Isnin, 31 Mac 2014

Hiperhidrosis - Rawat Masalah Peluh Berlebihan


Entri sebelum ni pun saya ada kisahkan tentang Hiperhidrosis ni. Apa itu Hiperhidrosis..

Hiperhidrosis selalu berlaku seawal zaman kanak-kanak dan remaja. Penyakit ini boleh menyebabkan kualiti hidup seseorang terganggu akibat tekanan emosi, malu untuk bersosial dan menjejaskan pekerjaan seperti susah menulis. Buat pengetahuan saudari, hiperhidrosis sukar untuk dirawat dengan berkesan, tetapi pada masa sekarang sudah ada banyak kaedah baru yang boleh digunakan dan memberi prognosis yang baik.

Biasanya keadaan ini terjadi pada tangan (disebut palmar hiperhidrosis), ketiak (axillary hiperhidrosis) dan kaki (plantar hiperhidrosis). Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat, namun peluh diketahui dikawal oleh sistem saraf simpatetik.

Ada tiga jenis hiperhidrosis iaitu hiperhidrosis berpunca daripada emosi yang selalunya membabitkan telapak tangan dan kaki serta ketiak, hiperdrosis setempat dan hiperhidrosis menyeluruh iaitu di seluruh badan. Punca hiperhidrosis ini kurang jelas dan dikaitkan dengan aktiviti berlebihan saraf simpatetik dalam badan dan sebahagian kecil kerana pembawaan genetik. Masalah ini pula boleh dialami baik lelaki dan wanita tanpa mengira faktor usia.

Bagi mendapatkan rawatan hiperhidrosis ini, anda perlu berjumpa pakar kulit kerana ada pelbagai kaedah rawatan dari segi ubat-ubatan dan juga pembedahan. Hiperhidrosis menyeluruh mempunyai kaitan dengan masalah penyakit kanser dan urat saraf, masalah metabolik seperti hipertiroidisma, diabetes, hipoglisemia, gout, pheochorocytoma dan juga menopaus. Penyakit-penyakit lain yang menyebabkan demam juga boleh menyebabkan berpeluh satu badan. Ini penting bagi mencari punca-punca hiperhidrosis yang boleh dirawat dengan betul. Malah ada beberapa ujian yang perlu dilakukan.

Dari segi rawatan, usaha mengatasi hiperhidrosis ini juga menjadi satu cabaran bagi doktor. Bagaimanapun, penggunaan krim atau sapuan topikal mengandungi asid borik, potassium permanganate, formaldehyade, aluminium choride juga dikatakan memberi kesan terhad dan mempunyai kesan sampingan seperti alahan. Ada juga bahan sistemik digunakan seperti ubat antikoligenik. Contohnya propantheline bromide,oxybutynin dan benztropine lebih berkesan tetapi mempunyai kesan-kesan sampingan seperti penglihatan kabur atau kelabu, mulut dan mata menjadi kering, susah kencing dan sembelit. Selain itu, ada pelbagai ubat-ubatan yang turut digunakan untuk merawat hiperhidrosis. Suntikan toksin botulinum atau botox misalnya, amat berkesan untuk rawatan hiperhidrosis pada telapak tangan dan di bawah ketiak.

Pada masa sama, ada juga kaedah pembedahan yang digunakan sekiranya rawatan secara perubatan gagal. Rawatan ini memerlukan prosedur yang mana saraf simpatetik dimusnahkan secara endoskopi. Pembedahan lain adalah dengan membuang kelenjar peluh melalui penggunaan laser dan pembedahan. Rawatan hiperhidrosis ialah sesuatu yang mencabar dan keberkesanannya tidak seratus peratus, maka anda perlu berjumpa pakar untuk kaunseling.

sumber

Kita juga boleh berikhtiar dengan cara pengambilan supplemen tambahan. iaitu dengan amalkan vitamin dari Shaklee:
Vitamin B :
* Semua vitamin B, seperti B12, B6, B5 dan asid folik, membantu mengurangkan peluh. Vitamin B mengurangkan berpeluh kerana membantu badan menyingkirkan sisa toksin darah dan dibuang melalui air kencing.
* Orang yang sangat bertoksik cenderung untuk berpeluh banyak kerana badan cuba untuk membuang toksin melalui kulit.
* Apabila sistem dalaman berfungsi dengan baik, seseorang secara semula jadi akan kurang berpeluh.
* Minum air, makan makanan yang sihat, dan mengambil vitamin B boleh membantu mengurangkan beban toksik pada sistem.
* Vitamin B boleh diambil dalam bentuk tambahan atau mereka boleh didapati dalam pelbagai makanan seperti pisang, telur, kacang dan sayur sayuran hijau.
Vitamin C :
* Vitamin C adalah vitamin yang menakjubkan atas sebab-sebab yang begitu banyak.
* Vitamin C meningkatkan sistem imun, menjadikannya lebih mudah untuk melawan jangkitan dan virus.
* Vitamin C juga membantu mendetoksifikasi badan. Toksin ditolak keluar melalui saluran penghapusan. Apabila toksin dikumuhkan seperti yang sepatutnya, badan akan kurang berpeluh.
* Vitamin C boleh didapati dalam buah-buahan sitrus, lada hijau dan bijirin.
*Anda juga boleh mengambil vitamin ini dalam bentuk tambahan.
*Untuk hasil yang ketara, ambil 500 mg atau lebih vitamin C setiap hari.
Ostematrix:
*Kalsium dan Magnesium jika diambil bersama-sama boleh membantu mengurangkan berpeluh.
*Satu kekurangan magnesium dalam diet telah menyebabkan bau badan dan peluh berlebihan.
*Walau bagaimanapun, magnesium memerlukan jumlah yang betul untuk badan menyerap kalsium mn dengan berkesan.
*Kalsium dan magnesium perlu diambil bersama-sama untuk hasil yang terbaik.
*Kalsium juga boleh didapati dalam susu dan lobak merah.
* Magnesium terdapat dalam banyak sayur-sayuran hijau ikan, dan telur.
Zinc Complex:
* Membantu untuk mengekalkan fungsi adrenal biasa.
*Zink telah ditunjukkan dapat membantu mereka yg mempunyai jerawat.
* Kekurangan zink boleh membawa kepada masalah seperti nafas berbau, bau badan dan jerawat yang teruk.
*Zink membantu metabolisme.
*Ambil 50 mg zink setiap hari bersama sama makanan dari pelbagai vitamin dan mineral tambahan
------------------------------------------------------------
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

Sabtu, 29 Mac 2014

Tinggal 2 Hari Promosi Buy 6 Free 1 ESP!!!

Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum 31 March 2014, dan itu maksudnya promosi Buy 6 Free 1 juga akan berakhir selepas 2 hari ini. Jadi, cepat cepat oder n beli ESP anda pada bulan ini kerana harganya yang menjimatkan 


Hubungi saya untuk lebih maklumat lanjut dan untuk order ESP anda. Saya ada yg ready stock / cod kawasan anda yang berdekatan/ nak mai ambek sendiri pun boleh / nak pos pun boleh..

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Jumaat, 28 Mac 2014

Oder Customer - Vitamin Shaklee

kalau ada customer yang nak vitamin/barang Shaklee...kalau yang dok area Alor Setar dan sekitar dengannya..saya lebih prefer hantar sendiri / cod..jangan risau vitamin always ready stock..sms/whatsapp/contact saya jika nak buat pesanan..kalau nak guna ID saya di mana mana hq pun boleh..

ni oder tuk 3 hari lepas n semalam..



Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

Khamis, 27 Mac 2014

Atasi Pedih Ulu Hati Dengan ESP Shaklee


APA ITU PEDIH ULU HATI?


Pedih ulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar (heart burn) yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada. Jika anda mengalami simptom seperti yang dinyatakan, anda mungkin mengalami sakit pedih ulu hati. 


APAKAH PUNCA SAKIT PEDIH ULU HATI?

Masalah pedih ulu hati Ini berlaku bila asid dalam perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit. Bagi wanita hamil, peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar.


SIAPA YANG BERISIKO MENGALAMI PEDIH ULU HATI?
  • Individu yang skip waktu makan/ sedang berpuasa
Pedih ulu hati juga mungkin dialami oleh individu yang sedang berpuasa. Kebiasaannya, badan kita akan mengeluarkan jus untuk penghadaman (berasid) bila kita makan tetapi apabila kita berpuasa, otak kita dah salah faham. Sebaik sahaja kita terbayangkan makanan atau pun terbau makanan, badan secara automatik akan ingat “Oh! Makanan mesti dah sampai”. Jadi, badan akan hasilkan asid untuk persediaan pencernaan makanan. Sebab itulah, sakit pedih ulu hati dan gastrik juga salah satu punca yang akan tingkatkan risiko pedih ulu hati.
  • Wanita Hamil
Kebiasaannya, wanita hamil lebih mudah mengalaminya. Bila kandungan semakin besar, saiz bayi yang makin besar akan tolak usus dan perut anda ke atas. Sebab itulah proses pembuangan jadi lebih lambat dan memaksa asid dalam perut naik ke dalam esofagus. Jangan risau, sakit pedih ulu hati di kalangan wanita hamil adalah perkara biasa dan tidak membahayakan ibu dan bayi tetapi ibu mungkin rasa kurang selesa dengan keadaan tersebut.

CARA UNTUK ELAKKAN MASALAH PEDIH ULU HATI

  • Elakkan makanan dan minuman yang boleh membuatkannya bertambah teruk. Ini termasuklah makanan yangberlemak atau berempah, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi. Elakkan juga daripada minum semasa makan.
  • Minuman bersusu boleh membantu melegakan pedih ulu hati. Jika susu penuh krim membuatkan simptom-simptom anda semakin buruk, bertukarlah kepada susu rendah lemak atau susu skim.
  • Makan sedikit tetapi kerap. Ini dapat mengelakkan asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid perut.
  • Jika anda merokok, cubalah berhenti. Merokok melonggarkan injap di antara perut dan esofagus dan membuatkan reflaks asid lebih berkemungkinan berlaku. Merokok juga membahayakan bayi dalam kandungan anda.
  • Duduk atau berdiri tegak, terutamanya semasa dan sejurus selepas makan. Duduk dengan tegak dan jangan membongkok. Elakkan pakaian yang ketat di sekeliling perut dan jangan baring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.
  • Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.
  • Tidur dalam posisi separa duduk. Gunakan banyak bantal atau tinggikan kepala katil anda dengan menggunakan buku-buku atau papan. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam pencernaan.
  • Pastikan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain tidak menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk. Ini termasuk ubat anti kemurungan dan anti keradangan tanpa steroid.
Selalunya ramai yang kata ESP memang berkesan untuk hilangkan Pedih ulu hati ni..Meh baca apa kata pengguna ESP ni..



Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Rabu, 26 Mac 2014

Keputihan Dan Tips Atasi Keputihan

Assalamualaikum...

Tak usah malu kalau vagina anda berbau kerana keputihan. Ternyata, bau itu memang semula jadi, termasuk salah satu sistem kebersihan natural yang dimiliki vagina, agar dapat mencegah terjadinya jangkitan. Kalau bau tersebut terlalu kuat dan disertai cairan lendir berwarna kuning atau hijau, anda perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Kenali dahulu beberapa jenis keputihan yang biasa kita alami.

1. Normal
Warnanya bening atau putih dan baunya biasa saja. Cairan ini timbul kerana proses pembersihan semula jadi yang menjaga vulva (mulut vagina) agar tetap lembap dan bersih. Kesannya bergantung pada masa haid, apakah sedikit basah, tebal atau kenyal.

2. Kandidiasis
Warnanya putih kental seperti ‘cottage cheese’ dan baunya agak kuat. Keadaan ini berlaku apabila daerah vagina dijangkiti kulat Candida Albicans dan vagina menjadi sangat gatal. Sebaiknya segeralah mendapatkan rawatan di klinik dan hospital.

3. Trichomas Vaginalis
Jika vagina terkena jangkitan yang disebabkan oleh parasit, contohnya melalui hubungan seksual, akan timbul cairan kental berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir. Cairan ini menyebabkan gatal di sekitar labia dan vagina seperti ‘terbakar’ setiap kali anda membuang air kecil. Jangan berlengah lagi. Segeralah mendapatkan rawatan di hospital.

4. Gardnella
Jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Hemophilus Vaginalis menyebabkan rasa gatal pada alat kelamin. Warnanya kelabu, berair serta banyak gelembung udara dan berbau hanyir. Jika anda mengalaminya, segeralah berjumpa doktor sakit puan untuk mendapatkan rawatan. Biasanya doktor akan memberikan ubat antibiotik.

Tip atasi masalah keputihan
• Pola hidup sihat.
• Pakai seluar dalam dari bahan kapas.
• Pastikan vagina dalam keadaan kering (misalnya sesudah ke tandas).
• Hindari seluar dalam yang ketat.

sumber google

Cara Untuk Kurus dan Mengekalkan Keanjalan Payudara

 Assalamualaikum..

Ramai wanita mengimpikan bentuk badan yang kembali langsing selepas mengalami masalah berat badan dan dalam masa yang sama memiliki payudara yang anjal tanpa berubah struktur kesan dari proses penurunan berat badan.


Kenaikan berat badan adalah sesuatu yang ingin dielakkan oleh ramai orang. Namun ada satu perkara baik bila lemak mula berkumpul di dalam badan yang mana sebahagiannya akan tertumpu di payudara menjadikan ianya nampak penuh dan padat. Apabila anda merancang untuk menguruskan badan dan memecahkan lemak-lemak yang terkumpul, itu juga bermakna lemak di bahagian payudara juga turut hilang. Dan kemungkinan payudara akan menjadi kendur dan tidak lagi menarik.

Jadi bagaimana cara untuk kurus dan dalam masa yang sama mengekalkan keanjalan payudara??

Langkah #1 
Kurangkan pengambilan kalori harian untuk menggalakkan penurunan berat badan. Track pengambilan kalori semasa anda selama lima hari, tambah jumlah dan bahagikannya dengan lima untuk mendapatkan purata harian anda. Kurangkan jumlah ini dengan 500 kalori dan anda akan kehilangan kira-kira 1 pound seminggu.


Langkah #2 
Makan beberapa kali sepanjang hari untuk memastikan selera di abwah kawalan dan memastikan bahawa metabolisme anda tinggi.Makan sebaik sahaja bangun dan makan setiap dua hingga tiga jam untuk sepanjang hari. Namun pastikan makan dlm kuantiti yang kecil dan sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, daging tanpa lemak, kacang dan produk tenusu rendah lemak. Secawan yogurt rendah lemak dengan buah bercampur-campur dalam adalah pilihan makan yang sihat.


Langkah #3 
Bakar lemak dengan senaman kardiovaskular. Jenis latihan ini membakar kalori lebih cepat dari latihan yang lain. Mulakan dengan memanaskan badan selama lima minit. Lakukan selama 30-45 min, 3x seminggu selang sehari.


Langkah #4
Lakukan senaman dada untuk membina otot di bahagian dada. Lebih banyak otot dibina di bahagian payudara, lebih tegang payudara anda.Contoh senaman adalah push up.




***Amaran***
Jangan cuba untuk menurunkan berat badan terlalu cepat. Berat badan yang cepat boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.


***Tips***
Panaskan badan sebelum melakukan apa-apa senaman dada. Lakukan lima hingga 10 minit aktiviti kardio ringan.

kredit

Selasa, 25 Mac 2014

Apakah Hukuman Terhadap Kesalahan Murtad?

Assalamualaikum

Hukuman bunuh adalah hukuman bagi kesalahan murtad. Ia telah menjadi kesepakatan para ulama silam. Ia bersandarkan satu hadis Nabi s.a.w. maksudnya berbunyi : “Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia”. (Riwayat Bukhari).

Dr. Wahbah az-Zuhaili berkata : “Dan para fuqaha telah sepakat di atas kewajipan bunuh terhadap murtad…dan para ahli ilmu telah ijmak di atas kewajipan membunuh orang yang murtad”. (al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, juzuk 7, halaman 5580).



Tenang rasanya tengok gambar ni :)


Keadilan Islam dalam hukuman murtad

Timbul satu persoalan di benak fikiran ramai umat Islam dan golongan bukan Islam tentang agama Islam yang begitu keras menghukum orang yang murtad. Di mana kebebasan beragama yang termaktub dalam perlembagaan? Alangkah zalimnya Islam hingga sanggup menghukum bunuh orang yang murtad?

Persoalan ini perlu dijelaskan dengan rapi dan teliti. Secara umum, Islam itu adil. Kalau tidak adil itu bukan ajaran Islam. Hukuman yang zalim sudah tentulah bukan daripada ajaran Islam. Oleh itu, bagi menilai hukuman murtad maka adalah wajar Islam yang bersumberkan Quran dan sunnah dikaji. Maka hukuman murtad juga mestilah diteliti berdasarkan Quran dan sunnah, bukannya sunnah sahaja.

Quran memberikan kebebasan untuk manusia memilih agamanya. Sesungguhnya tiada paksaan dalam agama. Firman Allah mafhumnya :“Tidak ada paksaan dalam agama”. (Surah al-Baqarah : 256).

Quran juga menegur sikap memaksa untuk beriman dalam firman Allah mafhumnya :“Adakah kamu (hendak) memaksa manusia hingga mereka menjadi orang yang beriman”. (Surah Yunus : 99).

Jika diteliti dalam Quran, tidak disebut hukuman bunuh terhadap orang murtad secara langsung. Antara yang disebutkan ialah amalan kebaikan orang yang murtad tidak diterima dan dia akan dimasukkan ke dalam Neraka. Ini dirakamkan dalam Al-Quran mafhumnya :“Sesiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya lalu mati dalam kekufuran, maka merekalah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat. Dan merekalah ahli Neraka yang kekal di dalamnya”. (Surah al-Baqarah : 217).

Allah juga berfirman : “Bagaimana Allah akan memberi hidayah kepada satu golongan yang kufur selepas iman mereka, serta mereka bersaksi bahawa Rasul adalah benar, dan datang akan mereka oleh keterangan. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada orang yang zalim”. (Surah Aali I’mran : 86).

Kalau pengertian ayat ini difahami dengan baik, ia sebenarnya sudah menjadi hukuman yang amat berat bagi orang yang murtad.

Bagaimana sunnah melihat kepada hukuman murtad ini?

Kalau begitu yang tersurat dalam Quran, di manakah diambil hukuman bunuh kepada orang murtad? Sebenarnya hukuman ini diambil daripada sunnah Nabi s.a.w. yang sahih iaitu sabdanya yang bermaksud : “Sesiapa yang menukar agamanya (Islam kepada agama lain) maka bunuhlah dia”. (Riwayat Bukhari).

Ini diperkuatkan lagi dengan hadis yang lain maksudnya berbunyi : “Tidak halal darah seorang muslim melainkan dengan salah satu daripada tiga perkara : Duda/janda yang berzina, jiwa dengan jiwa (qisos) dan orang yang meninggalkan agama serta memisahkan daripada jamaah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Begitu juga dalam athar diceritakan bahawa Muadz bin Jabal r.h. bertemu dengan Abu Musa r.h. dan didapati ada seorang lelaki yang diikat. Apabila disoal siapakah lelaki tersebut, Muadz diberitahu bahawa dia adalah seorang lelaki Yahudi yang menganut Islam namun kemudian dia keluar murtad untuk menganut semula agama Yahudi. Melihat kes tersebut. Muadz berkata bahawa beliau tidak akan duduk hinggalah lelaki Yahudi itu dibunuh kerana ia adalah hukuman daripada Nabi s.a.w. sendiri.

Ini adalah kefahaman para sahabat. Sudah tentu Muadz bin Jabal r.h. sebagai salah seorang sahabat besar Nabi s.a.w. tidak akan berkata sesuatu melainkan ia pasti daripada Nabi s.a.w.

Begitulah amalan para sahabat Nabi r.a. Abu Bakar as-Siddiq r.a. memerangi golongan yang enggan membayar zakat dan sebahagian sahabat r.a yang lain sebagaimana diceritakan dalam kitab-kitab hadis dan fiqh. Bahkan disebutkan bahawa hukuman bunuh terhadap jenayah murtad adalah disepakati oleh para ulama.

Dalam suasana umat Islam hari ini, bagaimana kefahaman yang sesuai untuk kita memahami hukuman bunuh terhadap kesalahan murtad?

Adalah menjadi dasar untuk umat Islam berpegang teguh dengan ajaran Quran dan sunnah. Namun ada masanya berlaku perubahan hukum akibat kefahaman yang berbeza terhadap nas-nas Quran dan sunnah itu sendiri.

Bagi menghimpunkan antara Quran dan sunnah, maka murtad ada dua jenis :
1. Murtad yang memerangi Islam
2. Murtad yang tidak memerangi Islam

Murtad jenis pertama ialah murtad yang berbahaya. Orang murtad ini bukan setakat keluar daripada Islam tetapi memerangi Islam. Dia mencaci dan menghina Islam. Dia menulis buku, artikel dan sebagainya bagi menggambarkan keburukan Islam. Dia mempersendakan hukum Islam. Dia juga menyeru orang lain untuk membenci Islam. Ada juga yang hanya masuk Islam bukan dengan niat yang betul tetapi sekadar mempermainkan agama sahaja. Ini memang patut dihukum bunuh kerana ia sama seperti jenayah khianat. Penganut agama lain pun akan marah jika ada orang menghina agama mereka, tuhan mereka dan ajarannya. Bayangkan jika seorang India beragama Hindu keluar daripada agama Hindu untuk memeluk Islam dengan rela. Setelah menganut agama Islam, dia meludah tuhan orang Hindu, menghina agama mereka, memperbodohkan amalan agama mereka dan memperlekehkan apa sahaja yang berkaitan dengan agama. Ketika ini, sudah pasti setiap penganut agama Hindu akan marah dan berazam untuk membunuh pengkhianat tersebut. Dalam Quran, kita dilarang untuk mencaci atau menghina mana-mana agama atau tuhan agama lain.

Adapun murtad jenis kedua iaitu murtad ringan, Dia tidak melakukan semua itu. Dia mungkin hanya tidak berpuas hati dengan Islam akibat umat Islam yang rosak akhlak. Mungkin kerana kemunduran umat Islam. Mungkin kerana ajaran agama yang dirasakan berat hasil tafsiran golongan tertentu yang sempit dalam memahami Islam. Mungkin dia menganut Islam kerana ingin berkahwin tetapi setelah berkahwin, pasangannya mengabaikannya. Golongan seperti ini wajar diberi penerangan agar jelas dengan ajaran Islam yang sebenar. Dalam istilah fiqh disebut sebagai diminta bertaubat.

Jika hukuman bunuh terhadap murtad berdasarkan hadis sahih, kenapa kita perlu meraguinya lagi?

Hadis sahih hendaklah diterima dengan baik. Walau bagaimanapun, hadis sahih dalam masalah murtad masih lagi termasuk dalam hadis Aahad. Petunjuk atau dalalah bagi hadis ini masih lagi dalam daerah zonn, (sangkaan) bukannya qatie (pasti).

Daripada sudut sunnah atau hadis pula, arahan Nabi s.a.w. agar orang murtad dibunuh boleh lagi dikaji. Ada kemungkinan sabda tersebut adalah berdasarkan sifat Nabi s.a.w. sebagai ketua negara. Oleh itu, jika ada kepentingan untuk melaksanakan hukuman bunuh, maka kerajaanlah yang bertanggungjawab melaksanakannya. Perkara ini telah menjadi kajian ulama silam yang muktabar. Antaranya al-Imam al-Qurafi (683 H) yang membicarakan dalam kitabnya al-Furuuq pada perbahasan perbezaan nombor 36. Beliau menyebut bahawa ada waktunya Nabi bertindak sebagai seorang Nabi dengan menyampaikan fatwa. Kadang-kadang pula tindakan Nabi s.a.w. sebagai seorang hakim dan ada masanya sebagai ketua negara. Tindakan berdasarkan fatwa tidak perlu menjadi persoalan tetapi tindakan berdasarkan sifatnya sebagai hakim atau ketua negara tentulah berasaskan maslahat dan kebaikan. Selain itu, apakah sabda Nabi s.a.w. agar orang yang murtad itu dibunuh difahami secara mutlak atau perlu ada syarat-syaratnya yang lain. Kalau dikaji dalam Perjanjian Hudaibiyyah yang berlaku dalam akhir tahun enam Hijrah, ada satu terma syarat menyatakan bahawa sesiapa yang datang kepada golongan Quraish di Makkah, maka ia tidak perlu dihantar kepada umat Islam semula di Madinah. Ada sahabat yang tidak bersetuju dengan syarat ini. Nabi s.a.w. menjawab : “Ya. Sesiapa yang meninggalkan kita dan pergi kepada mereka (Quraish), maka Allah menjauhkannya”.

Adakah kefahaman begini bermakna bahawa kita umat Islam menggalakkan murtad?

Ini bukanlah bermakna bahawa kita kena redha dan gembira dengan murtad. Quran menjelaskan bahawa Allah tidak redha akan kekufuran bagi hamba-hambaNya. Firman Allah mafhumnya : “Dan Allah tidak redha agi hamba-hambaNya akan kekufuran”. (Surah az-Zumar : 7).

Dan kaedah juga menyatakan bahawa redha dengan maksiat adalah maksiat, dan redha dengan kekufuran adalah kufur. Oleh itu, kita mempunyai beberapa tanggungjawab, antaranya :


1. Berdakwah kepada masyarakat muslim agar faham dan mempunyai aqidah yang kuat serta beriltizam dengan hukum-hukum syarak.
2. Berdakwah kepada masyarakat non muslim bagi menarik mereka mendapat cahaya iman dengan menunjukkan pengamalan Islam yang menyeluruh (syumul).
3. Memantapkan usaha agar aqidah, kebajikan dan sebagainya bagi umat Islam – baru atau lama – dijaga dengan baik. Ini termasuk aspek pemantapan ilmu, bantuan kewangan, bantuan sosial dan sebagainya.

Kalau selepas itu, berlaku juga murtad maka kita hendaklah beristighfar dan memuhasabah diri kita samada kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita dengan baik atau tidak. Sesungguhnya tiada orang yang akan murtad jika dia tahu keindahan dan kehebatan Islam.

Kefahaman terhadap hukuman murtad melalui dua jenis ini akan menzahirkan keadilan dan toleransi Islam. Jika tidak diberikan perincian begini, secara langsung ia menggambarkan bahawa Islam adalah agama yang zalim. Tambahan pula umat Islam ketika ini berada dalam keadaan yang lemah dalam banyak keadaan. Kefahaman ini mungkin betul dan mungkin juga tidak berapa tepat. Apapun, kes murtad memerlukan penyelesaian menyeluruh.

sumber laman kongsi

Setelah 23 Tahun Menolak Islam, Akhirnya Ayah Saya Wafat Sebagai Muslim


Abdur Rahim Green seorang mualaf menjelaskan bagaimana hari-hari terakhir ayahnya di hospital sebelum dia akhirnya meninggal dunia. Green adalah mantan Pengarah Barclays Bank di Kairo, dan puteranya Abdur Rahim Green memeluk Islam lebih dari 20 tahun yang lalu, dan ketika ini menjadi tokoh terkenal di kalangan sarjana Muslim. Sebelumnya Abdur Rahim berfikir bahawa ayahnya tidak akan menjadi muslim, namun kehendak Allah berkata lain, ayahnya Green akhirnya masuk Islam hanya sepuluh hari sebelum ia meninggal.

Sebuah hadits Nabi yang berbunyi: “Semoga wajahnya digosok dalam debu (semoga dia menjadi terhina) serta masuk neraka orang yang salah satu orang tuanya sudah mencapai usia tua namun dia tidak melayani mereka.”

Abdul Rahim Green kemudian mengatakan “Itulah mengapa saya memutuskan untuk meluangkan waktu saya di sini dengan ibu saya setelah kematian ayah saya.

Kematian ayah saya adalah sesuatu yang membuat saya sangat bahagia, dan merupakan kisah luar biasa tentang bagaimana hanya sepuluh hari sebelum ia meninggal, ia diberkati untuk mengucapkan dua kalimat Syahadat.

Allah SWT hanya menyuruh kita untuk berdakwah dan kita tidak mampu mengubah siapa pun untuk berubah menjadi Islam kecuali dengan izin Allah. Tugas kita adalah untuk menyampaikan dakwah, untuk menjelaskan kepada orang dengan cara terbaik yang kita mampu, hidayah hanya ada di tangan Allah SWT.

Saya tidak pernah berfikir bahawa ayah saya mengucapkan kalimat Syahadah. Ayah saya adalah seorang ayah yang luar biasa, dia memiliki kepribadian yang luar biasa dan tidak ada yang mampu menggambarkan dia sebagai orang yang buruk.

Selama 23 tahun, sejak saya menjadi seorang Muslim, saya telah mengajak ayah saya untuk masuk Islam. Dan saya memutuskan untuk memberikan contoh terbaik saya yang mungkin mampu menggambarkan Islam sebenarnya, tentang bagaimana Islam memandang hidup, tentang bagaimana Islam mengajarkan saya untuk menghormati dia sebagai orang tua. Tapi saya berfikir bahawa ayah saya berfikiran sangat tertutup terhadap Islam, jadi saya tidak pernah berharap penuh bahwa ia akan menjadi seorang Muslim.

Ayah saya telah sakit selama beberapa tahun, dan ibu saya berfikir bahawa ia tidak akan sembuh dari sakitnya. Sebagaimana yang terjadi, beberapa minggu ketika saya kembali dari Eropah, saya tiba di hospital dan terus pergi menemui ayah saya. Saya menatapnya dan saya berpikir bahwa ia mungkin mati malam ini. Jadi, saya berfikir, jika saya tidak mengatakan sesuatu tentang Islam, saya tidak akan memaafkan diri saya sendiri.

Saya tahu bahawa saya mencuba mengajaknya masuk Islam melalui banyak cara. Tapi saya berfikir bahawa saya harus membuat usaha terakhir.

Saya telah menghabiskan waktu yang lama memikirkan apa yang mampu saya katakan. Bagaimana saya mampu mengatakannya? Apa cara yang terbaik untuk mendekatinya? Dia sudah sangat sakit, jadi saya tidak ingin membuat dia susah, saya tidak ingin membuat dia menjadi lebih marah.

Sejujurnya saya takut bahawa ia mungkin mengatakan “Tidak,” dan menolak ajakan saya. Dan saya bahkan bimbang bahawa jika ia memang mengatakan Syahadah namun tidak masuk ke dalam Islam, kemudian ia sembuh dan pulang ke rumah dan menjadi lebih tidak berminat tentang Islam, hal itu lebih menakutkan saya.

Ini betul-betul hal yang susah. Setiap mualaf yang memiliki orang tua yang belum muslim, mereka pasti mengalami dilema ini seperti yang saya alami. Namun jangan pernah meremehkan kekuatan dari doa, kerana itu maka ketika saya bingung, saya meminta Allah untuk membantu saya menemukan sesuatu untuk dikatakan kepada ayah saya.

Ketika ia berbaring di tempat tidur, saya berkata kepadanya: “Ayah! Saya ada sesuatu yang sangat penting untuk saya beritahukan kepada ayah, adakah ayah mahu mendengarnya? Ayah saya tidak mampu bercakap dengan baik, jadi dia mengangguk. Lalu saya berkata: Saya ada sesuatu untuk dikatakan, jika saya tidak mengatakannya, maka saya akan menyesal.

Dan kemudian saya mengatakan kepadanya bahawa “di hari kiamat, seorang lelaki akan datang di depan Allah dengan banyak perbuatan dosa serta kemaksiatan, dan Allah akan berkata kepadanya, anda memiliki sesuatu yang melampaui semua itu. ” Dan orang itu akan berkata, “Apa itu Tuhanku?” Allah berfirman ‘Sebuah pernyataan tertulis yang mampu anda buat: Tidak ada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasul-Nya.”

Saya berkata, “Jadi ayah, ini adalah kunci surga, ini adalah kunci berjaya dalam kehidupan yang akan datang, bagaimana menurut ayah?”

Dan ia menganggukkan kepalanya.

Saya berkata “Apakah itu bererti anda ingin mengatakan kata-kata tersebut?”

Dan ayah saya berkata “Ya.”

Dia mengikuti kata-kata yang saya ucapkan, “Tidak ada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah Rasulullah.”

Saya harus meninggalkan hospital pada hari itu, kerana hospital memiliki beberapa aturan ketat. Saya mengunjunginya pada hari berikutnya, dan dia sudah tidak ingat apa-apa. Dia tidak mampu mengingat satu hal dari sehari ke hari yang lain, bahkan dari jam ke jam yang lain, tapi itu bukan akhir semua itu.

Tiga atau empat hari sebelum ia meninggal, ayah saya berkata: Tolong, tolong bantu saya.

Saya berkata, “Ayah apa yang kau ingin saya lakukan?”

Dia mengatakan “Saya tidak tahu!”

Lalu ia berkata, “Beri saya sesuatu yang mudah untuk dilakukan.”

Saya teringat hadits Nabi: “Ada sesuatu yang ringan di lidah, namun berat di sisi timbangan” Jadi, saya berkata “Ayah jika saya adalah ayah, saya akan terus mengulangi kalimah syahadah berulang-ulang.”

Dan dia berkata, “Ya, itulah yang ingin saya lakukan.”

Dan kami menghabiskan setengah jam mengulang-ulang kalimah Syahadah itu.

Tidak beberapa lama kemudian, saya berangkat ke Eropah, dan di sana saya mendengar ayah saya telah meninggal dunia. Subhanallah.


harian metro
---------------------------------------------------------

Isnin, 24 Mac 2014

Shaklee Advanced Joint Health Jaga Kesihatan Sendi




Petikan daripada Majalah iSihat, September 2012, Muka Surat 75Bagi jutaan individu yang mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan dirasakan begitu mencabar. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengakibatkan kualiti hidup terjejas dan menghalang anda daripada melakukan aktiviti yang digemari
Jangan biarkan sakit sendi menghalang kita dari bergiat aktif. Pencegahan di peringkat awal boleh menjadikan sendi sihat biarpun di usia yang semakin yang meningkat. namun begitu sama ada anda menghadapi sakit sendi atau tidak, adalah penting bagi mengambil nutrien yang tepat bagi kesihatan sendi.

Produk terbaru Shaklee Advanced Joint Health adalah produk terbaru Shaklee yang mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrien penting termasuk zink, tembaga, vitamin C dan mangan untuk membantu keselesaan sendi dan pergerakan. Hasilnya sendi lebih kuat , fleksibel dan mampu bergerak dengan lebih mudah.

Ia menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral juga formula sayur-sayuran 100%. Manfaat Shaklee Advanced Joint Health ini ialah dalam 3 cara iaitu:
- Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
- Bertindak sebagai kusyen (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.
Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
- Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet juga 100% BEBAS kondroitin bagi penyerapan ekstrak jagung dengan lebih baik. Ini kerana penyelidikan terbaru menunjukkan yang sulfat kondroitin boleh menganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina.

Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Pengambilan Buah Dan Sayur-sayuranLawan Pelbagai Penyakit


Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya vitamin, mineral, serat dan fitokimia yang berfungsi sebagai bahan antioksidan terbaik dipercayai mampu melawan pelbagai penyakit seperti kanser.
Fitokimia banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran berlainan warna seperti kuning, jingga, hijau, merah, putih dan ungu. 
Kuning dan jingga 
Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning dan jingga kaya dengan beta karotena (sejenis fitokimia) yang bukan saja baik untuk kulit, tetapi agen penyembuhan untuk sebarang penyakit. 
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak dikaitkan dengan peningkatan pertahanan tubuh terhadap jangkitan dan kesihatan mata. Antara buah-buahan kaya unsur ini ialah betik, mangga, oren, lobak merah, lada besar kuning, ubi keledek dan labu. 

Lobak merah - Mengandungi beta karotena dan falcarinol yang membantu mengurangkan risiko pelbagai kanser seperti paru-paru, mulut, kerongkong, perut, usus, kolon, pundi, prostat dan payudara. 

Kunyit - Menghalang pengeluaran enzim cyclo-oxygenase 2 (COX 2) yang biasanya dikait­kan de­ngan penyebab keradangan dan kanser seperti kanser kolon atau rektum. 

Hijau 

Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna hijau juga mengandu­ngi beta karotena, tetapi ia sudah diselaputi satu pigmen berwarna hijau dikenali sebagai klorofil yang memberikan warna hijau pada buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Contoh fitokimia lain ialah lutein dan zeaxanthin. Pengambilan sayur-sayuran berdaun hijau dengan ba­nyak bukan saja dikaitkan dengan pengurangan risiko sesetengah kanser, ia juga membantu meningkatkan kesihatan mata. Antara tumbuhan berdaun hijau seperti bayam, kangkung, cekur manis, lada besar hijau, 
avokado, brokoli dan buah kiwi. 

Avokado - Kaya de­ngan glutathione iaitu antioksidan terbaik untuk melawan radikal bebas dalam badan dengan cara menghalang usus menyerap sesetengah jenis lemak yang menjadi pencetus kanser. Buah ini juga membekalkan banyak potassium (melebihi pisang) kepada badan. Ia juga menjadi sumber beta karotena yang baik serta berguna bagi merawat hepatitis (pe­nyebab kanser hati) atau punca lain kepada kerosakan hati. 

Brokoli, kubis dan bunga kubis - Me­ngandungi bahan kimia indole-3-carbinol yang melawan kanser payudara dengan cara menukarkan estrogen penggalak kanser menjadi estrogen penghalang kanser. Antioksidan lutein dan zeaxanthin juga boleh mengurangkan risiko kanser prostat. Brokoli juga mengandungi fitokimia sulforaphane (produk glukoraphanin) yang boleh mencegah beberapa kanser seperti kanser kolon dan rektum. 

Merah 

Kaya dengan lycopene, sejenis karetenoid. Pe­ngambilan lycopene dengan banyak dikaitkan dengan pengurangan risiko pelbagai kanser serta penyakit jantung. Contohnya tomato, lada besar merah, tembikai dan betik. 

Cili merah - Mengandungi bahan kimia capsaicin iaitu bahan yang meneutralkan nitrosamines (bahan penyebab kanser) dan boleh mencegah kanser perut. 

Ang­gur merah - Mengandungi bioflavonoid iaitu antioksidan yang kuat sebagai pencegah kanser, resveratol menghalang enzim yang merangsang pertumbuhan sel kanser dan menekan imunisasi dan asid ellagic iaitu sebatian yang menghalang pengeluaran enzim yang diperlukan oleh sel kanser. Ini menyebabkan 
pertumbuhan tumor menjadi perlahan atau terbantut. 

Betik - Mengandungi vitamin C sebagai antioksidan yang boleh mengurangkan atau menghalang penyerapan nitrosamines (penyebab kanser) dari tanah atau makanan diproses. 

Raspberi - Mengandungi vitamin, mineral, antioksidan (anthocyanins) yang boleh mencegah kanser. 

Tomato - Mengandungi lycopene (antioksidan yang me­nyerap molekul oksigen bebas atau radikal bebas) yang merangsang kanser terutama kanser mulut. Tembikai, lobak merah dan cili merah juga mengandungi bahan ini, tetapi ia lebih banyak terdapat dalam tomato serta kaya vitamin C. 

Biru dan ungu 

Kaya dengan fitokimia seperti anthocyanins. Pengambilan sayur-­sayuran berwarna biru dan ungu dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser dan penyakit jantung. Contohnya buah naga merah, plum, beri biru, terung dan kubis ungu. 

Putih 

Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna putih seperti jambu batu, pisang, pir, bunga kubis dan kubis kaya dengan fitokimia, vitamin C dan kalium sebagai sumber serat. 

Bawang putih - Mengandungi sebatian allium penggalak imunisasi (dialyl sulfides) iaitu meningkatkan aktiviti sel imun bagi melawan kanser dan membantu me­nguraikan bahan penyebab kanser dengan cara menghalang karsinogen memasuki sel dan ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan. Bawang putih berpotensi mengurangkan risiko kanser perut dan kolon. 

Selain itu kailan, brokoli, pak choy, kubis dan bunga kubis ialah contoh sayur- 
sayuran dalam keluarga brassica atau dikenali sebagai sayur-sayuran krusiferus. Sayur-sayuran ini kaya fitokimia seperti indoles dan glukosinolate yang dikaitkan dengan pengurangan risiko sesetengah kanser termasuk kanser payudara. 

Pencegahan kanser juga boleh bermula de­ngan beberapa perubahan dalam diet yang boleh mengurangkan risiko kanser antaranya pe­ngekalan berat badan dalam julat berat badan yang normal serta menjalankan aktiviti fizikal setiap hari, makan sebahagian besar makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan serta mengehadkan pengambilan makanan yang tinggi kalori.
------------------------------------------------------------------------
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

Sakit Sendi Berlarutan



Pernah atau tidak anda merasai kesakitan pada bahagian tertentu seperti lutut, pinggang dan bahu. Keadaan menjadi lebih kronik apabila rasa sakit yang berpanjangan ini membuatkan anda tidak mampu berjalan dan hanya mengharapkan orang lain untuk bergerak. Keadaan ini menyebabkan sesetengah individu terpaksa mengambil ubat penahan sakit untuk meredakannya.
Ramai beranggapan sakit sendi hanya membabitkan wanita berusia 50 tahun ke atas, namun sebenarnya ia tidak mempunyai halangan umur dan boleh hadir pada kanak-kanak dikenali sebagai Still’s atau artritis juvana dan akan hilang apabila meningkat usia. 
Kajian yang pernah dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati seorang daripada tiga rakyat Malaysia terutama wanita berisiko mendapat osteoporosis dan ia menyerang wanita tiga kali ganda berbanding lelaki. Sebanyak 50 peratus daripada kejadian patah tulang selepas umur 50 tahun disebabkan osteoporosis. 

Sakit sendi atau perkataan saintifiknya artritis terbahagi kepada dua iaitu artritis reumatoid (RA) dan artritis osteo (OA). RA adalah penyakit radang yang berlaku apabila sistem imunisasi badan berada dalam keadaan terlalu aktif sehingga menyerang sel penghidapnya. Keadaan ini membuatkan otot membengkak, keradangan dan kesakitan melampau.
Artritis osteo (OA) pula adalah penyakit penuaan yang berpunca akibat pecahan sel normal dan pembinaannya semula menjadi tidak menentu. Ketidakseimbangan ini berlaku hasil daripada aktiviti enzim metaloprotease matriks (MMPs) yang mencairkan kartilej tulang dan permukaan sendi menjadi lebih cepat dan ini satu proses penuaan secara semula jadi.
Bagaimanapun, penuaan tanpa kehadiran sama ada RA kronik atau OA juga boleh menyebabkan proses degeneratif dalam sendi. Ketidakseimbangan antara pecahan sel matriks sendi dan pembinaan semula sel sihat pada mereka yang bebas penyakit, bermula pada kira-kira usia 55 tahun dalam kalangan wanita dan lelaki 60 tahun. 
Foto

CROFT seorang saintis yang juga penghidap artritis.

Dalam satu temu bual yang dijalankan menerusi e-mel baru-baru ini, penyelidik sakit sendi dari New Zealand, John Croft menjelaskan, RA akut boleh berkembang menjadi kronik RA dengan degradasi tisu sendi yang membawa kepada kesakitan atau kehilangan fungsi sendi. Kecacatan jari antara petunjuk biasa RA kronik pada tangan. 

“Punca asas RA belum difahami sepenuhnya. Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang diketahui menyumbang kepada peluang mendapat RA. Ini termasuk kecenderungan genetik jika ahli keluarga sebelum ini mengalami penyakit ini, gaya hidup seperti kegemukan, merokok, kegiatan olahraga dan pendedahan kepada jangkitan virus dan bakteria. Penyumbang utama OA adalah penuaan, kelusuhan pada bahagian sendi termasuk obesiti dan gaya hidup yang tidak sihat,” katanya. 

Sakit sendi lebih banyak berlaku dalam kalangan wanita disebabkan hormon khususnya estrogen dan testosteron. Wanita lebih cenderung mempunyai antibodi dominasi pengantara dan lelaki mempunyai sel dominasi pengantara yang mempunyai kaitan dengan RA. Ia mungkin disebabkan keupayaan wanita untuk melahirkan anak. Sebaliknya lelaki mungkin dipengaruhi oleh aktiviti fizikal. 

Bagi mereka yang dikesan mempunyai sakit sendi biasanya ditandai kesakitan ketika cuba melakukan tugasan harian membabitkan satu atau lebih sendi. Walaupun ini hanya mungkin lebam, sakit berterusan, bengkak dan kehangatan sendi, ini mungkin menunjukkan anda diserang akut RA. Langkah yang wajar diambil termasuk mendapatkan diagnosis perubatan untuk memastikan masalah ini adalah artritis dan jenisnya. Ini kerana terdapat pelbagai jenis gangguan artritis radang. Mengetahui yang mana satu boleh membantu membuat keputusan mengenai rawatan bersesuaian. 

Bagi wanita, kesakitan sendi akan menjejaskan tumpuan bekerja. Ia mungkin menyukarkan tugasan harian yang kecil seperti menyikat rambut atau menzip pakaian. 

“Malah dalam sesetengah keadaan yang lebih teruk ada individu tidak mampu membuka balang atau memegang cawan. Ini disebabkan kesakitan sendi akan mengurangkan keupayaan untuk melaksanakan fungsi harian biasa seperti memakai baju, berjalan atau bangun dari katil,” katanya. 

Dalam hal ini, John Croft tidak menggalakkan penggunaan ubat tahan sakit kerana boleh menyebabkan kesihatan menjadi lebih buruk. Ubat jenis ini tidak direka untuk kegunaan jangka panjang kerana ia tidak merawat masalah sebaliknya sekadar menyembunyikan gejala. Penggunaan krim topikal dan minyak salap pula hanya berkesan untuk menenangkan kerana ia mengandungi bahan seperti menthol yang memberikan sensasi penyejukan pada kulit. 

“Mungkin juga terdapat kesan panas apabila tempat yang terbabit digosok dengan minyak salap. Untuk lebih berkesan, krim atau minyak salap hendaklah digosok hingga menembusi epidermis lapisan bawah kulit supaya komponen aktifnya masuk ke tempat yang sakit. 

“Bagaimanapun, saya tidak boleh mengatakan semua minyak salap atau krim tidak berfungsi kerana jika sakit itu susut sama ada dengan plasebo atau kesan lain, maka sesuatu sudah dicapai,” jelasnya. 

Temui ekstrak kupang hijau New Zealand 
Sama seperti saintis atau penyelidik lain, John Croft melakukan pelbagai kajian terhadap bahan unik dalam persekitaran marin yang dipercayai mempunyai ciri-ciri bermanfaat untuk merawat kanser. Ini kerana alam laut mengandungi pelbagai organisma unik yang kaya dengan biokimia. Alam laut juga mengandungi garam mineral untuk menampung kepelbagaian hidupan marin yang besar. Jadi, ini menjadi asas untuk menerokai kemungkinan ada antara bahan unik ini mengandungi bahan bioaktif semula jadi yang boleh digunakan untuk merawat kanser. 

“Saya berasa gembira kerana menerusi pelbagai kajian yang dijalankan sejak bertahun-tahun, apa yang dirasai kebanyakan saintis memang betul. Ini kerana terdapat penemuan dalam span tumbuhan semula jadi di laut yang digunakan sebagai terapi antikanser. Penyelidikan dalam spesies span yang berbeza menemui sebatian yang sangat bernilai bagi sesetengah jenis kanser. Dengan itu beberapa ladang akuatik kecil dibina untuk memelihara span bagi menyediakan sumber sebatian bioaktif. 

“Span memang mudah untuk dipelihara, malangnya, ia mengambil masa yang lama manakala pertanian span pula tidak boleh menjadi sumber berdaya maju untuk kuantiti komersial. Ini menyebabkan saintis beralih kepada organisma marin lain yang lebih mudah dipelihara dalam kuantiti komersial dan mengandungi sebatian bioaktif yang berguna untuk merawat kanser. Kami menemui kerang-kerangan seperti kupang hijau dan tiram yang lebih mudah dipelihara serta mempunyai ciri-ciri antikanser,” katanya. 

Pengarah Urusan McFarlane Perikanan Ltd, Stuart McFarlane, mula bereksperimen dengan melakukan pemeliharaan kupang hijau New Zealand (Perna canaliculus) iaitu spesies hidupan unik di perairan New Zealand. Ini bertujuan mengekalkan stok kepah kerana proses mendapatkannya dari dasar laut akan mengancam hidupan lain. 

Berdasarkan penyelidikan terhadap kupang hijau, Croft mendapati ekstrak kupang hijau New Zealand yang dikenali sebagai Biolane ternyata memiliki ciri-ciri antipenuaan dan antikeradangan yang sangat menakjubkan. Kajian menunjukkan spesis kupang ini padat dengan gabungan nutrien enzim bioaktif, komponen semula jadi seperti asid lemak omega-3, glikosaminoglikan (bahan utama dalam rawan sendi dan bendalir sinovia) dan mineral marin untuk kesihatan sendi. Penggunaan kupang hidup dan sihat yang baru diperoleh serta kaedah pengekstrakan sejuk yang unik menghasilkan bahan berpaten Biolane yang berkesan. Kupang yang unik ini tidak terdapat di mana-mana tempat lain di dunia dan tidak mungkin didapati dalam kupang hidup di persisiran pantai Malaysia. 

Biolane, satu-satunya perencat enzim penuaan sendi semula jadi di pasaran yang berkualiti tinggi untuk merawat artritis, reumatisme dan pelbagai masalah sendi yang lain. Kesan terapeutik yang selamat dan tahan lama bermanfaat untuk melegakan simptom artritis reumatoid dan osteoartritis. Ekstrak ini juga boleh diamalkan sebagai kaedah pencegahan untuk melambatkan proses kemerosotan sendi semula jadi yang berlaku seiring dengan peningkatan usia. 

Seperti juga Biolane, Croft mungkin tidak begitu dikenali di Malaysia, namun saintis marin dan pengarang ternama ini dianggap sebagai salah seorang pakar terulung dunia dalam bidang kajihayat, kaedah penternakan dan kegunaan terapeutik kupang hijau, iaitu sumber asal ekstrak Biolane. 

Croft, yang sering digelar Lelaki Kupang, adalah individu yang bertanggungjawab memperkembangkan program penyelidikan ekstrak kupang hijau dan produk terapeutik berasaskan marin sejak 1960-an. 

“Sepanjang 40 tahun berurusan dengan produk ini, saya menerima ribuan maklum balas daripada pelanggan yang mengalami perbezaan ketara selepas mengambil Biolane. Sesetengahnya mungkin memperoleh kelegaan daripada rasa sakit manakala yang lain pula berupaya memegang pen atau membuka penutup balang. Segala perubahan yang mengujakan ini, sama ada kecil atau besar, mampu mengubah kehidupan dan pasti amat bermakna bagi individu terbabit. Malah pengalaman peribadi penuh keajaiban ini terus menjadi inspirasi saya hingga ke hari ini,” katanya yang seterusnya menghasilkan produk NuvaFlex B(TM), atau pernah dikenali sebagai NT-Flam. 

Berbentuk kapsul NuvaFlex B mengandungi komponen asli bahan aktif Biolane daripada kupang hijau New Zealand yang berfungsi melambatkan proses kemerosotan sendi akibat peningkatan usia serta menghalang kerosakan berterusan. Ia juga membantu menangani dan melegakan simptom masalah sendi seperti kesakitan, ketegangan, bengkak dan keradangan sendi. 

Saintis juga mendedahkan Biolane berupaya melindungi lapisan perut, tidak seperti ubat penahan sakit yang lazim digunakan untuk melegakan artritis, tetapi lama-kelamaan boleh mengakibatkan ulser perut dan gastritis. 

Menurut Croft, pengurangan kesakitan tidak diperoleh secara serta-merta sebaliknya beransur-ansur. Namun kesejahteraan dan semangat kerana mampu membebaskan diri daripada kesakitan dengan keupayaan bergerak atau menggunakan sendi adalah kejayaan paling besar untuk penderita penyakit ini. 

Selepas kesakitan mula berkurangan wanita umumnya dinasihatkan supaya menjaga diri dengan mengelak daripada mengangkat barang berat. Pastikan sentiasa berada dalam keadaan postur yang baik ketika duduk atau berjalan. Lakukan senaman seperti berjoging yang mampu memulihkan keseluruhan sendi terutama jika seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan. 

“Cadangan saya supaya mengekalkan senaman tidak agresif seperti berjalan atau berenang, menukar kepada postur tegak yang baik kerana ini membantu seseorang supaya lebih yakin, elakkan merokok dan mempunyai sikap yang positif,” katanya. 

John Croft sendiri adalah pesakit artritis sejak lebih 10 tahun lalu namun setia mengamalkan Biolane hingga kini, dia berupaya untuk terus melakukan perkara paling diminatinya iaitu bermain gitar. Biolane kini boleh didapati di farmasi terpilih di seluruh negara.
----------------------------------------------------
Untuk kesihatan sendi dan tulang boleh ambil vitamin Shaklee iaitu Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix untuk kalsium (tulang)                                                                   
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos                                                                     
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir