AirAsia Tawar Diskaun 20 Peratus Untuk Semua Tempat Duduk, Penerbangan

By Zahirah Dzahir - 3/02/2015 11:26:00 PG

Assalamualaikum..


Kumpulan AirAsia melalui promosi terbarunya menawarkan 20 peratus diskaun tambang untuk semua tempat duduk dan semua penerbangan ke lebih 100 destinasi di semua rangkaian laluan di 20 negara, tanpa sebarang surcaj bahan api.

Dalam satu kenyataan, Isnin, kumpulan itu berkata, tempahan boleh dibuat di airasia.com mulai 3 Mac hingga 8 Mac 2015 dengan penerbangan mulai 5 Mac hingga 12 Julai 2015.

Diskaun 20 peratus itu juga terpakai kepada tempahan melalui aplikasi mudah alih AirAsia di iPhon dan peranti Android, serta mobile.airasia.com, katanya.

Tawaran itu terpakai kepada semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X dengan kod penerbangan AK (Malaysia AirAsia), D7 (Malaysia AirAsia X), FD (Thailand AirAsia), XJ (Thailand AirAsia X), QZ (Indonesia AirAsia) kecuali penerbangan domestik Indonesia, XT (Indonesia AirAsia Extra), PQ (Philippines AirAsia) dan Z2 (AirAsia Zest), tambahnya.

Ketua Komersilnya, Spencer Lee berkata, dengan rangkaian laluan terbesar di rantau ini, promosi diskaun itu akan meningkatkan permintaan untuk perjalanan dengan AirAsia.

Sebagai rakan kongsi yang terlibat dalam tawaran istimewa ini, pemegang Kad Kesetiaan BIG AirAsia dan Prabayar BIG MasterCard boleh mengumpul mata apabila terbang dengan AirAsia dan juga menebus penerbangan mereka sepanjang tempoh promosi di AirAsiaBig.com, kata AirAsia.


- Bernama -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!