Khamis, 31 Disember 2015

Last Minit Beli Buku Sekolah M Haziq Muqri

Assalamualaikum..


Dok cadang nak pi awai buku sekolah Haziq. Tapi main ngan dok prosah buat keja laint..so benda ni tertanguh. Tetiba baru sedaq sekolah dah nak buka. Makanya kemaren jugak la kami pi beli. Ikutkankan bukan jauh pun..beli di koperasi sekolah Haziq ja. Dok ingatkan tak ramai dah yang beli..rupanya ramai jugak mak bapak yang baru nak beli buku sekolah ni termasuklah Saya.  Cam Haziq dah masuk tahun 6..ada list buku yg disediakan..ikut list buku tu yg mana kena beli yg mana tak . Kira banyak buku latihan yg kena beli.  So..selesai dah beli..balik nanti sesi balut membalut la pulak.



- Mummy Ira -

Ok la tu..sekurangnya ada gak azam setiap tahun..

Assalamualaikum..

Depa kata ni salah 1 azam tiap tiap tahun kaum perempuan. Ok la tu..sekurangnya ada gak azam setiap tahun.Tapii, Saya rasa ni salah satunya azam yg susah sikit nak dilaksanakan. Sebabnya makan..kalau dah lapaq n makan sedap, mana boleh tahannnn...rugi wooo..hehehe

 

- Mummy Ira -

DAGING BAKAR ALA THAI dari FB Resepi Masakan Terkini

Assalamualaikum..




DAGING BAKAR ALA THAI

*Proses Pertama ( Penyedian Daging )

1.Daging ~ 1/4 Kilo ( daging kotak/sejukbeku atau Daging Segar)
2.Bawang Putih ~ 3 ulas
3.Bawang Merah ~ 1 ulas
4.Kicap Manis ~ 2 sudu Besar
5.Sos Tiram ~ 1 sudu Besar
6.Garam ~ 1 sudu Kecil
7.Aji No Moto ~ ikut citarasa/boleh diganti sedikit gula
8.Serai ~ 1 Batang


Cara Membuatnya

- Daging kotak , defrost microwave 4 minit ,dicuci ,dan dibiarkan kering 10 minit atas suratkhabar lama.
- Dipotong nipis setebal daging burger.
- Bawang putih,Bawah Merah dan Serai,Garam,dan Aji diblender lumat
- Campurkan Kicap manis,Sos Tiram

- Akhirnya semua bahan digaul rata. Masukkan daging dan digaul rata.
- Masukkan dalam bekas bertutup.Perapkan dalam petisejuk minima 3jam.


*Proses Kedua ( Sos untuk cicah )

1.Cili padi/cabai melaka ~ 5 biji
2.Cili Merah ~ 1biji
3.Belacan
4.Bawang puith ~ 2 ulas
5.bawang Besar ~ 1biji besaiz kecil ( diameter 35mm)
6.Gula ~ 1/2 sudu kecil
7.Garam sedikit
8.Aji sedikit
9.Limau Nipis ~ 1biji
10.Asam Jawa ~ 3 biji/ambil airnya sahaja


Cara cara:

- Bawang Putih,Bawang Besar,Belacan dibakar microwave 4 minit med high
- Masukkan kesemua bahan tadi kedalam blender dan blender lumat
- SIAP MASUKKAN KEDALAM BEKAS BERTUTUP (simpan ditempat yang selamat)
- SELEPAS 3 JAM ATAU LEBIH bolehlah dibakar sehingga daging masak...

kredit fb Resepi Masakan Terkini's photo.

- Mummy Ira -


Rabu, 30 Disember 2015

Ada Hikmah Disebalik Sakit Kita

Assalamualaikum..



Apabila kita sakit mesti kita kan mengeluh tapi bila kita sakit tentu ada hikmah disebalik sakit tu.

Apabila Allah SWT beri kita sakit, ia adalah sesuai dengan daya tahan kita sebagai hamba-Nya.  Dan di antara hikmahnya :

1) Sakit itu Zikrullah.
Bukti: Mrk yg di uji dgn sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.


2) Sakit itu Istighfar.
Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah utk memohon ampun.


3) Sakit itu juga Muhasabah.
Org yg sakit akan lebih byk waktu merenung diri dlm sepi, menghitung-hitung bekal utk kembali.


4) Sakit itu Jihad.
Org yg sakit tidak boleh menyerah kalah, di wajibkan utk berikhtiar demi kesembuhan.


5) Sakit itu Ilmu.
Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu utk tidak mudah sakit.


6) Sakit itu juga Nasihat.
Yg sakit selalu suka menasihati yg sihat agar jaga diri.
Yg sihat menasihati yg sakit agar bersabar.


7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yg jarang dtg jengok akan dtg menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dpt buah tgn lg.

8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari org yg sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan.
Di ajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah di sesalinya.


11) Sakit itu sedikit tertawa dan byk menangis.
Satu sikap keinsafan yg di sukai Rasulullah s.a.w. dan makhluk di langit.


12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah.
Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sgt.
Tahyat juga jadi lebih lama.


13) Sakit itu memperbaiki akhlak.
Kesombongan terkikis, Sifat tamak di paksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.


14) Sakit mengingatkan kita akan Mati,
Membuatkan kita sentiasa beringat utk menghadapinya.


Semoga perkongsian ini bermanfa'at untuk semua..

kredit Bahagian Dakwah JAKIM

- Mummy Ira -

Petua Buang Angin Dalam Badan

Assalamualaikum..

PETUA BUANG ANGIN Dalam Badan

Tanda-tanda angin banyak dalam badan:

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
• Kulit kering.
•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.
• Perut berangin.
• Sakit kepala/migraine.
• Perasaan mudah marah.
• Hilang selera makan.
• Hilang/kurang nafsu seks
• Dan rasa ketidakselesaan badan.

Cara dan Bahan² :

1. 3 sudu halba direndamkan halba dlm air dlm 2minit dan toskan seketika.
2. 3cm halia muda diparut
3. 4 Ulas bawang putih
4. 15biji lada hitam.

Semua bahan2 diatas.Ditumbuk halba sehingga halus hancur dan kemudian dicampur halia,bawang putih last masukkan lada hitam. Tumbuk sampai hancur. Kemudian bahan2 tersebut digentel kecil spt maajun. Boleh disimpan dlm peti sejuk letak satu bekas.
Jamu ini boleh di ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Jika diamalkan perut akan kempis.

* Tips cara makan ini :
Minum dgn air suam.

*badan akan ringan,angin akan keluar dan mengempiskan perut.
*perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan.

Selamat Mencuba

kredit TibbHusni Al Ismaily