Pilihan Nama Hero Hero Mummy

By Zahirah Dzahir - 1/20/2015 10:28:00 PG

Assalamualaikum..

Ada apa dengan nama dan maksud yang kita miliki..Saya memilih nama kat 3 hero saya dengan nama yang sama panjang tapi ada maksud tersendiri. Maksudnya kalau nama abang 3 perkataan..adik2 pun sama..dah rancang dah nama2 ni..kena bagi sama adil..nanti tak dak yang pertikai pasaipa nama pendek n nama panjang.


Jadi sebelum memberi nama yang saya n husband suka, kami akan pilih dulu dalam buku dan bertanya dulu samada ianya sesuai atau tidak..betui ka makna2 tu.. seboleh-bolehnya senang disebut dan senang dieja..dalam bahasa rumi atau jawi. Takut kalau silap pilih nanti..salah makna..tak sesuai kesian plak kat anak2..

Saya memilih nama untuk anak2 saya ..Muhammad Haziq Muqri..kembar Muhammad Hazim Zikry dan Muhammad Hadif Zafry..panjangkan nama memasing..tak kira bin lagi..si abah pula nama Haris Fadilah..kira ok la tu..asalkan ada makna yang ok..

Setiap ibu bapa ada cara nak namakan anak dengan nama pilihan memasing..tak kira la panjang ka pendek ka..yang penting pilih nama anak-anak nama yang baik kerana ianya adalah doa untuk mereka.

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!