Cara Untuk Kurus dan Mengekalkan Keanjalan Payudara

By Zahirah Dzahir - 3/26/2014 11:31:00 PTG

 Assalamualaikum..

Ramai wanita mengimpikan bentuk badan yang kembali langsing selepas mengalami masalah berat badan dan dalam masa yang sama memiliki payudara yang anjal tanpa berubah struktur kesan dari proses penurunan berat badan.


Kenaikan berat badan adalah sesuatu yang ingin dielakkan oleh ramai orang. Namun ada satu perkara baik bila lemak mula berkumpul di dalam badan yang mana sebahagiannya akan tertumpu di payudara menjadikan ianya nampak penuh dan padat. Apabila anda merancang untuk menguruskan badan dan memecahkan lemak-lemak yang terkumpul, itu juga bermakna lemak di bahagian payudara juga turut hilang. Dan kemungkinan payudara akan menjadi kendur dan tidak lagi menarik.

Jadi bagaimana cara untuk kurus dan dalam masa yang sama mengekalkan keanjalan payudara??

Langkah #1 
Kurangkan pengambilan kalori harian untuk menggalakkan penurunan berat badan. Track pengambilan kalori semasa anda selama lima hari, tambah jumlah dan bahagikannya dengan lima untuk mendapatkan purata harian anda. Kurangkan jumlah ini dengan 500 kalori dan anda akan kehilangan kira-kira 1 pound seminggu.


Langkah #2 
Makan beberapa kali sepanjang hari untuk memastikan selera di abwah kawalan dan memastikan bahawa metabolisme anda tinggi.Makan sebaik sahaja bangun dan makan setiap dua hingga tiga jam untuk sepanjang hari. Namun pastikan makan dlm kuantiti yang kecil dan sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, daging tanpa lemak, kacang dan produk tenusu rendah lemak. Secawan yogurt rendah lemak dengan buah bercampur-campur dalam adalah pilihan makan yang sihat.


Langkah #3 
Bakar lemak dengan senaman kardiovaskular. Jenis latihan ini membakar kalori lebih cepat dari latihan yang lain. Mulakan dengan memanaskan badan selama lima minit. Lakukan selama 30-45 min, 3x seminggu selang sehari.


Langkah #4
Lakukan senaman dada untuk membina otot di bahagian dada. Lebih banyak otot dibina di bahagian payudara, lebih tegang payudara anda.Contoh senaman adalah push up.




***Amaran***
Jangan cuba untuk menurunkan berat badan terlalu cepat. Berat badan yang cepat boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.


***Tips***
Panaskan badan sebelum melakukan apa-apa senaman dada. Lakukan lima hingga 10 minit aktiviti kardio ringan.

kredit

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!