Kadar Bayaran Baru Pasport Malaysia Antarabangsa

By Zahirah Dzahir - 1/16/2015 02:36:00 PTG

Assalamualaikum..

Berita baik untuk semua warganegara Malaysia..tambah2 pulak untuk warganegara Malaysia yang sering melancong ke luar negara. Berita baiknya adalah harga bayaran untuk buat pasport Malaysia Antarabangsa dah pun dikurangkan.


Kalau tak dulu RM 300 untuk tempoh lima tahun..kini dikurangkan kepada RM 200. 

Manakala, bayaran pasport untuk warga emas, kanak-kanak di bawah 12 tahun, jemaah haji dan pelajar di bawah 21 tahun dikenakan bayaran sebanyak RM100 berbanding kadar asal RM150.

Bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) pula, golongan berkenaan tidak dikenakan bayaran untuk perkhidmatan berkenaan.
 
Notis arahan terbaharu itu ditampal di luar pejabat Imigresen, hari ini.

Sehubungan itu, dengan pengurangan kadar bayaran untuk tempoh lima tahun, pasport untuk tempoh dua tahun tidak lagi ditawarkan kepada umum. 
BH Online -
 
 fb member

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!