Selasa, 31 Mac 2015

Jom Baca - Cukai GST Barang & Perkhidmatan

Assalamualaikum..
GST 2015 Malaysia



Saya share dari 

Apa itu GST ?
GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap
peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh Kerajaan.

Kadar GST
Kadar GST dicadangkan pada 4% iaitu lebih rendah dari kadar cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhidmatan (5%) yang dikenakan pada masa sekarang.

Mengapa GST perlu dilaksanakan?
Pelaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi
menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien
dan telus serta dapat mengelakkan berlakunya:

Cukai terselindung
Kesan: cukai jualan yang dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada
pemborong dan peruncit, maka ianya telah diambilkira di dalam pengiraan margin
keuntungan.

Cukai bertindih 
Cukai bertindih (double taxation)berlaku di dalam dua keadaan iaitu:

1.Cukai bertindih di bawah sistem yang sama, iaitu samada di bawah cukai jualan atau di bawah cukai perkhidmatan.
Kesan: Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai
perkhidmatan yang dikenakan merupakan sebahagian daripada kos menyediakan
perkhidmatan kepada pengguna.

2.Cukai bertindih di bawah sistem cukai yang berlainan iaitu barang berkaitan dikenakan cukai jualan serta cukai perkhidmatan.
Kesan: Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan
merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan
dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.

Apakah barang atau perkhidmatan yang dikenakan GST ?
Semua barang dan perkhidmatan dikenakan pada kadar standard iaitu 4% melainkan
barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai iaitu pembekalan berkadar sifar dan pembekalan yang dikecualikan.

Apakah barang-barang yang tidak dikenakan GST?
Hampir semua barang makanan asas rakyat Malaysia seperti beras, minyak masak, sayur-sayuran, ikan, telur, daging, ayam, gula dan tepung tidak dikenakan GST (pembekalan berkadar sifar).Rujuk Jadual 1

Selain daripada itu, barang dan perkhidmatan yang dieksport juga tidak dikenakan GST
bagi menjadikan eksport negara lebih kompetetif di peringkat antarabangsa.

Apakah perkhidmatan yang tidak dikenakan GST?
Perkhidmatan asas yang digunakan rakyat Malaysia seperti pengangkutan awam,
pendidikan, kesihatan, perkhidmatan kewangan dan tol lebuhraya tidak dikenakan GST
(pembekalan yang dikecualikan). Selain itu, terdapat juga perkhidmatan terutamanya yang dieksport tidak dikenakan cukai (pembekalan berkadar sifar). Rujuk Jadual 2

dan Jadual 3

Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pengguna dalam membendung

aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan?
Pengguna juga boleh memainkan peranan di dalam membendung aktiviti pengambilan
keuntungan berlebihan ini. Pengguna sepatutnya:-
·-membuat perbandingan harga sebelum berbelanja;
·-sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna;
·-melaporkan apa-apa kenaikan harga yang tidak munasabah kepada pihak yang
berwajib atau persatuan pengguna; dan
·-berbelanja secara berhema

Pandangan bahawa mereka yang tidak membayar cukai penggunaan pada
masa sekarang terutamanya golongan miskin perlu membayar cukai
penggunaan apabila GST dilaksanakan.
Pada masa sekarang, rakyat tanpa mengira kelas pendapatan sebenarnya telah membayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka.

Namun cukai yang dibayar ini terutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dalam inbois atau resit kerana ianya terselindung di dalam harga barangan.

Sebagai contoh bagi setiap RM100 yang dibelanjakan oleh golongan miskin, sebanyak
RM2.38 adalah untuk cukai. Tetapi apabila GST dilaksanakan dan dikenakan pada
4%, beban cukai yang ditanggung akan menurun kepada RM2.17 sahaja. Ini merupakan
penjimatan di dalam perbelanjaan harian mereka





- Mummy Ira -

Lain Kali Baca Dan Faham Betul Betul

Assalamualaikum..

Kadang2 cam blur jugak..bila baca sesuatu benda ni pakai baca ja..rasa cam paham tapi yang betuinya tak paham pun. Nak tau paham ka tak bila buat sesatu tu tetiba tak jadi atau tak betul..mula nak salahkan yang lain. 

Cam baru ni, Saya topup kredit henset..bila lepas cakap akan naik satu note kecik bagitau baki duit ada berapa. Dah tnggai sikit Saya pi beli topup tambah RM 20..besok tu terkejut bila baki tinggal sikit saja..ok..maybe kembar main. Suruh Haziq beli topup RM10 tambah lagi. Tetiba Haziq kata ' Mama..ada RM 30 dalam ni '..terkejut jugak..dah tinggai sikit camna boleh ada bnyk..screen capture wasap kat Cik Husband..dia pone balik dia kata 

' Len kali baca bagi paham..bukan kredit tu abes..tapi baki utk HOTLINK REWARD YANG ABES '....

Mana Saya nak perasannya..dah tulis baki..paham tang baki tu jela..Adoyaii..



- Mummy Ira -

Video - Hari Ke 2 Hujan Lebat Di Alor Setar

Assalamualaikum..

Hari & petang ke 2..Alhamdulillah..hujan turun jugak..tak la panas sangat..hujan lebat jugak  di Alor Setar. Bukan setakat hujan ja..ada sekali petir n guruh..memang takut nak keluar tapi dah ada urusan anak sekolah ni..kena keluar jugak la..Tawakal..

tetap nak ikut..



- Mummy Ira -

Isnin, 30 Mac 2015

Panduan Solat Qasar Dan Jama'

Assalamualaikum..

Salah 1 perkara yang wajib kita tau bila dalam perjalanan jauh ni ialah camna cara nak buat solat qasar dan  jama'. Kalau tak dalam perjalanan jauh pun..tak salah kita tau tentang perkara ni. Senang nanti bila dalam perjalanan jauh tak perlu kita susah hati camna nak buat solat qasar dan jama' ni. 

Jom baca..untuk pemahaman Saya sendiri dan semua.. Saya share dari laman Jakim



SOLAT QASAR

 

Takrifan Solat Qasar
adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

 

Hukum Qasar Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

 

i. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud; “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

 

ii. Al-Sunnah yang bermaksud; ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

 

Jarak Dibenarkan Qasar Dua marhalah 
 iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

 

Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu)

iii. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.

iv. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna)

v. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

 

Niat


أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى


(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)


SOLAT JAMA'
Takrifan Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.


ii. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.



Syarat solat jamak?

Solat jama' taqdim:


i. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.


ii. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.


iii. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.


iv. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.


v. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).


Solat jama' taakhir:



i. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.


ii. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.



Contoh niat solat jama'



Untuk Jamak Taqdim:



i. Jama’ Taqdim Empat Rakaat


أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى



(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)



ii. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar



أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى



(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana 
Allah Taala)


Untuk Jama' Taakhir:



i. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat


أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى



(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)



ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar



أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى



(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)



Semoga kita dapat memahami panduan solat qasar dan jama' dan dapat membantu kita bila berada dalam sesatu perjalanan jauh.  Jangan buat tak kisah tentang solat.. atas alasan kita tak tau cara dan tak sempat nak solat.. Semoga setiap perjalanan kita akan diberkati Allah.



Sumber
- Mummy Ira -

Kenali & Tips Nak Menangani Anak Tantrum

Assalamualaikum..

Rasanya ramai ibu bapa yang ada masalah Anak Tantrum ni..anak2 yang suka marah, mengamuk..termasuklah dengan anak2 Saya. Jom baca info yang Saya share dari FB
Leo Zackery Ibrahim  tentang Anak Tantrum dan Tips Nak Menanganinya

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:


1- Pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- Bisik kan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- Baca ayat Quran dan A'uzu billahi minashaitanir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepadanya dan anda.
4- Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

*Kenali Apa Itu Tantrum?

Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:

1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.

Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya

Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek

Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.

*FAKTOR PENYEBAB TANTRUM

Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:

1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.

2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.

3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.

4) Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.

5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.
6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).

7) Trauma @ Fobia
Anak diseksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.






Moga bermanfaat untuk kita menangani tantrum yang mungkin terjadi pada anak-anak kita. 

Semoga ianya bermanfaat untuk semua..Sharing is caring....

- Mummy Ira -

Jom Makan BOAT NOODLE di HLM Boutique / Fantabulous, Alor Setar

Assalamualaikum..

Pernah dak makan mee kat Boat Noodle..mesti pernahkan. Kalau yang tak tau..yg ni.. bila abes makan pakat dok susun mangkuk jadi bertingkat..yang tu laaa. Rupanya kat Alor Setar pun ada Boat Noodle ni. Tu pun member yang bagitau..kalau dak pakai tak tau tu laa. Tapi ada yang tanya halal ka..Dijamin HALAL..owner dia Nor Ismawarni atau nama FB  Mawar Ismail


Actually kedai ni .. BUTIK , kalau kat signboard dia HLM Boutique / Fantabulous Skincare tapi ada skali dengan Boat Noodle. Kiranya nak pi makan boleh..nak pi shopping pun boleh..nak pi untuk de 2 skali pun boleh. Sambei makan boleh shopping. Kalau sebelum pi tu..nak call dulu pun boleh..takut orang ramai..kot nak booking dulu pun boleh. 

Nak cari butik ni pun memang kena tengok betui2. takut terlepas pandang. Butik ni tingkat atas..kena naik tangga n signboard kaler pink. meh kat bawah ni sya buh pic kot2 boleh bantu kalau ada yang nak pi..tapi kalau nak more details boleh pone ja owner dia..

kalau ada yang tanya kat mana..Saya jawab..Kat Jalan putra, bertentang dengan sek STAR, signboard Fantabulous kaler pink, 

FB  Mawar Ismail
IG Houseofladymawar
013-5969195
 dalam kawasan LITC ni
ni signboard butik + boat noodle+HALAL


Update : signboard HLM  Boutique

seberang tu sek STAR 

masuk pintu ni

  
pintu masuk

 
sapa yang nak shopping pun boleh. ada juga kuih kat stu

  
menu

 
dok tepi tingkap pun best..

boleh makan tiga mangkuk 'big mouth' ..kenyang..full tank..

 yg ni pulak member..peminat Boat Noodle..
Mummy kepada twin gegel

 more details boleh follow ig Mawar Ismail

So..sapa yang teringin nak makan Boat Noodle tu..boleh la pi kat Fantabulous Skincare..k
- Mummy Ira -