Soal Jawab Tentang Meal Shakes Shaklee

By Zahirah Dzahir - 5/04/2014 06:28:00 PTG



Salah satu makanan tambahan (supplement) yang digemari kanak-kanak dan dewasa ialah Meal Shakes. Meal Shakes Shaklee merupakan supplement yang menyediakan hidangan lengkap (multivitamin) dan asid amino yang mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ramai yang memilih Meal Shakes kerana khasiat dan kebaikannya.

Ia didatangkan dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh sebelum diminum. Ia merupakan makanan segera yang berkhasiat dan rendah glisemik Setiap bancuhan Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. 

Apa kandungan / ingredients dalam mealshake?
 
Jika ianya Shaklee, pastinya diperolehi daripada sumber semulajadi. Diperbuat daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya (sudah tentu Non-GMO), soy lecithin, lactalbumin dan lain-lain. 


Lactalbumin adalah bahan yang terkandung dalam susu yang diperolehi daripada whey (dadih) . Ia mengandungi organisma protein yang berkualiti tinggi dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa.
Nutrisi-nutrisi yang terdapat / terkandung dalam mealshake adalah seperti berikut :


Serat, protein, kalsium, sodium, vitamin C,E,B6,B12,A & D, Niacin, Zat Besi, Zinc, thiamine, Riboflavin, folic acid, iodin, yeast dll.

Adakah Meal Shakes mengandungi Maltodextrin?

Ya. Meal Shakes mengandungi Maltodextrin dan ia juga dibuat secara semulajadi dari jagung. Ia berfungsi sebagai pengikat vitamin dan nutrien dalam Meal Shakes

Apa rasanya dan ada flavour yang best tak?

Minuman Meal Shakes berperisa French Vanilla dan ia berwarna putih krim. Tidak mengandungi perisa dan pewarna tiruan.

Adakah Meal Shakes mengandungi gula?
 
Ya. Meal Shakes mengandungi gula dan ia dalam bentuk fruktosa yakni karbohidrat semulajadi dari buah-buahan & sayur-sayuran. Gula dalam Meal Shakes diekstrak dari jagung.


Siapa / golongan mana yang sesuai mengunakan mealshake?

Mealshake sesuai untuk mereka yang berusia seawal 1 tahun hingga ke dewasa.

Oleh kerana ianya dalam bentuk serbuk yang dibancuh dengan air membuatkan ia boleh dinikmati oleh kanak-kanak. Boleh dicampur dengan susu dalam botol. Ada juga sesetengan orang jika multivitamin dalam bentuk tablet, agak sukar untuk ditelan. Begitu juga dengan kanak-kanak yang belum tumbuh gigi.

Kanak-kanak yang sedang membesar, ibu yang mengandung / hamil, ahli sukan, vegetarian dan orang sakit juga boleh minum mealshake kerana ia banyak khasiat. Golongan yang sibuk bekerja juga di galakkan minum mealshake kerana disamping ianya berkhasiat, ia mampu membekalkan tenaga yang berpanjangan dan sangat mudah dibancuh.

Cara pengambilan/sukatan Meal Shakes Shakle ?

Dewasa : 2 sudu besar Meal Shakes boleh campur dengan minuman lain
Kanak-kanak 7 tahun ke atas :
1 sudu besar Meal Shakes boleh campur dengan minuman lain
Kanak-Kanak (1-6 tahun):
1 sudu kecil Meal Shakes boleh campur dengan susu atau minuman lain

Cara bancuhan:Bancuh dengan air biasa / jus/ milo / campur di dalam susu formula anak. Elakkan membancuh dalam air panas, kerana dikhuatiri air panas boleh memusnahkan protein.

Jangan campurkan Meal Shakes dengan,


  • Air panas
  • Air berkarbonat atau bergas
  • Minuman berkafein seperti kopi atau teh
Siapa yang tak sesuai ambik meal shakes?

Ikutkan meal shakes ni sesuai untuk semua tetapi jika anda alergik kepada soya, alergik kepada susu lembu dan lactose intolerance tidak digalakkan mengambil Mealshake kerana mengandungi sumber soya, sumber susu lembu dan laktosa (7g/serving). Bayi berusia di bawah 1 tahun tidak boleh mengambil Mealshake. Perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor.

Meal shakes sesuai untuk kanak-kanak?

Ya, Meal Shakes ni sangat sesuai untuk kanak kanak.
  • Kurangkan Ekzema
  • Untuk Tumbesaran
  • Untuk Perkembangan Minda
  • Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
  • Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
  • Untuk Anak kekal aktif
  • Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  • Meningkatkan berat badan anak
  • Membantu anak fokus
  • Membantu kurangkan kekerapan asthma
  • Mengatasi masalah sembelit pada anak
  • Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  • Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  • Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  • Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu
Apakah kebaikan dan manfaat Meal Shakes?

-Nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.

-Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh - kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan lain-lain.

-Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin dan kaya dengan kalsium dan magnesium.

-Anti oksida - mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

-Mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B, zat besi yang lengkap dan copper untuk membina sel-sel darah merah yang sihat sekaligus memberi kulit/wajah yang lebih cantik.

-Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dari perut dan usus.

Penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan tenaga.


Adakah Meal Shakes ni halal ?

Ya, sudah semestinya halal dan produk Shaklee semuanya halal. 

Berapakah harga Meal Shakes?

RM113.75 per canister dengan berat 544gm ( BEST price )

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!