Doa Untuk Kuatkan Rahim dan Elakkan Keguguran

By Zahirah Dzahir - 1/05/2015 01:02:00 PTG

Assalamualaikum..

http://drnatashanorfertility.files.wordpress.com/2014/02/pregnancy1.png

Tahniah  kepada ibu-ibu atau pasangan yang telah berjaya hamil. Akan tetapi, hendaklah sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga. Lebih-lebih lagi sekiranya puan mengandung selepas menjalani rawatan IVF untuk mengurangkan risiko keguguran.

Di dalam artikel pendek ini doktor ingin berkongsi doa dan zikir yang diharapkan dapat diamalkan oleh bakal-bakal ibu agar dikuatkan rahim untuk mengelakkan keguguran ataupun kelahiran pramatang.


Ada beberapa doa / zikir yang boleh diamalkan bagi tujuan ini:

1.Membaca surah Al-Hij’r ayat 97, 98 dan 99:


hijr1
hijr2
hijr3


Maksudnya:

Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

2. Membaca zikir Ya Mubdi.    http://cdn.islamiclyrics.net/wp-content/uploads/2009/01/al_mubdi.png  Bermaksud Pencipta
Hendaklah suami atau seseorang membaca zikir tersebut di atas sebanyak 99 kali pada waktu sahur (sebelum Fajr) dan meletakkan tangan di atas perut isterinya atau perempuan yang sedang hamil.

3. Membaca doa tersebut di bawah:



Maksudnya: 
Ya Allah, Tuhan yang mengenggam langit sehingga tidak jatuh ke bumi, ia tegak tanpa atap. Genggamlah janin yang ada di rahimku, sempurnakan dia hingga dia lahir dengan baik dan selamat.

Sekiranya keguguran masih juga berlaku. Hendaklah bersabar dan tawakal dengan kehendakNya. Jika keguguran berlaku beberapa kali  anda perlu mendapatkan nasihat doktor. Beberapa ujian mungkin akan dilakukan untuk memastikan sama ada terdapat faktor yang menyebabkan keguguran berulangkali. Di samping itu, ubat kuatkan rahim dan langkah-langkah seterusnya boleh diambil untuk mengurangkan keguguran berlaku.

credit https://drnatashanorfertility.com

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!