SOS IKAN, TOFU JEPUN/EGG TOFU, SUP YONG TAUFU SINGAPURA -Resepi Dari MAMAK HAJI

By Zahirah Dzahir - 4/19/2014 01:31:00 PTG

 Lagi resepi dari MAMAK HAJI..
                                                 SOS IKAN BUAT SENDIRI.
Bahan-bahan:
1 kati isi ikan tenggiri (1 kati itu 600gm).
5 ulas bawang putih diketuk dan cincang kasar.
1 biji limau nipis sederhana, perah dan ambil jusnya.
5 helai daun salam..daun salam indonesia pun boleh.
2 sudu kecil biji lada hitam.
1 - 2 cawan air
1 tsp garam.


cara buat:
1. Lumurkan garam, jus limau dan bawang putih.
2. Basuh potongan ikan tenggiri lebih kurang dalam 1/2 inci kiub.
3. Ambil sebuah bekas kedap udara..botol besar pun boleh..mamak haji pakai botol Horlicks besar. Masukan air yang dibancuh garam ia itu 2 cawan air tanpa klorin dengan 1 sudu atau 2 sudu kecil garam. Air boleh tambah tapi berikan ruang 1 inci pada botol anda kerana air akan bertambah dalam proses fermentasi ikan.
4. Masukkan semua bahan di sebutkan di atas.
5. Tutup rapat-rapat penutup dan simpan selama 2-3 minggu.
6. Selepas tempuh tersebut, tapis airnya dan simpan didalam peti sejuk bahagian bawah...anda boleh gunaka sos ini 4-6 bulan..


terbaik buat sendiri, aroma ikan tenggiri amat sedap kerana ia ikan yang mahal..kalu beli ikan buat budu..budu ditambah air garam dan ditapis boleh juga jadi sos ikan...tak caya try..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 TOFU JEPUN - EGG TOFU
Bahan:
2 keping tofu jepun (halal) potong 1inci tebal.
50 gm daging ayam cincang.
1 pokok daun bawang. dihiris halus.
3 ulas bawang putih dihiris halus.
1 biji karot (sederhana) di potong kiub.
1 biji telur dipukul lembut.
1/2 cawan tepung beras untuk goreng tofu.

Perencah untuk daging ayam cincang:
3 sudu kecil kicap cair.
1/4 sudu kecil serbuk lada putih.
1 sudu kecil sos tiram.
1 sudu kecil tepung jagung. Tak bagi daging melekat satu sama lain.
1 sudu kecil minyak..bila goreng daging ayam tak melekat pada permukaan kuali.

cara buat:
1. Adunkan semua perencah daging ayam dan peram dalam 20-30 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tekapkan/bedakan tepung beras pada permukaan kepingan tofu dan goreng kepada warna keemasan. Tujuan tepung beras bagi kuatkan permukaan tofu yang lembut. susu dalam pinggan hidangan.
3. Rebus/kukus karot bagi lembut, toskan dan asingkan.
4. Pansakan kuali isi minyak sedikit dan goreng bawang putih, diikuti dengan daging cincang ayam. Goreng dengan api kecil sampai masak daging.
5. Masukkan kiub karot dan kacau.tambah air sedikit yang diperlukan untuk.
sos. Rasa sos tambah garam jika perlu.
6. Bila air mula mendidih masukkan telur dan kacau dengan garpu supaya telur berpecah rata. Jadikan seperti kuah.
7. Masukkan kuah tadi dalam tofu yang telah susun di pinggan. Hirisan daun bawang dan bawang goreng taburkan di atas hidangan anda. Hidangan telah siap.
 
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 SUP YONG TAUFU SINGAPURA:
BAHAN-BAHAN:
Stok Sup / Pengasas sup.
- 3 liter cawan air.
- 2 cawan ikan bilis yg telah basuh dan di toskan.
- 1 sudu besar biji lada putih.
- 2 biji bawang besar (sederhana besar) dihiris.
- 5 ulas bawang putih diketuk.
- 2 ketul kiub stok ayam.
- 2 inci Halia diketuk.
- 1 sudu besar gula.
- Garam secukup rasa.
- 1 sudu besar minyak masak.

Cara:  
Layu bawang dan ikan bilis, Mendidihkan air dan masukkan ikan bilis dan juga semua bahan-bahan tadi. Simmer/ reneh sup ini selama 1 jam. Selepas 1 jam tapis airnya dan sedia sup yong tau foo yg lazat 'ala singapura
 
kredit: facebook Mamak Haji
- mummy ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!