Pensyarah Universiti Malaysia Sabah Komen Tentang Qu Puteh..Yang No. 4 Terbaik..

By Zahirah Dzahir - 1/21/2015 09:19:00 PG

Assalamualaikum..

Selesai ja AJL 2015...salah 1 tajuk yang paling femes adalah Qu Puteh..pakat marah n kutuk abes abesan Qu Puteh ni..sebabnya masa siaran AJL tu..siki2 promote Qu Puteh..kira banyak benda dalam tu pasai Qu Puteh la..tapi nak buat camnakan.. dah QU Puteh yang taja siaran AJL 2015..kena promote laa..

Dalam pembaca dok lawan balas komen pasai Qu Puteh ni..Jom kita baca pulak pendapat seorang pensyarah di Universiti Malaysia Sabah tentang Qu Puteh ni.

* sumber the vocket..

Nota Editor : Pandangan ini asalnya di kongsikan di fb wall Dr Rem Dambul, seorang pensyarah di Universiti Malaysia Sabah. Kami kongsikan semula di sini dengan harapan ia juga akan memberi manfaat untuk anda.


1. Baik, sebelum saya dituduh pencacai Qu Puteh dan penyokong tegar Dato’ Vida; let’s make few things clear. Supaya tiada yang salah faham dengan entri ini.

Saya tidak berminat mahu putihkan kulit sebab saya memang sudah semulajadi putih. Maklum saja, anak jati pergunungan Nabalu yang bercuaca dingin. Saya juga menyanggah falsafah dasar kecantikan produk Vida; yang seolah-olah mahu mengindoktrinasi manusia supaya percaya totok-totok bahawa – cantik itu putih; putih itu cantik.

Physical beauty is a natural quality. It comes in many different colours, shapes and forms. Jangan termakan propaganda massa. Kita berhak mendefinisikan sendiri di mana dan apa cantiknya seorang manusia.

2. Saya juga setuju bahawa iklan Qu Puteh dalam AJL 2015 memang melampau-lampau. Sebelum itu, lebih baik saya mengaku. Kali terakhir saya menonton AJL adalah 16 tahun dulu, bila Siti menang buat pertama kali dengan lagu Jerat Percintaan.

Itulah yang terakhir, sebelum minat muzik saya mula tumbuh di ranah yang lain. Bukan saya anti muzik Malaysia. But I just don’t feel like wanting to watch AJL. Sebab citarasa personal saya tidak lagi ditawarkan dalam genre-genre yang dilambakkan di situ.

Hebat strategi pemasaran Qu Puteh, kan. Yang tidak tonton AJL pun boleh tahu! Sebab sudah terlalu kecoh di media sosial. Sampai kita pun naik curious; dan mula menerawang dalam Google dan YouTube. Itulah kelebihan teknologi digital pada zaman siber. Segala peristiwa yang telah berlalu, akan terawet di hujung jari. Dan boleh diulang semula bila-bila.

3. Saya tidak tau salah siapa; TV3 atau Dato’ Vida. Tapi sepatutnya iklan tajaan Qu Puteh itu boleh diadun secara organik dalam AJL. TV3 could have made it more natural and blending well with the performances. Bukan ditempek-tempek semberono begitu, macam anak teruna tua tak laku-laku yang terlalu desperado mau menjual diri.

Dari segi ini, saya memang setuju kalau Qu Puteh dan produksi AJL dibelasah secara bergotong royong. For many, AJL is one of the most anticipated musical events of the year. Sadly, TV3 destroyed ‘the good feeling’ mercilessly with all those over-dosed lousy and tasteless commercials. Kemaruk sangat dengan duit sponsor, sampai citra infotainment sekeluarga diracun tanpa sikit pun simpati. Menerusi belitan propaganda paling beronar i.e. ‘putih-itu-cantik-abadi’.

TETAPI. Ya, saya ada tapi juga.

Begini. Berpada-padalah juga bila mengutuk Primadona Vida a.k.a Dato’ Dr. Hajjah Hasmiza Othman. If you hate her products because of the annoying image portrayal; that is your right and choice. But please, draw the line. Jangan sampai setiap hal jadi sasaran. Don’t judge Dato’ Vida as a person. Hingga rupa fizikal dan mekap dia pun dijadikan bahan cemuh yang laris.

4. Nobody is perfect. Ya, tiada siapa yang maksum dari cacat-cela. Bila meluat, memang kita mengutuk. Itu tabii biasa seorang manusia. Saya pun selalu juga begitu. Tapi kita perlu saling ingat mengingatkan untuk buat refleksi. Janganlah buruk yang satu, ditokoktambah bertele-tele. Where credit is due, be generous enough to give.

Ramai yang mengutuk sakan itu: kamu tahukah siapa sebenarnya Dato’ Vida? Dia seorang usahawan wanita Melayu yang berstatus jutawan. Empat katakunci di situ: ‘usahawan’, ‘jutawan’, ‘wanita’ dan ‘Melayu’ – ini sangat-sangat jarang boleh berpadu dalam satu frasa. That alone implies that she is one special and extraordinary lady!

Dia juga wanita yang pernah jadi ibu tunggal bertahun-tahun (sebelum berkahwin semula). Begitu gigih membesarkan anak-anak tanpa keluh kesah. In August 2013, two of her sons were killed in a tragic fire at her very own home. Bayangkan dugaan yang begitu berat! But she faced the tragedy with her typical iron-lady heart. Tabah, redha dan terus berjuang ke hadapan. Isn’t that inspiring?

Syarikat dia, Vida Beauty Sdn Bhd beroperasi pada skala mega. Bukan saja online, tetapi juga on the real ground. Dia menggaji lebih seratus pekerja, merangkumi pelbagai hierarki jawatan. Dari kolar putih (pegawai pemasaran, penyelidik di makmal, etc) sampailah ke kolar biru (pekerja kilang, pemandu lori, etc). Bayangkan berapa ratus orang yang berjaya membina kerjaya hasil dayausaha seorang wanita bernama Dato’ Vida ini!

Itu baru pekerja sendiri. Bagaimana pula dengan ratusan (mungkin ribuan?) orang lagi pada rangkai hiliran yang secara tidak langsung mendapat pekerjaan kerana produk Vida Beauty? Para stokis, pengedar, penjual sambilan, pereka iklan, model, etc. Kamu yang mengutuk Dato’ Vida siang dan malam: berapa ramai umat manusia lain yang kamu telah tolong dengan memberi mereka sumber rezeki? Berapa banyak kitar fiskal yang telah kamu suntik ke dalam aliran ekonomi Malaysia bagi mengukuhkan tabungan negara?


5. Chef Wan pun bukan main tumpang sepiring. Mengutuk Qu Puteh sampai tak ingat dunia. Ok, itu memang hak peribadi dia atas nama kebebasan bersuara.

Tapi isu saya, kalau berahi sangat mau kutuk pun, jangan lupa tengok cermin. Kau meluat tengok Dato’ Vida ‘menjual diri’ dengan berlebih-lebihan di AJL. Tapi kau juga menjual perkahwinan anak sendiri untuk ditonton oleh manusia seluruh dunia. Sampai momen-momen yang sangat personal pun kau jaja untuk tayangan komersial.

Honestly, I have nothing against his decision. In fact, I did watch the wedding on ASTRO and quite enjoyed it. Tapi poin saya, kenapa Chef Wan jengkel propah tersangat-sangat bila tengok Datuk Vida dengan Qu Putehnya? At least Dato’ Vida hanya buat promosi arusperdana di TV untuk produk awam yang diusahakan di kilang. Bukan macam Dato’ Wan; mengkomersialkan dalam siaran media untuk produk peribadi yang dihasilkan oleh kelamin sendiri.

6. Ok, enough of the let-bash-qu-puteh extravaganza. Each one of us has one life of our own. Let’s live it to the fullest. For now, we should leave Dato’ Dr. Hajjah Hasmiza Othman alone – and let her doing what she is best at. So that we also can focus on doing our own thing.

Pernah dengar atau tahu pasal ‘mentaliti ketam’? Ini tentang sekumpulan ketam di dalam sebuah bekas; saling menarik kaki ketam lain yang mahu memanjat keluar. Hingga akhirnya tidak ada seekor pun yang berjaya lepas dan bebas.

Itulah mentaliti bumiputera dalam perniagaan; kata seorang kawan yang mengkaji bidang keusahawanan komparatif. BUKAN saya yang kata ya! Sebab itu ramai bumiputera tidak reti-reti maju dalam meniaga. Kalau ada pun yang maju, majoriti terpaksa bergantung pada intervensi gomen. Sebab mau mengharapkan sokongan sesama sendiri, haram sampai papa kedana pun tiada siapa mau tolong.

7. Think of this. Kalau Dato’ Vida itu beretnik Cina; kamu rasa masyarakat sebangsanya akan mengutuk dia bertalu-talu, siang dan malam, hanya kerana iklan produk yang geli-geleman itu? I don’t know. This is purely hypothetical.

But what I know, I have never seen Malaysian Chinese form a collective force trying to pull down (with severe mocking) one of their millionaires for petty reasons. At least not in public, with this kind of magnitude and intensity. Ini hanya berlaku dalam kalangan bumiputera. Dulu Kak Ton Comel-Tak kena bertali-tali. Lepas itu, Alif Terlajak-Laris diuli-giling. Sekarang ini pula giliran Datuk Vida Qu-Puteh ditubi bertalu-talu.

Tipikal sangat.

Bumiputera yang mampu maju dalam industri komersial terlalu sedikit, relatif kepada pencapaian bangsa lain. Sebab ranjau di depan tersangat gadang. Berapa kerat yang benar-benar berhati kuat dan berkulit tebal; serta mampu melawan serangan mentaliti ketam yang sangat brutal dari bangsanya sendiri?

Nota tambahan editor : Berikut pula adalah pandangan Dato Ramli MS di fb wall beliau
ramli-ms

kredit The Vocket

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!