pembunuhan politik, kerja paksa dll. Kekuasaan Pol pot berakhir selepas pencerobohan Kemboja oleh negara jiran Vietnam pada tahun 1979, pembunuhan beramai-ramai selama pemerintahan Pol pot itu yang biasanya disebut sebagai Genosid Kemboja.

Inilah 5 Pemimpin Negara Yang Paling Dibenci Dunia. Bukan mudah untuk menjadi pemimpin tambah-tambah lagi untuk menjadi pemimpin bagi sesebuah negara.
Adolf Hitler
Adolf Hitler (20 April 1889) adalah diktator Jerman yang terkenal, dianggap bertanggungjawab terhadap Holocaust; Adolf Hitler memerintah Jerman 1934-1945 sebagai penguasa mutlak. Adolf Hitler menjadi presiden Nasional Parti Pekerja Sosialis Jerman pada tahun 1932. Menurut anggaran antara 1939 dan 1945, kekuasaan Hitler membunuh lebih dari 14 juta orang, termasuk enam juta orang Yahudi, orang-orang mati di kem-kem tahanan, ghetto dan pelaksanaan massa, selain cara yang disebutkan di atas, banyak orang mati kelaparan dan penyakit ; Kekuasaan Hitler berakhir tepat setelah perang Jerman melawan Rusia pada Jun 1941, ketika pasukannya kalah perang dari Rusia; Hitler mati pada 30 April, 1945 selepas membunuh diri.

 Inilah 5 Pemimpin Negara Yang Paling Dibenci Dunia. Bukan mudah untuk menjadi pemimpin tambah-tambah lagi untuk menjadi pemimpin bagi sesebuah negara.
George W Bush

George W Bush (lahir 6 Julai 1946) sebagai presiden Amerika Syarikat 2001-2008, George Bush adalah salah satu presiden Amerika paling kontroversi dan dibenci, ia terpilih sebagai Presiden dalam pilihan raya yang sangat kontroversial 2001 dan dia juga bertanggung jawab memulakan perang terhadap keganasan yang terkenal pada tahun 2001.

Menurut para ahli, dunia dan khususnya dunia Islam membenci Bush, kerana polisi luar negerinya. Dunia sedang menghadapi kekacauan dan kehancuran; Menurut kajian yang berbeza dari orang awam Amerika juga tidak begitu senang dengannya, terutama kerana pengeluaran tentera yang berat dan causalities awam perang melawan keganasan, sehingga ketika ini Amerika Syarikat telah menghabiskan $ 704.000.000.000 hanya di Iraq, selain itu , lebih dari 5000 tentera dan beratus-ratus orang awam terbunuh dalam perang yang tidak popular.


Inilah 5 Pemimpin Negara Yang Paling Dibenci Dunia. Bukan mudah untuk menjadi pemimpin tambah-tambah lagi untuk menjadi pemimpin bagi sesebuah negara.

Joseph Stalin

Pada tahun 1924, setelah kematian Lenin, Joseph Stalin menjadi pemimpin Soviet Union, dianggarkan lebih dari 60 juta orang mati di bawah pemerintahan diktator ini, ia juga dianggap bertanggung jawab atas kelaparan rakyat Soviet 1932-1933.

Menurut catatan rasmi Rusia, Stalin mengupah sekitar 800,000 orang untuk kejahatan politik dan jenayah.

Selama tahun 1932-1933, akibat polisi pertanian Stalin gagal, Rusia dan terutama Ukraine menghadapi salah satu kelaparan terburuk dalam sejarah Soviet, diyakini bahawa 6 hingga 8 juta orang meninggal dalam bencana kelaparan ini, di Ukraine kelaparan ini dikenali sebagai Holodomor.


Inilah 5 Pemimpin Negara Yang Paling Dibenci Dunia. Bukan mudah untuk menjadi pemimpin tambah-tambah lagi untuk menjadi pemimpin bagi sesebuah negara.
Ariel Sharon

Ariel Sharon (lahir 1928) memegang jawatan sebagai Perdana Menteri 11 Israel dari bulan Mac 2001 hingga April 2006, ia juga menjabat sebagai komander di Angkatan Darat Israel dari tahun 1940-an hingga awal 1970-an, ia mengambil bahagian dalam Perang Kemerdekaan 1948, 1956 Suez War , Perang 6 Hari tahun 1967, dan Perang Yom Kippur-1973. Setelah bersara dari tentera, Sharon bergabung dengan Parti Likud sayap kanan, dia sangat menyokong pembangunan penempatan Israel dibenarkan di tepi Barat dan Jalur Gaza pada tahun 1970, 1980 dan 1990-an.

Pada tahun 1983, sebuah suruhanjaya ditubuhkan oleh Kerajaan Israel untuk menyiasat insiden yang berkaitan dengan perang Lebanon 1982, didapati bahawa Ariel Sharon secara tidak langsung bertanggung jawab atas pembunuhan beramai-ramai orang awam di Sabra dan Shatila, ketika ia menteri pertahanan Israel.

Sabtu, 30 Mei 2015

Tips / Petua Rawat Ruam

Assalamualaikum..

Risaunya kalau si comel dijangkiti ruam. Sudah puas sapu ubat krim yang diberi doktor tetapi ruam di kawasan punggung bayi tetap merah. Akibatnya si manja asyik merengek sebab tidak selesa dan kesakitan. Apa kata kali ini mama cuba beberapa petua tradisional. Mana tahu ia berkesan kepada bayi anda.

  1. Buah manjakani

Tumbuk beberapa biji buah manjakani sehingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada bahagian tubuh yang terdapat ruam. Lakukan setiap malam.

  1. Daun buluh

Ambil sengenggam daun buluh dan tumbuk sehingga lumat. Bancuh dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian sapukan pada bahagian yang terdapat ruam.

  1. Tepung ubi

Ambil sesudu besar tepung ubi kayu dan bancuh dengan air sejuk, kemudian sapukan ke bahagian badan anak yang ada ruam.

  1. Limau purut

Ambil buah limau purut yang telah masak dan dibelah dua. Bakar sehingga kehitaman kulitnya. Biarkan sehingga sejuk kemudian sapukan isi limau pada bahagian yang dijangkiti ruam.

sumber pa & ma 

- Mummy Ira -

Mengapa Wanita Hamil Tidak Boleh Berkasut Tumit Tinggi ?

Assalamualaikum

tumit tinggi


Anda disahkan mengandung tetapi masih suka berkasut tumit tinggi? Lupakan sahaja jika anda tidak mahu ia mengganggu tumbesaran anak dalam kandungan. Walaupun berkasut tinggi nampak cantik dan menyerlahkan penampilan (terutama bagi wanita yang rendah) tetapi lebih baik anda fikirkan keselamatan diri sendiri dan ‘orang di dalam’.

Ketahui sebab utama kenapa wanita hamil tidak boleh berkasut tinggi seperti berikut ini

  • Masalah kaki bengkak
Kaki menjadi bengkak memang sinonim dengan wanita hamil tetapi apabila masih degil bertumit tinggi walaupun perut semakin membesar, anda sememangnya menempah masalah. Bebanan badan yang semakin bertambah tertumpu di satu titik iaitu di bahagian kaki hadapan. Ini menyebabkan kaki ibu hamil bengkak kerana kaki perlu menanggung badan yang semakin membesar.
  • Menyebabkan varicose vein
Semakin tinggi kasut yang anda pakai, semakin jelas kelihatan otot pada betis dan paha anda. Ini akan menyebabkan masalah varicose vein semakin kronik bahkan kaki juga mudah penat apabila berjalan.
  • Mengganggu keseimbangan badan
Semakin lama perut semakin membesar seiring dengan usia kehamilan anda. Dengan adanya beban baharu di perut ia membuatkan fokus berat badan berubah. Jadi, keseimbangan badan turut berubah dan kemampuan untuk menyeimbangkan badan semakin berkurangan. Apabila ibu asyik memakai kasut tinggi walaupun kehamilan sudah masuk trimester ketiga, maka ia hanya mengundah bahaya ibu mudah terjatuh.
  • Sakit saraf sciatica
Ibu hamil berisiko merasa kesakitan dari bawah punggung hingga ke tapak kaki. Semakin membesar kandungan, rasa sakit ini menekan saraf sciatica. Ibu akan mengalami kejang kaki atau tapak kaki seperti dicucuk.
  • Sakit punggung
Posisi kaki ketika berdiri membuatkan beban badan tertumpu kepada bahagian kaki hadapan. Lebihan beban pada kaki menyebabkan sumsum tulang belakang dan punggung berasa pedih kerana ketika hamil ibu perlu menanggung berat badan sendiri dan berat bayi dalam kandungan. Justeru, kaki yang menampung bebanan tersebut membuatkan punggung terasa sakit.
sumber majalah pa n ma

Selain itu kesan dari penggunaan kasut tumit tinggi ni boleh mendatangkan bahaya kepada si pemakainya..

Bahaya kasut tumit tinggi


  • Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
  • Neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
  • Pergelangan kaki mudah terseliuh.
  • Sukar mengimbang berat badan.
  • Kecacatan haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
  • Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asal dan menimbulkan masalah kesihatan bukan saja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.
  • Peredaran darah terganggu.
  • Tekanan pada jari menjadi lebih besar hingga menyebabkan jari kaki bengkok.
  • Kaki lebih mudah cedera terutama pada bahagian buku lali.
Sumber google

- Mummy Ira -

Bidai Kayu Lama Diganti Dengan Yang Baru

Assalamualaikum..

Akhirnya sampai jugak Bidai Kayu yang ditempah. Bidai kayu ni bukan yang ready made tapi kita bagitau patern camna kita nak..nanti depa buat n hantar mai rumah. Tempah di Changloon nuhh..jauh sikit ja. Sebelum ni dah pernah ambek Gazebo tu yang buat bidai kayu ni kat depa gak. Pasai hasil kerja tangan depa elok memang elok. Yang boleh guna bidai sebabnya lindung tak bagi orang nampak.

 sebelum ni guna bidai kayu yang jenis ni berbelas 
tahun lamanya..

 sampai bidai kayu yang ditempah
 ni la bidai kayu tu, ganti yang lama tukar yang baru..
nak lindung tak bagi orang nampak

- Mummy Ira -
  

Resepi MAKARONI BAKAR - Facebook Chef Wan'

Assalakualaikum..

Resepi Makaroni Bakar dari facebook Chef Wan'


MAKARONI BAKAR
BAHAN-BAHAN : 

 
300 gm macaroni - direbus sampai kembang
500 gm ayam/daging cincang
2 cawan cheese monzarella/cheddar
30 gm butter
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cawan susu segar
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh oregano/italian mix herbs
1 kiub pati ayam
4 biji telur
Garam secukup rasa
* Rebus makaroni sampai kembang dan toskan airnya.


CARA MEMASAK : 

 
1. Panaskan butter dan tumis bawang merah dan bawamg putih yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan daging cincang dan biar sampai daging masak.
2. Masukkan lada sulah dan serbuk oregano , susu dan kacau , kemudian masukkan semua makaroni tadi dan kacau lagi supaya semua bahan sebati . Masukkan kiub pati ayam yang telah dihancurkan dan jika masih kurang masin baru la ditambah garam.
3. Bila sudah masak tutupkan api dapur dan baru la dimasukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau macaroni ini.
4. Masukkan macaroni separuh loyang dulu dan boleh la di susun keju monzarella kemudian terus masukkan macaroni lagi sampai penuh loyang pembakar. Susun cheese di atas macaroni. Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sampai keju bertukar kewarna golden brown . Boleh la dibawa keluar dari oven dan biarkan sejuk dulu sebelum mengeluarkan macaroni ini dari loyang.


sumber facebook Chef Wan

Resepi KACANG BERSALUT

Asslamualaikum..

Rasanya ramai yang suka makan Kacang Bersalut . Saya ada jumpa resepi ni dalam fb
Dang Wangi.

 

Resepi Kacang Bersalut

Bahan2:
1. 500 gm kacang tanah.
2. 5 ulas bawang putih..tumbuk
3. 1 sb serbuk cili.
4. 2 sb gula.
5. 2 sk garam
6. 2 biji telur.
7. 5 sb tepung gandum.
8. 1 sb tepung beras.

Cara memasak:

1. Bersihkan kacang tanah (tidak basuh)

2. Campur semua bahan2 no. 2, 3, 4, 5, 6. Gaul sampai rata dan diperingkat ini garam dan gula juga hancur.

3. Masukkan bahan2 no. 7 dan 8. Pastikan tepung membalut kacang tanah.

4. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana.

5. Apabila masak, angkat dan tapis.


Selamat Mmencuba..

sumber facebook Dang Wangi.

Jumaat, 29 Mei 2015

Sekadar Perkongsian

Assalamualaikum..


Semoga hati yg ada di dalam dada kita tidak terpalit dari sifat ini... Mohonlah pada Allah agar kita dijauhi dari sifat2 ni...





 
sumber facebook Hanya Hamba

- Mummy Ira -

Khamis, 28 Mei 2015

Charlie Atau Nama Lainnya Kumbang Rove

Assalamualaikum..

Akibat dari anak kembar Saya yang kena simptom camni..so Saya pun googel n jumpa la cerita pasai ni.  Jom Baca..

Serangga ni namanya Charlie, glamer kan namanya?. Dok gugel cari pasai Charlie ni,  kebanyakkan cerita ni  mai dari kawasan Utara, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tambah plak mai musim menuai padi lagi banyak kerana habitat sebenarnya ialah sawah padi. Serangga ini sangatlah berbisa kerana boleh membawa maut. Kalau kena ja  gigitan serangga ini, boleh menyebabkan rasa panas seta boleh meninggalkan parut. 

Rove Beetle atau nama lain Charlie sangat beracun (Racun Charlie bersamaan dengan 12 kali ganda racun Cobra) . Orang Melayu panggil SEMUT SEMAI / SEMUT KAYAP. Terdapat lebih kurang 47,000 jenis spesis untuk serangga ini. Saiznya yang kecil kurang 1cm. Charlie kebanyakkan dijumpai di padang padi, padang sekolah dan hutan. 



Nama Am: Kumbang Rove
Nama Spesis: Paederus Fuscipes
Nama Tempatan: Semut Sema, Semut Kayap, Charlie

Kesan:
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang Rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksidannya.

Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya.

So..jangan tepuk serannga tu..hembus ja sampai serangga tu jatuh, kalau pi tepuk dia, kemungkinan ekornya kena kulit korang, secara automatik korang akan terasa pedih, panas dan akan menghasilkan gelumbung-gelumbung air.



 
 
 ni Hazim Zikry yang kena

Cara-Cara untuk mengelak Charlie dari mendekati kita :
  • Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu / tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. 
  • Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. *guna aerosol itu payah sikit. dia susah mati sebab dia lasak* 
  • Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. 
  • Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. KALAU ADA RASA GATAL OR SUSPEK GATAL-GATAL PI MANDI TERUS.
  • Letak bedak biar dia kering, tangan tu jangan menggatal pergi mengurut / mengusik / menggaru or sewaktu dengannya.
  •  Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.

NOTE : CHARLIE SEBENARNYA TAKDE MASALAH, TAK MEMBAWA MUSIBAH, DIA MENJADI BAHAYA BILA BAHAGIAN ABDOMEN YANG MENGANDUNGI HAEMOLIF AKA RACUN TU PECAH & RACUN TU LEKAT DEKAT KULIT KITA. 

sumber http://ohrojak.blogspot.com/   dan  
 http://tengkubutang.blogspot.com/

- Mummy Ira -

Rabu, 27 Mei 2015

Jom Ramai Ramai Meriahkan Karnival Amal Hari Penyayang 2015

Assalamualaikum..

Meh..Saja Saya nak habaq mai..buat orang Kedah, orang utara, yang pakat balik cuti, yang berdekatan dengannya..hujung minggu ni, pakat pi la stadium Darul Aman..Yayasan Sultanah Bahiyah menganjurkan  Karnival Amal Hari Penyayang 2015 .. 28 - 30 Mei 2015

Macam2 aktiviti yang ada..Larian Bendang, Forum agama, bazar jualan, derma darah, ada pertandingan futsal, mewarna, lelongan amal dam banyak lagi

 

 
 

 
Peraduan mewarna terbuka kepada peserta berumur 5-12 tahun (5 kategori)
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi YAYASAN SULTANAH BAHIYAH
 ditalian 04-7304112 / 7311870 (Cik Mashitah)

 untuk acara Larian Bendang

Jom pakat ajak family, kawan2 sedara mara pi karnival amal hari penyayang di Stadium DarulAman . Dari tak buat apa, sekurangnya ada jugak aktiviti yang nak buat.  More info boleh ke fb Yayasan Sultanah Bahiyah

- Mummy Ira - 

Selasa, 26 Mei 2015

Beli Jugak Kasut Plussize Ni

Assalamualaikum..

Finally..beli jugak kasut ni..Kkdg bila kaki big size ni ssah jugak nak cari yg big size ni..seb baik sempat beli kat ‪#‎hlmboutique‬  ada kasut plus size ni. Yang bestnya boleh pi tngk n try sendiri lagi puah hati. Bab2 kasut ka baju ka tak brapa berani nak beli online..takut silap saiz jenuh nak tukaq. Dah ada tempat pi ja beli..kasut ni bila pakai rasa, lembut sedap pakai. Harga pun tak mahai..rm 20 ja..dah murah, tnggu tak belii..klu abes kasut tu boleh nanges Mummy..dah tngh tak dak kasut ni..

 kasut plussize..saya beli kaler purple..RM 20 jaa..

 kalau kut gambar ni, ada 4 jenis kaler..

- Mummy Ira -

Viral - Kisah 'Anak Syurga' Ruqayyah Farhani Yang Jadi Viral Di Laman Sosial

Assalamualaikum..
Saya nak share kisah 'Anak Syurga' Ruqayyah Farhani yang skrg tengah viral di laman sosial. Sesungguhnya bukan senang kita nak terima n tabah dengan kehilangan orang tersayang ni..tapi Ruqayyah Farhani tabah menghadapi ujian dari Allah bila kehilangan salah seorang bayi kembarnya. Jom baca kisah 'Anak Syurga' Ruqayyah Farhani yang Saya share dari facebook beliau.
 


"Perkongsian, dari aku yang lemah.

[ sebab raaaaamai sangat yang tanya kisahnya ]

Di Mesir.

Selepas mendapat tahu akan 'surprise' kembar yang Allah berikan, aku dan suami begitu gembira, bahagia di atas hadiah ini. Aku tahu, terlalu ramai mereka di luar sana yang menginginkan anak kembar. Dan aku dipilih Allah untuk membawa 2 janin di dalam 1 rahim. Tika itu, sangat merasakan betapa sayangnya Allah pada hamba dia dengan memberikan banyak nikmat, sedangkan dosa kita terlalu banyak dan merasakan tidak layak untuk menerima anugerah tersebut. Aku dan suami kembali bermuhasabah diatas apa yang Allah berikan. Sujud syukur dan air mata mengiringi, tanda syukur pada yang Esa.

Dipendekkan cerita, atas beberapa sebab keadaan dunia perubatan di Mesir, kami mengambil keputusan untuk aku pulang ke Malaysia dalam memberikan yang terbaik buat bayi yang dikandung. Walaupun mengetahui berjauhan itu sangat perit bagi mereka yang telah berkahwin. Namun, apa lagi yang lebih berharga selain dua anak di dalam perut ini. Maka kami teruskan. Sikap 'percaya' antara satu sama lain kami terapkan sepanjang berjauhan. Siapa yang tidak sedih, melalui fasa perjalanan mengandung dalam keadaan suami jauh. Namun, dicekalkan hati dan sentiasa mengumpul semangat sedikit demi sedikit supaya sentiasa ceria sepanjang melalui hari demi hari. Mengandung anak kembar bagiku, sangat tabah dan perlu kuat untuk menghadapinya. Ibu-ibu yang mengandung kembar, pasti tahu.

Maka hari demi hari diteruskan seperti biasa, bergilir bulan disisi keluarga mertua dan keluarga sendiri, menanti kepulangan suamiku yang sepatutnya pulang pada minggu ke 33 kehamilan. Ketika kandunganku berusia 29 minggu, takdir Allah menentukan untuk aku bersalin pada waktu ini. Aku sudah mula merasakan sakit-sakit hendak bersalin. Waktu ini, aku berdoa agar anak yang di dalam kandungan masih dapat bertahan untuk tidak keluar sehingga 'due' yang sepatutnya. Sekurang-kurangnya sehingga kepulangan suami yang berbaki 4 minggu. Namun, aku harus bersedia bila-bila masa sahaja untuk bersalin, dan harus kuat semangat untuk melahirkan anak sulung dalam keadaan suami tiada di sisi.

Alhamdulillah aku selamat melahirkan dua puteri kembar usai azan subuh berkumandang pada 11 Mei 2015. Semua terlalu pantas. Suami tidak sempat untuk pulang kerana masih ada tugas. Kami namakan Maryam Farihah untuk si kakak dan Marsya Farihah untuk si adik.

Selepas bersalin, kedua bayi terus dimasukkan ke dalam NICU untuk dipantau rapi di atas sebab kelahiran yang sedikit awal. Sepanjang Maryam dan Marsya di hospital, aku berulang alik ke hospital untuk melihat bayi seorang diri dalam keadaan masih berpantang. Sangat respect akan ibu-ibu di luar sana yang mempunyai anak-anak premie. Dalam keadaan diri sendiri sakit-sakit, tetapi tetap melihat anaknya. Begitulah kasih seorang ibu pada anaknya.

Sehinggalah ditakdirkan pada hari yang ke 14, (Ahad, 24 Mei 2015), anak pertamaku Maryam Farihah perlahan-lahan pergi meninggalkan aku. Kata doktor, ada infection dalam darah dan menyebabkan kegagalan oxygen bergerak dengan baik. Aku pun kurang tahu kaitannya, mungkin juga salah faham. Apa pun, aku menjadi saksi semuanya. Subuh dia keluar ke dunia, dan kembalinya juga kepada pencipta pada waktu subuh ditemani hujan rintik-rintik hujan mengiringi pemergian puteri pertama kesayangan kami. Alhamdulillah, aku tenang. Hanya memikirkan suamiku, babanya yang masih belum sempat melihat dan memegang anaknya di depan mata, namun sudah pergi untuk selama-lamanya.. Perginya ke Syurga. Bahagia di sana, sedang bergembira di Syurga.

Maryam Farihah puteriku, begitu mudahnya Allah mengeluarkanmu dari rahimku, dan menjadi mudah juga bagi Allah untuk menarikmu kembali. Kami sedar yang anak itu hanyalah pinjaman buat kami. Engkau ya Allah yang berhak untuk mengambilnya kembali. Sesuai dengan namanya Maryam, sebagaimana kisah di dalam Al-Quran bersalin bersendirian. Begitu juga denganku yang bersalin bersendirian. Engkau setabah 'Maryam'. Farihah, yang bermaksud kegembiraan, gembiranya engkau di Syurga menemui Allah azza wa jalla.

Kehadiran kedua puteriku membuatkan kami berdua kembali berfikir dan terus berfikir akan hikmah yang Allah berikan semua ini. Episod demi episod datang dan terus datang ke dalam hidup kami. Tidak sempat suamiku melihat perutku yang memboyot-boyot, menemaniku ketika bersalin, melihat dan memegang anaknya, dan kini Engkau memanggil Maryam untuk pulang. Suamiku sangat redha, dan dia sangat tenang dan bersangka baik dengan Allah.

Alhamdulillah, sepanjang 7 bulan seminggu aku mengandungnya, melihatnya keluar dari perutku, melihat badannya penuh dengan wire di sana sini, memegang jemarinya di nicu, bersembang-sembang, bercerita dengannya, memberi semangat, bernyanyi dan berdoa di depannya, dan membawa jenazah pulang ke rumah. Pertama kali dapat memegangnya, mengucup, meribanya, dan memeluknya di saat jasadnya sudah tidak bernyawa. Namun aku bahagia masih sempat berpeluang menikmati semua itu. Dan Alhamdulillah juga berpeluang untuk memandikan sendiri jenazah anakku itu.

Maryam sangat cantik, sangat bersih, sangat tenang wajahmu sayang. Pasti sudah terbayangkan Syurga yang bakal kau jejaki.

Kehadiranmu membuatkan kami semakin mengingati Allah dan mendekatkan diri kepada Allah. Terima kasih sayang. Aku tahu, ujian itu akan terus datang. Yakin dan percaya pada Allah, nescaya kita akan tenang.

Ayat 11, dari Surah At-Taghabun ( Sila bangun dan cari Quran terjemahan! Atau google! tongue emoticon ) sangat menjadi motivasi buatku. Semalam terfikir-fikir. Ya Allah, teringinnya untuk aku mati syahid. Aku takut, kematianku bila-bila masa sahaja. Tapi amalku masih belum cukup. 


Terima kasih Maryam Farihah, engkau menganugerahkan pengalaman yang berharga buat mama. Terlalu manis. Dan pastinya suamiku yang banyak mendidik dan memberi semangat untuk aku menghadapi semua ini.

Sekarang bila rindu Maryam, cepat-cepat bayangkan dia yang sedang bermain dan berseronok di Syurga. Main lari-lari ke hehe, macam-macam nikmat ada. Sungguh, tak tergambar ketenangan dan kebahagiaan ini setelah apa yang berlaku. 


"Kita tak ada apa nak serah pada Allah. Apatah lagi nak berjanji beri ketaatan kalau anak sembuh. Allah tak perlu apa-apa dari kita. Kita yang perlu taat pada Allah. Ketaatan bukan kalau Maryam sembuh je. Apa pun jadi pada Maryam, ketaatan pada Allah tetap kena beri. Kalau lah doa penuh perasaan dan tangisan tu dah cukup untuk Allah makbulkan doa, maka sepatutnya semua rakyat palestin, rohingya, mangsa banjir dan lain-lain dah terkabul hajatnya. Tangisan kebergantungan mereka pada Allah jauh lebih kuat berbanding kita. Ada benda lain yang Allah nak dari kita. Percaya dan cinta sepenuh perasaan. Allah nak bagi syurga. ❤. Kita serahkan Maryam pada Allah" - Nasihat dari encik suami yang cukup menenangkan. Ahhh~.

Kembarnya, Marsya Farihah masih sedang berjuang lagi di nicu. Hari ini cukup 16 hari. Doakan 


P/s: Terima kasih buat semua yang mendoakan, mendapat puluhan ribu doa dan ucapan. Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran dan terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik ☺

Mama baba sayang Maryam. Tapi sayang Allah pada Maryam melebihi sayang mama baba pada Maryam :')


sumber facebook Ruqayyah Farhani


* semoga Ruqayyah Farhani & suami terus tabah menhadapi ujian dari Allah SWT..

- Mummy Ira -

Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia Bagi Secret Recipe Melibatkan Kesalahan Kebersihan & GMP

Assalamualaikum..

Sebelum ni pun dah heboh pasal sijil pengesahan halal bagi Secret Recipe ni. Kali ni keluar lagi berita pasal ni. Jom baca apa kisahnya dari facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)




KENYATAAN MEDIA

ISU PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA BAGI SYARIKAT SECRET RECIPE MANUFACTURING SDN. BHD.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Hab Halal ingin memberi penjelasan berhubung isu penarikan balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn. Bhd. berikutan kenyataan mengenainya yang disebarkan secara meluas di laman-laman sosial.

Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat tersebut adalah disebabkan telah berlaku perlanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan dan GMP (Good Manufacturing Practice) yang serius. Penarikan ini walau bagaimanapun adalah TIDAK disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk.

Bahagian Hab Halal telah memanggil syarikat terlibat dan syarikat berkenaan telah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan sehingga mengakibatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia mereka ditarik balik.

Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah berkuatkuasa pada 7 Mei 2015. Walau bagaimanapun, penarikan sijil halal tersebut tidaklah menghalang syarikat berkenaan untuk memohon semula Sijil Halal setelah tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia. JAKIM akan membuat penilaian semula terhadap permohonan tersebut berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan ke atas Malaysia Standard 1500:2009 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014.

JAKIM amat memandang serius perkara ini dan mengingatkan kepada setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar sentiasa mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia dari masa ke masa. Tindakan juga akan diambil tanpa kompromi kepada mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran terhadap pematuhan piawaian pensijilan halal setelah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia
JAKIM juga ingin menasihatkan pengguna agar tidak membuat andaian pelbagai dan menyebarkan isu ini secara salah. Sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-8892 5000 / 5001 (talian utama) dan 03-8892 5048 (Pegawai Perhubungan Awam) dan semakan status halal juga boleh disemak melalui Direktori Halal Malaysia di www.halal.gov.my.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Pengarah,
Bahagian Hab Halal, Jakim
26 Mei 2015






sumber facebook JAKIM

- Mummy Ira -

Isnin, 25 Mei 2015

Sekadar Perkongsian - A Baby's Foot

Assalamualaikum..

Sekadar perkongsian..Macam orang dewasa jugak la..kalau pi urut kaki satgi tukang urut tu akan bagi tau..area tapak kaki tu yang bahagian mana. Rasanya tak jauh beza dengan kaki baby. Tapi jangan pulak kita pi urut tekan kuat tapak kaki baby tu..just picit manja2 sudahh.. Ada yang percaya ada yang tak tapi  Such a valuable information for new moms. 



- Mummy Ira -

Sejarah Lambang Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman

Assalamualaikum..

saja saya nak share pasai info negeri terchenta saya ni. Ni saya nak cerita pasai Sejarah BOLA SEPAK Kedah. Ni saya ambek dari  Zamri Hassan‎ fb group NOSTALGIA KEDAH JAMAN DULU

Lambang Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman


 
BENTUK


Bujuran 11 segi melambangkan perpaduan tenaga dan kekuatan dari 11 buah daerah di negeri Kedah Darul Aman, 11 juga melambangkan perpaduan tenaga dan kepintaran 11 pemain dalam satu-satu pasukan dalam pertandingan bola sepak.

Rangkaian kuntum bunga "Allamanda" ("Allemanda Cathartica") dan daun-daunnya melambangkan pula warna kemegahan pasukan. Ikatan rumpun bunga ini juga menggambarkan ikatan perpaduan 3 suku bangsa utama dengan melahirkan rupa bangsa Malaysia yang sama dan bersatu.

Lima kelopak bunga melambangkan pegangan kepada prinsip rukun negara.
Latar belakang bola mengenalkan persatuan ini dengan aktiviti yang diperjuangkan atas moto dan cogan kata "Biar Jasa Jadi Kenangan".

Riben yang terhias nama persatuan selain dari menggambarkan keharmonian, gerak-geri sukan juga melambangkan skaf pemakaian para peminat dan penyokong.

WARNA

Warna utama kuning dan hijau melambangkan negeri Kedah Darul Aman sebagai negeri "pertanian dan tanaman utamanya" padi yang "hijau" semasa membesar dan "menguning" semasa dituai.
Ia juga melambangkan warna pasukan.

Putih melambangkan kebersihan dan keikhlasan serta "Perjuangan Sejiwa Murni".

Merah di lingkaran luar melambangkan naungan dan sokongan menyeluruh kerajaan negeri. Ia juga menjadi lambang berani dan cekal hati.

NOTA

Bunga "Allamanda" ("Allemanda Cathartica") merupakan tanaman tempatan yang mudah ditanam untuk menghiaskan taman dan kawasan. Ia mempunyai warna kuning segar dan daun yang menghijau tua. Ia akan dijadikan pakaian pemain dan peminat seluruhnya.

Kuning hijau dan merah juga adalah warna negeri Kedah Darul Aman. Kuning adalah warna di raja rasmi bagi raja memerintah. Hijau menjadi warna rasmi bakal raja manakala merah adalah warna rasmi menteri besar.


sumber facebook

- Mummy Ira -

Info Tentang Penyalahgunaan Ubat

Assalamualaikum..

Penyalahgunaan Ubat


Pengenalan
Penyalahgunaan ubat berlaku apabila anda mengambil ubat tidak mengikut arahan doktor/ahli Farmasi. Di antara contoh penyalahgunaan ubat adalah seperti berikut :
  • Menggunakan ubat yang dipreskrib untuk orang lain
  • Mengambil dos yang lebih tinggi berbanding yang diarahkan
  • Mengambil ubat dengan cara yang berbeza daripada arahan. Sebagai contoh dengan menghancurkan tablet dan diambil melalui hidung atau injeksi
  • Mengambil ubat bagi tujuan lain iaitu tidak mengikut indikasi yang ditetapkan/diperlukan, seperti untuk menimbulkan rasa ghairah 
Penyalahgunaan ubat boleh menyebabkan ketagihan ubat. Antara jenis ubat yang boleh menyebabkan ketagihan adalah ubat tahan sakit yang mengandungi opiod, ubat tidur, ubat penenang dan ubat perangsang. Terdapat juga ubat tanpa preskripsi (over the counter (OTC)) yang sering disalahgunakan, iaitu seperti ubat yang mengandungi bahan dextromethorphan yang terkandung dalam ubat batuk dan selsema.

Ada pihak yang berpendapat pengambilan ubat preskripsi dan OTC adalah lebih selamat berbanding pengambilan dadah terlarang (kokaine, heroine, kanabis dan sebagainya). Walau bagaimanapun, pengambilan ubat preskripsi dan OTC adalah selamat apabila ianya diambil seperti yang diarahkan oleh doktor/ahli Farmasi. Penyalahgunaan ubat preskripsi dan OTC ini boleh menyebabkan risiko kesan sampingan, termasuk berlebihan dos (overdose) - terutama apabila ianya diambil bersama ubat lain dan alkohol.

Contoh Ubat dan Kesan Penyalahgunaan Ke Atas Badan

Pengambilan ubat preskripsi dan OTC diambil tanpa sebarang keperluan dan tidak mengikut arahan akan memberi kesan ubat tersebut terhadap otak adalah hampir sama dengan dadah.

Penyalahgunaan ubat preskripsi dan OTC ini boleh mengakibatkan pelbagai kesan seperti contoh berikut:



Jenis ubat
Kesan Ketagihan Yang Ingin Dialami
Kesan Buruk Ke Atas Kesihatan
Ubat tahan sakit yang mengandungi opiod
Contoh : Codeine, Oxycodone, Methadone, Morphine, Fentanyl
Rasa gembira dan teruja. Ia bertindak ke atas reseptor yang sama seperti yang disasarkan oleh heroin.

Mengantuk, sembelit dan menurunkan kadar pernafasan. Penurunan kadar pernafasan berlaku terutamanya apabila opiod diambil melalui hidung atau injeksi ataupun dengan kombinasi ubat lain dan alcohol
Ubat tidur dan penenang
Contoh : Barbiturates, Benzodiazepines, Zolpidem
Mengurangkan rasa resah dan menurunkan kadar aktiviti otak yang akan menyebabkan mengantuk dan hilang koordinasi dan memori
Tekanan darah, menurunkan kadar pernafasan yang boleh menyebabkan kematian apabila diambil bersama alcohol.
Ubat perangsang
Contoh : Amphetamine, Methylphenidate
Rasa gembira, meningkatkan tenaga dan tahap keyakinan

Meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah, mengurangkan berat badan, serangan jantung, strok/angin ahmar
Dextromethorphan
Contoh : Dalam ubat batuk dan selsema
Dos yang tinggi bertindak ke atas sel reseptor yang disasarkan oleh phencyclidine (PCP) dan ketamine yang menyebabkan kesan keterujaan dan ghairah

Fungsi motor terjejas, kebas, loya dan muntah, meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah. Selain itu,terdapat juga kes kerosakan otak apabila kadar pernafasan menurun menyebabkan kekurangan oksigen ke otak.

Rawatan Ketagihan Ubat

Rawatan bagi ketagihan ubat adalah melalui 2 cara iaitu melalui tingkah laku (behavioral) dan ubat-ubatan. Kajian yang menunjukkan rawatan ketagihan ubat adalah lebih berkesan apabila pesakit menggunakan kedua-dua rawatan melalui perlakuan pesakit dan ubat.

Rawatan melalui tingkah laku membantu mengajar pesakit berfungsi tanpa ubat, mengawal ketagihan, mengelakkan diri dari situasi menggunakan ubat serta mengendalikan diri apabila ketagihan berulang.

Manakala rawatan dengan menggunakan ubat adalah berdasarkan kelas:

  • Ubat tahan sakit mengandungi opiod
Naltrexone – menghalang opiod bertindak pada reseptor
Methadone – perangsang opioid sintetik yang bertindak pada reseptor yang sama seperti opiod yang lain. Ianya hanya boleh didapati melalui program pemulihan

  • Ubat tidur dan penenang
Pesakit yang mengalami ketagihan kepada ubat tidur dan penenang perlu mendapat rawatan detoksifikasi di bawah seliaan doktor supaya penentuan dos penurunan dilakukan secara beransur-ansur. Pesakit tidak boleh berhenti mengambil ubat secara tiba-tiba kerana ianya boleh mengancam nyawanya pesakit sendiri.
  • Ubat perangsang
Buat masa ini tiada ubat yang diluluskan untuk merawat ketagihan ubat perangsang. Oleh itu, rawatan dengan menurunkan dos ubat perangsang secara beransur-ansur dan rawatan melalui tingkah laku boleh dilaksanakan
  • Dextromethorphan
Tiada ubat yang boleh merawat kebergantungan (dependency) kepada Dextromethorphan. Walau bagaimanapun dalam kes berlebihan dos, Naloxone digunakan sebagai antidot. Masalah ketagihan ini perlu diatasi dengan rawatan tingkah laku dengan sokongan keluarga dan golongan professional. Namun begitu Ia juga memerlukan masa dan komitmen dari pesakit dan keluarga.

Fakta Penyalahgunaan Ubat

  • Peningkatan penyalahgunaan ubat preskripsi dan OTC telah dilaporkan di beberapa buah negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Di Australia dan Amerika Syarikat, penyalahgunaan ubat preskripsi adalah lebih tinggi berbanding dadah terlarang kecuali kanabis. Pesakit mendapatkan ubat preskripsi melalui preskripsi yang diperoleh secara rasuah, preskripsi palsu, penjualan secara haram di klinik dan Farmasi, penyalahgunaan antara keluarga, penjualan haram antara pesakit dan ubat cemar palsu yang boleh diperolehi melalui internet.
  • Secara umum, golongan lelaki lebih banyak terlibat dengan penggunaan dadah terlarang. Walau bagaimanapun, data dari tahun 2005 hingga 2010 yang diperolehi dari Europe dan Amerika Selatan menunjukkan golongan wanita lebih banyak menggunakan ubat tidur dan penenang.
  • Berdasarkan laporan Drug Abuse Warning Network 2004, sebanyak 1% kes melibatkan ubat yang dirujuk di wad kecemasan Amerika Syarikat adalah disebabkan dos Dextromethorphan yang berlebihan dan sebahagian daripada kes tersebut melibatkan pesakit berumur 12 hingga 20 tahun.
sumber http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/ubat-a-anda/umum/penyalahgunaan-ubat