Ahad, 30 November 2014

Jalan Jalan Teluk Senangin Lumut Perak ( YeoB Bay Hotel & Resort) part 2

Assalamualaikum..

Susah jugak nak cari hotel or resort masa cuti sekolah ni. Ada tu ada tapi nak cari dengan bajet yg kita ada tu susah sikit. Banyak yang ada pun yang mahal sikitt. Ikutkan saya pun tak tau pasai Hotel ni. Ada member yang bgi info so telefon n terus booking. Takut tak dak kosong susah jugak.

Dapat la kat YeoB Bay Hotel & Resort. Tu pun nak penuh jugak. Harga untuk semalam pun kira boleh la tahan. Yeob Bay ni area Teluk Senangin satu jalan dengan Hotel Swiss tapi Yeob Bay ni masuk ke dalam lagi. Kalau sapa tak tau guna ja GPS..Hotel ni pun ok. Bilik macam di pecah 2. Kalau tak 1 bilik ada 2 katil ni sambung dengan bilik sebelah ada 4 katil. Tak payah nak berebut.

Serba sikit Info tentang Yeob Bay Hotel&Resort ni..

Terletak di tepi pesisir pantai Teluk Senangin, kira-kira 20 kilometer dari Lumut Perak, yang masih tidak terusik dengan skala pembangunan besar, kedudukannya menghadap Pulau Pangkor turut menjanjikan pemandangan menarik saujana mata memandang. Menikmati deruan ombak dan hembusan angin pantai akan lebih bermakna jika anda turut menikmati kemudahan barbeku pada waktu malam yang ditawarkan oleh pihak hotel di ruang kafe terbuka dengan hanya RM30 seorang. Restorannya yang dibuka dari pukul 7 pagi sehingga 10 malam pula menawarkan menu masakan Melayu dan Barat 

Yeob Bay Hotel & Resort
Lot 6606, Teluk Senangin, Lumut, Pangkor, Malaysia
03 - 4252 6535
03 - 4252 9535


disediakan juga lot parking 
 bahagian kaunter- credit agoda.com
 
dapat bilik yang nampak laut 

 ni yang sebelah 1 bilik ada 2 katil

 ni yang lagi sebelah bilik

 kena berhati2 sikit tang balkoni takut ank2 kecik panjat

 

area untuk iron baju

 ni tempat makan bahagian luar
 
  
bahagian kaunter- credit agoda.com
 
Ni je la pic yang sempat saya snap. Kira ok la Yeob Bay hotel & Resort ni, sebabnya bilik pun selesa dan ada sekali dengan tempat makan. Tak payah susah2 nak pegi beli kat luar. 

- Mummy Ira -

Jalan Jalan Ke Teluk Senangin Lumut Perak Part 1

Assalamualaikum..

28-29/11/14. Kali ni dapat jugak bawak anak2 pi jalan jalan/holiday/makan angin.  Ikutkan lama dah tak pi jalan2 ni. Kesian jugak kat anak2 dok teperap ja kat rumah. Sebabnya Mr Hubby tak boleh nak cuti..cuti dia hanya masa cuti sekolah. Sekolah cuti dia pun cuti..Tu pun awai cuti ada jugak kursus yg Mr Hubby kena pi. 

Tapi tak dan nak pi jalan2. Terpaksa balik hari Sabtu pagi coz ada kematian sedara. Nak buat camnakan prkara yg tak boleh nak elak. Sekurangnya dapat jugak anak2 mandi pantai.

Dok plan jugak nak pi jalan mana. Kebetulan la ada member sekolah bgtau nak buat Mini gathering ex-student Maahad Mahmud Alor Setar batch 1991-1996..bawak family. Kira join sekali dengan depa, sambil tu boleh bawak anak2 pi jalan2. Tempat yang di pilih Teluk Senangin Lumut Perak. Ikutkan dulu selalu jugak pi Perak..ke Lumut pasainya Mr Hubby ex NAVY..kira tempat kenanngan dia laa..

Bertolak hari Jumaat pagi..sampai pun dalam pukul 2ptg. Sementara nak jumpa member yang lain, pegi chek in dulu kat hotel. Kami menginap di YEOB BAY HOTEL&RESORT. Bilik cantik dan nampak laut.
( Entri lagi 1 saya akn cerita sikit tentang hotel ni).

Dah sampai..chek in..Anak2 pun nampak happy sangat. Dok ulang tanya bila nak mandi pantai. Rehat kejap lepas tu bawak anak mandi pantai. Cuma tak sempat nak snap pic bbnyak dah pi pun sat jaa. Apa yang penting dapat bawak anak2 happy dapat pi jalan2.


 
  Muka happy n letih
bodek Abah dapat ultraman sorang 1
time ni still panas

saat yg ditunggu tunggu
 Hadif yang tak berani mandi pantai
Hadif takut Hazim berani

 Abah ja yang mandi


ni get ready nak balik dah..


Inshaallah..ada masa nanti..kita pi lain.. ;)

- Mummy Ira -

Khamis, 27 November 2014

Tips / Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam

Assalamualaikum..


Jom baca dan  berkongsi dengan ibubapa bagaimana cara kita mendidik anak berlandaskan islam. 

 

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

CARA RASULULLAH S.A.W MENDIDIK ANAK
TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat. 
TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
Wallahua’lam
- Mummy Ira -

Rabu, 26 November 2014

Jalan Jalan Buat Akal Di Tesco

Assalamualaikum..

Bawa anak2 jalan ke Tesco, saja pi tengok barang kot ada offer buleh la beli..tapi besa ja. Ada yang mahai ada yang murah so beli ja apa yang patut..apa yang perlu ja. Macam biasa la..kalau dah pi shopping ni kena la bawak semua tambah plak cuti sekolah, Haziq pun nak ikut sekali. Haziq kata "Asyik bawak adik ja". Ikut la semua.

Yang tak bestnya, kalau pi shopping ni, ada plak yang buat perangai. Especially kembar Hazim n Hadif..ada saja tak kena. Kena plak dok dalam stroller lagi macam2 tak kena. Menjerit, bertengkar, menangis ni bagai dikata la. Kalau mood ok ni, senyap ja dalam stroller tu. Mood tak ok, macam bunyi yang dapat dengaq. Tak mau depa bising lelebih, cari la mainan yang murah..maka dapatla badminton mainan sorang 1. Dah dapat


last 'journey' bawak anak2 pi makan je laMakan kat Pizza, klam kabut punya pasai..pic pun tak dan ambek...

- Mummy Ira -

Spend, Collect and Reedem Disney Pixar di Tesco

Assalamualaikum..

Macam yang korang tahu..kalau kita beli barang kat Tesco, akan dapat sticker disney Pixar. Ni untuk dapat patung Disney tu. Kena bagi dapat 20 keping stickers, pelekat dlm borang kecik,kalau cukup baru dapat patung Disney tu.

Ikutkan tak pernah pun kumpul stickers2 ni..bukan tak berminat nak kumpul..tapi nak kena beli barang kat Tesco baru buleh kumpul..tu pun ada rate harga beli barang untuk dapat stickers ni. Dijadikan cerita tadi beli barang, dapat la stickers2 ni. Banyak keping la jugak dicampur dengan stickers yang lepas..ngam2 20 keping. Pi la pelekat dgn Haziq. Dah siap kena pilih bungkusan yg ada patung2 tu. Dapat la patung 'Woody dari Toy Story".

 
dapat la bungkusan kecik ni

 
  buka2..alaaa..keciknyaaa..

ni serba sikit cara2 nak Spend, Collect and Reedem Disney Pixar..more info  http://www.tesco.com.my/allstarfriends/m/index.html#extra  
 
 
 
 
 

 

- Mummy Ira -