Sabtu, 28 Februari 2015

10 Punca Yang Menyebabkan Jerawat:

Assalamualaikum..


Sapa yang tak takut dengan jerawat ni..kadang2 jerawat ni naik cam 'berhantu'..dan mula naik tu dia nak naik lagi..kesian jugak kat sesapa yang ada jerawat ni..rasa malu tu mesti..kalau naik kat tempat tersembunyi ok la..kalau naik kat tempat orang yang boleh nampak..mesti susah hati n malu.

Rawatan jerawat ni penting dari luaran dan dalaman..kalau nak tau selain dari faktor luaran..punca jerawat ni juga boleh berpunca dari dalaman.

Jom kita baca dan share 10 punca yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh di seluruh badan kita..

Set Kecantikan Shaklee
google

10 Punca yang menyebabkan jerawat:

1.Perubahan hormon

Apabila berlaku perubahan hormone seperti akhir baligh remaja, mengandung, datang haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan,iaitu hormon androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an. Selain daripada itu, penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku

2.Tekanan (Stress)

Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:

  • Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
  • Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
  • Jadual seharian yang sangat ketat
  • Merokok, pengambilan dadah
Tekanan emosi:
  • Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
  • Buli
  • Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
  • Kerja /study yang banyak

3.Pemakanan

Pemakanan yang tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

4.Toksin

Jika kita tak pernah membuang toksin sejak pengambilan pemakanan yang tidak terkawal sehingga umur kita mencecah 30 tahun, bermakna dah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badan kita ni. Jika sistem semula jadi tubuh kita tak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit mudah kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5.Faktor Genetik

Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Kat Malaysia memang top dengan produk antijerawat dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6.Allergik atau alahan

Alergik atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit. Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.
 

7. Perubahan biologi badan

Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka

8.Persekitaran & Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut. Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9.Jangkitan pada kulit & Resdung

Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit kita dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.tapi tula yang jenis tangan tak boleh dok diam harus je garu si jerawat tu kan..sudahnye tinggal parut segala.Inilah yang saya buat dulu sampai kulit dah tak rupa kulit…sekarang dah licin..hehe

10.Faktor Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar. 


Jangan takut..jangan susah hati..ada cara nak atasi jerawat ni..yang penting kita kena tahu camna cara nak atasinya.. 2 2 kita kena jaga..luaran dan dalaman..

sumber dari google

- Mummy Ira -

Masker Madu Untuk Atasi Masalah Jerawat

Assalamualaikum..



Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Masa muda remaja dulu muka memang penuh ngan jerawat. Masa tu mana la mampu nak beli pencuci muka yang mahal dan elok sikit , setakat pakai pencuci muka yang mampu milik je. Even pencuci muka tu tak sesuai dan makin mengakibatkan jerawat

keluar dengan jayanya terpaksa hadap jugak , paling kurang pun stop pakai sekejap je. Kadar diri duit belanja pun mak abah yang tanggung lagi kan.
ada seorang kawan yang suggest cuba letak madu yang dicampur perahan limau nipis tuk dipakai tiap-tiap malam sebelum tidur. Masa tu berkira-kira jugak nak mencubanya, ya la madu tu kan melekit plus risau takut tengah-tengah tidur ada kena serang ngan semut pulak. Lagi pun kat mana nak cari madu asli kan?

Tapi disebabkan nak kulit muka yang bebas jerawat, saya ikut petua kawan saya tu, tapi sekadar guna madu komersial biasa sahaja. Alhamdulillah memang berkesan sungguh , jerawat macam dah segan nak tumbuh kat muka ni dah.



Selain campuran madu dengan perahan limau nipis, ada masa saya sapukan campuran madu dengan serbuk kulit kayu manis. Campuran Madu dengan serbuk kulit kayu manis ni pun boleh hilangkan jerawat jugak.

Masker madu campur serbuk kulit kayu manis:
  1. Ambil 1 sudu kecil madu dan campurkan dengan serbuk kulit kayu manis
  2. Kacau sebati
  3. Sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur
  4. Peringatan : Pastikan alas bantal dengan tuala ya
Cuba la...Insyaallah berhasil 
sumber

- Mummy Ira -

Kisah Ikatan Persahabatan 2 Bangsa Yang Akrab

Assalamualaikum..

Saya ada terbaca dalam Fb..dah jadi viral..kira cerita ni pembaca pakat share dari FB Nur Walilah .. kisah tentang ikatan persahabatan 2 bangsa yang begitu akrab..luahan hati seorang teman bila teman karibnya meninggal dunia. Bila dipikir balik.. kawan memang ramai..beratus beribu berjuta..tapi ada ka kawan yang betul2 ikhlas kawan dengan kita..susah senang sentiasa ada di sisi..yang Saya nampak dan rasa..memang tak da..nak dapat seorang kawan yang betul2 camni memang susah..untung la sapa yang ada persahabatn yang akrab camni..

Jom kita baca kisah ni..


Muhammad Amin B. Sharudin
Tido dengan nyenyak ekh syg, ak sangat merindui dirimu, rindu nak degar suaramu! Seorang kawan yg sejati seperti dirimu amat sukar ditemui, ameen, aku xsangka kaw pergi dulu meen, tapi ak ingat lagi bila ada org tnye kat kaw, knp xpilih kaum sendiri untk berniaga, dan kaw jawab, "bang, dy ni yg trbaik bang, hidup mati saya dengan dy" dan bila kita merancang sesuatu, mesti kaw akan libatkan aku, dan kaw nak ak ada dalam semua group Whatsapp yg kaw ada. Apa2 kita buat mesti sama2 kan meen, nak beli kasut sama, baju sama, makan pon mkan bnda yg sama, indahnya meen hari2 yg kita bersama, dan ak igt lagi, kaw ckp dgn ak jaw harap tahun jadi tahun yg trbaik untk kita, tapi kaw pergi dulu kan, tapi xp meen, ak tahu disebalik semua ni ada hikmah, tuhan nak tunjuk something kat kita meen, walau kaw xd kat sisi, tapi kaw sentiasa dihati meen, apa2 yg ak buat, ak akan pk kaw, baik buruk, dan semua nasihat kaw jgn kaw bagi ak selama ni, akan terpahat dlm hati ni meen, rindunya meen dengan senyuman kaw! Meen, ak janji meen, ak akan cuba sedaya upaya untk jaga semua org yg kaw syg, keluarga dan kawan2, walaupon ak xboleh ganti tmpt kaw ak buat yg trbaik untk mereka meen, kaw tngok2 lah ak meen ekh, apa yg kita mulakan jgn risau meen, akan ku teruskan perjuangan, itu perjuangan kita yg kate nk bjaya, ak yakin ak boleh meen! Loveyou meen!
‪#‎ameensharudin‬ ‪#‎satishganesh‬ ‪#‎wonderboibrothers‬ ‪#‎wonderboi47‬ ‪#‎superboi‬ ‪#‎superboibrothers‬ ‪#‎friendship‬

Sahabat Ameen, kaw lebih dari seorang sahabat! Ak masih lagi perfikir apa yg tuhan cuba tunjukkan kan kat kita meen, walau jasad kaw xd di sisi kami di dunia, tapi ak yakin meen, kaw berada bersama kami, kini ak boleh terima hakikat yg kat sudah tiada bersama kami, tetapi syg, ak belum cukup kuat lagi untk lalui rintangan2 yg sedang ak lalui, berat bila ak lalui seorang diri. Ak sedang cuba yg trbaik untk menjaga org yg kaw sayang meen, sbb itu tanggungjawab ak sebagai sahabat kaw, dan keluarga kaw menjadi keutamaan ak, ak akan pastikan mereka tidak susah meen, dan ak akn membantu mereka dalam semua pekara, kerana ini tanggungjawab ak sebagai seorang sahabat, persahabatan ini bukan sahaja diantara kita, malah keluarga, bila kita berkawan dengan seseorang itu secara x langsung keluarga kawan kita mnjadi keluarga kita, dan kini, aku telah mengangap keluarga kaw mcm keluarga ak sendiri, ak ingin berubah, berubah menjadi seorang insan yg baik, dan jikalau giliran ak pula menghembuskan nafas trakhir, ak ingin disayangi oleh ramai seperti beliau. Ameen, janji ak, selagi ak bernyawa, selagi ak bernafas persahabatan kita masih erat! Persahabatan ini hanya akan berakhir bila nadi jantungku berhenti buat selama2 nya. Semoga kaw tenang disana, dan semoga kaw ditempatkan dikalangan mereka yg beriman. Iloveyou meen!
‪#‎alfatihah‬ #ameensharudin #satishganesh #wonderboi47 ‪#‎superboi47‬ ‪#‎persahabatan‬


bukan senang jadi kawan dan nak cari kawan yang baik..Al Fatihah..

- Mummy Ira -

Nukilan Sedih Puan Idayu Syuhada Yang Kehilangan Bayi Kembarnya

Assalamualaikum..

Saya  nak share kisah sedih Puan Idayu Syuhada yang kehilangan anak kembarnya..Saya share dari group Saya..FB  Dianugerahkan Kembar..Saya pun pernah kehilangan anak semasa lahir..Saya tahu camna rasa sedihnya..tambah pula Puan Idayu Syuhada kehilangan serentak anak kembarnya. Semoga Puan Idayu Syuhada & Suami serta ibu bapa yang menghadapi situasi camni..tabah menghadapi ujian dari Allah..

 
  
selama ni ayu hanya menjadi silent reader di sini. membaca cerita2 mengenai si kembar...membelek gambar2 si kembar...cukup membuatkan ayu tersenyum dan ketawa sendiri. kadang2 ayu melayan group ni sehingga lewat malam..'like' cerita dan gambar yg si post kan di sini...hanya utk melepaskan rindu ayu pada si kembar ayu.

seseorg bertanya..."ayu...join la group dianugerahkan kembar..nnt along approved". dan jawapan ayu..."boleh ke along....kembar ayu dah xd.." lelaki yg ayu kenali sbg along...sekali lagi berkata..."ayu juga dianugerahkan kembar..."

ya...ayu juga dianugerahkan kembar. pernah dianugerahkan kembar.dipinjamkan kembar..hanya utk beberapa jam selepas dilahirkan. ayu juga pernah merasa punya anak kembar..walau hanya utk bbrp jam. ayu juga pnh menikmati indahnya saat memeluk dan mencium kembar..walaupun hanya di saat mereka sudah kaku dan tdk bernyawa.

2 disember 2011...tarikh keramat yg tdk akan ayu lupakan smp akhir hayat. kerana pada hari itulah ayu dianugerahkan dua bidadari syurga yg akan setia menunggu ibu di sana. hari itulah ayu bertarung nyawa antara hidup dan mati kerana komplikasi yg dialami.

semasa usia kandungan 5 bulan, doktor mengesahkan yg salah seorg kembar tdk sihat. buah pinggangnya tdk berfungsi. keadaannya sedikit membengkak berbanding yg sorg lagi. stress...risau...susah hati...membuatkan ayu mengalami contraction awal. ayu dimasukkan ke hospital selama 2 bulan...hanya berbaring di katil...menunggu waktu yg sesuai utk melahirkan kembar. drip anti contraction sentiasa dipasang...bagi mengawal contraction ayu yg datang setiap hari. dan setiap kali contraction terlalu kuat..injection akan diberikan. 2 bulan terbaring di hospital cukup menyeksakan..namun demi si kembar, ayu sanggup. usahkan 2 bulan..2 tahun pun ibu sanggup asalkan anak2 ibu selamat.

malam jumaat..1 disember 2011..ayu mula mengalami komplikasi kesan drp drip anti contraction yg ayu ambil selama 2 bulan. jantung ayu mula tdk stabil. sakitnya dada di saat menarik nafas. badan mula berpeluh...dan kaki mula kebas hgga ke lutut. malam itu...5 org jururawat termasuk seorg midwife berkampung di bilik ayu. bermacam mesin dipasang...suami dihubungi..doktor dipanggil. patient kritikal...kata mereka. dan ayu....separuh sedar. antara dengar dgn tidak..antara nampak dgn tidak. suasana ketika itu sggh merimaskan ayu. ayu juga mengalami gangguan dr makhluk halus yg dtg mengambil kesempatan ketika keadaan badan dan mental yg lemah. bermacam jelmaan dtg..bermacam suara kedengaran silih berganti. ayu...kau mesti kuat!!!

disebabkan jantung yg mula tdk stabil, drip anti contraction terpaksa dihentikan. bantuan oksigen diberikan...namun blm mampu utk membuatkan ayu selesa bernafas. jururawat di sisi sentiasa mengingatkan ayu utk mengucap dan stay strong. ya...ayu masih blh dengar semua tu.

seawal jam 7 pagi 2 disember...ayu mula turun darah. dan contraction yg malamnya hanya perlahan..kini mengganas. sakitnya hanya Allah yg tahu. tdk dpt nak digambarkan. darah bertakung di katil...membuak2 macam dipam keluar. ayu disorong ke labor room. walaupun bantuan gas diberi, ia masih belum cukup utk membuatkan ayu lupa tentang kesakitan yg dtg. dan ia blm mampu membuatkan telinga ayu kabur drp mendengar perbualan cemas doktor2 dan suami.

"keadaan isteri encik kritikal. darah byk keluar. anti contraction x blh diteruskan kerana jantungnya bermasalah. jadi kami terpaksa lakukan emergency operation." kata pakar sakit puan.

"keadaan jantung dan tekanan darah isteri encik sgt bahaya utk kami berikan bius. kami terpaksa kurangkan satu dose bius..dan kemungkinan isteri encik tidak akan sedar lagi selepas itu agak tinggi. 50-50." kata pula pakar bius.

setiap kata2 itu kedengaran jelas di telinga ayu. ya allah..andai jumaat ini jumaat terakhirku...aku redha. kau selamatkanlah anak2ku.

suami mengiringi ayu ke dewan bedah dgn linangan air mata. menggigil tangannya saat menggenggam tangan ayu. menitis air matanya saat kemaafan dipohon. ayu sempat berpesan supaya menjaga anak sulung kami yg ketika itu berusia 5 tahun dgn baik...jaga kembar kita dgn sempurna...berikan didikan yg sempurna kpd anak2 kita. kerana ayu dpt rasakan yg itulah kali terakhir ayu dpt berinteraksi dgn suami.

sayup2 ayu dengar nama ayu diseru. seorg lelaki tua tersenyum memandang ayu. "tadah tangan nak..."
tadah tangan?
"pakcik nak bg hadiah.."
ayu menghulurkan tangan kanan..dan pakcik tersebut meletakkan dua batang gigi baby bertangkup..di tapak tangan ayu. ayu terpinga2.
"simpan baik2 nak. ini hadiah berharga.."
lalu ayu genggam gigi tersebut...kemas.

sebaik sahaja membuka mata...org pertama yg ayu lihat ialah suami ayu..yg sdg membaca yaasin di sebelah kanan ayu. ohhh...baru ayu tahu...rupanya pakcik tadi hanya mimpi. jam pada waktu itu sudah pukul 3 petang. lamanya ayu tidur. suami tersenyum...syukur ayang dah sedar..katanya. ayu senyum. mana anak kita?

abg dah tgk anak kita. anak kita comel. macam aqilah kecik2 dulu. hidung mancung...bulu mata lentik. mulut dia mcm ayang..jari runcing...

ayu senyum...bkn itu yg ayu mahu dgr dr suami. ayu mahu tahu di mana anak kita.entah kenapa naluri ayu mengatakan yg anak ayu dah tiada. walaupun suami tidak maklumkan..namun ayu tahu..kembar ayu sudah tiada.

bang...ayang nak tgk baby..

suami diam. tunduk....menyembunyikan air matanya.

bang..ayang tahu anak kita dah takde. ayang nak tengok..

pada awalnya jururawat tdk membenarkan..kerana ayu masih lemah katanya. namun ayu berkeras. izinkan saya tgk anak2 saya sebelum dibawa balik. saya mengandungkan mereka. saya bergadai nyawa utk mereka. izinkan saya tatap dan peluk mereka.

siapa yg mampu melawan kerasnya hati si ibu kan. akhirnya jururawat mengalah.

kedua mereka ditolak ke katil ayu. sungguh.....saat itu tidak ada walau setitik air mata yg keluar. bahkan ayu tersenyum dan teruja melihat mereka. subhanallah....indahnya ciptaan Allah. cantiknya mereka...comelnya bidadari ibu.

ayu pangku...ayu cium..ayu sentuh setiap inci tubuh mereka. wanginya anak2 ibu...walaupun berbalut kain putih. tidak akan ayu lupa smp bila2 wajah mereka....tdk akan ayu lupa smp bila2 wanginya bau mereka.

abang kata...aina pergi sejam selepas dilahirkan (krn masalah buah pinggang). auni pula...mula meragam sebaik sahaja aina dikeluarkan dr incubator...dipisahkan. keadaannya merosot perlahan2... pakar baby kata...kami buntu. dia seolah2 menolak semua yg kami beri. ya...ayah faham syg. syg nak ikut kakak kan?

suami memangku auni...mengqamatkan..dan membisikkan zikir di telinganya. sayang...klu syg nak ikut kakak, syg pergilah. ayah dan ibu redha. jgn paksa diri. tggu ayah dan ibu di sana nanti ya...

sebaik sahaja ayah berbicara...auni seakan faham...dan auni pergi mengikut kakak.

nurein qasrina aina...
nurein qaisara auni...
bidadari ibu...
tunggu kami di sana ya.
pergimu hanya sementara. kelak kita akan bersua di alam yg abadi. tunggu ibu..ibu rindu nak peluk dan cium kalian berdua. ibu rindu bau itu...





Al Fatihah

- Mummy Ira -

Jumaat, 27 Februari 2015

Perlu Ka Group Whatsapp Nie

Assalamualaikum..


Saya rasa majoriti mesti ada whatsapp..termasuk la Saya. Whatsapp ni pulak ada yg personal ada yg group. Yang personal tu tak kisah sangat tapi yang group tu.  Ada macam2 group whatsapp.. group kwn lama masa belajar..group opis..group bisnes..dan banyak lagi group yang ada.

Yang tak bestnya bila dalam group whatsapp ni..bila kita sembang orang buat tak heran..kalau dalam group yg kita tak brapa nak kenai orang tak pa la..ni group kawan lama masa belajar. Pelik jugak..kata masa sekolah..add dalam group tapi bila sembang tak dak respon. Lagi best bila dalam group tu pulak ada puak2 dia..

Cam dalam group Saya pun jadilah..Contoh macam Si A sembang dengan B,C,D..masuk E mencelah..tak dak respon untuk Si E..Si A,B,C,D dok sembang sesama depa je la..tak pun diorang skip je pastu sembang pasai benda len. Buat apa camtu..baik depa buat group untuk depa ja. Saya perasan bila ada 2 - 3 orang member dalam group tu ' leave group '..lepaih tu pakat tanya pasai pa ada yg leave group. Bila Saya tanya personal..jawapan dia bila sembang depa buat tak tau. Ada juga jenih dalam group whatsapp ni yang sentap..yg nak iklan barang..bila org tak bagi respon pasai tu pun nak sentap..dok  suruh orang bagi respon..  

Susah jugak bila kita nak leave group ni..pasai nama kita akan naik leave group..nak bagi alasan fedap dengan group tu takut ada yang berasa. Tapi ada juga bagi alasan henset henk pasai banyak sangat group whatsapp dia. Nanti2 bila henset dah ok add balik..Sampai ke sudah henset tu tak ok..kena paham2 sendiri la orang yang nak add balik member tu..

Cam Saya pun ada juga group whatsapp ni..Saya rasa dalam group member sekolah Saya tu ramai..yang sembang tu orang yang sama ja..tu pun ada puak2 dia..ada yang nak leave tapi segan..biar je la..Saya pikir positif..mana nak tau kot2 ada info yang penting..buleh Saya tau n share kat group yang lain..

Rasanya ..benda ni ok tak dak pa problemnya..cuma kkdg tu bagi orang rasa nyampah dgn sikap sesetengah ahli dalam group tu..Mula2 tu orang akan rasa biasa je.. bila dah lama orang pun buleh fedap. Apa motif add member masuk group whatsapp tapi ada puak2 dia..kot saja2 nak meramaikan ahli dalam group tu ja..kkdg tu Saya pun tak paham..

- Mummy Ira -

Diet Yang Tak Menjadi

Assalammualaikum...

 
Kadang kadang diet..kadang kadang tak..Saya tak ikut sangat diet2 ni..cuma Saya control makan ja..tapi kena la diet jugak..sebabnya Saya ni dalam kategori ' big size '.. Kalau nak diet ni kena tengok hari jugak..kalau My Mom tak masak ok la..kalau My Mom masak tu..susah sikit..satgi dia dok suruh makan.

1 hari ni..saja la Saya nak diet..My Mom tak masak..Saya masak pun just untk anak2 n husband ja..setakat nasi tu besa la..bila dah mula tak makan lelama kita boleh kontrol selera makan tu..makan yg ringan2 ja..

Tiba2 mai malam..Cik husband kata ada member dia wat makan2 jemput pi rumah..ok la Saya pollow ja..sampai ja rumah member tu..Saya tengok macam2 menu ada..dengan nasi tomato, ada sate, ayam bakaq lagi. Sesungguhnya mood diet tu terbantut camtu ja..takkan tak makan.. nanti orang kata kita ni ngada2 plak..tapi bila dah makan tu mesti nak rasa semua. 

Diet pun cam tak diet ja..tapi Saya pun tak la makan banyak..rasa la sikit..dalam tak makan banyak tu kenyang la jugak..huhuhu


- Mummy Ira -

Rabu, 25 Februari 2015

Ayam Juga Yang Salah

Assalamualaikum..

Kesiankan..tak pasai2 ayam jugak yang salah..tapi salah2 ayam pun tetap orang suka makan.

 
google

- Mummy Ira -

Malu Ka Kalau Gemuk

Assalamualaikum..

Siapa kata kalau kita berbadan big size @ gemuk tak cantik/menarik..Cantik jugak. So..kenapa mesti malu kalau kita big size @ gemuk..kadang2 kesian jugak tengok sesetengah orang ni malu bila gemuk..tambah plak kalau perempuan. Ada yang rendah diri..malu..kata diri tak cantik kalau gemuk. Susah jugak bila dunia la ni mengatakan gemuk tu tak cantik dan kurus tu cantik. Mana taknya..cer tengok iklan dalam lama sosial cth FB..berapa banyak iklan pasai gemuk vs kurus ni..ada yang lagi best kalau ada caption yang kata " Gemuk tak cantik..suami tak suka isteri gemuk". So..pakat usaha la beli n cuba barangan yang diiklankan tu.

Lagi kesian bila dalam soal pilih pasangan pun..sesetengah orang ni pilih yang kurus ja..tak nak yang gemuk..malu nanti orang tengok mengata..buleh ka lagu tu..Hati & perasaan manusia bukan ikut saiz badan .  Kurus ka gemuk ka tetap ada perasaan.semua sama je.

Tapi..bila dah kurus ada jugak yang kata..bila gemuk dulu berbaju besar bila dah kurus ni berbaju ketat..nak tunjuk kata badan tu dah kurus. Kalau camtu baik gemuk ja. Tapi betul jugak..( SESETENGAH JA BUKAN SEMUA ) orang bila gemuk pakai baju besar bila dah kurus baju tu melekat kat badan. 

Tak salah  kalau gemuk janji kita sihat. Memang gemuk tu boleh mendatangkan  penyakit dan masalah kesihatan tapi kita kena la jaga kesihatan..jaga pemakanan.. jaga penampilan. Ada juga yang kata, susah nak beli baju bila big size ni. Susah pa aih..sekarang pun kan dah banyak dah kedai2/ online jual baju yg big size..semua cantik2 up to date lagi..sesuai untuk lelaki dan perempuan.. 

Tapi tak salah jugak kalau kita nak kurus..maybe bila kurus ni, kita akan dapat keyakinan diri n selesa dengan tubuh badan kita. Tubuh badan ni..memasing yang punya..Ikut la nak buat apa pun. Semua ni bersifat sementara ja..

Apa yang penting..niat kita..buat apa pun..untuk kebaikkan/kesihatan..jangan lupa diri..riak dan sombong sudahh..

- Mummy Ira -

Busy Sangat Ka ??

Assalamualaikum..

Kadang kadang tu cam tak dan  nak bukak blog untuk update sesuatu..bila nak bukak pc..anak2 mai kacau..nak bukak time depa tidoq..kita plak ada keja..

Rasanya setiap hari Saya bz..bukannya keja opis tapi keja rumah ja pun..membasuh, memasak, jadi cleaner..tapi main dengan masa yang cepat bergerak ni..buat kerja pun kena cepat..

Mana taknya..bila habis ja satu2 kerja sesedaq dah kena ambik Haziq dari sekolah..dengan KAFA lagi..kelas quran lagi..tuisyen lagi..tu tak kira dengan kembar lagi..bila malam selagi anak2 tak tidoq Saya pun tak tidoq..so kena paksa depa tidoq..kkdg Saya pun tertidoq skali.. 

Ada member kata..sibuk tu kalah menteri..tapi nak buat camna..dah rutin n tanggungjawab yang nak kena buat..Saya tak kisah..cuma nak update blog ni lambat sikit. Tak pa Saya buat pelan2..mana yang sempat Saya update Saya updatekan..thanks juga coz ada yang sudi baca blog Saya ni..

- Mummy Ira -

Selasa, 24 Februari 2015

Kembar & Keropok

Assalamualaikum..

Salah satu makanan ringan yang twin suka ialah keropok..tak kira la jenis apa pun janji keropok.. tapi selalunya keropok udang yang panjang2 tu..Saya beli kat penang. rasa keropok ni manis sikit. Saya akan goreng siap2 simpan dam tuppaware..tak pun Saya akan goreng bila makan petang..rasa fresh dah baru goreng..bukan twin ja suka..sefamily pun suka..goreng plak kena banyak..kalau sikit mana nak cukup..mana taknya semuanya'kaki makan'..



- Mummy Ira -

9 Tip Mudah Diet Ikut Gaya Hidup Di Malaysia

Assalamualaikum..

Bak kata Kevin Zahri ' Diet tak perlu extreme ... Kesederhanaan is key .. But kebolehan mengawal nafsu makan is penentu berjaya or gagal '

 

- Mummy Ira -

Lelaki Handsome VS Lelaki Tak Handsome

Assalamualaikum..

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…



Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


http://www.tentangcinta.com/tips-cinta/lelaki-cinta/lelaki-handsome-vs-lelaki-tak-handsome/

24 Peringatan Buat Wanita

Assalamualaikum..


1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)

iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.


sumber
-------------------
- Mummy Ira -

Fokus..Fokus..Bila Guna Mesin Nyok

Assalamualaikum..


Sebelum ni ada mesin nyok yg jenis ada kaki tu..dah rosak..beli yang baru patern ni plak..Dedua jenis ni ok..cuma yang baru ni mudah sikit boleh bawak rata coz tak dak kaki..letak ja  mana tempat yang nak guna tapi kena dekat dengan suis la. Safety jugak mesin nyok ni..simpan tempat yang budak2 tak leh main. Nak guna mesin nyok..memang kena bebetui fokus..tak boleh ralit. Ada skali tu Saya tengah mesin nyok, camna ntah terlepas buah nyok..apa lagi tersagat jugak la jari tu..memang bahaya. So..memang nak mesin nyok ni kena fokus..fokus..fokus..



- Mummy Ira -

Isnin, 23 Februari 2015

Cuti CNY..Hari Bersama Keluarga

Assalamualaikum..


Sepanjang cuti sekolah sempena CNY ni..kami tak pi jalan mana2 pun..just stay at home..keluar gitu2 ja..ada la pi kenduri. Lagipun sekarang panas tu yg malas nak keluar. Cuti sekolah start dari Rabu 18/2 - Isnin 23/2 ( hari ni )..kira lama jugak cuti. Lagipun kakak yang dok Kelana Jaya balik mai so tak la boring kat rumah..riuh jugak la jadinya. Buat aktiviti dalam rumah ja. Bukan senang nak jumpa. Kiranya sepanjang cuti ni bertemakan hari bersama keluarga. :)

- Mummy Ira -

10 Keajaiban Alam Yang Jarang Diketahui Manusia

Assalamualaikum..

Ketika kita berfikir tentang keajaiban dunia, pasti terfikir tentang Piramid di Mesir, Taman Gantung Babilon, Terowong Channel dan Colosseum di Roma serta sebahagian yang terdapat dalam buku keajaiban dunia kuno moden.

Apabila berfikir tentang keajaiban alam, kita akan terfikir tentang Grand Canyon di Colorado, Paricutin Volcano di Mexico dan Great Barrier Reef di pantai Queensland Australia.

Keajaiban alam bukan hanya terdapat di tempat-tempat di atas. Perlu diketahui dunia ini penuh dengan keajaiban, terdapat banyak keajaiban alam lain yang menarik, seperti di bawah ini yang belum diketahui orang.

1. Pamukkale (Turki)

Terletak di Daerah Denizli di barat daya Turki, menjadi tumpuan bagi mereka yang menginginkan suasana nyaman dan tenang. Yang terpenting tempat ini adalah kawasan alam mineral dan boleh mandi spa kerana perairan batu kapur (kalsium) yang panas, muka buminya halus dan struktur organik yang kelihatan aneh.

2. Fly Geyser (Nevada)


Terletak di Nevada, AS, Fly Geyser sesuai untuk mereka yang mencari air.

3. Valley of the Moon (Argentina)


Valley of the Moon, juga dikenali sebagai Taman Nasional Ischigualasto, adalah tempat "di mana kita merasa memegang bulan". Di lembah kering, dengan bentuk alam semulajadi yang terhasil dari tindakan angin yang mengambil masa yang lama untuk membentuk batuan raksasa menegak dan menakjubkan.

4. Enchanted Well - Chapada Diamantina National Park (Brazil)

Kolam cekung raksasa terletak di Taman Nasional Chapada Diamantina di Brazil. Poco Encantado, juga dikenali sebagai Enchanted Yah, mempunyai air transparan yang kelihatan dan pokok-pokok tua terutama ketika matahari hanya datang melalui celah batuan.


5. Wulingyan, Hunan (China)



Pemandangan batu gamping terbesar dan dramatik di Asia terdapat di Wulingyan dan memang terkenal di Cina. Orang-orang juga menemui kesamaan antara gambar pemandangan di wilayah Hunan.

6. Ice Towers of Mount Erebus (Antarctica)



Gunung Erebus adalah gunung berapi aktif terbesar di dunia. Ia mempunyai vulkanik panas yang dipenuhi dengan ais dingin telah menghasilkan sistem yang rumit dari gua ais di atas puncak Erebus. Ratusan menara ais juga dapat ditemui di Mars, Jupiter, Saturnus dan Neptunus.

7. Kasha Katuwe Tent Rocks (New Mexico)



Kasha-Katuwe berbentuk Tenda Batu di New Mexico dengan rekabentuk berpahat terhasil dari tindakan seragam yang berbentuk formasi batuan yang dihasilkan oleh letusan gunung berapi yang meledak.

8. Comodo National Park (Indonesia)




Pulau Komodo terletak di sebuah selat antara Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur (NTT)dan Sumbawa di Nusa Tenggara Barat (NTB). Di Pulau Komodo terdapat biawak terbesar di dunia, iaitu biawak Komodo (Varanus komodoensis).

Komodo dipercayai keturunan binatang purba Dinosaurus yang masih hidup. Panjang komodo dapat mencapai 3 meter dengan berat boleh mencapai 140 kg.

Kawasan perairan di pulau Komodo juga terdapat perairan yang termasuk dalam keajaiban dunia bawah air. Dasar laut perairan Komodo adalah yang terbaik di dunia, di permukaan laut munculnya daratan-daratan kering yang berbukit karang.

9. The Stone Forest (China)



Dianggap sebagai "Keajaiban Dunia Pertama" sejak Dinasti Ming, Hutan Batu Cina penuh dengan batu gamping dalam bentuk arca.

10. Salar de Uyuni (Bolivia)



Terletak di Bolivia, Salar de Uyuni adalah gurun garam merupakan dataran paling besar di dunia. Meliputi kawasan seluas 10.582 kilometer persegi, jantung dari Altiplano mempunyai sedikitnya 10 milian ton garam.



Ahad, 22 Februari 2015

Alhamdulillah..Hujan Turun

Assalamualaikum..

Dari pagi sampai tengahari Alor Setar panas sangat..angin ada tapi panas juga..rasa bahang panasnya..pakat tak kluar mana..dok dalam rumah ja. Mai petang cuaca pun betukar mendung sikit..nampak macam nak hujan tapi tak leh kira jugak..kkdg tak hujan. Dalam pukul 4 @ 5 ptg..hujan turun membasahi bumi Alor Setar..sejuk la sikit tak panas sangat. Alhamdulillah..

- Mummy Ira -

Sabtu, 21 Februari 2015

Tips Menghadapi Cuaca Panas

Assalamualaikum..



Cuaca panas di sesetengah kawasan semenanjung dan barat Malaysia mula dirasai. Ramai yang demam akibat dari  cuaca yang sangat panas. Kalau boleh tu jauhi diri daripada cuaca panas yang terik dengan kurangkan aktiviti luar dan sentiasa kerap minum air putih  untuk memastikan suhu badan sentiasa dalam keadaan. Saya ingin share tips  di sini:
  • Minum air dengan secukupnya..sekurangnya 3 liter..jangan ambil minuman yang berkafein atau beralkohol kerana minuman tersebut akan mengakibatkan hidrasi..minum air jus buah buahan untuk segarkan badan..tak pun minum air isotonik bagi ganti garam dan mineral yang hilang dari badan.
  • Berada di dalam rumah/bangunan..hadkan aktiviti diluar rumah
  • Pakai juga pakaian dari jenis kain kapas yang boleh menyerap peluh dan cerah bagi membantu memantulkan cahaya matahari
  • Gunakan krim pelindung matahari ( sunblock ) ketika berada di luar untuk mengelakkan kulit anda terbakar.
  • Jangan tinggalkan anak kecil tanpa pengawasan di dalam kenderaan .  
  • Gunakan kipas angin untuk menurunkan suhu badan
  • Gunakan payung atau topi untuk melindungi diri  ketika di luar 
Berhati2 juga dengan situasi Strok Haba

Cuaca Panas

Tips Menghadapi Cuaca Panas Dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Tips Pencegahan

Tips Pencegahan
So..pakat la jaga kesihatan sekeluarga sepanjang musim panas ni..

- Mummy Ira -

Cuaca Panas Melanda Malaysia

Assalamualaikum..

Gelombang panas landa Malaysia

Peta suhu dunia semalam disiarkan AccuWeather yang menunjukkan Malaysia 
berada pada warna merah iaitu skala 30 darjah Celsius hingga 35 darjah Celsius.

Malaysia bakal berhadapan cuaca panas bermula minggu depan sehingga April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.

Sumber Jabatan Meteo­rologi Malaysia membe­ritahu, fenomena yang berlaku cuma dua kali dalam setahun itu juga bermaksud matahari berada tegak di atas Malaysia dengan suhu paling panas mungkin pada Mac ini te­rutamanya di negeri-negeri utara Semenanjung.

Berdasarkan ramalan oleh portal cuaca, AccuWeather, bacaan suhu di beberapa bandar utama di Malaysia mulai 25 Februari ini mencecah 36 darjah Celcius.

“Setiap tahun pada bulan Mac dan September, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.

“Suhu akan lebih tinggi dan kering waktu itu. Ia boleh mencecah sehingga 38 darjah Celcius untuk negeri-negeri tertentu,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! di sini semalam.

Suhu 38 darjah Celcius adalah bersamaan de­ngan suhu purata pada awal musim di Mekah, Arab Saudi.

Sumber itu turut menjelaskan, cuaca normal di Malaysia kurang daripada 34 darjah Celcius dan lebih daripada itu dianggap sebagai cuaca panas.

Sementara itu, Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Fredolin Tangang berkata, cuaca panas di Malaysia waktu ini turut disebabkan oleh Monsun Timur Laut yang hampir berakhir.
-------------------------------------------------------------------------

Negara dijangka alami cuaca panas minggu depan

Negara dijangka alami cuaca panas minggu depan
Negara dijangka mengalami cuaca panas dan kering bermula minggu depan berikutan peningkatan suhu yang ketara berbanding Disember tahun lalu.

Menurut laporan laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, beberapa bandar utama seperti Chuping, Perlis mencatatkan suhu agak tinggi hari ini dengan suhu maksimum 35.9 darjah Celcius; Alor Setar, Kedah dengan 34.9 darjah Celcius dan Petaling Jaya, Selangor dengan 34.1 darjah Celcius.

Laman web tersebut turut menunjukkan ramalan cuaca minggu depan bagi beberapa bandar yang dijangka mengalami cuaca kering dan suhu tinggi.

Secara amnya kebanyakan bandar utama diramal mencatat suhu purata 34 darjah Celcius pada sebelah tengah hari.

Berbanding bacaan pada Disember tahun lalu yang hanya mencatat suhu 25 hingga 32 darjah Celcius.

Menurut statistik Jabatan Meteorologi, hari paling panas di Malaysia dicatat pada 18 Mei tahun lalu iaitu di Chuping, Perlis dengan suhu mencecah 38.9 darjah Celcius manakala beberapa tempat di Melaka turut mencatat tahap kepanasan 38 darjah Celcius. –

sumber www.utusan.com.
---------------------------------------


- Mummy Ira -