Manja Anak ... Ada Hadnya !! Usah Ikut Semua Kehendak Anak !!

By Zahirah Dzahir - 2/08/2015 08:46:00 PTG

Assalamualaikum..

Manja Anak ... Ada Hadnya !!

Usah Ikut Semua Kehendak Anak !!

Anak minta HP bagi.
Anak nak tablet bagi.
Anak nak akaun FB, tolong buka.
Anak asyik main game tak marah.
Itu semasa anak di sekolah rendah.

Apabila anak masuk sekolah menengah.
Anak nak motor ... bagi tanpa soal.
Anak nak upgrade hp yang lebih canggih ... ikut saja.
Anak asyik whatsapp dengan boyfriend biarkan ...
Anak naik motor dengan budak lelaki satu sekolah ... tak apa
Anak keluar tonton wayang dgn budak lelaki ... sporting.
Anak kena raba .. mak ayah tak tahu.
Anak disuruh peluk kuat2 atas motor ... mak ayah tak tahu
Anak kena ramas ?x&^** ... tak tahu.
Anak kena main yang itu *4#@@ ... tak tahu
Memang anak pun seronok.
Bila dah terasa "nikmat", nak lagi. Lagi. Lagi.
Lama2 anak meloya. Muntah. Berbadan dua.

Salah siapa ?
Anak ! TIDAK. T-I-D-A-K.
Kalau mak ayah awas dari awal.
Kalau mak ayah tak bagi semua apa nak mahukan
Kalau mak ayah tarbiyyah anak dengan solat
Kalau mak ayah hadkan pergerakan anak
Kalau mak ayah selalu check apa dalam handphone anak
Kalau mak check apa anak tulis dalam FB
Kalau mak ayah pantau siapa kawan anak
Kalau mak ayah rajin tanya Cikgu pelajaran anak
Kalau mak ayah turut pedulikan anak

KALAU MAK AYAH BETUL SAYANGKAN ANAK
MAK AYAH TAK AKAN IKUT SEMUA KEHENDAK ANAK

MAK AYAH AKAN
TEGAS ... tapi saaaayang anak
TEGAS ....tapi bijak dan berhemah dengan anak\
TEGAS ....tapi jaga kebajikan anak
TEGAS ....tapi penuhi semua keperluan (bukan kemahuan)

Sekadar contoh,
apabila apa-apa berlaku pada anak
Mak ayah sekadar MENYESAL.
Tetapi ... si anak ?
Dia akan sakit
Dia akan merana
Dia akan kecewa
Dia akan murung
Masa depannya gelap
Keceriaannya hilang
Gelak tawanya pudar
Gurau sendanya hilang

KERANA MAK AYAH TERLALU MANJAKAN ANAK
HINGGA MENJEJASKAN KEHIDUPAN ANAK.

* Mak ayah,
Kalau ada masalah dengan anak
Kalau nak hindar masalah timpa anak
Kalau nak tips, petua, pandaun didik anak dengan lebih bijaksan
Mai join saya dan isteri dalam Seminar BACA (Bimbing Anak Cemerlang Alademik) Walaupun bicara soal cemerlang akademik, kami tekankan mendidik anak cara yang lebih bijaksana termasuk mentarbiyyahkan mereka dengan jalan yang diredahi Allah. Banyak yang akan dipelajari InsyaAllah.
Mudah.


fb drshukri

  • Share:

You Might Also Like

2 orang berborak di sini!

  1. Sy kalau anak nk apa2..tgk keadaan apa yg dia mntk..brgntg pd result exam jgk..x simply suka2 je nk bg...

    BalasPadam
  2. Chekgu Azrie..Betui..nak bgi apa pun..kena tngk keadaan jugak..

    BalasPadam