Assalamualikum
Petikan
daripada Majalah iSihat, April 2013, Muka Surat 49.
Suplemen Untuk Ibu Bekerja
Ramai yang masih kurang arif tentang khasiat suplemen & keperluan
mengambilnya. Ada yang menyangka dengan hanya mengambil suplemen boleh kurus,
lebih sihat, cantik & awet muda tanpa perlu bersenam & menjaga
pemakanan. Suplemen sebenarnya perlu diambil bagi menangani masalah pencemaran
& pengambilan pemakanan segera & tidak teratur dikalangan masyarakat
kita hari ini.
Pakar diet Amerika mengesyorkan bahawa setiap hari, anda harus memakan:
> 3-5 sajian sayur-sayuran
> 2-4 sajian buah-buahan
> 2-3 sajian jika susu, yogurt & keju
> 2-3 sajian daging, ayam, ikan, telur atau kekacang
> lemak, minyak & gula atau manisan secara sederhana
Menurut Dr. Bruce Miller dalam Better Health Series (beliau juga pengarang buku
terlaris The Nutrition Guarantee & pakar pemakanan bertauliah di sebalik
Better Health Series yang terkenal tentang pendidikan pemakanan), walaupun jika
anda mematuhinya dengan teliti kepada saranan di atas, anda mungkin menghadapi
3 masalah.
Pertama adalah sukar untuk mendapatkan jumlah vitamin C daripada diet. Kedua,
jumlah yang diperlukan (seperti vitamin E) untuk petlindungan daripada beberapa
penyakit adalah mustahil untuk mendapatnya daripada diet biasa. Ketiga,
sesetengah nutrien (minyak daripada ikan air sejuk) bukan yg utama dalam diet
biasa kita.
Oleh itu, menambah pemakanan tambahan kepada gaya hidup anda adalah sememangnya
diperlukan. Apatah lagi bagi kebanyakan para ibu bekerja terikat dengan masa
untuk memasak yang akhirnya terpaksa membeli makanan atau membawa keluarga
makan di luar.
Suplemen memberikan khasiat yang tidak dapat diperoleh daripada pemakanan kita
seharian. Anda mungkin merasakan diri sihat tanpa suplemen namun hanya yang
telah mengambil suplemen sahaja akan merasakan kelainannya.
Secara minimum bagi seseorang memulakan program pemakanan harus terdiri
daripada pengambilan suplemen multivitamin/mineral & protein.
Kemudian, berasaskan keperluan & gaya hidup anda, tambah vitamin C, B
kompleks & vitamin E.
Walau bagaimanapun, ingat bahawa suplemen dietari tidak menggantikan makanan.
Cara terbaik untuk memperoleh kesihatan yang baik ialah makan dengan cara
sihat.
Apa bezanya Shaklee?
Seseorang ibu sudah pasti ingin memberikan yang terbaik & asli buat
keluarga & diri agar kekal sihat & ceria untuk menjaga keluarganya.
Ramai yang sering bertanya Apa lebihnya Shaklee dari yang lain? Shaklee sering
menekankan "The Shaklee Different" ~ Sentiasa Selamat, Sentiasa
Berkesan & Sentiasa Mesra Alam. Setiap produk yang dikeluarkan daripada
suplemen, isi rumah & juga kecantikan, semuanya sentiasa selamat digunakan
kerana bersumberkan bahan semulajadi yang mesra alam sesuai dengan tubuh
manusia. Ia juga sentiasa berkesan kerana telah menjalani uji kaji &
mempunyai bukti sains yang kukuh yang dibukukan didalam jurnal-jurnal
perubatan.
0 orang berborak di sini!