Part 2 - Jalan Jalan Alor Setar Kedah

By Zahirah Dzahir - 4/30/2014 08:39:00 PTG

Sambungan Jalan Jalan Di Alor SetarDi sekitar Menara Alor Setar ni pon ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawat dengan  berjalan kaki sahaja. Semua dekat2 ja..semuanya 1 kawasan/dataran..antaranya ialah Balai Besar, Balai Seni, Muzium Diraja, Masjid Zahir . Parrking 1 tempat jalan ja. Cuma kalau nak ke Pekan rabu kena jalan sikit..x pun boleh ja parking area Pekan Rabu. Hari biasa parking ok la..kalau cuti sekolah kena berebut sikit.



Yang gerbang kaler putih tu pulak..The Replica of Istana Kota Tengah Arch 


Yang menara kaler kuning tu..Balai Nobat  atau Pentas Di Raja .Tempat untuk menyimpan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang hanya dimainkan pada upacara-upacara DiRaja seperti upacara pertabalan, perkahwinan dan persemadian Di Raja. 



Muzium Diraja. Kalau tengok daripada depan ni macam tertutup dan berkunci tapi sebenarnya muzium ni dibuka kepada orang awam. Tempat masuk terletak di sebelah tepi muzium ni. 


Yang ni pulak Balai Seni Negeri dan Galeri Sultan Abdul Halim. Tapi bukan sebelah sebelah ya..Yg galeri tu dekat dengan Balai Nobat, tapi semua 1 kawasan.
Dataran ni meriah pada waktu malam dengan orang ramai dan air pancut bercahaya



Seberang jalan kita akan jumpa Masjid Zahir


Sebelah Masjid Zahir ada Menara Jam Besar

pic credit
 pic credit 

 credit photo
  credit photo
Pokok hiasan berlampu seperti yang terdapat di IT City Shah Alam. Di sekitar perkarangan Balai Nobat.

ok..stop sini dulu. Nanti saya sambung di post yg len pulak. Pekan Rabu saya buat len kali pulak yeee..

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!