Vaksin Cegah Pneumokokal

By Zahirah Dzahir - 2/24/2014 12:04:00 PG

Sebut saja pneumokokal, tidak ramai ibu bapa mengetahuinya. Namun jika ditanya mengenai keadaan kesihatan anak masing-masing, pasti ramai melalui pelbagai pengalaman si kecil mengalami masalah dalam telinga atau batuk berpanjangan tanpa mengetahui penyakit itu antara simptom pneumokokal.
Kaji selidik global menunjukkan hanya 30 peratus ibu bapa menyedari kewujudan pneumokokal, sedangkan penyakit ini mengancam nyawa. 
Jika tidak dikesan pada peringkat awal, ia boleh menyebabkan komplikasi jangka panjang merangkumi lewat bertutur, lumpuh, pekak dan terencat akal yang mungkin tidak boleh dipulihkan kembali atau lebih malang, menemui ajal. 

Pneumokokal ialah sekumpulan penyakit disebabkan bakteria streptococcus pneumonia yang menyebabkan jangkitan kuman dalam darah, meningitis atau jangkitan pada membran selaput otak dan saraf tunjang, radang paru-paru (pneumonia) dan otitis media atau jangkitan telinga tengah.
Foto
JANGKITAN pada membran selaput otak.
Pada peringkat global, kelaziman penyakit pneumokokal tahunan dianggarkan 14.5 juta kejadian dalam kalangan kanak-kanak bawah usia lima tahun.
Asia mencatat jumlah kes penyakit pneumokokal paling tinggi, termasuk beban penyakit invasif (Invasive Pneumococcal Disease - IPD) dan bukan invasif di dunia, dengan separuh daripada kes penyakit itu berlaku di rantau ini. 

Profesor Virologi dan Pengarah Pusat Penyelidikan Vaksin Universiti Tampere, Finland, Profesor Dr Timo Vesikari berkata, dalam memerangi penyakit ini, penjagaan kesihatan profesional menetapkan antibiotik untuk jangkitan IPD. 

“Bagaimanapun, dalam kes ini kombinasi antibiotik yang berlainan boleh diberi kepada pesakit. Disebabkan masalah makin meningkat rintangan antibiotik, penekanan diberi kepada keperluan mencegah penyakit pneumokokal menerusi vaksin. 

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan penggunaan vaksin pneumokokal di semua negara dengan keutamaan diberi kepada negara dengan kelaziman tinggi radang paru-paru dan kadar kematian dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun. 

“Cadangan ini berdasarkan kepada tahap tinggi beban penyakit di negara membangun, ditambah pula dengan keberkesanan yang terbukti dan selamat,” katanya dalam temubual dengan Metro Ahad dengan kerjasama GlaxoSmithKline (GSK). 

Di Malaysia ada dua jenis vaksin untuk penyakit pneumokokal iaitu vaksin konjugat pneumokokal (PCVs) dan vaksin polisakarida pneumokokal. 

PCV disyorkan untuk kanak-kanak berusia dua hingga 60 bulan, manakala vaksin polisakarida hanya boleh diberikan mereka berumur lebih dua tahun. 

Vaksinasi dengan PCV penting untuk mencegah IPD dalam membendung kemudaratan penyakit dan kematian, terutama kanak-kanak bawah usia dua tahun. 

“Di Finland, program imunisasi kebangsaan catat kejayaan besar dan menunjukkan PCV berkesan untuk mengurangkan beban IPD keseluruhan dengan mengurangkan insiden vaksin serotype IPD,” katanya. 

Beliau menambah, sesiapa saja boleh mengalami IPD. Bagaimanapun, golongan tertentu seperti kanak-kanak berusia dua hingga 24 bulan, orang dewasa berumur 65 tahun ke atas dan mereka yang lemah sistem imun disebabkan keadaan seperti kanser atau jangkitan HIV, lebih mudah dijangkiti atau mengalami pelbagai komplikasi penyakit ini. 

Info Pneumokokal 

• Pneumokokal menggambarkan sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus (S) pneumoniae, yang juga dikenali sebagai pneumokokus. 
• Simptom penyakit berbeza-beza mengikut usia kanak-kanak dan bergantung kepada masalah yang dihadapinya, sama ada: 
• Pneumokokal meningitis - demam, meragam, sakit kepala, muntah dan pengsan 
• Pneumokokal radang paru-paru - boleh menyebabkan demam, susah bernafas, batuk, sakit dada dan hilang selera makan - jangkitan telinga tengah - sakit telinga, susah mendengar dan kadangkala demam 
• Membimbangkan pakar perubatan kerana pneumokokal dikelaskan sebagai pembunuh nombor satu kanak-kanak, terutama pesakit kecil di bawah umur lima tahun
----------------------------------------------------
cadangan vitamin untuk kesihatan kanak..Nutriferonvitamin Kanak2
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!