BIAR ANAK MARAH KITA SEKARANG ....

By Zahirah Dzahir - 1/30/2015 12:04:00 PG

Assalamualaikum..

Sesungguhnya..saya memang alami situasi ni..separuh dari kemahuan anak2 saya turut..berlainan dari Cik husband, dia tak turut katanya nanti anak2 melampau..kadang2 tu saya tak sampai hati..kesian tengok muka anak2 sedih bila nak sesuatu tak dapat. Tapi..bukan semua yang saya turut..kalau yang biasa2 tu saya turut je la..kalau yang melampau tu cam nak benda yang tak berfaedah n tak sesuai memang saya tak bagi. Selalunya anak2 ni nak benda yang perlu kita keluarkan duit..tapi dari segi apa pun..tak mau bagi anak2 sedih or buat muka..saya n Cik Husband akan terangkan sebab n contoh kenapa mereka tak boleh dapat or nak sesuatu benda tu..Memang mencabar, kadang2 dalam dok terang tu pun, tetap nak jugak. Paling akhir sekali kalau tak jalan jugak..kami buat tak tau je laaa..Memang betul..kalau kita turut makin lama makin anak melampau dan mereka akan bawa perangai tu sampai mereka besar..

Bila baca apa yang Dr Sukri Abdullah tulis ni, ada juga yang terkena kat batang hidung sendiri. Apa pun saya n Cik Husband sebagai ibu bapa ni kena belajar dan belajar camna nak jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak2 ..


BIAR ANAK MARAH KITA SEKARANG ....

Kita, ibubapa penuhi semua KEMAHUAN anak.
Pasti mereka sukakan kita.
Anak minta handphone.
Bagi tanpa cakap banyak.
Anak nak keluar ke bandar tonton wayang.
Bagi tanpa dipersoalkan.
Anak balik lewat.
Biar, tak marah.
Anak belanja terlebih, minta wang tambahan.
OK no problem.
Anak ada boyfriend.
Tak apa. Sporting.
Anak minta itu ini
Bagi ... maklumlah sayangkan anak.

Itulah Mak-Ayah jenis selebriti.
Itulah Mak-Ayah yang cukup popular dengan anak.
Ikut semua kemahuan anak.

MEREKA BUKAN MAK-AYAH SEBENAR !!!!!

Anak nak keluar tengok wayang.
Mak ayah soal macam-macam.
Kekadang bagi, kekadang tak bagi.
Anak minta handphone.
Ada keadaan bagi, ada tidak.
Itupun sekadar Nokia 3310.
Marah betul si anak.
Benci pada Mak dan Ayah yang kedekut !
Dengar anak ada boyfriend.
Memang anak itu kena "interrogation" dgn Mak-Ayah.
Dia halang anak jumpa budak itu.
Di sekat anak hubungi budak itu.
Dirampas dan dicheck message2 dalam handphone.
Sehinggalah anak itu surrender.

Itulah Mak-Ayah tegas.
Memang anak tak suka Mak-Ayah macam itu.
Memang anak benci Mak-Ayah macam itu.
Mak-Ayah itu bukan jenis selebriti.

Anda Mak-Ayah macam mana ?
Didik anak bukan mencari populariti.
Isu utama di sini.
Mak-ayah kena bezakan di antara
KEMAHUAN dan KEPERLUAN.
Ini salah satu tajuk yang akan dibicarakan dalam Seminar Bimbing Anak Camerlang Akademik April nanti.

SILA SHARE jika berminat.

( Dr Shukri Abdullah )

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!