Review Filem - The Amazing Spider-Man 2

By Zahirah Dzahir - 5/20/2014 06:48:00 PTG


The Amazing Spider-Man 2 [Review]
Siri filem Spider-man baru lakonan Andrew Garfield mendapat reaksi bercampur-campur. Ada yang menyukainya, ada yang tidak. The Amazing Spider-Man 2 merupakan siri kedua dalam siri filem yang dilakonkan Andrew Garfield dan Emma Stone itu.

The Amazing Spider-Man 2 

Filem The Amazing Spider-Man 2 kali ini mempunyai dua ciri utama, panjang filemnya lebih dua jam dan ia nampaknya lebih memfokuskan kepada perhubungan Peter Parker dan Gwen Stacy, teman wanitanya.
Kali ini pewaris kepada OsCorp, Harry Osborn kembali ke New York untuk bersama bapanya yang sedang nazak kerana penyakit genetik misteri yang turut diwarisinya. Setelah bapanya meninggal dunia, Harry mewarisi takhta OsCorp. Harry juga kawan baik kepada Peter Parker.
Sementara itu, seorang jurutera elektrik OsCorp yang diabaikan, Max Dillon, terlibat dalam satu kemalangan makmal yang menjadikannya seorang yang mempunyai kuasa untuk mengawal elektrik. Beliau dinamakan Electro.
Untuk mengetahui bagaimana kisahnya dengan Spider-man kali ini, tontonilah filem ini di pawagam berhampiran.

Jalan Cerita

Bagi mereka yang mengharapkan sebuah filem aksi yang mendebarkan, mereka tidak akan dikecewakan. Terdapat banyak babak aksi-aksi yang mendebarkan dalam filem ini. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa fokus utama filem ini, dari segi jalan cerita, ialah perhubungan antara Peter Parker dan teman wanitanya, Gwen Stacy. Dengan kata lain, ia umpama sebuah filem spara romantik.
Jika disingkap kembali filem pertama, bapa Gwen, pesuruhjaya polis New York telah melarang Peter Parker untuk bersama anaknya kerana dikhuatiri Peter akan membahayakan nyawanya. Ini menghantui Peter yang percaya sebagai Spiderman, beliaulah yang menyebabkan kematian bapanya.
Walaupun terdapat dua, malah tiga watak jahat yang berlainan dalam filem ini, ia kelihatan seperti isu Peter atau Spider-man dengan Gwen lebih dominen dan isu penjahat menjadi hanya latarbelakang kepada filem ini.
Filem ini juga menjawab kenapa bapa Peter Parker meninggalkannya di bawah jagaan pakciknya dan kaitannya dengan OsCorp. Jadi ia meletakkan konteks kepada Spider-man dan OsCorp, sebagai organisasi yang dilawan olehnya.

Lakonan

Kelebihan pada filem ini ialah watak Spider-man kali ini lebih lucu dan bersahaja serta menghiburkan. Tidak seperti Spiderman lakonan Toby McGuire yang agak serious. Sememangnya lakonan berkesan dua watak utama Andrew Garfield dan Emma Stone benar-benar menceriakan filem ini.

Kesimpulan

Kelebihan
  • Lakonan Spiderman dan Gwen yang lebih lucu, bersahaja dan menghiburkan.
  • Aksi-aksi yang mendebarkan.
  • Mereka yang gemar element cinta mungkin akan menyukai filem ini.
Keburukan
  • Mereka yang tidak gemarkan filem cinta mungkin agak hampa dengan jalan ceritanya.
  • banyak babak membazir yang menjadikan filem ini panjang.
Filem The Amazing Spider-Man 2 merupakan satu filem yang lebih baik daripada filem pertama, namun bagi mereka yang kurang gemarkan elemen percintaan mungkin terpaksa bertahan dengan babak-babak jiwang yang agak panjang. Namun, babak-babak aksinya tidak kurang hebatnya dan menyebabkan anda terlupa tentang babak cinta tersebut.
Walaubagaimanapun, secara keseluruhan, filem ini tidaklah super hebat dari segi jalan cerita mahupun aksinya. Ia tidak pula teruk dari segi itu. Cuma bila anda menonton filem ini nanti, tidak perlu meletakkan jangkaan atau harapan yang tinggi pada filem ini. Hanya tonton dan nikmatinya.
- mummy ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!