Alhamdulillah Adik Adam Harris Mohd Hisham Beransur Sembuh

By Zahirah Dzahir - 4/07/2015 09:02:00 PG

Assalamualaikum..

Ingat tak kes adik Adam Harris Mohd Hisham yang koma kena langgar dengan van di kat Permatang Sungai Dua. Alhamdulillah adik Adam dah pun beransur sembuh

Kepala Batas: “Saya tak sabar nak pergi sekolah, jumpa cikgu dan kawan,” kata Adam Harris Mohd Hisham, 10, murid tahun empat yang koma selepas dilanggar van di hadapan Masjid Tuan Samad, Permatang Sungai Dua di sini, pada 19 Mac lalu.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, Adam patah tulang rusuk selepas dilanggar sebuah van ketika melintas jalan sebaik pulang daripada mengambil bubur di masjid berkenaan yang mengadakan majlis kenduri.

Berikutan kejadian itu, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh itu mengalami bengkak pada bahagian otak menyebabkan dia koma dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulalu Pinang (HPP).

Bubur itu sepatutnya diberikan kepada ibunya, Norhayati Md Radzi, 35, yang masih berpantang selepas melahirkan anak pada 15 Februari lalu.

“Saya kini semakin beransur pulih, tetapi perlu berulang-alik ke Hospital Seberang Jaya untuk mencuci luka di badan selain mendapatkan rawatan susulan.

“Selepas sihat sepenuhnya, saya akan kembali ke sekolah dan akan belajar bersungguh-sungguh,” kata Adam yang ditemui selepas menerima kunjungan ahli My Alza Owner’s Club (MAOC) Pulau Pinang di rumahnya, di Permatang Sungai Dua, di sini, petang kelmarin.

Norhayati berkata, walaupun semakin pulih dan boleh bergerak, adakalanya Adam sering menangis di waktu malam kerana sakit di bahagian dada.

“Saya bersyukur kerana banyak pihak menghulurkan bantuan, sekali gus memberi semangat kepada Adam untuk menjalani kehidupannya seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Ketua MAOC Pulau Pinang Azhar Mohd berkata, pihaknya prihatin dengan nasib yang menimpa Adam dan tampil memberikan sumbangan wang tunai dan hamper bagi meringankan beban.

- Mummy Ira -

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2015 @ 10:28 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/42091#sthash.JWuYVfXo.dpuf
Adam Harris Mohd Hisham, 10, murid tahun empat yang koma selepas dilanggar van di hadapan Masjid Tuan Samad, Permatang Sungai Dua di si - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/42091#sthash.JWuYVfXo.dpuf

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!