Selamatkah MALTODEXTRIN Dalam Mealshakes Shaklee

By Zahirah Dzahir - 5/03/2014 09:23:00 PTG

Sebelum saya post entri tentang Meal Shakes ni, terbaca juga post2 di blog yang lain tentang MALTODEXTRIN yang terdapat dalam kandungan Meal Shakes ni. Ada yang kata sesuai ada yang kata tak. Jadi saya copy paste dari blog kawan2 shaklee juga tentang ni. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh juga google k..

Maltodextrin atau maltodektrin adalah sejenis karbohidrat yang mudah dihadam dan diperbuat daripada beras , jagung, atau kentang  ia juga boleh diperolehi daripada barli atau gandum. Mealshake shaklee mempunyai kandungan Maltodexrin. Ramai yang tertanya-tanya, Kenapa perlu maltodextrin dalam makanan? Mengapa pilih Maltodextrin dan adakah maltodextrin selamat untuk dimakan. 

 

Maltodextrin adalah serbuk putih sering digunakan dalam makanan yang diproses sebagai pemekat atau pengisi kerana ia amat mudah diperolehi, dan juga dalam farmaseutikal ia digunakan sebagai ejen mengikat. Maltodextrin sering didapati di dalam buah-buahan dalam tin , makanan ringan, bijirin , pencuci mulut, puding segera , sos, dan kuah salad.

Ramai pengusaha makanan mengunakan maltodextrin ini kerana ia mengandungi kurang kalori daripada gula dan boleh menjadi pengganti gula , seperti Splenda atau Sama .
Maltodextin juga sering digunakan dalam kombinasi dengan bahan tambahan dan rempah lain untuk membentuk lapisan kering sedap atau manis untuk makanan snek goreng, seperti kerepek jagung dan kerepek kentang. Bahan ini dianggap sebagai polisakarida , yang layak sebagai pemanis alternatif kepada sukrosa atau fruktosa.

Maltodextrin biasanya digunakan dalam jumlah yang kecil yang ianya tidak memberi kesan besar dari segi jumlah protein , lemak , karbohidrat, atau serat yang di tambah dalam makanan. Apa yang penting di sini maltodekstrin  yang diproses adalah daripada makanan semulajadi, bukanlah daripada bahan kimia merbahaya.


Sumber  MALTODEXTRIN / MALTODEKTRIN Yang Dikatakan Selamat?
Kebimbangan utama dengan keselamatan penggunaan maltodekstrin dalam makanan. Menurut www.wisegeek.com penulis yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang menyatakan bahawa jika produk yang berkenaan itu yang dihasilkan daripada jagung atau kentang yang ditanam di Amerika Syarikat atau Kanada, secara umumnya ia selamat untuk semua pengguna. 

Maltodekstrin yang berasaskan gandum , biasanya diproses di negara-negara Asia, penggunaan adalah selamat namun tidak sesuai bagi mereka yang mengalami penyakit seliak (Celiac disease), 

Pelbagai penyelidikan menyatakan pemanis alternatif dalam maltodekstrin adalah selamat.
Mealshakee shaklee amat sesuai untuk kegunaan kanak-kanak dan orang dewasa. Kanak-kanak yang kurang selera makan dan sering demam amat digalakkan mengambil mealshakes sebagai makanan tambahan.
Sumber:
http://www.fitsugar.com/What-Maltodextrin-293287
http://fitnessfortravel.com/is-maltodextrin-bad-for-you/
http://www.wisegeek.com/is-maltodextrin-unsafe.htm
kredit


Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!