Jumaat, 30 Mei 2014

Review Filem Godzilla


Godzilla

Godzilla [Review]

Godzilla atau Gojira merupakan filem raksasa tahun 1954 yang berasal dari Jepun. Ia pernah dibikin semula dalam tahun 1998 dan kemudiannya dibuat kartun animasi. Dalam filem tahun 1998, Godzilla digambarkan sebagai raksasa jahat dan “rekabentuk” raksasa tersebut yang menyerupai dinosaur T-Rex tidak langsung membantunya.
Sebelum menonton filem Godzilla terbaru ini, saya berusaha sedaya upaya untuk tidak melayan sebarang spoiler kerana saya mendengar jalan ceritanya berbeza dari filem sebelumnya. Malah Godzilla juga tidak digambarkan sebagai watak jahat. Ini menarik minat saya untuk menontonnya.
Tanpa mendedahkan butiran yang mendalam, dalam filem terbaru ini terdapat lebih dari satu raksasa di bumi dan Godzilla merupakan raksasa paling berkuasa di mana ia mengimbangi sebarang ketidakseimbangan yang berlaku akibat kehadiran raksasa lain secara aktif.
Di tengah-tengah ketidakseimbangan itu, manusialah yang tersepit di antara kedua jenis raksasa itu.

Jalan Cerita

Secara jujurnya, mungkin saya meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada jalan cerita filem ini dan akhirnya ia tidak mencapai apa yang diharapkan. Secara ringkasnya, filem ini cuba menterjemahkan sebuah filem raksasa/manga mengikut pendekatan sebuah filem Sci-fi.
Beza antara filem berasaskan manga dan sci-fi ialah dalam filem mangga, ia lebih berunsurkan fantasi dan perkara-perkara luar biasa seperti bebola api yang keluar dari mulut raksasa tidak memerlukan penerangan saintifik (walaupun penerangan tersebut tidak benar), manakala sebuah filem scifi memerlukan penerangan saintifik (walaupun palsu) untuk menjustifikasikan perkara luar biasa yang berlaku dalam filem tersebut.
Filem ini cuba untuk menerapkan unsur saintifik sepanjang filemnya, terutamanya apabila ia mahu menerangkan dari mana datangnya raksasa-raksasa terlibat, namun setelah melihat Godzilla mengeluarkan api biru dari mulutnya, ia telah mula kelihatan seperti sebuah filem Ultraman.
Dari segi jalan ceritanya, ia bercorak linear di mana apa yang berlaku seterusnya mungkin dapat dijangka oleh penonton dan tiada banyak putar belit yang boleh menjadikan filem ini lebih menarik. Tambahan pula perkembangan jalan ceritanya agak tergesa-gesa seolah-oleh ia mahu memasukkan terlalu banyak isi dalam masa yang singkat.
Sungguhpun demikian, skala krisis raksasa yang sangat besar yang digambarkan dalam filem ini masih mampu membuatkannya kelihatan gempak dan tidak membosankan. Debaran melihat pemburuan raksasa oleh pihak tentera serta babak-babak perlawanan antara raksasa juga membuatkan penonton tidak berganjak dari panggung.

Lakonan

Selain beberapa pelakon utama dalam filem ini, lakonan kebanyakan pelakonnya, terutamanya pelakon tambahan agak mendukacitakan. Watak hero dan anaknya agak kaku dan pelakon tambahan yang sepatutnya lari ketakutan, berlari seolah pergi bergogging. Dengan kata lain, tiada siapa akan memenangi anugerah pelakon terbaik dalam filem ini.

Kesimpulan

Kebaikan:
  • Skala krisis raksasa yang digambarkan dalam filem ini agak gempak.
  • Kesan khas, terutamanya raksasa-raksasa dan jentera peperangan seperti jet pejuang dan helikopter dibuat dengan baik.
  • Watak Gozilla lebih menarik dalam filem ini
Keburukan
  • Jalan cerita yang berkembang dengan terlalu cepat dan kelam-kabut.
  • Lakonan pelakon tambahan yang kaku.
  • Walaupun bahagian pengenalan pada filem ini dibuat dengan baik, jalan cerita yang ringkas tidak mendatangkan kepuasan.
Secara ringkasnya, filem Godzilla merupakan sebuah filem yang agak gempak, namun, jalan cerita yang agak ringkas dan berkembang terlalu cepat menyebabkan kepuasan menonton filem ini agak kurang. Apa pun, jika anda tidak meletakkan harapan terlalu tinggi pada filem ini, anda masih boleh menikmati tontonan anda.
Bukanlah pula dimaksudkan bahawa filem ini sebuah filem yang buruk, tetapi pada masa yang sama I juga bukan filem terbaik. Anda bolehlah menonton filem ini bersama kawan-kawan, namun jangan terkejut, pada musim cuti sekolah ini, ramai kanak-kanak akan turut menonton filem in bersama ibu bapa mereka seterusnya mengganggu konsentrasi anda. 

credit

- mummy ira -

Tips Untuk Atasi Gemuk Air - Coach Sam Adnan

Tips dari Coach Sam Adnan ( Sam Titan )
Atas permintaan yg tinggi, hari ni Sam nak share tips utk mengatasi gemuk air.

Sebab utama masalah ini :
- Terlalu byk garam dlm pemakanan
- premenstrual symptom bg wanita
- side effect ubat2an

Tips2 utk atasi gemuk air:
1) Diet/Pemakanan
- Makan makanan yg mampu melawas spt pisang, carrot, bawang, salderi, tomato, timun dan byk lagi.
- Tingkatkan pengambilan protein (protein dpt bantu flush air dlm badan juga).

2) Vitamin
- B6 (biasanya byk dlm daging, tuna, salmon, pisang dan beras perang)
- B5, B1, dan D (biasa dijumpai dlm buah2an dan produk tenusu rendah lemak)
- Amalkan supplement spt kalsium , magnesium, manganese dan potassium (juga bantu dlm menstabilkan garam dlm badan).

3) Kurangkan pengambilan garam
- AWAS! Biasa keropok mmg byk garam. Kacang dlm paket pn byk gak
- Baca label dulu, bhgn sodium.

4) Elakkan minuman yg buat badan terdehidrasi spt kopi dan teh. Amalkan teh herba kalo nak.

5) Minum air yg cukup
- Jgn pikir badan dh byk air, x nak minum air.
- Kita kena kekal terhidrasi utk flush air berlebihan dlm badan. Air bole flush air yg tersumbat dlm badan.

6) Bersenam lebih!
- Bila badan berpeluh, toksin dan air berlebih akan keluar

7) Try tidur dgn posisi kaki lebih tinggi drpd jantung (dgn letak bantal atau selimut bawah kaki)

FB Coach Sam Adnan

Khamis, 29 Mei 2014

Tips2 Senaman Utk Wanita Mengandung - Coach Sam Adnan

 Assalamualaikum..

Tips dari Coach Sam Adnan

 
Sbnrnya bersenam ketika mengandung bkan saja tidak membahayakan, malah byk manfaatnya...spt: 

- Dpt elakkan komplikasi bersalin spt pre-eclampsia (keadaan yg mana bayi kekurangan nutrisi & oksigen)
- Tingkatkan chance utk bersalin secara semulajadi dlm masa yg singkat

- Dpt cegah ketidakselesaan ketika mengandung spt: sakit belakang, sembelit, atau fatigue
- Maintain berat badan
- Dpt tido dgn selesa
- Elak kemurungan dan tingkatkan keyakinan diri
- Prepare badan dan minda utk proses bersalin.

Sbg panduan, make sure senaman2 tu cukup utk dpt buat jantung anda pumping tapi jgn extreme sgt.


Jenis2 senaman yg selamat dan sesuai:
- Brisk walking (berjalan laju) - disyorkan 30minit sehari 5 hari seminggu
- Yoga dan pilate utk wanita mengandung - bagus utk kuat dan tone muscle
- Kayuh basikal stationary
- Berenang

Try target utk bersenam 3 kali sehari selama 10 minit, ataupun buat selama 30minit dlm satu sesi sehari pun dah memadai.

Anda harus stop bersenam kalo ada tanda2 berikut: 
sakit di dada, perut atau kaki; pening atau rasa nak pengsan, pernafasan yg pendek, pendarahan vagina, kesukaran berjalan, atau terasa contraction. 

Selamat mencuba!
FB Coach Sam Adnan

Attend Kenduri Kawen My Friend

hi..Ikutkan hari banyak sangat jemputan kenduri kawen. Biasala cuti sekolah dah pun mula..maka banyak kenduri kawen yang ada. Tapi tak semua yang dapat saya pi, saya pi yang mana sempat ja.

Macam hari ni pulak ada kenduri  kawan  saya, Azzuni Nazlah di Pendang. Excited nak pi coz dapat jumpa kwn2 yang lain. Biasa la memasing dok jauh, nak jumpa pun bukan senang. So..kami dah rancang nak pakai baju sedondon n nak tangkap gambaq sekali. Tapi boleh rancang ja la. Ada yang pi awai ada yang pi lambat. Saya termasuk kategori pi lambat skali dengan Ummi n Linda. Kami pi pun dah pukul 1 petang dah.

Smpai tu, tetamu dah ramai, dapat la jumpa sekejap. Kelam kabut ambek gambaq yang mana sempat ja. Sembang pun kejap ja tapi ok la. Jumpa kejap pun jadi la. Bukan senang nak jumpa. Tunggu raya pulak la kalau nak jumpa pun.

Ok..wish saya untuk Pengantin hari ni Azzuni Nazlah n Abg Jalil semoga berbahagia n berkekalan hingga akhir hayat..meh kita tengok gambaq plak..









- mummy ira -



Selasa, 27 Mei 2014

PANIK !!! Hujan Turun Dan Banjir

Assalamualaikum..
 
Panik..panik..Apa yang buatkan saya panik..

Petang tadi hujan turun. Ikutkan tak lama, klau tak salah saya 1 jam lebih, tapi hujan lebat. Dalam pukul 5.45 ptg masa untuk pick up Muhammad Haziq Muqri kat sekolah, abes klass kafa. Saya drive, kluar ja dari taman, saya panik tengok air atas jalan raya naik. Lagi panik minyak kereta pun nak abes. Pusing ikut jalan lain pun sama. Pusing punya pusing cari jalan kebanyakan air naik. ikutkan boleh ja redah, tapi takut air masuk enjin kereta mati plak tengah jalan. ( besa la pompuan takut).

Dekat 1/2 jam jgak pusing masuk taman, ikut short cut, bimbang ank dok tnggu kat sekolah. Bertambah panik bila ada kereta mati tengah jalan banjir tu. Akhirnya dapat juga melepasi kawasan banjir n smpi sekolah anak tapi keadaan banjir ni mmg buat saya panik..



Kira air banjir ni tak naik tinggi sangat coz hujan dah berhenti air surut sikit tapi menyukarkan jgak untuk kereta yang nak redah banjir ni.

- mummy ira -

Isnin, 26 Mei 2014

Kelebihan YA WAHHAB

YA WAHHAB bermaksud MAHA PEMBERI..


PEMBERI REZEKI

Maksudnya:
AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.

Rahsia kehebatannya:

1-Menjadi terkaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.
2-Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.
3-Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).
4-Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5-Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6-Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

7-Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.

= mummy ira =

Ahad, 25 Mei 2014

Hypothyroid Boleh Menjadi Punca Sukar Hamil

Masalah kesukaran untuk hamil bukan hanya berpunca daripada masalah kesuburan. Malah, hypothyroid juga dikatakan boleh menjadi punca / sebab anda sukar untuk hamil. Masalah hypothyroid adalah satu keadaan dimana thyroid anda menjadi tidak begitu aktif untuk menghasilkan hormone yang mencukupi dan menyebabkan sistem badan anda menjadi perlahan. Bagaimana hypothyroid boleh menjadi punca kepada kesukaran untuk hamil dan memberi kesan kepada tahap kesuburan?
- Kadar prolaktin yang tinggi boleh menghalang proses ovulasi
- Tahap thyroid yang rendah boleh memberi kesan kepada ovari dan sekaligus merendahkan paras progesterone anda. Keadaan ini menyebabkan situasi masalah kesuburan berikut boleh berlaku...
   ➺ Anovulasi iaitu keadaan dimana telur tidak dilepaskan
   ➺ PCOS
   ➺ Fasa leutal kecacatan dikurangkan menjadi separuh daripada kitaran haid
   ➺ Meningkatkan potensi keguguran
Sebagai alternatif untuk mendapatkan rawatan kepada masalah hypothyroid ini, anda boleh mengamalkan supplement yang mengandungi nutrisi tertentu yang boleh membantu. Apakah supplement tersebut?
  •   Iodin - VITALEA
  •   Selenium - VITA-E COMPLEX
  •   Antioksidan - SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS
  •   Vitamin D - OSTEMATRIX 
credit supplement4all.blogspot

Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration
 

Sabtu, 24 Mei 2014

IFO: Coklat Cadbury Hazelnut dan Roast Almond Sah ada porcine/DNA Khinzir

Terkejut juga saya bila membaca kenyataan dalam BH online semalam, yang menyatakan bahawa coklat cadbury tidak halal untuk dimakan dan hal ini telah pun disahkan oleh Jakim dan Kementerian Kesihatan sendiri.

Saya ada juga terbaca berita ni yang ( 23hb Mei 2014) tersebar di Laman Sosial. Artikel laporan berkaitan Coklat Susu Dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk yang dikesan mengandungi DNA Khinzir ( Porcine ). Keratan Laporan terbabit seperti di bawah :



Hari ini Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa 2 produk keluaran Cadbury memang sah mengandungi DNA Khinzir ( Porcine ) iaitu :
Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; 

dan

Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Manakala sampel  Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine).




- Mummy Ira -


INFO - Kementerian Kesihatan Sahkan Dua Produk Coklat Mengandungi DNA Babi

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat - Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk dan Coklat Susu dengan Buah Badam dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mengandungi DNA babi (porcine).
Bagaimanapun, satu lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate dikesan tidak mengandungi porcine. 


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta.

Katanya, siasatan dilakukan ke atas tiga sampel coklat Cadbury berkenaan bagi tujuan pemantauan selepas timbul dakwaan dalam media sosial adanya DNA babi dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas dalam rangkaian media sosoal, semalam.

"Di dalam media sosial itu telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (babi)(porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.

"Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya," kata kenyataan itu.

Dua sampel yang disahkan mengandungi DNA Khinzir itu babi ialah Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan satu lagi Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.


"Tindakan berkenaan diambil mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang antara lain bertujuan melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya,” katanya dalam kenyataan itu.

Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok
(batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, boleh mengemukakan kepada kementerian melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq 


sumber 

Mummy Ira

Jumaat, 23 Mei 2014

Petua Pemakanan Sihat Dan Kekal Cerdas


Pada hari-hari tertentu, anda mungkin terlalu sibuk dengan tugas dan komitmen peribadi hinggakan tidak ada masa untuk berhenti bernafas. Oleh sebab anda cuba melakukan sebanyak yang boleh, maka anda tidak menghiraukan soal makan. Sarapan hanyalah secawan kopi atau teh tarik. Anda tidak sempat makan tengah hari disebabkan oleh jadual yang terlalu padat dan teman makan malam anda hanyalah sebungkus kentang goreng yang ditelan dengan gopoh-gapah di pejabat.

Jika anda sering menghadapi hari-hari begini, bermakna anda tidak dapat mengamalkan tabiat makan yang sihat. Usah bimbang. Ikuti petua mudah berikut untuk mencari masa makan dan mengetahui apa yang patut dimakan bagi mendapatkan nutrien dan tenaga secukupnya bagi membolehkan anda sentiasa cerdas dan dapat memberi tumpuan sepanjang hari.

Cergaskan hari anda dengan sarapan
Sarapan bukan sahaja penting untuk mencergaskan permulaan hari anda dan memberi tenaga yang cukup untuk kekal aktif sepanjang hari, tetapi juga telah terbukti secara saintifik dapat membaiki daya tumpuan, kecerdasan dan fungsi ingatan. Untuk meningkatkan metabolisme anda, amalkan diet yang seimbang dengan mengambil makanan karbohidrat kompleks seperti bijirin penuh dan makanan berprotein tinggi seperti susu dan keju. Kurangkan makanan berlemak seperti roti canai dan nasi lemak kerana makanan seperti ini boleh membuat anda berasa kembung dan lesu.

Jika anda selalu tidak mengambil sarapan dan menggantikannya dengan makan tengah hari yang berat, berikut adalah beberapa cara meluangkan masa untuk mengambil sarapan yang sihat di rumah:

- Cuba bangun awal supaya ada masa untuk makan dan menikmati sarapan.

- Siapkan sarapan pada malam sebelumnya jika anda rasa esoknya adalah hari yang terlalu sibuk dan akan kesuntukan masa.

Saya Terlambat Bangun Lagi!
Jika anda benar-benar tidak ada masa untuk menikmati sarapan yang sihat di rumah disebabkan terpaksa keluar awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau jika terlambat bangun, cuba petua berikut:

- Sediakan makanan seperti buah-buahan, roti/bun, keju atau telur rebus yang senang dicapai dan dimakan sambil berjalan. Untuk pemakanan yang lebih lengkap, cuba makan bijirin sambil minum susu.

- Beli makanan seperti pau kacang, kuih apam atau putu mayam dalam perjalanan ke tempat kerja.

- Simpan makanan di tempat kerja anda. Biskut tawar, buah-buahan kering, kacang atau energy bar adalah pilihan yang berkhasiat dan lazat.

Tambah tenaga dan pulih kecergasan dengan makan tengah hari
Menjelang waktu makan tengah hari, badan anda sudah menggunakan kebanyakan daripada nutrien dan tenaga daripada sarapan. Jadi, makan tengah hari memberi anda peluang menambah tenaga dan kecerdasan serta meningkatkan prestasi.

Petua berikut dapat membantu anda merasa segar semula dan bersedia untuk meneruskan kerja hingga ke petang!

- Elakkan makan sambil kerja, kerana anda mungkin makan lebih daripada yang diperlukan. Cuba makan pada waktu yang dikhaskan untuk makan tengah hari.

- Sentiasa pilih sajian ringan yang sihat dan jangan terlebih makan; berhenti bila rasa kenyang. Jika terlebih makan, anda akan berasa kembung dan mengantuk.

- Jika makan di luar dan memesan nasi campur atau mi, jangan lupa untuk tambah ikan atau daging tanpa lemak dan sayuran untuk memastikan pengambilan makanan yang lengkap dan seimbang. Makan sepotong buah-buahan sebagai pencuci mulut.

- Jika makan di pejabat dan hanya terdapat mi segera, cuba tambah sedikit sayuran atau telur. Untuk menambahkan khasiat, makan buah-buahan atau minum segelas jus buah- buahan 100 peratus atau minuman kacang soya/susu. Untuk menambah kalsium, tambah keju ke dalam sandwic atau roti bun.

Makan dalam perjalanan
Jika terpaksa ke mana-mana pada waktu makan tengah hari dan tidak ada masa untuk makan, jangan bimbang. Simpan snek di tempat kerja yang boleh dicapai dan dibawa bersama. Pilihan makanan dan snek yang sihat termasuk buah-buahan segar atau kering, bijirin serat tinggi, biskut tawar serat tinggi dan biskut (tanpa krim), sandwic roti gandum penuh, kacang dan yogurt. Jangan lupa bawa sebotol air minuman untuk mengekalkan penghidratan!

Akhirkan hari dengan makan malam yang dimasak di rumah
Selepas sibuk seharian, anda tentu rasa seronok bila dapat duduk makan dengan selesa di rumah kerana sajian makan malam memberi peluang kepada anda untuk memenuhi keperluan pemakanan harian. Tetapi apa yang boleh anda lakukan jika anda masih sibuk hingga ke malam? Anda boleh makan di luar atau beli makanan bungkus.

Namun, jika anda lebih suka makan malam yang dimasak di rumah, berikut adalah beberapa cara yang membolehkan anda mendapat apa yang anda ingini:

- Simpan nasi atau pasta sebagai makanan asas untuk penyedian sajian yang cepat. Jika anda mempunyai ramuan yang betul, anda boleh mencipta resipi anda sendiri untuk sajian yang berkhasiat!

- Bersihkan sayuran dan simpan dalam peti sejuk supaya ia sedia untuk dimasak. Atau jika anda benar-benar kesuntukan masa, anda boleh makan sayuran mentah seperti lobak merah dan saderi.

- Potong ikan, ayam dan daging dan bekukan dalam paket berasingan. Pindahkan ke dalam peti sejuk untuk dinyahbeku sebelum anda keluar bekerja.

- Aturkan penghantaran makanan ke rumah. Ia menjimatkan masa memasak dan amat baik jika anda tidak berminat ke dapur atau tidak pandai memasak! Pesan makanan daripada orang yang anda kenali dan percaya. Jangan takut untuk meminta makanan disediakan secara segar.

Seperkara penting yang mesti diingati ialah jangan sama sekali mengabaikan waktu makan. Anda mungkin sibuk, tetapi jangan jadikan ini sebagai alasan untuk tidak makan. Bila anda tidak makan, anda kekurangan nutrien dan tenaga yang diperlukan untuk melakukan tugas anda dengan berkesan. Jika anda tidak mengambil makanan yang berkhasiat secara tetap, anda tidak akan mempunyai tenaga untuk bekerja, belajar atau melakukan apa sahaja!

OLEH Prof. Madya Dr. Zaitun Yassin
(Persatuan Pemakanan Malaysia)
------------------------------------------------------------------------


Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan  
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

Khamis, 22 Mei 2014

Antara Tempoh Dan Kualiti Tidur

Assalamualaikum..

Tidur yang cukup dan memuaskan merupakan sesuatu yang semakin sukar diperolehi di dalam dunia moden yang amat sibuk.

Banyak kajian telah menunjukkan bahaya waktu tidur terlalu singkat sedangkan manusia memerlukan antara tujuh ke lapan jam tidur setiap hari.





Dari kemalangan seperti kemalangan jalan raya, sehinggalah kepada bermacam penyakit lain telah dikaitkan dengan tidak cukup tidur yang kronik (berlarutan).

Kekurangan masa dan kualiti tidur dikatakan menghakis keupayaan dan fungsi badan sehingga mendedahkan kita kepada penyakit jantung, diabetes dan bermacam penyakit lain lagi.

Kualiti tidur juga kini semakin banyak menerima perhatian penyelidik kerana dikhuatiri menjejaskan hidup lebih banyak hidup penduduk dunia berbanding kurang tidur (insomnia).

Antara yang diberi perhatian adalah halangan laluan udara salur pernafasan seperti Apnea Tidur Halangan (OSA) yang boleh menyebabkan penghidap sering terjaga (tersentak) dari tidur atau berhenti bernafas selama 30 saat, berkali-kali setiap malam.

Pakar Sains Neuro (saraf) Universiti Bandar New York, Dr. William Fishbein menjelaskan terdapat juga kaitan antara tempoh dan kualiti tidur dengan daya ingatan seseorang.

Tahap ‘tidur gelombang perlahan’ iaitu tahap tidur yang nyenyak, sebelum seseorang mencapai tahap tidur bermimpi (tahap REM), dikatakan mungkin memainkan peranan penting dalam membantu kita menyelesaikan masalah.

“Mungkin otak manusia terus bekerja dalam tahap gelombang perlahan ini untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan menimbulkan idea-idea penyelesaian baru (yang tidak difikirkan sebelum tidur),” katanya.

Kajian yang dijalankan Dr. Fishbein mendapati sukarelawan yang hanya tidur pada tahap gelombang perlahan dan tidak bermimpi (tahap REM) secara automatik lebih cekap mengenali huruf-huruf tulisan Cina.

Kumpulan berkenaan dibiarkan tidur (tahap gelombang perlahan) selama 90 minit sahaja tetapi cuma 12 minit tidur pada tahap tersebut didakwa sudah cukup berkesan untuk meningkatkan daya ingatan.

Bagaimanapun, penyelidik dari Universiti California, Los Angeles pula mendapati gangguan tidur, sama ada bunyi luar, kesan usia, dengkur pasangan mahupun OSA akan menjejaskan daya ingatan untuk berminggu-minggu lamanya.

“Gangguan tidur boleh menghalang pembentukan sel baru di dalam bahagian memori otak (hippocampus).

“Ini cukup untuk mengganggu keupayaan seseorang mempelajari sesuatu yang baru, sehingga beberapa minggu lamanya selepas kualiti tidur kembali normal,” jelas Dr. Dennis McGinty dari universiti tersebut.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) juga menggambarkan tidak cukup atau kurang kualiti tidur sebagai satu masalah kesihatan umum yang kurang diperakui.

Tambahan pula, kajian awal Institut Kanser Kebangsaan AS sendiri menunjukkan peningkatan risiko kanser sebanyak 47 peratus bagi mereka yang mendapat kurang tujuh jam tidur setiap hari.

Bagi seseorang yang sudah membiasakan diri, mungkin tidur yang nyenyak selama empat setiap hari sudah mencukupi.

Namun, kebanyakan pakar bersetuju gangguan seperti OSA atau mana-mana tahap apnea tidur (gangguan aliran udara), gangguan luar (dengkur pasangan) dan kekangan masa tidur perlu ditangani segera bagi mengekalkan kualiti tidur.

Turut ditekan supaya mengelak amalan ‘bulimia tidur’ iaitu tidur lewat setiap malam, kemudian menghabiskan hujung minggu dengan tisur sepuas-puasnya.

Tidak perlu rasa bersalah jika anda ingin tidur selagi ia memenuhi keperluan waktu rehat dan tidak menjejaskan tugas harian.


sumber dari blog blog

Rabu, 21 Mei 2014

Fakta Makanan Tambahan/Supplemen dan Kolestrol

Seperti yang semua tahu, supplement merupakan makanan tambahan samada dalam bentuk pil, kapsul, tablet, atau pun cecair. Sama juga lah dengan supplement Shaklee.. ada pelbagai bentuk, dan supplement tersebut mempunyai kebaikan tersendiri. Kolesterol pula merupakan unsur seakan lemak. Kolesterol yang berlebihan boleh menyebabkan plaque di dalam arteri dan meminimakan ruang untuk darah mengalir ke jantung. Dan inilah yang dikatakan kolesterol jahat.


Bagaimana supplement dikatakan membantu Kolesterol?

Soya
+ pengambilan soya setiap hari boleh membantu mengurangkan kolesterol LDL sebanyak 3%.

Phytosterols
+ boleh memberhentikan penyerapan kolesterol dalam badan anda. 
+ penambahan kurang daripada 1 gram phytosterols di dalam makanan boleh merendahkan paras kolesterol LDL anda.

Minyak ikan
+ boleh menurunkan triglycerides iaitu sejenis lemak yang berisiko menyebabkan serangan jantung atau strok. 
+ 2 - 4 gram supplement omega-3 asid lemak EPA dan DHA membantu menurunkan tryglycerides dan meningkatkan HDL.

Barli
+ dapat menurunkan LDL kerana barli mempunyai serat larut.

Beras Yis Merah 
+ mempunyai Monacolin K, iaitu bahan aktif di dalam ubat kolesterol lovastatin. 
+ Namun begitu, pengambilan tidak terkawal boleh juga menyebabkan kesan sampingan yang membahayakan kesihatan.

Niasin
+ merupakan sejenis vitamin yang mengurangkan kolesterol namun tidak boleh diambil berlebihan. 
+ ini kerana ia boleh meningkatkan tahap gula dalam darah dan ini boleh membahayakan pesakit diabetes.

Flaxseed 
+ boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol jahat, LDL.
 
sumber supplement4all.blogspot
 
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration
 

Makan dan Minum Beri Kesan Pada Ubat Yang Kita Ambil

Seringkali kita dengar kalau ambil atau makan ubat jangan ambil/minum sekali dengan susu atau minuman berkafein seperti teh mahupun kopi.


bukan sahaja susu atau minuman berkafein sahaja yang boleh memberi kesan pada keberkesanan ubat yang kita ambil, tapi ada beberapa makanan/minuman lain juga seperti
  • Susu atau produk tenusu lainnya
  • Kopi
  • Teh
  • Jus oren
  • Cokes dan minuman bergas yang berkafein
  • Alkohol
  • Sayuran hijau dan makanan/sayuran/buahan yang mengandungi vitamin K
  • Ginseng
  • Coklat

Ada sesetengah makanan/minuman jika dimakan/diminum sekali dengan ubat boleh menyebabkan :

  • Mengurangkan atau menaikkan keberkesanan sesuatu ubat
  • Menyebabkan kesan sampingan
  • Menghalang ubat dari berfungsi atau memberi kesan yang sepatutnya

Bagaimana pula dengan pengambilan ubat sewaktu perut kosong atau selepas makan, adakah ada perbezaan ?



Untuk makluman ada sesetengah ubat elok diambil sewaktu perut kosong. Manakala ada sesetengah ubat pula elok diambil sewaktu perut kenyang/penuh. Sebab itu amat penting untuk kita melihat info yang tertera pada label bungkusan/botol ubat samaada ubat tersebut perlu diambil sebelum makan atau selepas makan. Samaada perlu diambil sejam selepas/sebelum makan. Jika tiada dinyatakan pada label makanan, sila la dapatkan nasihat/pandangan dari doktor atau pun ahli farmasi.

http://www.sumarz.com/

Selasa, 20 Mei 2014

Review Filem - Captain America Winter Soldier

Captain America Winter Soldier


Captain America Winter Soldier [Review]

Filem pertama Captain America The First Avenger memberi pengenalan kepada Captain American dan musuhnya, Hydra yang merupakan cawangan rahsia pihak Nazi semasa perang kedua. Dalam filem kedua, Captain America Winter Soldier, Hydra yang disangka musnah kembali untuk mendatangkan kerosakan kepada dunia. 

Captain America Winter Soldier [Review]

Captain America Winter Soldier merupakan filem kedua Captain America, di mana selepas beliau dinyahbekukan setelah 70 tahun berada dalam keadaan beku ekoran kapal terbangnya terhempas di kawasan Antartika.
Kali ini organisasi Shield berada dalam situasi bahaya setelah Nick Fury, ketua Shield telah diserang dan “dibunuh” oleh satu musuh yang tidak diketahui dipanggil The Winter Soldier.  Sebelum dibunuh, Nick Fury mengarahkan Captain America untuk tidak mempercayai sesiapa dalam Shield kerana beliau merasakan terdapat sesuatu yang tidak kena berlaku dengan organisasi tersebut.
Kini Captain America dipertanggungjawabkan untuk membongkar apa di sebalik maklumat rahsia yang deskripsikan yang diperolehi dari kapal Shield yang dirampas. Apakah maklumat rahsia ini dan apa kaitannya dengan mereka yang membunuh Nick Fury? Bagaimanakah kesudahannya? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran anda.

Jalan Cerita

Jalan cerita filem ini antara paling menarik dalam filem-filem Marvel, di mana walaupun tidak kompleks, ia menyajikan liku-liku penyiasatan yang menarik di samping aksi-aksi yang mendebarkan. Tiada babak-babak membazir yang jelas, setiap isi cerita ditampilkan dalam rentak berterusan.
Musuh sebenar kepada Shield diperkenalkan agak awal dalam filem ini tetapi situasi di mana musuh itu berada menjadikan jalan ceritanya sangat menarik. Anda akan faham apa maksud saya apabila anda menonton filem ini. Saya tidak boleh mendedahkannya kerana takaut menjadi spoiler pula.
Ia akan mempunyai penamat yang agak tidak dijangkakan dan seperti biasa juga, pastikan anda menonton babak rahsia selepas kredit filem untuk melihat preview kepada filem akan datang. (Pembayang : Ia bukan sahaja berkaitan Captain America sahaja, malah seluruh dunia superhero Marvel).

Lakonan

Pada pendapat saya, persembahan terbaik dari segi lakonan ialah babak-babak lawan dalam filem ini yang kelihatan paling hebat dalam filem Marvel setakat ini. Koreografi babak lawannya sehebat filem Kungfu Hong Kong. Ditambah pula dengan senjata api, babak lawannya sememangnya tarikan paling menarik dalam filem ini.
Walaubagaimanapun, lawak jenaka dalam filem ini dikurangkan kepada minimum, jadi anda tidak dijangka mendengar gelak ketawa dalam panggung.
Lakonan watak Natasha atau Black Widow lebih berani kali ini dengan aksi yang lincah dan berani serta beberapa aksi agak intim dengan Captain Amerika. Captain Amerika pula, seperti biasa merupkan satu watak yang  idealistik dan jujur.
Anda juga akan diperkenalkan dengan watak Winter Soldier dan dijangka beliau akan muncul dalam filem-filem akan datang.

Kesimpulan

Kebaikan
  • Babak dan isi filem ditampilkan secara berterusan tanpa banyak babak membazir.
  • Jalan cerita yang menarik, tidak terlalu kompleks dan tidak terlalu ringkas.
  • Babak lawan yang dikoreografi dengan baik.
  • Aksi secara keseluruhan yang mendebarkan
Keburukan
  • Tiada keburukan yang jelas boleh dilaporkan
Captain Amerika Winter Soldier merupakan sebuah filem wajib tonton kerana ia boleh dikatakan filem Marvel yang paling sempurna setakat ini. Jalan ceritanya tidak terlalu kompleks dan tidak terlalu ringkas membolehkan ia diminati oleh setiap peringkat penonton.
Ia juga tidak mempunyai cliche-cliche yang biasa dikaitkan dengan filem Holiwood berunsurkan komik seperti Hero tampil kuat di penghujung cerita setelah kalah sebelum itu. Pastikan anda menonton filem ini.
- mummy ira -

Review Filem - The Amazing Spider-Man 2


The Amazing Spider-Man 2 [Review]
Siri filem Spider-man baru lakonan Andrew Garfield mendapat reaksi bercampur-campur. Ada yang menyukainya, ada yang tidak. The Amazing Spider-Man 2 merupakan siri kedua dalam siri filem yang dilakonkan Andrew Garfield dan Emma Stone itu.

The Amazing Spider-Man 2 

Filem The Amazing Spider-Man 2 kali ini mempunyai dua ciri utama, panjang filemnya lebih dua jam dan ia nampaknya lebih memfokuskan kepada perhubungan Peter Parker dan Gwen Stacy, teman wanitanya.
Kali ini pewaris kepada OsCorp, Harry Osborn kembali ke New York untuk bersama bapanya yang sedang nazak kerana penyakit genetik misteri yang turut diwarisinya. Setelah bapanya meninggal dunia, Harry mewarisi takhta OsCorp. Harry juga kawan baik kepada Peter Parker.
Sementara itu, seorang jurutera elektrik OsCorp yang diabaikan, Max Dillon, terlibat dalam satu kemalangan makmal yang menjadikannya seorang yang mempunyai kuasa untuk mengawal elektrik. Beliau dinamakan Electro.
Untuk mengetahui bagaimana kisahnya dengan Spider-man kali ini, tontonilah filem ini di pawagam berhampiran.

Jalan Cerita

Bagi mereka yang mengharapkan sebuah filem aksi yang mendebarkan, mereka tidak akan dikecewakan. Terdapat banyak babak aksi-aksi yang mendebarkan dalam filem ini. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa fokus utama filem ini, dari segi jalan cerita, ialah perhubungan antara Peter Parker dan teman wanitanya, Gwen Stacy. Dengan kata lain, ia umpama sebuah filem spara romantik.
Jika disingkap kembali filem pertama, bapa Gwen, pesuruhjaya polis New York telah melarang Peter Parker untuk bersama anaknya kerana dikhuatiri Peter akan membahayakan nyawanya. Ini menghantui Peter yang percaya sebagai Spiderman, beliaulah yang menyebabkan kematian bapanya.
Walaupun terdapat dua, malah tiga watak jahat yang berlainan dalam filem ini, ia kelihatan seperti isu Peter atau Spider-man dengan Gwen lebih dominen dan isu penjahat menjadi hanya latarbelakang kepada filem ini.
Filem ini juga menjawab kenapa bapa Peter Parker meninggalkannya di bawah jagaan pakciknya dan kaitannya dengan OsCorp. Jadi ia meletakkan konteks kepada Spider-man dan OsCorp, sebagai organisasi yang dilawan olehnya.

Lakonan

Kelebihan pada filem ini ialah watak Spider-man kali ini lebih lucu dan bersahaja serta menghiburkan. Tidak seperti Spiderman lakonan Toby McGuire yang agak serious. Sememangnya lakonan berkesan dua watak utama Andrew Garfield dan Emma Stone benar-benar menceriakan filem ini.

Kesimpulan

Kelebihan
  • Lakonan Spiderman dan Gwen yang lebih lucu, bersahaja dan menghiburkan.
  • Aksi-aksi yang mendebarkan.
  • Mereka yang gemar element cinta mungkin akan menyukai filem ini.
Keburukan
  • Mereka yang tidak gemarkan filem cinta mungkin agak hampa dengan jalan ceritanya.
  • banyak babak membazir yang menjadikan filem ini panjang.
Filem The Amazing Spider-Man 2 merupakan satu filem yang lebih baik daripada filem pertama, namun bagi mereka yang kurang gemarkan elemen percintaan mungkin terpaksa bertahan dengan babak-babak jiwang yang agak panjang. Namun, babak-babak aksinya tidak kurang hebatnya dan menyebabkan anda terlupa tentang babak cinta tersebut.
Walaubagaimanapun, secara keseluruhan, filem ini tidaklah super hebat dari segi jalan cerita mahupun aksinya. Ia tidak pula teruk dari segi itu. Cuma bila anda menonton filem ini nanti, tidak perlu meletakkan jangkaan atau harapan yang tinggi pada filem ini. Hanya tonton dan nikmatinya.
- mummy ira -