Rotan Anak Bakal Jadi Kesalahan Jenayah

By Zahirah Dzahir - 1/25/2015 10:15:00 PG

Asslamualaikum..


Rotan anak bakal kesalahan jenayah. Tajuk keratan akhbar yang saya baca dalam laman web n facebook..kira salah satu tajuk ang hangat orang pakat dok sembang. semua orang tak puas hati dengan undang2 baru yang bakal dilaksanakan ni..

Kadang kadang kita nak ulas panjang2 pun susah jugak..takut satgi silap cakap silap komen..kita yang salah..tapi saya nak share sikit tentang hukum rotan ikit sunnah ni..saya share dari http://abidfana.com..jom kita baca..
 
Syarat Merotan Anak Menurut Sunnah
Pandangan berikut ialah semata-mata panduan daripada sudut fiqh. Perbincangan mengenai memukul anak ini perlu dilakukan menyeluruh, termasuk bagaimana pengasihnya nabi ke atas kanak-kanak, dan juga elemen psikologi yang lain.

1. Merotan atau memukul dibenarkan taktala anak mula berumur 10 tahun
Sabda nabi:
مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر

(Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun). (Riwayat Abu Daud)

2. Tidak melebihi 3 kali bagi hukuman rotan biasa, atau 10 kali bagi hukuman qisas.
لا يجلد فوق عشر جلدات الا في حد من حدود

Hadith Abu Hurairah, Sabda Nabi: Tidak boleh merotan melebihi 10 kali melainkan pada hukum hudud (Hadith Bukhari)

Menurut Umar Abdul Aziz: Guru-guru tidak boleh merotan melebihi 3 kali, kerana ianya boleh menimbulkan fobia dan kebimbangan kepada kanak-kanak.

Menurut al-Dohak: Apa-apa sahaja pukulan atau rotan yang melebihi 3 kali, maka ianya adalah qisas.

3. Rotan itu tidaklah terlalu keras, tidak pula terlalu lembut atau basah/lembab, sehinggalah boleh meninggalkan bekas dan kerosakan yang teruk pada kulit.

عن زيد بن أسلم : أن رجلا أعترف بنفسه بالزنى على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم فدعا رسول الله صلى الله عليه وسلم بسوط فأتي بسوط مكسور فقال : (فوق ذلك) فأتي بسوط جديد لم تقطع ثمرته فقال : (بين هذين) فأتي بسوط قد لان وركب به فأمر به فجلد

Diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam katanya, seorang lelaki telah mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW maka Rasulullah meminta sebatang tongkat untuk disebat lelaki itu, apabila tongkat yang dikehendaki dikemukakan kepada baginda Rasulullah SAW. didapati tongkat itu pecah-pecah, lalu baginda minta tongkat yang lain, apabila tongkat yang kedua dibawa kepadanya didapati pula tongkat itu daripada dahan kayu yang baru dipotong, Rasulullah SAW menolaknya lagi dan meminta tongkat yang sangat sederhana yang tidak keras, Rasulullah SAW menerimanya dan memerintahkan supaya disebat dengannya. (al-Muwatta’)

4. Cara merotan menurut Syeikh al-Faqih Shamsuddin al-Anbani:

i. Memukul di tempat yang berbeza, bukannya pada satu tempat di badan manusia sahaja.

ii. Memanjangkan tempoh rotan pertama dengan yang seterusnya.

iii. Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya.

5. Tempat dibenarkan memukul: semua anggota badan kecuali kemaluan dan muka (tambahan al-Ahnaf: seluruh kepala)

Kata Ali ketika menjatuhkan hukuman had ke atas peminum arak: Sebatlah seluruh anggota badan tetapi elakkan muka dan alat kemaluan.
عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : (إذا ضرب أحدكم فليتق الوجه) رواه أبوداود.

Sabda Nabi: Sekiranya seseorang itu merotan, elakkan wajahnya (Abu Daud)

Sebahagian ulama’ salaf mencadangkan agar dirotak di tapak tangan dan kaki.

6. Berhenti seketika sekiranya yang sedang dirotan menyebut nama Allah.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : قال صلى الله عليه وسلم (إذا ضرب أحدكم خادمه فذكر الله فارفعوا أيديكم) رواه الترميذي

Daripada Abi Sa’id Al-Khudri, Sabda Nabi: Sekiranya kamu merotan (dengan sebab) akan pekerja kamu, kemudian dia menyebut kalimah Allah, maka tangguhkan dahulu. (al-Tirmizi)

7. Jangan merotan dengan penuh emosi kemarahan

Riwayat Abu Bakar: Janganlah menjatuhkan hukuman sekiranya berada di bawah kawalan emosi marah.

Rujukan/terjemahan: http://www.saaid.net/tarbiah/46.htm


http://abidfana.com/2015/01/25/syarat-merotan-anak-menurut-sunnah/ 

Sebenarnya, merotan anak bakal kesalahan jenayah andai merotan sehingga membawa kepada penderaan, kecederaan dan kematian. Tak salah kot klu rotan sekadar utk mengajar..rotan bila perlu..bkn rotan smpi nak memudaratkan si anak..

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!