Tips Mudah Asingkan Anak Tidur Dari Bilik Ibu Bapa

By Zahirah Dzahir - 12/23/2014 12:50:00 PG

 Assalamualaikum..

 google

Memisahkan anak-anak tidur di bilik sendiri bukanlah perkara yang mudah, tetapi jika betul cara dan kaedahnya, Insya Allah urusan yang bisa memeningkan kepala ini akan berjaya ibu bapa laksanakan. Jika anda buntu, jom kita cuba tips-tips dibawah. Moga membantu dan bermanfaat!


1. Sediakan bilik yang selesa untuk si manja anda. Ini tidak bermakna anda perlu hias biliknya dengan perabot mewah dan sebagainya. Sebaliknya memadai jika bilik tersebut bersih dan kemas. 



 2. Berikan masa kepada anak untuk membuat persediaan mental dan emosi. Terangkan kepadanya bahawa dia sudah besar dan perlu belajar tidur sendiri. Pastikan tidak ada sesiapa yang cuba takut-takutkan dia apabila tidur sendiri nanti. 


3. Persediaan mental dan emosi. Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sesuatu yang baru. Jadi, sebaik-baiknya beritahu pada anak-anak anda bahawa mereka perlu tidur sendirian lebih awal dari jangka masa yang anda sasarkan. 

 4. Anda boleh melatih si kecil untuk tidur di biliknya pada siang hari. Temankan dia terlebih dulu dan bacakan buku cerita yang memberi manfaat kepada si kecil. Lakukan sekerap mungkin dan cara ini pasti dapat membantu membiasakan anak anda.


5. Ajak si kecil anda menghias bilik tidurnya. Pasti dia teruja apabila benda yang disukainya menghiasi ruang privasinya. Sebagai contoh, jika si hero sukakan kereta, terapkan elemen permotoran dalam bilik tidurnya. Begitulah sebaliknya.


6. Pastikan ada ruang bermain dalam bilik anak-anak dan pastikan hiasan bilik tidak terlalu sarat. Elakkan meletak barang-barang kaca yang mudah pecah. Ia berbahaya.


7. Bagi anda yang mempunyai lebih daripada seorang anak dan sama jantina, katil dua tingkat mungkin pilihan yang tepat untuk jangka masa panjang, terutama bagi kediaman yang mempunyai bilik yang terhad.



8. Andai katil bayinya dahulu boleh diubahsuai menjadi katil kanak-kanak, ini menandakan anda berhadapan dengan satu proses yang agak mudah. Anda boleh menunjukkan kepada si manja bahawa dirinya tidak ‘diusir’ daripada tempatnya yang lama.


9. Sejurus si manja anda berpindah ke biliknya sendiri, kekalkan rutin tidurnya dan biasakan si manja buang air kecil dahulu sebelum tidur. Anda tidak perlu mengubah waktu tidurnya kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada si manja nanti. Masalah lain yang mungkin timbul, anak anda mungkin boleh berasa terlalu ‘bersemangat’ sehingga dia sukar tidur.


10. Anda boleh melayani kerenah si manja yang pada awalnya mungkin akan terus bermain, keluar masuk bilik meminta segelas air, meminta anda membacakan buku untuknya, berulang alik ke tandas, minta ditemani. 


11. Cuba selidiki kenapa si manja anda suka tidur dengan anda? Mungkin si manja takut dengan kegelapan? Atau wujudnya rasa cemburu dalam diri mereka apabila si adik masih boleh lagi tidur dengan anda sedangkan dia tidak? 


12. Berikan mereka benda yang boleh membuatkan si manja rasa selamat dengannya. Contohnya sebuah patung besar yang boleh membuatkan si manja rasa ‘berteman’ apabila tidur.


13. Sediakan pencahayaan yang bersesuaian untuk si manja. Kebanyakan kanak-kanak memang takut dengan kegelapan. Jadi belilah lampu-lampu ‘fancy’ khusus untuk si manja.


14. Latih anak-anak untuk mengemas bilik mereka sendiri. Walaupun lipatan selimut mereka tidak begitu kemas, biarkan dan beri mereka peluang untuk memperbaikinya.


15. Bersabar adalah kunci paling utama. Memang tidak mudah untuk mengajar si manja tidur sendirian di biliknya. Dan ia mungkin tidak akan berhasil hanya dengan satu malam. 



16. Amalkan membaca doa sebelum tidur dan Surah 3 Qul. Latih anak-anak untuk turut membaca doa ini setiap kali sebelum masuk tidur. Insya-Allah doa ini akan meningkatkan keyakinan kita sendiri serta anak-anak bahawa Allah akan sentiasa melindungi mereka.


17. Jadi, pada peringkat awal peralihan ini ibu bapa memerlukan tahap kesabaran ekstra. Pimpin si manja ke bilik semula setiap kali dia keluar dari bilik tidurnya.


18. Dan yang terakhir, anda boleh menerapkan sistem ‘reward.’ Seperti beli ‘sticker’ atau pelekat bergambar dan lekatkan di papan khusus untuk menunjukkan berapa kali si manja tidur tepat pada waktunya dalam satu minggu.


sumberhttp://mia-zara-ina.blogspot.com/2013/07/cara-nak-pisahkan-anak-dari-tidur.html
Mudah-mudahan ibu bapa berjaya dan mohonlah kepada Allah agar dimudahkan dalam urusan ini. MOGA BERJAYA!

Wallahua’lam..

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!