Oooo..Pisang Kaki..

By Zahirah Dzahir - 2/08/2015 02:31:00 PTG

Assalamualaikum..

Dok ingat Pisang pasai nama dia Piasang kaki..sekali tengok bukan rupanya. Nama ja sama pisang tapi bukan pisang..Rupa bentuk Pisang Kaki ni lebih kurang cam buah tomato..dulu masa sekolah lagi tak tau apa..orang kata pisang kaki..paham pisang je la..lelama tu tau jugak apa benda la Pisang Kaki atau persimmon fruit..tapi saya tak makan pun..psai manis..My Mom ja yang makan.

Pisang Kaki juga boleh didapati dalam bentuk kering.Namanya Pisang Kaki, tapi rupa dan rasa tak seperti pisang.  Persimmon maksud dia bahawa nama “pisang kaki” berasal dari perkataan ‘kaki’ dalam bahasa Jepun.

Cari kat goggle..Pisang kaki ini dipercayai berasal daripada China. Banyak kebaikan memakan buah pisang kaki ni..sebabnya buah pisang kaki ini mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mengandungi hampir dua kali ganda serat pemakanan . Buah ini jugaada banyak khasiat seperti vitamin A, vitamin C, zat besi, kalsium, magnesium, kalium, protein, karbohidrat, asid organic dan seperti biasa kandungan potassium yang tinggi sama macam pisang-pisang yang lain.

Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkatkan pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.

Tannin yang terdapat dalam pisang kaki ini juga dipercayai boleh digunakan bagi merawat strok. Seperti biasa kandungan gula yang ada dalam pisang nih baik untuk kesihatan kardiovaskular yang mana ia menguatkan otot jantung kita. Namun begitu, pesakit diabetes sama sekali tidak boleh makan buah pisang kaki nih sebab kandungan gulanya lebih tinggi daripada pisang biasa. Pisang kaki ini juga tinggi kandungan diuretic, so ia bagus diamalkan kepada penghidap masalah paru-paru dan jantung. Kerana pisang kaki nih mengandungi tindakbalas diuretic di dalamnya.
 


Kadang2 kita kena tau jugak jenis2 buah ni..senang..tak malu sangat bila orang tanya boleh jugak kita jawab..

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!