Ahad, 21 September 2014

Kebaikan Mandi Ais


Mungkin pembaca sudah biasa mendengar bahawa ais boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya.

Tetapi itu terjadi apabila anda sering mengamalkan minum air sejuk atau mengunyah ais batu. Namun, tahukah anda, jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi dan mempunyai banyak kebaikan.

Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda.

Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih.

Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan.

Bukan itu sahaja, mandi ais juga dapat membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak.

Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya dapat menjadikan tubuh lebih kurus.

Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan dengan mandi air sejuk. Kajian dari Universiti Virginia Commonwealth mendapati air sejuk boleh merangsang ‘titik biru’ pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline.

Air sejuk juga dapat menjadikan kulit dan rambut lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, seterusnya mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, air sejuk dapat membantu menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda.

Cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera adalah dengan mandi ais, selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus. Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan.


-Utusan Melayu (M) Bhd-

Rabu, 17 September 2014

Tauhu Lembut Masak Ayam Tiram Pedas - Tahrunnisah Jali

Assalamualaikum

lagi resepi yang menarik dari Facebook Tahrunnisah Jali




Resepi tauhu lembut masak ayam tiram pedas

bahan2

  • tauhu lembut
  • 2 ulas bawang putih (dipotong kecik/dihancur)
  • 2 biji bawang merah kecik (dipotong kecik2/hancur)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu kicap manis
  • sedikit minyak bijan tuk menumis
  • isi ayam yang dipotong dadu
  • cili benggala dan lada merah di ptong kecik (sedikit sahaja)
  • 1 sudu kecik tepung jagung yang dibancuh dgn sedikit air
  • garam dan gula
  • sedikit air

caranya
1. kukus dahulu tauhu lembut.. ketepikan

SAMBAL
1. bawang putih dan bawang kecik dihancurkan
2. dalam kuali masukkan sedikit minyak bijan/minyak
masak- panaskan
3. masukkan bawang putih dan merah kacau hingga
naik bau
4. kemudian masukkan sedkit air, masukkan sos tiram,
sos cili dan kicap
5. kacau dan masukkan ayam yang dipotong dadu
6. masukkan air (tak perlu banyak) kemudian
masukkan bancuhan tepung jagung
7.. agak2la ye..kuah tak terlalu pekat atau tak terlalu
cair.. kalau pekat tambah air la ye atau sebaliknya..
8. masukkan lada benggala dan lada merah yang
diptong kecik serta perasakan dgn garam dan gula
9. dalam mangkuk/pinggan masukkan tauhu kukus tadi dan curah kuah atas tauhu dan hiasakan dgn bawang goreng serta daun bawang.
Selamat Mencuba..
- Mummy Ira -

Resepi Butter Prawn dari FB Tahrunnisah Jali

ni saya share dari facebook Tahrunnisah Jali. Boleh la kalau nak ikut..nmpk tu tak la ssah mana sangat.ok mai kita tengok resepi dari beliau..




Bahan gorengan udang
  • 1/2kg udang sederhana besar atau besar yang dipotong muncungnya dan juga bahagian ekor yang tajam sahaja
  • garam dan gula
  • lada sulah sikit
  • kunyit debu sikit
  • 4@5 biji cili api yang dimayang nipis (terpulang pada kepedasan sebenarnya pedas yang sedapnya)
  • 3 tangkai daun kari dicarik2
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus

bahan untuk sarang berantai
  • 3 biji kuning telor
  • 3 sudu besar butter/marjerin
  • 250ml minyak masak
  • secubit je garam
  • acuan roti jala
  • senduk bulat
  • kuali
caranya
 
1. udang dicampurkan dengan garam, gula sikit je, lada sulah sikit dan kunyit debu sikit. ketepikan

untuk membuat sarang telor berantai
 
1. kuning telor dikacau/pukul sederhana sahaja dan sekejap je ye kacau.agak2 sebati je
2. masukkan dlm acuan roti jala
3. panaskan kuali dan masukkan minyak masak..kemudian masukkan butter..minyak dan butter harus panas ye supaya nanti telor berantai dgn cantiknya
4. pegang acuan roti jala dgn tangan kanan dan senduk bulat tangan kiri (atau mana2 la ye yang selesa)
5. Bersedia untuk beraksi.. TUANG ADUNAN TELOR DGN JARAK YANG AGAK TINGGI DR KUALI... (pada gambar) SEMENTARA TANGAN SATU LAGI PUTARKAN/KACAU SENDUK TADI JANGAN BEHENTI YE..PUTAR/KACAU SATU ARAH SAHAJA..TUANG HINGGA ABIS DAN PUTARKAN SENDUK TADI..DAH ABIS BARU BEHENTI PUTAR/KACAU...PUTAR/KACAU DENGAN PERLAHAN SAHAJA (pada gambar)
6. goreng adunan tadi hingga kuning keemasan ..jika minyak membuak2 kacau perlahan2 ..
7. guna penapis masukkan sarang telor tadi dan toskan minyak nya dengan menekan sedikit sarang telor tu supaya minyak turun... jika rasa berminyak lagi guna tisu serap minyak.. ketepikan

cara utk menggoreng udang

1.campurkan udang, kunyit, lada sulah, garam dan sedikit gula
2. Panaskan kuali masukkan sedikit minyak lebihan kita goreng telur tadi
3. masukkan daun kari yang dicarik2 kan dan masukkan bawang putih..goreng hingga naik bau dan masukkan cili api mayang tadi
4. masukkan udang dan masak jangan terlalu lama...jika lama udang jadi keras
5. angkat dan toskan

dalam pinggan masukkan udang dan tabur sarang telor tadi diatasnya..
 
Selamat mencuba
 
- Mummy Ira -

Isnin, 15 September 2014

Gempar - Soalan UPSR 2014 Bocor


Ish..ish..UPSR bocor lagi..sblm ni Subjek Sains..ni Bahasa Inggeris pulak..kesian kat calon calon UPSR..ingatkan bila dah selesai exam UPSR ni boleh bergembira..rupanya tidakkk..nak buat camna kan..sambung study je la..sekurangnya setiap apa yang dah belajar tu masih fresh dalam kepala..cuma x sronoknya bila berdebar2 tu masih ada selagi tak selesai exam UPSR ni..apapun semoga calaon2 UPSR ni tabah dah buat sebaik baiknya..



Kertas Sains bagi peperiksaan UPSR bocor, ditunda kepada 30 September

 
PUCHONG- Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains 018, 028, 038 dijadualkan pada Khamis terpaksa dijadualkan semula berikutan terdapat laporan kebocoran kertas peperiksaan berkenaan.

Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Dr Na’imah Ishak berkata, berdasarkan siasatan awal, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut didapati telah bocor dan mula tersebar di media sosial.

Sehubungan itu, penangguhan kertas peperiksaan terbabit telah ditetapkan pada tarikh baru iaitu  pada 30 September ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Sains UPSR 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 11 September (Khamis) didapati bocor.

“Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang,” kata Dr. Nai’mah.
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan di sini hari ini.


Lagi Soalan UPSR Bocor, Kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2


Seorang calon peepriksaan UPSR sedang menantikan waktu untuk menjawab


PUTRAJAYA — Sah Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 (Kertas 1 dan 2) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) didapati turut bocor.

Lebih menarik murid perlu mendudukinya semula pada tarikh yang akan ditetapkan kelak selepas kertas UPSR Sains mengamali masalah sama dan dijadualkan mengambil 30 September ini.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata perkara itu disahkan pada 11 pagi tadi selepas kementerian menerima maklumat malam tadi yang disebarkan melalui media sosial.

Beliau berkata kementerian memohon maaf atas insiden kedua itu selepas soalan mata pelajaran Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan hari ini bocor dan terpaksa ditangguhkan ke 30 Sept.

“Kita akan pastikan mereka yang bertanggungjawab diambil tindakan yang sekeras-kerasnya kerana kita melihat integriti telah dipersoalkan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

“Saya sekali lagi merakamkan rasa dukacita tentang apa yang berlaku dan memohon maaf kepada ibu bapa yang terpaksa menanggung kesusahan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian dan pelaksanaan

Semalam Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Dr Na’imah Ishak berkata peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Sains 018, 028, 038 dijadualkan pada Khamis terpaksa dijadualkan semula berikutan terdapat laporan kebocoran kertas peperiksaan berkenaan.

Berdasarkan siasatan awal, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut didapati telah bocor dan mula tersebar di media sosial.

kredit

- Mummy Ira -

Ahad, 14 September 2014

Tips Pertahankan Cinta Jarak Jauh

Assalamualaikum..


Mencabar dan sukar. Itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan perhubungan cinta jarak jauh. Namun demikian, adalah tidak mustahil perhubungan sebegini dapat bertahan dan kekal lama.

Apatah lagi kini, sudah menjadi trend kebanyakan anak muda atau pasangan suami isteri menjalinkan hubungan cinta jarak jauh walaupun sudah tahu risiko yang bakal dihadapi. Apa yang pasti, perhubungan sebegini mempunyai peluang yang sama untuk berjaya seperti perhubungan cinta jarak dekat.


Pensyarah Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Khaidzir Ismail memberitahu, hubungan jarak jauh ini sebenarnya, jika difikir dari sudut positif adalah lebih manis.

“Ia ibarat jauh di mata, dekat di hati. Pasangan yang terlibat akan semakin rindu antara satu sama lain kerana berjauhan rentetan timbul rasa kehilangan dan kekosongan.

“Rasa kehilangan itu ditebus dengan berutus surat, menghantar e-mel, menelefon. Tetapi bahayanya perhubungan ini adalah, jika terlalu lama berjauhan dikhuatiri kasih sayang mula pudar,” katanya.


Berikut beberapa tip bagi membantu pasangan mempertahankan hubungan jarak jauh:


1) Kepercayaan dan kejujuran

Kepercayaan adalah keutamaan jika mahu perhubungan sebegini berhasil. Tanpa kepercayaan dan kejujuran hubungan akan berada dalam keadaan bahaya. Anda perlu percaya dan berserah pada takdir.


2) Komitmen

Komitmen amat penting dalam perhubungan. Jika anda dan pasangan memberikan komitmen sepenuhnya dalam perhubungan, ia akan berjaya. Faktor jauh atau dekat sama sahaja, cuma perhubungan jarak jauh lebih banyak cabarannya. Apa pun ia terpulang kepada individu.

3) Selalu berhubungan

Komunikasi amat penting. Walaupun tidak dapat berkomunikasi secara bersemuka atau secara langsung, anda dan pasangan masih boleh berhubungan dengan mengutus surat, e-mel dan menelefon.

Ia penting bagi mengelakkan pasangan mengisi kekosongan yang ada dengan mencari keseronokan dengan orang lain. Mungkin ia bermula dengan mencari teman untuk makan, bersukan atau sebagainya, namun ia mungkin akan membibitkan rasa cinta antara si dia dan teman baru.


4) Jangan letakkan banyak harapan

Setiap individu sememangnya mengimpikan perhubungan yang berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sekali-kali meletakkan harapan yang tinggi dalam perhubungan sebegini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekecewaan yang tragis.

Bukan bererti anda tidak perlu serius dalam menjalinkan hubungan, cuma jangan letakkan harapan 100 peratus terhadap hubungan cinta jarak jauh sebegini kerana perhubungan sebegini sukar dan berisiko tinggi.


5) Kesetiaan

Perhubungan sebegini memerlukan kesetiaan antara pasangan yang bersungguh-sungguh dan ikhlas. Jika tidak hubungan tidak akan berjaya.

Kebanyakan pasangan yang tiada sifat ini akan putus terutama melibatkan pasangan yang baru diperingkat bercinta kerana tiada ikatan. Dalam kes ini, kebiasaannya lelaki lebih kerap berlaku curang.


6) Emosi

Jangan terlalu beremosi ketika berjauhan kerana faktor jarak dan jarang bertemu muka membuatkan anda sering menaruh prasangka buruk. Kawal emosi sebaik mungkin dan perlu berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan.

- Mummy Ira -

Sabtu, 13 September 2014

Punca dan Cara Elakkan Mengantuk Semasa Belajar




OTOT- OTOT mata menjadi letih kerana terlalu memberi tumpuan kepada huruf-huruf atau formula-formula fizik atau matematik yang bersaiz font 12 atau kurang.


Sebab itulah ramai pelajar yang apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada pula yang tak sampai 10 minit berada depan buku mata terasa berat.


Apabila mata terlalu mengantuk kita akan menjadi hilang tumpuan. Akibatnya, tumpuan kita tersasar dan ini cukup merugikan masa.
Kenapa mengantuk? Kenapa ketika bermain atau menonton televisyen mata kita tidak mengantuk?


1. Tidak cukup tidur.

Ini memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1 pagi.


Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal.
Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan bersembang maya di Internet sehingga pagi.


Kalaulah ini masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup anda. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yangsia-sia.
Kalau anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka anda juga perlu ubah tabiat buruk ini. Ingat pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang belajar pintar bukan semata-mata kuat belajar.
 

2. Tidur yang berlebih-lebihan.
Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6 8 jam sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.


3. Makan terlalu banyak.
Ini juga merupakan satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan maka perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda akan mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulangkaji.


4. Badan terlalu letih.

Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan anda terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Kalau anda ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luaranda.

Ada ketikanya anda bersukan atau beriadah secara keterlaluan.
Bermain bola pada waktu petang secara berlebih-lebihan. Berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan.
Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena betul.

Perbaiki matlamat anda beriadah. Anda beriadah untuk membolehkan anda segar pada waktu malamnya bagi menelaah pelajaran. 20 - 30 minit sehari adalah mencukupi.

Ada pula sesetengah pelajar keletihan disebabkan aktiviti ko-kurikulum yang berlebih-lebihan.Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulangkaji dan sehingga memenatkan badan. Terlibat secara ala kadar.

Tidak ada gunanya kegiatan ko-kurikulum anda cemerlang sedangkan SPM anda kecundang.Tidak ada gunanya menjadi olahragawan/olahragawati sekolah tapi akhirnya bekerja hanya sebagai budak kilang.

Oleh itu pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan penglibatan ko-kurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa. Pastikan anda tetapsegar dan tidak mengantuk pada malamnya.

5. Tiada minat belajar.
Masalah ini sering dijadikan alasan oleh ramai pelajar. Sebelum kita pergi lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah yang wujud terlebih dahulu?


Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh-pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya.


Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia tak minat sejarah? Tentulah tidak.
Oleh itu minat timbulnya apabila anda lihat dalam diri anda ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran.


Anda perlu mempunyai kemahiran belajar yang tinggiagar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari. Oleh itu yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri.


Elak mengantuk ketika belajar
 

BANYAK murid yang menghadapi masalah mengantuk ketika sedang mengulang kaji pelajaran. Ada juga yang cuba belajar tetapi terasa dirinya seperti sedang bermimpi. Malah keadaan menjadi bertambah buruk sehinggakan tertidur di atas meja dan apabila terbangun terasa sakit atau pening kepala. Keadaan ini boleh mewujudkan ketegangan pada diri kita dan mengganggu proses pembelajaran di rumah.

Berikut diberikan beberapa panduan yang perlu diamalkan bagi mengelak atau mengurangkan rasa mengantuk ketika belajar.


• Belajar waktu pagi

Suasana waktu pagi agak tenang dan diri kita juga berada dalam keadaan segar. Oleh itu bangun awal terutamanya pada masa cuti hujung minggu agar kita dapat belajar dengan tenang. Jika anda dapat tumpukan ke arah pembelajaran dalam jangka masa dua atau tiga jam sudah mencukupi untuk pagi tersebut.


• Belajar secara aktif
Belajar secara aktif memerlukan anda menggerakkan anggota badan terutama tangan, jari, mata dan muka. Hal ini bermakna anda perlu melibatkan aktiviti seperti menulis, melakar atau menggerakkan mulut untuk membaca sesuatu bahan maklumat.


• Lakukan senaman ringkas

Setelah belajar selama 30 minit hingga satu jam, lakukan sedikit senaman ringkas untuk pergerakan kaki, pergelangan tangan, senaman muka, pinggang dan sebagainya untuk pengaliran darah yang lancar.


• Elakkan menonton televisyen terlalu lama
Anda harus mengelak daripada menonton televisyen atau melayari Internet terlalul ama pada sebelah malam kerana itu boleh menjadikan anda tidak cukup tidur serta melemahkan anggota mata di waktu paginya.


• Makan makanan yang tidak terlalu berat
Ketika hendak belajar terutama pada waktu pagi atau ketika menghadapi peperiksaan, elakkan daripada makan makanan yang terlalu berat atau yang terlalu berminyak seperti nasi lemak, nasi dagang, pulut panggang dan sebagainya. Makanlah makanan seperti roti, bijirin serta yang seumpuma dengannya. Banyakkan makan buah-buahan segar dan minum air masak tetapi elakkan minuman yang berkabonat.


• Kedudukan badan yang betul di atas kerusi
Jika anda bersandar pastikan di belakang anda lurus dan tidak bengkok. Kedudukan badan yang salah menyebabkan badan menjadi letih dan cepat mengantuk.


• Segarkan diri
Basuh muka dan kenakan sedikit wangian di badan supaya anda rasa dan tidak mengantuk.
Amalkan tip ini dan anda akan berasa lebih segar serta bermotivasi untuk belajar.
-Utusan Malaysia Online-


Jumaat, 12 September 2014

Tip Elak Anak Dari Kegemukan

Isu kegemukan sejak dari dulu lagi sering menjadi topik perbualan. Namun, jika dulu, kegemukan sering diperkatakan berlaku di kalangan dewasa, kini masalah sama dihadapi kanakkanak dan ia bukanlah dianggap berita baik.


Pelbagai faktor dikaitkan dengan kegemukan di kalangan kanak-kanak seperti gaya hidup dan pemakanan tidak terkawal. Namun, lumrah, ramai ibu bapa gembira melihat anak gemuk kerana dianggap comel. Lalu diberi kasih sayang sepenuhnya termasuk keperluan lain seperti makanan dan minuman.

Namun, perlu diingat, gaya hidup seperti itu andai diteruskan hingga dewasa, bakal mengundang masalah seperti mudah mendapat penyakit selain faktor rasa rendah diri akibat kegemukan atau obesiti.

Kegemukan yang dialami 98 peratus datang daripada sikap individu itu sendiri.

Dalam menangani isu kegemukan, faktor yang perlu diambil kira ialah soal keupayaan jantung untuk mengepam darah yang membawa zat atau nutrisi tertentu ke seluruh badan. Secara ringkasnya, semakin gemuk diri anda, semakin banyak bebanan jantung untuk mengepam darah ke bahagian badan yang diselaputi lemak.

Jika sudah dewasa, dikhuatiri anak yang sudah biasa dengan pemakanan dan berat badannya, merasa ingin berubah dan melakukan senaman.

Sehubungan itu, didikan dan rangsangan sejak dari kecil sangat digalakkan. Ibu bapa perlu memberi panduan mengenai kepentingan menjaga pemakanan dan berat badan kepada anak mereka.

Mari kita lihat beberapa panduan untuk mendidik kanak kanak bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat:

* Didik mereka supaya memahami konsep bersenam. Ia adalah untuk sihat seperti mengeluarkan peluh dan ajar anak penting menjaga kesihatan. Berikan ganjaran sebagai galakan jika mereka berjaya melakukan dan mengamalkan gaya hidup sihat

* Jika anak anda banyak menghabiskan masa menonton televisyen atau bermain permainan video dan langsung tidak keluar rumah, lakukan cara yang paling mudah dengan menyuruh mereka membuang sampah atau pergi ke kedai membeli barang. Setidaknya, mereka boleh mengeluarkan peluh.

* Beli basikal untuk anak anda dan setiap petang keluar bersama menjalankan aktiviti berbasikal. Jika tidak, anda boleh menemani mereka berbasikal di taman.

* Benarkan mereka keluar rumah untuk berkawan atau bawa mereka bersama ketika anda ingin berkunjung ke rumah rakan atau saudara. Pengaruh rakan sebaya dapat meningkatkan lagi semangat anak anda.

* Mencari satu komuniti ibu bapa yang mempunyai anak dan tubuhkan satu komuniti di kalangan mereka dalam bersukan atau beriadah. Ibu bapa juga boleh turut serta dalam menjalankan aktiviti bersenam.

* Kurangkan memberi makanan ringan atau jika boleh, jangan ajar anak anda memakan makanan ringan sejak kecil lagi.

* Ajar anak untuk memakan sayur-sayuran dan buah buahan. Kebanyakan ibu bapa terlalu mengikut selera anak apabila mereka tidak menyukai makanan tertentu seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Namun sebagai ibu bapa, perlu kreatif dan mencuba pelbagai cara supaya anak anda dapat menerima makanan begini.

* Senaman perlu dilakukan sekurang kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit dan lakukan bersama anak-anak anda.

Oleh Mohd Hoesni Rahmat

Tip Pemeriksaan Sendiri Payudara

Assalamualaikum..

Jika disebut sahaja kanser pasti yang terbayang ialah kematian. Maklum sahaja penyakit berbahaya itu bukan sahaja datang secara senyap tetapi juga membiak dengan pantas.

Berita baiknya, jika berjaya dikesan awal, kanser terutama kanser payu dara boleh dirawat dengan berkesan. Umum mengetahui kata kunci bagi kanser payu dara adalah pengesanan awal menyelamatkan nyawa.


Malah pengesanan awal yang dilakukan sendiri di rumah mampu mengurangkan risiko penyakit yang merbahaya itu.

Menurut Fasilitator Majlis Kanser Negara (Makna) Habiba Abdul Rahman, pengesanan itu penting bagi menentukan tahap kesihatan payu dara seseorang malah ia juga mampu mengelakkan ia merebak ke peringkat yang lebih teruk.

"Pemeriksaan sendiri buah dada atau Breast Self Examination ( BSE) setiap bulan penting kerana pada peringkat awalnya bukan bertujuan mencari ketulan tetapi yang lebih utamanya ialah untuk mengenal bentuk, saiz serta teksturnya.

"Dengan BSE sebulan sekali, kita akan menjadi lebih sensitif dengan apa yang normal dan tidak normal bahagian tubuh kita sendiri ,'' ujarnya ketika menyampaikan maklumat tentang pengesanan awal kanser payu dara di Petaling Jaya baru-baru ini.

Keadaan itu katanya, memudahkan untuk mengesan apa-apa perubahan atau kelainan yang mungkin berlaku pada bulan-bulan yang akan datang.

Misalnya, tiba-tiba terasa kulit di bahagian atas payu dara, bersebelahan ketiak anda menebal.

"Sekiranya kita sudah biasa dengan bagaimana rupa bentuk dan rasanya sebelum ini, secara automatik kita akan tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan diri kita sendiri,'' katanya yang sudah beberapa tahun menjadi jurucakap Makna.

Katanya, langkah melihat dan merasai boleh dilakukan dengan pemeriksaan sendiri iaitu belajar bagaimana mengenal pasti tanda-tanda permulaan kanser payu dara manakala bertindak dengan mengetahui apakah simptom barah itu dan tahu di mana hendak mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun katanya, pemeriksaan BSE amat mudah dan tidak menyakitkan seseorang. Malah ia hanya mengambil masa yang singkat untuk melakukan.

"Kita hanya perlu berhadapan dengan cermin untuk membuat pemeriksaan ini dan menekan sendiri payu dara dengan tepat untuk melihat ketidaknormalan yang ada pada bahagian payu dara kita,'' ujarnya bersungguh.

Ditanya mengenai bilakah waktu sesuai yang boleh dibuat pemeriksaan itu, Habibah memberitahu, ia patut dilakukan dalam tempoh tiga hari selepas haid berakhir ataupun tujuh hingga 10 hari selepas bermulanya haid.

"Ketika itu adalah masa yang sesuai untuk membuat pemeriksaan memandangkan payu dara kita tidak bengkak dan sakit,'' ujarnya.

Bagaimanapun bagi seseorang yang putus haid atau haid yang tidak menentu ataupun yang menjalani pembedahan histeraktomi (pembedahan buang rahim) pemeriksaan itu tetap boleh dilakukan.

Sebaliknya tetapkan satu hari bagi setiap bulan untuk membuat pemeriksaan itu dan pilihlah satu hari tertentu yang mudah diingat, contohnya tanggal pertama setiap bulan.

Bagaimanapun katanya, kaum lelaki juga turut digalakkan untuk membuat pemeriksaan tersebut.

"Biarpun kaum Adam jarang mendapat kanser ini. Namun ia boleh dilakukan bagi mengurangkan risiko terhadap penyakit tersebut,'' ujarnya lagi.

Katanya, sekiranya terdapat kelainan pada payu dara seperti perubahan pada tekstur kulit, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit, gumpalan, puting tersorot ke dalam mahupun terasa sakit pada payu dara segeralah berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.

Tambahnya, amalkan pemeriksaan sendiri payu dara seperti yang disyorkan dan ketahuilah tentang payu dara sendiri.

"Pemeriksaan sendiri bukan sekadar untuk mencari gumpalan tetapi juga untuk memerhatikan sebarang perubahan yang mungkin berlaku," katanya.



Berikut Lima Langkah Sederhana Pemeriksaan Payudara ‘Sendiri’ beserta gambar cara pemeriksaan payudara:

 
Langkah 1: Mulailah dengan melihat payudara anda di cermin dengan bahu lurus dan lengan di pinggang.

Inilah yang mesti dicari:
* Apakah payudara anda memiliki ukuran, bentuk, dan warna seperti biasanya, kita harus curiga apabila payudara memiliki besar yang tidak sama atau asimetris
* Penampakan payudara rata tanpa terlihat distorsi atau bengkak.

Jika Anda melihat perubahan berikut, bawalah ke dokter untuk diperiksa:

* Dimpling (permukaan tertarik/cekung), puckering (kerutan), atau bengkak pada kulit
* Puting susu berubah posisi atau tertarik (terdorong dan tertarik ke dalam)
* Kemerahan, rasa nyeri, ruam, atau pembengkakan.

Langkah 2: Angkat lengan dan cari perubahan yang sama.

Langkah 3: Ketika di depan cermin cari tanda-tanda apapun cairan yang keluar/berasal dari salah satu atau kedua putting susu (ini bisa jadi cairan seperti susu, kuning atau darah).

Langkah 4: Selanjutnya, periksa payudara anda sementara berbaring, gunakan tangan kanan untuk memeriksa payudara kiri dan gunakan tangan kiri untuk memeriksa payudara kanan.
Palpasi dilakukan dengan perlahan, sentuhan lembut dengan ujung jari tangan secara bersamaan. Lakukan melingkar setiap bagian payudara.

Tekan seluruh payudara dari atas ke bawah, dari satu sisi ke sisi lain – dari bagian atas ke arah perut, dan dari ketiak ke tengah.

Mengikuti pola tersebut. Anda dapat mulai memeriksa puting susu, bergerak ke bagian yang lebih besar dan lebih besar hingga mencapai tepi luar dari payudara. Anda juga dapat memindahkan jari-jari anda secara vertikal ke atas dan ke bawah. Pastikan untuk merasakan semua jaringan dari depan sampai belakang payudara: untuk kulit dan jaringan di bawahnya, gunakan tekanan ringan. Sedangkan untuk jaringan yang lebih dalam gunakan tekanan yang kuat.

Langkah 5: Rasakan payudara anda sambil berdiri atau duduk. Banyak wanita yang menemukan cara yang mudah untuk memeriksa payudara mereka yaitu ketika kulit mereka basah dan licin dengan melakukan langkah ini di shower (sementara mandi). Menekan seluruh payudara melakukan gerakan tangan yang sama seperti dijelaskan pada Langkah 4.


sumber dari blog2

- Mummy Ira -

Rabu, 10 September 2014

( Ice Bucket ) Alami Sendiri Rasa Sejuk, Kaku Seluruh Badan

Di negara kita, pe-nyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) yang juga dikenali sebagai penyakit Lou Gehrig masih asing berbanding pe-nyakit berbahaya lain.
Meskipun legenda bola sepak tanah air, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari turut menderita penyakit itu sebelum meninggal dunia, namun ramai yang masih kabur mengenainya.

Namun, apabila cabaran mandi ais atu lebih dikenali sebagai Ice Bucket Challenge menjadi ikutan di pelbagai medium media sosial di seluruh dunia sejak Jun lalu, pemahaman masyarakat me-ngenai penyakit itu semakin meningkat.

Cabaran berkenaan memerlukan individu (sendiri atau dengan bantuan orang lain) mencurah sebaldi ais (atau sebaldi air bercampur ais) ke kepala mereka.


Tujuan utama kempen kesedaran itu dilakukan adalah bagi membolehkan individu itu merasai sendiri apa yang dirasai pesakit ALS iaitu sejuk dan kaku seluruh badan.


Individu yang melakukan cabaran itu boleh mencalonkan tiga nama lain sama ada yang dikenali atau tidak untuk melakukan perkara sama.

Jika yang dicalonkan tidak dapat melakukannya dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 24 jam, mereka harus menyumbangkan ASD100 (kira-kira RM330) ke Yayasan ALS.

Jadi, selain memberi kesedaran kepada masyarakat, ia juga bertujuan mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan dan mencari penawar pe-nyakit terbabit.

Bagaimanapun, individu yang ingin menyahut cabaran diberikan perlu merakamkan aksi berkenaan sebagai bukti. Sebelum itu, mereka perlu menyahut cabaran dilakukan dengan menerimanya secara terbuka menerusi rakaman video. Kemudian barulah sebaldi ais dicurahkan ke atas kepala mereka.

Di Amerika Syarikat (AS), cabaran itu menjadi popular secara tiba-tiba selepas pengacara televisyen, Matt Lauer melakukannya secara langsung di saluran NBC menerusi program The Today Show at Greg Norman’s Chal-lenge.

Bekas Presiden AS, George W Bush turut menyempurnakan cabaran itu dengan bantuan isterinya, Laura dan kemudian menamakan rakannya yang juga bekas Presiden AS Bill Clinton untuk melakukan cabaran serupa.

Presiden AS Barrack Obama yang dicalonkan oleh Ethel Kennedy bagaimanapun menolak cabaran itu dan memilih untuk menderma kepada kempen berkenaan.

Menurut laporan The New York Times, lebih 1.2 juta video cabaran mandi ais itu dikongsi di laman Facebook antara 1 June hingga 13 Ogos lalu. Di laman Twitter pula, lebih 2.2 juta video turut dikongsi kepada umum antara 29 Julai hingga 17 Ogos lalu.

Cabaran yang semakin meluas itu dikatakan menjadi satu fenomena pada musim panas tahun ini.

Selain itu, artikel mengenal ALS juga turut dibaca kira-kira 430,000 pembaca sehari berbanding anggaran kasar sebelum ini iaitu hanya 8,000 pembaca saja.

Dalam satu temu bual bersama media AS, Presiden merang-kap Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan ALS, Barbara Newhouse berkata, dalam tempoh seminggu cabaran mandi ais itu tersebar di laman sosial, derma yang diterima pihaknya meningkat dengan mendadak.

Perkara itu turut diakui The New York Times yang melaporkan bahawa pertubuhan berkenaan menerima AS$41.8 juta (kira-kira RM137 juta) antara tempoh 29 Julai hingga 21 Ogos.

Ternyata, sokongan daripada masyarakat di seluruh dunia sedikit sebanyak turut membantu pertubuhan berkenaan.

Kemuncaknya, pada 29 Julai lalu, pertubuhan itu mengumumkan jumlah terkumpul sumbangan yang mereka peroleh sepanjang cabaran itu melebihi AS$100 juta (RM330 juta).

“Tiada perkataan yang dapat diungkapkan untuk menyatakan perasaan kami sekarang.

“Masyarakat di seluruh dunia begitu bermurah hati untuk tampil membantu dan kami hanya mampu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan berkenaan.

“Sumbangan itu akan menjadi pembakar semangat kepada kami untuk membantu mereka yang mempunyai penyakit ini selain digunakan dengan sebaik mungkin bagi tujuan penyelidikan,” kata Barbara.

Cabaran mandi ais itu turut melanda golongan selebriti tempatan selepas pe-ngacara popular Daphne Iking menyahut cabaran itu bersama suaminya. Selain itu, pengacara 8TV Baki Zainal turut melakukannya baru-baru ini.

Bahkan ia bukan hanya disahut oleh golongan biasa saja kerana anak Sultan Brunei sendiri iaitu Pengiran Muda Abdul Mateen turut mengambil bahagian dalam kempen berkenaan.

Di Malaysia, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Iskandar dan anaknya, Teng-ku Muhammad Shah turut ‘sporting’ menyahut cabaran mandi ais itu demi sokongan terhadap ALS.

Usaha berkenaan turut menarik minat menteri Kabinet negara, Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz selepas dicabar Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang terlebih dulu melakukan cabaran itu.

Dalam pada itu, selain menyahut cabaran, ramai selebriti terkenal barat turut menghulurkan sumbangan berbentuk wang ringgit.

Antara yang bermurah hati mendermakan ratusan ribu ringgit kepada pertubuhan itu ialah pelakon terkenal Leonardo DiCaprio manakala penyanyi Taylor Swift bersama rakan baiknya, Jamie King turut tampil membantu mengumpul dana selain melakukan sendiri cabaran itu baru-baru ini.

Cabaran itu turut disambut pengasas Facebook Mark Zuckerberg yang melakukannya secara solo.

Bintang sukan permotoran Formula Satu (F1) Lewis Hamilton dan bekas pemain bola keranjang NBA Yao Ming turut mencuba.

Di Korea, bintang popular mereka, Rain, Choi Siwon (Super Junior), Yoo Jae Suk (Running Man), Suzy dan ramai lagi turut mengambil bahagian untuk menyatakan sokongan.

Dalam satu kenyataan kepada media negara itu, Rain yang juga artis Cube Entertainment mengakui sudah lama mengetahui mengenai ALS.

Mana tidaknya, pengasas dan juga Presiden Cube Entertainment, Hong Seungseung sendiri sudah tiga tahun menderita penyakit itu. Rain dilaporkan bermurah hati mendermakan kira-kira RM323,000 kepada penyelidikan untuk mencari penawar ALS.

“Hong adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke dalam industri hiburan hingga berada di tempat sekarang. Dia kini bertarung melawan penyakit berkenaan.

“Saya sedih tidak dapat membantu beliau secara terus dan ini adalah cara terbaik untuk menyatakan sokongan sepenuh hati kepada perjuangannya,” katanya.

Meskipun semakin popular namun ada juga pihak yang tidak bersetuju dengan cabaran mandi ais itu kerana kononnya menganggap ia satu perbuatan sia-sia.

Mereka juga mengaitkan dengan faktor kesihatan kerana kononnya mencurah sebaldi ais ke kepala boleh mendatangkan banyak keburukan kepada badan seseorang.

Begitupun, pakar perubatan berpendapat cabaran berkenaan hanya berisiko tinggi terhadap mereka yang berusia atau mempunyai masalah kesihatan yang ekstrem seperti kencing manis.

Disebabkan itu, mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis tidak digalakkan melakukannya kerana boleh menyebabkan kejutan pada badan.

Jadi, pada mereka yang berminat untuk menyahut cabaran itu, anda digalakkan memahami terlebih dulu kempen berkenaan sebelum melakukannya.

Paling penting, elakkan risiko yang tidak diingini dengan mencurahkan ais pada kedudukan yang agak jauh dari atas kepala.

Walaupun untuk suka-suka tetapi cabaran mandi ais ini mempunyai signifikan yang tersendiri kerana tidak semua orang sanggup melakukannya.- myMetro -








- Mummy Ira -

Pesakit ALS Hilang Upaya Kawal Pergerakan Otot

Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) atau dikenali sebagai penyakit Lou Gehrig’s adalah sejenis penyakit neurologi yang menjejaskan sel saraf neuron otak dan saraf tunjang.
ALS pertama kali ditemui pada 1869 oleh pakar neurologi Perancis, Jean Martin Charcot namun ia kurang dikenali ramai. 

elepas pemain besbol terkenal Amerika Syarikat (AS), Henry Louis Gehrig yang lebih terkenal dengan panggilan Lou Gehrig disahkan menghidap ALS pada 1939, barulah penyakit berkenaan dikenali di seluruh dunia.
Gehrig yang juga pemain besbol kelab ternama New York Yankees meninggal dunia pada Jun 1941, iaitu dua tahun selepas beliau disahkan menghidap penyakit itu. 

 
Foto
Pesakit ALS akan lumpuh.

Penghidap penyakit ini hilang upaya untuk me-ngawal pergerakan otot yang kemudian membawa kepada kelumpuhan dan kematian selepas dua hingga lima tahun didiagnos.


Antara tanda awal penyakit ini kesukaran bernafas, berasa lemah badan, sukar untuk menelan makanan dan suara berubah menjadi serak.

Selain itu, otot badan yang semakin lemah juga menyebabkan pesakit sukar me-ngangkat anggota badan atau berjalan sebelum lumpuh sepenuhnya.

Meskipun pelbagai revolusi perubatan diperkenalkan namun, sehingga kini masih tiada penawar atau ubat khas yang ditemui untuk mengubati penyakit berkenaan.

Begitupun, pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika (FDA) meluluskan sejenis ubat khas yang dipercayai dapat membantu memanjangkan lagi tempoh hayat (secara sederhana) kepada pesakit.

Penyakit berkenaan boleh menyerang sesiapa saja tidak kira tua atau muda namun kebanyakannya pesakit ALS terdiri daripada golongan dewasa berusia 40 hingga 70 tahun.

Antara yang turut menemui ajal disebabkan penyakit ini ialah pereka siri kartun popular Sesame Street Jon Stone, peninju terkenal Ezzard Charles, pemain bola keranjang NBA George Yardley, pemain golf Jeff Julian dan bekas Naib Presiden AS Henry A Wallace.- MyMetro-


Selasa, 9 September 2014

Sakit Mata Tak Lega, Jumpa Doktor Mata

Assalamualaikum..

siang tadi pegi lagi klinik chek mata Haziq..tak lega..kali ni pi klinik mata terus..pi Klinik Mata Socka kat Telok Wan Jah..klinik ni mmg glamer dari dulu sampi sekarang dalam kes mata ni..lgi glamer untuk warga emas..kkdg tu kalau pi masa cuti kita akan tngk ramai warga emas yg nak dapatkan rawatan.

macam saya pi tadi hari sekolah..ada la sorang 2..pi daftar dok sat..dah boleh masuk jumpa doktor..doktor kata jangkitan/alahan ja..ok tak teruk..kalau taj susah hati jgak..dengan mata ni bkn boleh buat main..jadi apa2 bahaya..dapat MC lagi 2 hari n ubat titik n ubat makan

pintu depan n bilik doktor

 daftar nama n tempat menunggu

 kad daftar

 sesi chek mata n titik ubat

 ubat n MC


- Mummy Ira -

Isnin, 8 September 2014

Solat & Kesihatan


Solat merupakan ibadah harian yang dilakukan sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari. Bagaimanapun banyak yang belum diketahui bukan saja tentang solat tetapi juga hikmah di sebalik keperluan mengambil air sembahyang atau wudhu.

Kesempatan menemu bual Dr. Azman Ibrahim, doktor gigi lulusan Universiti Baghdad, Iraq selepas ceramahnya tentang Solat dan Sains di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya merungkai pelbagai persoalan berkaitan solat dan kesihatan apabila dilakukan dengan sempurna dan tertib.

"Saya mula menjalankan kajian solat dan kesihatan semasa melanjutkan pelajaran di Baghdad memandangkan bandar berkenaan adalah gedung ilmu yang terkemuka suatu ketika dulu," katanya.

Menurut Dr. Azman, terlalu banyak hikmah mengenai wudhu dan solat yang boleh diketengahkan dan dikaji bukan saja oleh saintis Islam dahulu malah saintis bukan Islam di zaman ini.

"Misalnya pakar perubatan mendapati di bawah lapisan kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup secara komensalisme dan wudhu serta mandi ialah cara membersihkan badan daripada bakteria selepas melakukan pelbagai aktiviti harian," katanya.

Apabila bakteria terkena air ia akan mati dan tidak menjangkiti orang lain sekali gus menjadikan badan bebas daripada jangkitan dan wabak penyakit tetapi dalam keadaan tiada air, umat Islam dibolehkan bertayamum untuk bersuci.

"Apabila bakteria terkena air ia akan mati disebabkan oleh perbezaan tekanan osmosis di dalam badan sehingga air boleh menerap masuk ke dalam badan dan mati akibat terhidrasi.

"Tayamum pula ialah satu simbol bersuci yang dibolehkan kerana darurat dan boleh menggantikan mandi dan wudhu semasa ketiadaan air atau ketika sakit dan tidak boleh terkena air. Ini bermakna tayamum dan wudhu boleh mematikan kuman yang boleh memudaratkan tubuh badan manusia," tambah Dr. Azman.

Merujuk kepada buku tulisan Mukhtar Salam, Prayers: A Sport for the Soul and Body, berwudhu dengan sempurna ialah amalan yang mampu mencegah seseorang daripada kanser.

Dr. Azman berkata, anggota wudhu seperti muka, tangan hingga siku, kaki, kepala dan telinga ialah anggota yang terdedah semasa menjalani aktiviti harian dan dijadualkan untuk dibasuh sekurang-kurangnya lima kali sehari.

Sementara itu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan doktor dari Universiti Iskandariah, Mesir mendapati amalan memasukkan air ke dalam hidung semasa wudhu dapat mencuci rongga hidung daripada kuman yang melekat pada bulu hidung dan secara tidak langsung dapat mencegah penyakit seperti resdung dan sinus.

Titik

Dalam tradisi perubatan Cina pula, apa yang lebih memeranjatkan ialah anggota wudhu meliputi sebahagian besar kawasan titik akupuntur. Dalam ilmu akupuntur terdapat 700 kawasan aktif biologi di mana ia akan merangsang sistem saraf aktif yang terdapat pada bahagian bawah kulit.

Daripada sejumlah titik berkenaan 66 daripadanya ialah kawasan aktif yang sangat sensitif dan 61 berada di kawasan wudhu utama manakala bakinya di kawasan buku lali dan lutut.

"Kerana itu antara tertib semasa berwudhu ialah setiap anggota wudhu perlu digosok dengan teliti dan tidak memadai hanya sekadar disiram. Contohnya amalan membasuh muka dengan teliti akan merangsang sistem usus, perut pundi kencing dan sistem reproduksi wanita.

"Manakala membasuh dan menggosok kaki kanan dapat merangsang sistem tulang, hempedu dan kelenjar tiroid," katanya.

Dr. Azman menambah, ilmu wiring sistem saraf tubuh manusia telah dikuasai oleh pengamal perubatan Cina sejak beribu tahun lalu dan sebenarnya Islam telah lama sampai ke negara China sejak zaman sahabat Rasulullah sebelum ke Tanah Melayu," katanya.

Menyentuh tentang kewajipan solat lima kali sehari, Dr. Azman berkata, ia umpama jumlah kalori tenaga yang diperlukan oleh tubuh.

"Sebagaimana tubuh manusia yang kekurangan makanan, solat memberikan makanan rohani dan jasmani kepada tubuh," katanya.

Ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh pengarang buku The Return to Religious, Dr. Henry C. Link yang juga seorang pakar ujian psikologi membuat kesimpulan bahawa beliau menyedari kepentingan kepercayaan dan keimanan kepada agama dalam kehidupan manusia.

Keperibadian

Beliau mendapati mereka yang mempunyai pegangan agama dan menghadiri dan menjalankan upacara keagamaan memiliki keperibadian yang lebih kuat berbanding mereka yang tidak mempunyai pegangan agama.

Sementara itu Dr. Azman berkata, jadual solat dalam Islam ialah sesuatu yang unik kerana tidak terdapat dalam agama lain sembahyang dilakukan mengikut keadaan perubahan warna dan tenaga.

Tidur waktu malam menyebabkan jiwa berada dalam gelombang delta dengan frekuensi di bawah 4 Hertz dan seluruh tubuh akan berehat tetapi menjelang tengah malam atau sepertiga malam, alam mula bersinar dengan warna putih, merah jambu dan ungu yang selaras dengan frekuensi kelenjar pineal (otak kecil), kelenjar pituitari, talamus dan hipotalamus di mana waktu yang dituntut untuk beribadah.

"Manusia yang sedar akan kepentingan tenaga alam akan menjalani pelbagai jenis meditasi seperti taichi dan qi qong untuk menyerap tenaga alam ke dalam tubuh," katanya.

Dr. Azman berkata, dari segi perubatan, bangun sekitar pukul 3 pagi membolehkan kita menyedut oksigen yang wujud di atmofera bumi hingga masuk fajar dan hanya mereka yang bangun pada waktu itu merasai nikmat oksigen.

"Seorang ilmuwan Mesir, Fadhalla Haeri berkata, saat matahari mula terbenam kira-kira jam 6.30 petang kelenjar pineal mula bekerja mengeluarkan hormon melatonin dalam jumlah besar dan mencapai puncaknya pukul 2 hingga 3 pagi. Hormon ini membentuk kekebalan pada tubuh dan solat menjadi pemangkin untuk mengekalkan melatonin menjadi stabil," katanya.

Menurutnya, sekitar jam 3 pagi juga pengeluaran hormon adrenalin meningkat menyebabkan tekanan darah meningkat walaupun sedang tidur lena. Ketika itu bekalan oksigen ke otak berkurangan menyebabkan kita berat untuk bangun tidur dan menyebabkan gangguan kepada sistem peredaran darah manusia.

Penerima Anugeral Nobel, Furchgott dan Aignarro serta Murad telah menjalankan penyelidikan tentang nitrik oksida yang dapat melebarkan salur darah dan mengelakkan darah beku.

Dr. Azman menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyamakan gerakan solat sama seperti meditasi dan yoga.

"Pertama, solat ialah ibadah yang istimewa daripada wahyu Allah manakala yoga atau meditasi ciptaan manusia. Kedua, solat dilakukan dengan susunan masa khusus. Ketiga, solat hanya untuk orang Islam. Keempat solat harus suci daripada hadas kecil dan besar. Kelima solat perlu menutup aurat. Keenam solat berjemaah adalah fardhu kifayah. Ketujuh solat perlu ke arah kiblat dan kelapan solat berbeza dengan yoga dengan adanya azan," katanya yang juga penulis buku Solat dan Sains: Menyingkap Rahsia Solat dari Perspektif Sains.
-
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN,Utusan Melayu (M) Bhd -

Ahad, 7 September 2014

Lagi Dan Lagi Kartun Frozen - Astro

Assalamualaikum..

Semalam terpaksa layan kartun Frozen..dah tengok berulang kali dah..tapi kena jugak tengok lagi..kali ni bukan tengok dvd ka vcd ka..tv kat channel astro 413 / hd 433..siap record lagi..seb baik ada PVR..tak la susah2 nak dok tunggu bila nak ada..just tekan tengok jaa..



repeat and repeat again

Astro PVR..record ja..

- Mummy Ira -

Mesin NEB dan Mesin Sedut Hingus (Suction)

Assalamualaikum..

baru ni saya ada crita tentang mesin neb dan mesin suction ni. Saja kali ni nak crita lagi psai benda alah ni.
Ikutkan saya tak mau beli mesin2 ni..tapi dengan adanya baby kembar ni memaksa saya untuk beli jugak mesin2 ni.

Sebabnya, masa depa baby..kerap jugak depa selsema..dah nama pun kembar..kalau sorang kena, maka berjangkitlah kat sorang lagi..bila dah selsema ni, bukan nak lega dengan cepat. Bila tak lega jadi pulak kahak. Pi ambik ubat kat PMC Alor Setar, under Dr Guna, doktor bayi/kanak2. Mula tu Dr suggest sedut hidung buang hingus, salah satu cara nak hilangkan selsema n senang nak bernafas.Biasa la kadang2 ramai orang..nak kena tunggu turn..

Kadang2 tu sehari 2 3 kali pi sedut..selalunya pi sebelum depa tidoq..dah sedut senag sikit tidoqnya. Lelama tu letih jgak ulang alik..last buat keputusan beli jgan mesin suction ni..tak ingat dah harganya..rasanya dalam rm 500 ++..buat di rumah senang. tapi kena blajar dulu..bukan buleh pakai buat ja..silap buat buleh ganggu percakapan baby..bila kembar dah besar sikit kurang dah guna mesin ni..sebabnya depa dah pandai nak buang hingus sendiri

 ni mesin suction..ada nama dia tapi 
panggei mesin suction ja..

done mesin suction..mesin neb pulak..setengah orang kalau dengaq ja guna mesin ni mesti kata patient tu ada asma/penat..Kekadang tu tak juga..kes dia sama juga..selsema n kahak...cam anak kembar saya doktor suggest sruh guna untuk pecahkan kahak..kalau kahak tak hilang ..buleh dapat asma/penat..tapi buat neb ni pun bukan sesuka hati..atas arahan doktor juga..kalau perlu baru buleh ambek neb ni.

Kisahnya bila kena pi guna mesin neb ni 3 kali sehari..sekali guna kena gap dalam 6-8 jam..kena ulang alik..kalau budak besar tak pa..ni baby..kekadang tu  tengah malam pun kena pi guna mesin neb ni..kesian ganggu masa tidoq depa n kesian gak kat diri sendiri..memalam ngan mengantok gagah jugak pi PMC..

Lepas tu nurse suggest sruh beli mesin neb..buat kat rumah..beli jugak mesin neb ni..bila selsema kalau x lega jgak tapi kena blajar cara nak bubuh ubat yang dibekalkan doktor..tak ingat dah berapa harga mesin ni..bila dah ada senang..boleh usung ja..buat sambei depa tidoq. Sekarang pun kalau doktor sruh guna baru guna tapi tak la kerap cam dulu..Alahamdullilah..



 ubat ubat untuk neb ada sukatannya

- Mummy Ira -

Sabtu, 6 September 2014

Jom Baca Rahsia Sihat Warga Jepun

Selain Amerika Syarikat, warga Jepun juga sering merangkul gelaran manusia tertua di dunia untuk beberapa kali.

Apabila ditanya pada warga tua di sini, apakah rahsia kesihatan dan awet muda mereka, ramai yang menjawab sushi dan amalan berjalan kaki.


Rakyat Jepun sangat mengutamakan kesihatan mereka, terutama sekali berkenaan makanan.

Tidak hairanlah jika kebanyakan restoran turut menyenaraikan jumlah kalori terkandung dalam setiap makanan di dalam menu mereka untuk rujukan pelanggan.

Sukar untuk bertemu rakyat Jepun yang berbadan gemuk, tambahan lagi kaum wanita yang sentiasa menjaga bentuk badan dan kecantikan mereka.

Tidak seperti di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis, penghidap darah tinggi dan penyakit lain di Jepun sangat sedikit.

Makanan tanpa perisa

Warga asing yang baru tiba di negara ini pasti terperanjat dengan makanan dan masakan Jepun yang kurang atau kadang kala tidak ada langsung rasa manis dan masinnya.

Apatah lagi dengan makanan laut yang dimakan mentah begitu saja seperti sushi dan sashimi.

Seperti Malaysia, makanan utama rakyat Jepun adalah nasi, yang biasanya diambil pada setiap sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Bagaimanapun, jumlah nasi dan lauk yang diambil dalam setiap hidangan adalah sedikit, malah tidak sukar menambah makanan mereka.

Tidak sukar juga untuk mencari makanan yang tanpa lemak atau kurang lemak di pasar raya dan kedai serbaguna.

Saban hari, ada saja keluaran makanan baru yang makin hari makin kurang penggunaan lemak dan gula di dalam kandungannya untuk membantu rakyatnya menjaga kesihatan mereka.

Harga makanan organik dan berfiber juga tidak mahal, membolehkan kami sebagai pelajar juga mampu untuk membelinya.

Jus sayur-sayuran dan jus buah-buahan yang terdapat dalam puluhan jenis dan rasa, banyak membantu menambah khasiat dalam makanan harian kami.

Ada juga pepatah yang bermaksud 'orang Jepun makan menggunakan mata' yang menunjukkan mereka sangat mengutamakan persembahan dan susunan sesuatu masakan yang dihidangkan.

Ibu pasti menghias 'bento' (bekal) untuk anak mereka dengan pelbagai hiasan untuk menarik minat terhadap makanan yang berkhasiat.

Bukan saja makanan, kebanyakan rakyat Jepun juga tidak menggunakan gula atau susu di dalam minuman mereka.

Teh hijau sudah menjadi minuman utama yang dihidangkan secara percuma di setiap restoran.

Suka berjalan kaki

Kanak-kanak, remaja mahupun warga tua, rakyat Jepun memang gemar berjalan kaki setiap hari ke sekolah, kampus, pejabat atau membeli-belah.

Musim sejuk atau panas tidak menjadi penghalang untuk berjalan kaki dari rumah ke stesen kereta api dan dari stesen kereta api ke destinasi.

Saya berasa kagum apabila melihat nenek dan datuk yang berjalan-jalan setiap petang di kawasan kediaman walaupun dalam keadaan bongkok tiga.

Mungkin juga kemudahan awam yang dikhaskan untuk pejalan kaki dan orang kurang upaya menggalakkan lagi rakyat untuk berjalan kaki.

Sentiasa tepati waktu

Sikap tidak suka membazir masa juga mendorong rakyat Jepun sentiasa berjalan laju dan berlari ke destinasi mereka mahupun ketika bekerja atau belajar.

Kadangkala mereka menganggap gagal untuk menepati masa ketika temu janji rasmi atau tidak rasmi adalah satu kegagalan besar yang membuatkan mereka sentiasa bergerak pantas.

Rancangan yang disiarkan di kaca televisyen juga kebanyakannya berbentuk kuiz dan pengetahuan walaupun dalam bidang hiburan, pendidikan dan kesihatan.

Tidak hairanlah, rakyat sangat peka dengan setiap rutin harian dan makanan mereka.

Pada pemerhatian saya, sifat orang Jepun yang suka berfikir dalam setiap perkara dilakukan turut menyumbang kepada kesihatan mental dan fizikal mereka.

Sifat suka berfikir inilah yang mendorong mereka menjadi sebuah negara maju yang terkenal dengan teknologi dan produk yang tercanggih di dunia.

Bilangan restoran makanan Jepun dan kemudahan untuk pejalan kaki yang bertambah di negara Malaysia adalah kemajuan positif bagi saya.

Diharapkan rakyat Malaysia juga boleh mencontohi gaya hidup sihat rakyat Jepun. Justeru, kita juga dapat disenaraikan sebagai warga tertua di dunia pada suatu hari nanti.

Oleh Rohaslinda Ramli
* Penulis pelajar Kedoktoran Senibina, Universiti Kobe -
http://anizyn.blogspot.com
-----------------------------------------------------------------------------