MAYONISE dan SOTONG MASALA NASI KANDAR - Resepi Yang Best Dari 'MAMAK HAJI'

By Zahirah Dzahir - 4/16/2014 01:29:00 PTG

kali ni saya nak kongsi beberapa resepi dari MAMAK HAJI..semua ni saya ambik dari facebook beliau..
tapi ada yg ada ganbar dan ada yang x da gambar ya..

RESEPI MAYONISE BUAT SENDIRI:
BAHAN-BAHAN
2 biji telur bersais "A". Ambil cuma 'Kuning Telur' yang putih boleh disimpan untuk kegunaan lain.
1 - 1 1/2 cawan minyak masak. Minyak biasa pun boleh tapi kalau guna minyak zaiton lagi sedap.
1/2 sudu keci (tsp) garam.
1 -2 sudu besar jus perahan lemon. (1 biji lebih dari cukup).
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk mustard boleh didapati pasar raya Jusco atau kedai jual bahan-bahan masakkan kek. Harga RM4.00 lebih sedikit. Tak penting sangat bahan ini.


CARA MEMBUATNYA:
1. Walau pun ada banyak cara membuatnya, mamak haji gunakan cara pengisar biasa (blender). Masukkan kuning telur kedalam blender. Cara menggunakan ialah ON - OFF - ON - OFF. Cara Hidupkan dan Matikan blendar anda.
2. Masukkan Minyak sedikit demi sedikit sambil hidup dan matikan pengisar anda.
3. Bila telur kuning mula adun dengan minyak, masukkan jus lemon. Dan putar lagi seperti dianjurkan. Sehingga anda akan dapat satu sebatian yang tidak dimendak minyak.
4. masukkan serbuk mustard dan putar kali terakhir.
5. mayonis anda sudah tersedia. 

Mudah bukan. mayonise boleh digunak 2-3 serving. Dan anda boleh gunakan sandwich telur yang lazat. Mamak haji bagi juga resepi telur sandwich sekali.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------


 SOTONG MASALA NASI KANDAR.
BAHAN-BAHAN:
1 kg Sotong putih (sarat telur). Persediaan seperti keterangan di atas.
100 gm rempah serbuk kari jenis daging/ayam. ( 1/2 bungkusan 250gm serbuk kari).
2 biji bawang besar labu (sedang) dihiris.
2 sudu besar Pes bawang putih dan Halia.
1 sudu kecil serbuk jintan putih, 1 tsp serbuk jintan manis, tsp serbuk kas-kas (tidak kemestian)
1 sudu kecil serbuk cili (tidak kemestian cuma sekiranya ingin lebih pedas, warna kari anda juga boleh bertukar kemerahan yang cantik).
1 tsp gula pasir.
1 keping kulit kayu manis, 5 cengkih, 3 bunga lawang dan 3 buah pelaga.
2 ranting daun kari.
3 cili merah dibelah dua memanjang.
Daun ketumbar.
75 gm santan pekat atau (4 tbsp yogurt atau 1/2 tin susu cair).
Minyak Masak untuk tumis dan Garam secukup.

CARA-CARA:
1. Bila kuali panas masukkan minyak masak. Bila minyak panas, tumis rempah garam masala ( 4 serangkai). Bila bau haruman naik, masukkan bawang hirisan dan cili merah. Agak hirisan bawang mula bertukar warna keemasan, masukkan pes bawang putih dan halia dan daun kari. Bila mengeluarkan bau haruman(jangan sampai hangus!), masukkan air 2 cawan.

2. Air mula mendidih masukkan serbuk kari, serbuk jintan putih, jintan manis dan kas-kas. Tambahkan air rebusan sotong 2 cawan lagi yang telah ditapis. Kacau rata biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat sedikit..Kuah jangan terlalu pekat semasa memasak kerana ila sejuk kuah akan semakin pekat. Tunggu hingga kuah mendidih.

3. Masukkan sotong yang telah rebus dan sehingga sotong itu masak 1/4 bahagian lagi. Masukkan gula dan garam dan santan atau susu cair. Rasa secukup rasa. . . Sotong tak perlu masak terlalu lama ikut cara mamak haji telah terangkan. Sekiranya kuah anda pekat, tambahkan air rebusan sotong. Pastikan kuah tidak terlalu cair.

Mamak haji tidak dapat beri sukatan yang tepat AIR kerana ia terpulang kepada haba api dapur anda. Ikutlah kepekatan kuah mengikut selera anda, kalau tidak mahu rasa kari terlalu kuat kurangkan rempah kari. Hidangan ini biasanya untuk 12 orang. Selamat mencuba.





kredit - facebook Mamak Haji
- mummy ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!