Rabu, 30 April 2014

Part 2 - Jalan Jalan Alor Setar Kedah

Sambungan Jalan Jalan Di Alor SetarDi sekitar Menara Alor Setar ni pon ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawat dengan  berjalan kaki sahaja. Semua dekat2 ja..semuanya 1 kawasan/dataran..antaranya ialah Balai Besar, Balai Seni, Muzium Diraja, Masjid Zahir . Parrking 1 tempat jalan ja. Cuma kalau nak ke Pekan rabu kena jalan sikit..x pun boleh ja parking area Pekan Rabu. Hari biasa parking ok la..kalau cuti sekolah kena berebut sikit.


Yang gerbang kaler putih tu pulak..The Replica of Istana Kota Tengah Arch 


Yang menara kaler kuning tu..Balai Nobat  atau Pentas Di Raja .Tempat untuk menyimpan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang hanya dimainkan pada upacara-upacara DiRaja seperti upacara pertabalan, perkahwinan dan persemadian Di Raja. 



Muzium Diraja. Kalau tengok daripada depan ni macam tertutup dan berkunci tapi sebenarnya muzium ni dibuka kepada orang awam. Tempat masuk terletak di sebelah tepi muzium ni. 


Yang ni pulak Balai Seni Negeri dan Galeri Sultan Abdul Halim. Tapi bukan sebelah sebelah ya..Yg galeri tu dekat dengan Balai Nobat, tapi semua 1 kawasan.
Dataran ni meriah pada waktu malam dengan orang ramai dan air pancut bercahaya



Seberang jalan kita akan jumpa Masjid Zahir


Sebelah Masjid Zahir ada Menara Jam Besar

pic credit
 pic credit 

 credit photo
  credit photo
Pokok hiasan berlampu seperti yang terdapat di IT City Shah Alam. Di sekitar perkarangan Balai Nobat.

ok..stop sini dulu. Nanti saya sambung di post yg len pulak. Pekan Rabu saya buat len kali pulak yeee..

- Mummy Ira -

Part 1 - Jalan Jalan Menara Alor Setar Kedah

kali ni saya nak stori tempat yang menarik kat Alor Setar. Walaupun saya dok Alor Setar, saya pun x la selalu ambek gambar tempat2 ni. So saya akan share dari googel n blogger yang jalan2 kat Alor Setar. Pendapat mereka lebih menarik. 

http://ofadzlan.blogspot.com/  coz banyak info jalan2 yang best dari blog ni dan pic2 yg cantik gitu..dan juga sekeping 2 pic saya sendiri.

Saya mmg dok dalam kawasan bandar Alor Setar, jadi tempat2 ni mmg berdekatan sangat dengan rumah saya. Gambar2 ni ada yg saya sendiri n ada yang share ja..


menara yang berketinggian 165.5 meter Menara ini dapat melihat permandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Harga Tiket Menara Alor Setar

Menara ni dibuka pada jam 9 pagi hingga 10 malam. Untuk naik ke bahagian atas Menara Alor Setar ni, anda perlu bayar seperti yang saya paparkan di bawah ini. Nanti nak masuk ke lif yang disediakan, akan ada 'pramugari' khas yang bawa .. huhuhuhu .. yang akan escort sampai ke pintu lif, sampai atas pun akan ada yang sambut, dan begitulah sebaliknya.

Teleskop untuk teropong pemandangan  Boleh nampak apa orang buat kat bawah-bawah tu dan boleh nampak jugakla kawasan Alor Setar dan kawasan sekitarnya.  Teleskop ni boleh digunakan terus tanpa memasukkan duit syiling macam teleskop-teleskop kat tempat lain.

 Disebalik tirai besi.. Nampak menggayatkan tapi jangan risau. Ruang besar empat segi ni ada cermin. Tapi yang bawak anak-anak kecik  kawal-kawal la ya. Ruang-ruang kecik tu tak ada penghalang. 

Di Observation Deck ni anda berpeluang untuk menikmati pemandangan 360 darjah Alor Setar dan kawasan sekitar. 

Sungai Kedah juga dapat dilihat daripada menara ni. Kat sungai tu pon ada menara tinjau setinggi 5 tingkat yang juga satu lagi spot yang best untuk snap pemandangan bandar Alor Setar

Pemandangan Bandar Raya Alor Setar daripada ketinggian 88 meter. Turut kelihatan Masjid Zahir, Balai Seni, Balai Besar dan Muzium Diraja di sekitar dataran tu.  



 kawasan menara ada playground. boleh bawak family bersantai kat sini..

 kolam ikan

Restoran Berputar,Seri Angkasa,Menara Alor Setar.

Inilah serba sikit part 1 jalan jalan menara Alor Setar yg saya boleh konsgi. Nak tau lebih lanjut tempat yang menarik boleh klik http://ofadzlan.blogspot.com/ 

- Mummy Ira -

Selasa, 29 April 2014

Pengganti Gula Anugerah Tidak Mengandungi Kalori

Pengganti Gula Anugerah ini memberi peluang kepada mereka yang menghadapi masalah keseimbangan gula dalam darah untuk kembali merasai kemanisan juadah tanpa memudaratkan kesihatan.

Pengganti Gula Anugerah dihasilkan daripada ekstrak tebu. Ekstrak tebu ini telah mendapat pengiktirafan daripada organisasi kesihatan serata dunia khususnya United States Food & Drug Administration (FDA). 

Produk ini dijamin selamat dan tidak memberi kesan sampingan kepada pengguna. Apa yang menarik tentang ekstrak ini kerana tidak diproses oleh metabolisma badan sebagai kalori dan tidak memberi kesan kepada kestabilan gula di dalam darah. Kebiasaannya, gula menghasilkan kalori yang akan ditukarkan kepada tenaga untuk kegunaan sistem badan. Ketidakseimbangan akan berlaku sekiranya hormon insulin yang mengawal paras gula dirembes dengan banyak kerana banyak makanan bergula diambil. Ini menyebabkan seseorang menjadi lesu, kurang bertenaga dan sentiasa inginkan makanan manis untuk meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan akan naik dan mengundang pelbagai penyakit kronik seperti diabetis atau kencing manis.

Pengganti Gula Anugerah

Gula dalam minuman sangat bahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko menghidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung dan mengundang kepada pelbagai pakej masalah kesihatan lagi.

Kelebihan utama Pengganti Gula Anugerah berbanding gula biasa ialah ia mengandungi 600 kali lebih manis daripada gula biasa tanpa membahayakan kesihatan. Ini boleh dinikmati tanpa perlu risau dengan kandungan gula kerana tidak mengandungi kalori dan mengganggu keseimbangan paras gula di dalam darah. Hanya setitik yang diperlukan pada setiap hidangan, dan akan dapat menyerlahkan lagi rasa makanan dan minuman anda supaya dapat dinikmati.

Selain itu, Pengganti Gula Anugerah tidak mengandungi kalori dan secara tidak langsung membantu pengguna bijak untuk mengurangkan penggunaan gula serta mengelak masalah kesihatan. Paling penting, pengguna tidak perlu risau untuk menikmati juadah yang dihidangkan kerana Pengganti Gula Anugerah membantu pengguna menikmati rasa manis tanpa sebarang kemudaratan

Sumber: anizyn.blogspot.com

-----------------------------------------------------------------
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan  
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

Sarapan Sihat dan Mudah


Sarapan merupakan hidangan terpenting dalam diet harian. Itu fakta yang mungkin entah ke berapa ratus kali atau ribu kali yang anda telah dengar. Persoalannya mengapa sarapan sangat penting kepada kita?

kalau anda hendak tahu, sarapan amat penting kerana setelah semalaman anda menghabiskan masa dengan tidur, sudah pasti perut menjadi kosong dan tubuh badan kekurangan air. Ini bermakna anda telah terhidrat, kandungan gula di dalam darah juga menjadi rendah dan ini bermakna tubuh badan mempunyai tenaga yang sedikit.

Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengahari. Bagaimanapun, untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan tengahari, sarapan yang diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya berlemak dan tinggi kolesterolnya.

Jadi, apakah hidangan yang sesuai untuk dijadikan sarapan pagi? Cuba semak tip berikut, selain daripada enak, ia juga menyihatkan dan mudah untuk disediakan. Cubalah!

1. Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.

2. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.

3. Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dua minggu.

4. Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.

5. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan.Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi. 

6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.

7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.

Sumber: Link

------------------------------------------------------------------------------------



Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan  
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

Isnin, 28 April 2014

Vitamin Shaklee Yang Tidak Sesuai Untuk Ibu Hamil


Entri sebelum ni saya ada tulis antara Vitamin Shaklee Yang tidak sesuai untuk Ibu Hamil. Kali ni saya tulis sekali lagi tentang ni. Takut ada yang terlepas pandang. Kalau boleh elakkan dari mengambil vitamin vitamin Shaklee ni dan mana mana juga vitamin.

Vitamin Shaklee yang tak sesuai di antaranya :
  • Vivix
  • Dtx Complex
  • Collagen Powder 
  • Garlic
  • Alfafa
  • Herblax
  • Lecithin
  • Nutriferon
  • Gla Complex
  • Vitamin E
  • Carotomax 

Sekiranya anda ingin mengambil vitamin Shaklee untuk sepanjang kehamilan anda, anda boleh dapatkan set hamil ini. Inshaallah..sesuai untuk anda dan juga baby and. Jika anda ragu ragu, boleh rujuk dulu ke doktor sebelum ambil apa2 vitamin tambahan.

Klik Untuk Set Hamil

Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos 

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Supplement Shaklee Yang Tidak Sesuai Untuk Ibu Hamil - See more at: http://supplement4all.blogspot.com/search?updated-max=2014-05-21T07:00:00%2B08:00&max-results=5#sthash.mEZwJbI2.dpuf
Supplement Shaklee Yang Tidak Sesuai Untuk Ibu Hamil - See more at: http://supplement4all.blogspot.com/search?updated-max=2014-05-21T07:00:00%2B08:00&max-results=5#sthash.mEZwJbI2.dpuf

Bagaimana Cara Berpantang Bersalin Pembedahan/Caeserean

Saya bersalin ketiga tiga anak saya melalui pembedahan, si abang dan si kembar. Entri sebelum ni pun saya dah post tentang tajuk ni. Tak salahkan jika saya ceritakan lagi tentang tajuk ni. saya nak kongsikan pengalaman saya berpantang dan saya pun cari lagi tajuk tentang berpantang selepas pembedahan ni.
Jadi saya jumpa blog http://bondashmiza.blogspot.com/. saya kongsikan maklumat dari blog beliau..ok..

Berpantang selepas bersalin secara pembedahan atau caeserean ni tidaklah banyak perbezaan dengan berpantang selepas bersalin secara normal.

Selepas tempoh kehamilan 40 minggu dan proses bersalin, tubuh kita memerlukan masa untuk pulih dari sebarang luka dan menstabilkan kembali paras hormon badan. Proses pemulihan bersalin secara pembedahan memakan masa yang lebih panjang jika dibandingkan dengan orang bersalin normal. Jadi sebelum bersalin, kita dah boleh memilih untuk berpantang secara moden atau tradisional.





Berpantang selepas bersalin, kita ada 3 pilihan sebenarnya,

Berpantang secara moden
Berpantang secara tradisional
Berpantang mengikut dua-dua kaedah di atas.

Maklumat awal yang kita perlu tahu :

Jenis diet / pengambilan makanan seimbang semasa berpantang

  • Senaman
  • Penyusuan
  • Bengkung yang sesuai
  • Sokongan moral
Jika kita memilih untuk berpantang secara tradisional pula, kita akan buat semua ni:
  • Berurut
  • Mandi air rebusan
  • Bertungku
  • Bertangas
  • Berbengkung / barut
  • Pilis & param
Tempoh berpantang biasanya adalah selama 44 hari bagi masyarakat Melayu..namun ada juga yang berpantang sehingga 100 hari, itu semua pilihan masing-masing. Okeh, berbalik kepada penjagaan semasa berpantang setelah bersalin secara pembedahan, antara yang perlu dititikberatkan adalah :

1. Mandi :
Mandi tidak menjadi masalah, biasanya semasa di hospital, badan kita hanya akan dilap dengan tuala sehingga bersih oleh pembantu / jururawat kerana pada waktu awal bersalin, kita tidak mampu untuk bergerak banyak. 

Setelah pulang ke rumah, kita perlulah mandi. Kita perlukan pastikan tempat luka pembedahan itu dilap kering stelah kita mandi. Penting untuk pastikan luka tersebut kekal kering sepanjang masa.. (jika tidak dijaga dengan baik, boleh dijangkiti kuman atau bernanah). Jika nampak luka seakan kemerah-merahan dan berair, atau jahitan terbuka, cepat-cepat berjumpa doktor.

2. Diet :
Pengambilan makanan seimbang sangat penting untuk penyembuhan luka luar dan dalam. Kalau nak tahu, tiga lapisan kulit kita dalam dan luar yang dibedah tu. Oleh itu sangat penting untuk pastikan luka kita sembuh sepenuhnya. Jadi kita sangat perlu untuk ambil vitamin tambahan dan serat yang dapat bantu mempercepatkan penyembuhan luka. Saya amalkan suplemen Shaklee. Memang rasa lebih sihat dan bertenaga.
Perlukan serat dan air yang mencukupi tau.. kalau tidak nanti, sembelit pula.. tahu-tahu ajelah, apabila dibedah ni, pergerakan kita banyak guna otot perut, jadi kalau dah sembelit, memang seksa la nanti. Kalau boleh nasi yang kita makan sebolehnya dimasak sedikit lembut. Jangan lupa ambil sayur dan buah.

Jika kita kekurangan air, kita berpotensi untuk terkena jangkitan kuman, juga boleh mendapat 'kencing kotor'.. selepas pembedahan, risiko jangkitan kuman sering berlaku pada paru-paru, air kencing, luka dan darah beku dalam kaki (deep vein) - DVT jadi, minum air mencukupi ye supaya kuman-kuman dapat dikeluarkan daripada badan.

3. Senaman :
Anggota badan perlu digerak-gerak secara perlahan-lahan, untuk galakkan peredaran darah. Dengan ini proses penyembuhan luka akan menjadi lebih cepat dan lancar. Sangat penting untuk menggerakkan kaki dan badan selepas pembedahan (pada hari kedua) supaya dapat mengelakkan DVT. (bengkak, kebas dan saluran darah tersumbat) - biasanya hari pertama, kita digalakkan untuk berehat di atas katil sahaja.

Senaman kegel / kemutan amat digalakkan kerana selepas bersalin, otot faraj akan menjadi lemah. Senaman ini akan membantu untuk menguatkan kembali otot tersebut termasuk lantai pelvik dan mengurangkkan risiko rahim jatuh.

4. Menyusu
Seawal kelahiran semasa di bilik bedah lagi, nurse akan minta untuk kita susukan bayi, atau diletakkan bayi pada badan ibu, selama lebih kurang 30 minit. Tujuannya adalah untuk memastikan bayi mengecam bau ibu dan menggalakkan penyusuan ibu.

kesakitan akibat pembedahan sepatutnya tidak menjadi penghalang penyusuan ibu. Jadi sebolehnya carilah posisi yang selesa atau minta seseorang membantu takkala nak menyusukan bayi. Sememangkan sakit dan tidak dapat bergerak pada awal-awal pembedahan.. Tapi kita perlu sedar susu terbaik untuk bayi adalah susu ibu. Menyusu akan mempercepatkan pengecutan rahim

5. Bengkung
Sebelum berbengkung, perlu pastikan jenis kain yang digunakan itu menyerap peluh atau tidak. Bahagian luka tersebut perlukan pengudaraan yang baik. Biasanya pemakaian bengkung adalah selepas 2 minggu, atau yakin luka bahagian luar telah kering dan tiada rasa sakit yang ketara ketika memakai bengkung. Bengkung perlu kerap dibuka dan pastikan bahagian luka tidak tergesel dengan bengkung. Untuk selamat, alas bahagian luka dengan kain lembut sebelum memakai bengkung.

Saya lebih suka memakai bengkung strap, lebih mudah ditanggalkan. tapi saya sekalikan juga dengan bengkung lilit v. Saya beli murah ja dalam RM35 macam tu. Sehelai lagi saya jahit sendiri. Jadi saya dapat 4 pasang bengkung, bolehlah ditukar-tukar. Ya, memang perlu ada bengkung lebih dari satu, supaya boleh dicuci dan mengelakkan jangkitan kuman, kan kita akan berpeluh. Namun semuanya terpulang kepada pilihan masing-masing..

6. Sokongan moral
Bersalin secara pembedahan memang memakan masa untuk sembuh berbanding besalin secara normal. Oleh itu, sokongan moral dan bantuan keluarga amat penting. Apabila badan kita lemah, kita akan lebih banyak berehat, tambahan lagi, pada awal bersalin, kita tidak akan mampu untuk membuat sebarang pekerjaan dan tidak digalakkan untuk bergerak secara berlebihan. Yang paling penting, perlu tahu, perubahan hormon dalam badan kita akan naik turun secara drastik.. Jadi emosi kita akan tidak stabil dan cepat beremosi. Jika rasa tertekan atau sedih, berkongsilah perasaan tersebut dengan suami. Perubahan emosi naik turun boleh mengganggu ibu dan bayi jika tidak dikawal dan ditangani bersama dengan pasangan kita.

Note : jamu tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan. Biasanya makanlah jamu selepas sebulan. Jamu menyebabkan luka lambat sembuh sebab kandungan herbanya yang tertentu yang melambatkan penyembuhan luka. 

Pengalaman saya sendiri pun lebih kurang sama jgak. cuma masa ceazer anak yang sulung mmg x dak lansung pengetahuan ttng kelahiran ceazer. Nak bergerak pun takut jahitan terbuka. Bila masuk yang kembar ni, saya boleh hadapi dgn baik dan elok. Bila jaga pemakanan, dalam masa 2-3 saya dah boleh buat kerja sikit2..Takkan nak rehat ja..mesti kena gerak gak.

Bila dah ada pengalaman bersalin ceazer ni kita takkan rasa cemas dan kita boleh hadapi perkara ni semasa berpantang.

Ahad, 27 April 2014

Jauhi Cinta Palsu


USIA remaja adalah musim cinta berbunga. Jadi salah satu fenomena remaja adalah menjadi pencari cinta dan mahu dicintai.
Rata-rata kita dapati remaja bercinta, ada yang selamat menaiki bahtera rumah tangga malah ada juga yang karam, tenggelam dan hanyut ditelan arus cinta ganas.
Cinta sebenarnya satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Ia juga makhluk tidak bernyawa dan tidak berjisim, tidak berjirim, tidak punya rupa dan fizikal.
Tetapi ia ajaib dan berkuasa. Ia menjalar dalam jiwa dan menggetarkan rasa.

Cinta adalah biasan daripada Penciptanya Yang Maha Pencinta. Ia dibiaskan kepada segala ciptaan-Nya supaya mereka dapat hidup dalam cinta, kasih sayang dan aman bahagia.
Cinta dan permasalahannya menjadi perkara serius yang dihadapi umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan golongan remaja menghadapi dilema perasaan yang kronik.

4 Hari Lagi Promosi Ostematrix Buy 6 Free 1/Testimoni Ostematrix




4 Hari lagi promosi beli 6 percuma satu.. Ostematrix.. Terbaik untuk ibu mengandung, ibu menyusu anak, orang tua, orang yang tidak suka minum susu, orang yg selalu mengaduh sakit belakang la, sakit tulang la, sementara promosi berjalan, jangan lepaskan peluang ini. Untuk order, whatsapp atau hubungi saya..

testimoni dari kezen saya..Liyana yang ada masalah membuang masa mengandung..


 
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration