Assalamualaikum..
Siapa yang tidak ingin kelihatan muda dan segar biarpun usia semakin
meningkat? Sekiranya anda juga begitu, usahlah bimbang kerana ada
caranya untuk tampil muda dan cantik sepanjang masa. Ingin tahu
muslihatnya?
-
Ketika anda bersolek, samarkan kedutan yang mulai muncul dengan
bantuan produk solekan jenis highlighter. Ia dapat membantu memantulkan
cahaya di samping menangkis bayangan. Penyamar cela kurang sesuai
digunakan kerana ia hanya akan menyebabkan kedutan serta garis-garis
halus yang berada pada wajah semakin jelas kelihatan.
-
Selain itu, anda turut digalakkan untuk menggunakan masker. Tujuannya
ialah untuk menegangkan kulit wajah anda. Di samping itu juga, masker
turut berfungsi membersihkan segala kotoran pada pori-pori wajah
seterusnya melembapkan kulit.
-
Cerahkan bahagian mata anda dengan membentuk alis mata secara
profesional. Alis mata yang dijaga rapi akan memberikan impak mata yang
hidup serta akan membingkai wajah dengan sempurna.
-
Sebolehnya, sentiasalah memakai maskara hitam untuk mendapatkan impak segar dalam kadar segera!
-
Sekiranya anda memiliki rambut yang panjang, dandanlah dengan ikatan
ke atas atau poni. Selain bergaya muda, cara ini juga mudah untuk
menarik kulit di sekitar bahagian dahi serta pipi anda sehingga
kelihatan lebih tegang. Dengan itu, segala kedutan dan garis-garis halus
apat dilindungi.
-
Gunakan pelembap yang bagus kualitinya
-
Pastikan pelembap anda bebas daripada minyak mineral supaya tidak
menyumbat pori-pori yang boleh mengakibatkan timbulnya jerawat.
-
Rawatlah wajah anda secara teratur pada setiap hari. Jangan lupa
memakai pelembap, lakukan pengelupasan dua kali sebulan serta
mengamalkan krim tabir suria.
-
Usah keterlaluan mencuci wajah. Mengikut Pakar Dermatologi dari
University of Maryland Medical Centre, air paip boleh menyebabkan kulit
kering serta kehilangan minyak semula jadi yang berfungsi untuk
melembapkan kulit. Jika dicuci dengan kerap, anda akan membilas sekali
minyak perlindungan ini.
-
Amalkan rutin penjagaan kulit yang baik. Jika anda benar-benar ingin
kekal cantik dan muda, mulakan dengan rutin penjagaan kulit yang betul.
Jauhi sinaran matahari terus ke kulit, sentiasa gunakan krim tabir suria
dan krim pelembap serta berhenti merokok.
-
Makan secara seimbang dan minumlah air putih secukupnya. Kulit akan
kekal lembap serta anjal. Selain itu, garis-garis halus juga
berkurangan.
- Jauhi tekanan dan amalkan senaman secara rutin. Apabila tubuh anda sihat maka ia akan memberikan kesan yang baik kepada kulit anda. Wajah akan sentiasa kelihatan bermaya dan berseri-seri.
0 orang berborak di sini!