5 Pekerjaan Yang Tidak Lagi Wujud

By Zahirah Dzahir - 2/17/2015 04:43:00 PTG

Assalamualaikum..

PERJALANAN dekad demi dekad menyaksikan berlakunya pelbagai perubahan dari segi kehidupan sosial manusia selari dengan kemajuan teknologi.

Ia sekaligus menghapuskan beberapa pekerjaan yang sebelum ini menggunakan tenaga manusia dengan adanya mesin dan gajet terkini.

Kami kongsikan lima pekerjaan yang mungkin sudah tidak wujud lagi di muka bumi ini:

1. Tukang Susun Pin Boling


- Pekerjaan ini sudah terhapus dengan adanya mesin yang boleh menyusun pin boling secara automatik.

2. Jam Loceng ‘Manusia’


- Bukan sahaja menggunakan jam loceng yang sebenar, manusia kini lebih kerap dikejutkan oleh jam loceng yang disetkan pada telefon bimbit mereka.

3. Pendengar Radar Kapal Terbang Musuh

- Pastinya teknologi masa kini berganda-ganda lebih canggih dalam mengesan radar objek asing di ruang udara mereka.

4. Tukang Nyala Lampu Jalan


- Bukan sahaja automatik, malah lampu jalan juga menggunakan teknologi solar pada masa kini.

5. Tukang Cerita

- Pekerjaan ini bertujuan untuk menghiburkan para pekerja kilang suatu ketika dahulu melalui penceritaan secara lisan.

sumber

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!