Gajet Pintar Ganggu Ritma Tidur ??

By Zahirah Dzahir - 2/16/2015 12:38:00 PG

 Asalamualaikum

google

Ia disifatkan alasan pelik apabila tidak dapat melelapkan mata - coli, makan malam dan telefon bimbit.
Tapi kalau diikutkan, tidak pelik mana pun cuma tiga perkara ini sering diabaikan apabila sukar tidur lalu meletakkan perkara lain, biasanya dikaitkan dengan tekanan bekerja sebagai punca utama masalah sukar tidur. 
Justeru, sudah tiba masanya menghentikan balasan e-mel kerja pada waktu malam. Menurut kajian baru dijalankan Universiti State Michigan, mereka yang menggunakan telefon bimbit membabitkan kerja selepas jam 9 malam tidak mendapat tidur berkualiti dan kurang produktif pada keesokan harinya. 

“Kami mengkaji kaitannya dengan panggilan telefon, e-mel dan pesanan ringkas membabitkan kerja. Didapati mereka yang melakukannya sebelum tidur hanya akan membuatkan diri mereka keletihan keesokan hari selain menghalangnya daripada menyertai aktiviti santai seperti bertukar-tukar pesanan lucu dengan rakan.
“Kami sengaja memilih untuk mengkaji selepas jam 9 malam kerana kajian sebelum ini menunjukkan ramai yang mula tidur antara 9 malam dan 1 pagi,” kata Russell Johnson, pembantu profesor dalam bidang pengurusan manusia di universiti terbabit.
Menariknya, apabila dibandingkan dengan individu yang melakukan aktiviti lain seperti menonton televisyen secara melampau sebelum tidur (menontonnya lebih dua jam), mereka yang menggunakan telefon bimbit untuk tugasan pejabat lebih sukar mendapatkan tidur berkualiti. 
“Telefon pintar adalah gajet paling mengganggu ritma manusia kerana ia mudah alih dan sentiasa menghantar makluman mengenai aplikasi di dalamnya. 

“Jadi ia boleh diletakkan di mana saja seperti di bawah bantal atau tepi meja. Berbanding komputer riba, lampu telefon pintar kerap menyala menandakan adanya mesej atau makluman baru lalu membuatkan pengguna terus membalasnya. 

“Apabila situasi ini kerap berlaku, wujud gangguan pada pola tidur hingga membuatkan individu terbabit hanya berpeluang tidur dalam tempoh singkat,” tambah Johnson. 

Satu lagi alasan untuk mengenepikan saja pesanan ringkas, Whatsapp atau e-mel kerja sebelum tidur ialah kesan lampu telefon pintar terbabit pada pergerakan kimia otak. 

Lampu biru yang dipancarkan telefon pintar merangsang sebahagian besar kebanyakan warna dan menghalang pengeluaran melatonin iaitu sejenis bahan kimia yang mendorong seseorang untuk tidur. 

Bukan hanya telefon bimbit yang mengganggu keseronokan tidur, malah beberapa perkara yang dianggap remeh turut menyumbang kepada situasi itu. 

Jika merokok: 

Merokok sebelum tidur mengganggu pola tidur, menurut kajian yang disiarkan di Chest iaitu jurnal kesihatan terbitan Kolej Perubatan Amerika. 

Perokok didapati menghabiskan lebih banyak masa dalam mod ‘tidur ringan’, bukan pergerakan mata laju atau dikenali Rapid Eye Movement (REM), berikutan nikotin mencetuskan pelepasan kimia perangsang seperti dopamin dan serotonin. 

Kajian ke atas subjek yang merokok sebelum tidur juga dilaporkan mengalami rasa kurang selesa, letih dan tidak cukup rehat pada keesokannya. 

Jika dapat berhenti merokok, bagus, tapi jika tidak, cuba elakkan beberapa jam sebelum tidur. 

Jika memakai coli terlalu ketat: 

Ada sesetengah wanita yang lebih suka tidur dengan coli walaupun pakar perubatan mendapati tidur tanpa coli dapat membantu mengurangkan masalah sakit belakang dan kekejangan otot. 

Tidak salah tidur dengan coli tapi apabila terlalu ketat atau padanannya tidak sesuai dengan saiz payudara, ia hanya akan menyebabkan kerengsaan kulit dan mengganggu kitaran tidur. 

Berdasarkan kajian di Jepun, pakaian dalam yang ketat akan mengganggu ritma sirkadian (kitaran tidur) lalu meningkatkan suhu badan serta menurunkan tahap melatonin - dua musuh utama tidur. 

Jika tidak selesa tanpa coli, boleh digantikan dengan coli tanpa dawai atau anak baju jenis kamisol. 

Jika makan ayam panggang sebelum tidur: 
Walaupun hidangan atau snek yang kaya dengan protein baik untuk kesihatan, ia sebenarnya tidak baik untuk pola tidur kita. 

Proses pencernaan protein ketika itu ibarat buruh intensif dan sukar bagi tubuh untuk berehat dengan selesa. 

Untuk mendapatkan tidur yang tenang, pilih snek karbohidrat berkanji seperti bijirin atau biskut kosong sebelum tidur. 

Satu kajian di Australia mendapati karbohidrat meningkatkan paras gula secara mendadak, sekali gus memudahkan seseorang tidur cepat dan lena. 

Tapi untuk karbohidrat berat seperti nasi atau pasta, sebaiknya ambil empat jam sebelum tidur.
mymetro

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!