Khamis, 27 Februari 2014

2 Hari Lagi Untuk Promosi Vita Lea Buy 6 Free !


Selalu rasa penat? Tidak bertenaga? Anak-anak membesar tapi rasa kurang sihat? Menopause? Anemia? Ibu susu tidak membekalkan nutrisi yang lengkap? Kulit rasa kusam dan tidak bermaya? Itu tandanya badan kita kurang nutrisi.

tinggal 2 hari lagi untuk promosi Vita Lea Buy 6 Free 1..
1 botol Vita Lea  mengandungi 120 biji, bekalan sehingga 4 bulan. Apa yang best sangat dengan Vita-Lea?

Khasiat Utama Vita-Lea Shaklee

  • Sebagai penambahan tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
  • Pelengkap Nutrisi, kerana kita sering kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia
  • Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
  • Elemen penting pada sel tubuh, kerana ia menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi organ seperti buah pinggang, jantung dan hati
Siapa Memerlukan Multivitamin
  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  • Remaja yang sedang membesar
  • Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
  • Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
  • Individu yang menopous
  • Wanita yang baru bersalin
  • Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea. selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.
  •  Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.
  •  Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Hakikatnya ibu-ibu kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.
  • Iron/zat besi banyak terdapt dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak sebab mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak makan makanan laut..kerana :-
           - ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut
           - peraiaran / laut yang telah tercemar
           - tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya
           - selain itu, ianya bukan mudah untuk didapati dan harga yang tidak menentu.

Cara pengambilan vitamin:
Selepas sarapan, 1-2 biji sehari


Kenali Vita-Lea with Iron Formula Shaklee

- Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia
Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-Min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.
- Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.
- Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
- Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang
- Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”
- Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.
- Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil
- Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahunboleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
- Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea

# Vita A – Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat
# Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis
# Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut
# Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah
# Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit
# Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah
# Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan
# Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus
# Vita B6 – Metabolisma protein, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia
# Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun
# Biotin – Bantu B-Kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambun beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit
# Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka
# Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/ penyakit tulang lembut
# Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis,anoreksia
# Iodin – Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan
# Zat besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia
# Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hari dan masalah penghadaman
# Kuprum – Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan
# Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda


Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Tip Melancong: Murah Tapi Puas



Bercuti di destinasi pilihan sememang­nya impian semua bakal pelancong. Namun, kerana kos percutian yang mahal, ramai yang terpaksa menunda ataupun membatalkan terus percutian yang sudah lama dirancang.
Bercuti tidak semesti­nya mahal. Apa yang penting, percutian itu dapat dinikmati, memberikan pengalaman baru, keakraban bersama keluarga dan menghilangkan tekanan. 
Justeru, bagi anda yang inginkan percutian murah dan menarik, ikuti tip melancong minggu ini supaya anda boleh berjimat dan menikmati perjalanan yang menarik. 
Cari maklumat 
Ramai antara kita pergi melancong tetapi bingung apabila sampai di tempat tujuan. Hal ini terjadi kerana sebelum berangkat, kita tidak mencari maklumat mengenai kota atau negara yang akan dikunjungi, padahal, tempat-tempat menarik pasti boleh didapati di Internet atau di buku-buku pelancongan. 
Mencari maklumat menerusi Internet mengenai destinasi yang dituju, pakej berkaitan dan sebagainya lebih awal sangat penting kerana anda boleh mengetahui apakah ada diskaun bermula dari tiket penerbangan atau hotel. 
Anda juga boleh mencari tempat membeli-belah terutama barangan cenderamata di pasar tradisional dan sebagainya. 

Membawa Wang 
Kehabisan wang ketika bercuti? Perkara sebegini sememangnya sering berlaku dan memberikan pelbagai masalah. Justeru, ja­ngan sampai anda kehabisan wang saat di perjalanan. Sebelum berangkat ke destinasi yang dituju, pastikan anda memiliki wang yang cukup agar tidak mendatangkan masalah dan membuat­kan anda bingung sepanjang percutian. 

Wang yang dibawa saat bercuti bukanlah untuk dibelanjakan semuanya. Anda harus tetap mengawasi pengeluaran dengan mencatatnya. Sekali gus menahan diri dan bertanggungjawab atas apa yang sudah dibelanjakan. 

Tiket Penerbangan 
Pastikan anda mendapat­kan maklumat percutian selengkap mungkin. Dengan itu, anda sudah boleh memeriksa harga tiket murah atau harga promosi. Jika anda belum yakin dengan harga­nya, periksa lagi setiap beberapa hari. Siapa tahu ada penurunan harga. Saat harga turun, segera membuat tempahan tiket penerbangan. 

Jika tarikh percutian anda masih lama, jangan lupa buat catatan. Takut-takut terlupa, anda juga yang rugi. 

Pilih pengangkutan yang menyenangkan
Melakukan perjalanan dengan pesawat memang lebih cepat, namun perbelanjaan yang harus dikeluarkan lebih mahal. Justeru, jika destinasi yang dituju boleh dikunjungi dengan menggunakan kereta, ia pastinya pilihan yang lebih menyenangkan dan sudah pasti lebih murah. Selama di perjalanan, anda boleh menikmati pemandangan sekali gus menambahkan pengetahuan mengenai destinasi yang dituju serta kawasan sekitarnya. 

Bukan Musim Cuti 
Belanja perjalanan akan lebih murah jika bercuti ketika bukan musim cuti atau di awal dan akhir musim itu. Selain itu, jika anda ­ingin menikmati suasana yang tidak terlalu riuh kerana ramai orang, ini waktu yang tepat. Bercuti ketika musim cuti membuatkan tempat-tempat pelancongan dipenuhi ramai orang. Belanja ketika itu juga lebih tinggi kerana ba­nyak permintaan. 

Layanan Terbaik 
Selain mencari hotel yang bagus, lihat juga taraf biliknya. Siapa tahu ada penawaran khusus seperti penginapan dua malam akan mendapatkan satu malam percuma atau potongan harga. Anda juga mungkin boleh mendapatkan layanan spa yang terbaik bagi yang sudah memesan bilik pe­nginapan. Pilihan yang tepat pastinya menjadikan percutian anda akan jauh lebih menarik. 

Sewa Kereta 
Sebelum bercuti, ada baiknya anda mencari maklumat terlebih dahulu mengenai destinasi yang akan dikunjungi. Salah satunya adalah pengangkutannya terutama dari lapangan terbang ke hotel. Siapa tahu ada bas yang melalui hotel tempat yang anda menginap. jadi tidak perlu mengeluarkan belanja mahal untuk teksi. 

Untuk lebih jimat, anda boleh menyewa kereta selama bercuti. Perkhidmatan sewa kereta sememangnya banyak di mana-mana destinasi pelancong dan yang pasti turut menyediakan promosi harga murah. Anda bebas memilih dengan meminta pendapat dari pihak hotel atau rakan yang pernah mengunjung destinasi yang anda kunjungi itu. 

Cermat Memilih 
Pilihlah tempat bercuti yang benar-benar unik, bagus dan ada ciri khasnya. Jangan sampai anda pergi ke tempat yang tidak menarik, kurang diminati orang dan belanjanya mahal.  Anda mungkin saja tidak menikmati, malah kecewa dengan destinasi yang dikunjungi itu. 

Percutian Menarik 
Tidak perlu memaksa diri bercuti di luar negara. Masih banyak tempat-tempat menarik di negara ini yang mengagumkan dan mungkin lebih menarik dengan apa yang ditawarkan di luar negara. Bercuti di dalam negeri tempat anda tinggal juga pasti menarik dan memberikan percutian yang me­nyeronokkan. 

Oleh itu, di mana juga destinasinya, dekat atau jauh, kuncinya ha­nya satu. Percutian Menarik. Selamat bercuti.

Menangis Ubat Ajaib

 Assalamualaikum

 Kita pasti pernah mendengar ayat ‘tiada guna menangis’ yang sering digunakan dalam dialog drama dan percakapan seharian masyarakat. Siapa mereka untuk menyatakan air mata itu tidak berguna? Memanglah jika menangis terlalu lama, mata akan kemerahan dan bengkak tetapi jangan salah sangka, menangis dengan mengeluarkan air mata ternyata mampu menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh badan dan fikiran. Jangan fikirkan soal perasaan ketika menangis sedih tetapi ketahuilah kesan selepasnya.
Setiap yang dicipta pasti mempunyai kelebihannya tersendiri begitu juga tangisan. Sesiapa saja pasti tidak kisah jika tangisan itu disebabkan kegembiraan tetapi percayalah, air mata gembira tidak mengalir terlalu lama dibandingkan dengan air mata kesedihan. Jangan rasa menyesal, ketahuilah beberapa fakta menarik mengenai air mata yang sudah anda keluarkan dalam hidup ini. 
Bantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri yang membantu kita melihat. Jika diperhatikan, setiap bebola mata pasti mengandungi cairan untuk membuatkannya tidak kering. Cairan yang keluar dari mata (air mata) ini dapat mencegah kekeringan pada membran mata yang kebiasaannya mampu membuat penglihatan menjadi kabur jika kering.

Bunuh bakteria

Tak perlu ubat titik untuk mata, cukup dengan air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semula jadi. Di lapisan luar mata mengandungi cairan yang dinamakan lisozom. Cairan ini dapat membunuh sekitar 90 hingga 95 peratus bakteria yang tertinggal di papan kekunci komputer, susur tangga, bakteria selepas bersin dalam hanya lima minit. Hebat bukan? 

Keluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey melakukan beberapa kajian mengenai air mata dan mendapati cecair yang keluar daripada hasil tangisan emosi ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah sangka, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya menerusi mata.

Kurang tekanan

Bagaimana menangis boleh mengurangi tekanan? Air mata juga mengeluarkan hormon tekanan yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan perasaan, air mata juga membantu melawan penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.

Selain baik untuk kesihatan, menangis juga boleh membantu seseorang menjadi lebih ‘segar’. Biasanya seseorang akan menangis menceritakan masalahnya di depan teman atau seseorang yang menyokongnya tetapi dalam hal ini, luahan melalui air mata berupaya meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga hubungan sosial lebih rapat.

Tingkatkan mood

Tahap tekanan seseorang yang menangis disebabkan kesedihan boleh menurun hanya dengan menangis. Mood akan kembali pulih kerana air mata yang dihasilkan daripada tangisan mengandungi 24 peratus protein albumin, berguna menyeimbangkan sistem metabolisme tubuh dibandingkan dengan air mata yang terhasil daripada iritasi mata (sakit mata). 

Semua orang akan merasa benci untuk menangis. Meskipun anda didera pelbagai masalah namun selepas menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Pada fasa ini, sistem otak dan jantung akan menjadi lancar hingga mampu membuatkan kita merasa lebih baik dan lega. Keluarkan masalah dengan tangisan, jangan dipendam kerana dibiarkan ia boleh ‘meletus’ dengan hebat kelak.
harian metro

Rabu, 26 Februari 2014

Sebab Kenapa Ada Penerima Br1m Masih Belum Menerima Bantuan


23 Februari - IPOH - Seramai 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun lepas mengambil inisiatif memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka tidak lagi memerlukan bantuan itu tahun ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata langkah itu menunjukkan tahap kematangan yang tinggi di kalangan rakyat negara ini.

"BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang tulis surat kepada kita menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.
"Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima tetapi merasakan bahawa mereka bukan keluarga yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian BR1M 2014 bagi Parlimen Tambun di sini hari ini.

Beliau berkata ada juga di kalangan mereka yang memaklumkan kepada kerajaan bahawa bantuan itu tidak lagi diperlukan kerana pendapatan mereka melepasi had kelayakan.

Ahmad Husni berkata nama 17,000 penerima itu akan dikeluarkan daripada senarai penerima BR1M.
Sementara itu, beliau berkata 100,000 penerima BR1M yang sepatutnya menerima bantuan itu melalui akaun bank semalam, masih belum menerima bantuan itu berikutan masalah teknikal.

"Hari Isnin (esok) akan diselesaikan. Saya masih lagi dalam proses menerima maklumat lokasi bank mana (yang menghadapi masalah itu). Bank itu menghadapi masalah teknikal kerana terlalu ramai penerima BR1M itu akaunnya di bank tersebut," katanya.

Mengulas mengenai ada penerima yang tidak layak tetapi masih menerima bantuan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penerima terbabit untuk memaklumkan kepada kerajaan.
"Tulis surat dan beri nama orang itu. Kita akan semak dan ambil tindakan," katanya.

Ahmad Husni turut menasihatkan orang ramai supaya mengisi borang permohonan BR1M dengan jujur dan ikhlas bagi memastikan hanya mereka yang layak menerima bantuan itu.

Seramai 5.4 juta penerima BR1M 2014 yang mempunyai akaun bank menerima terus bantuan berkenaan melalui akaun mereka semalam manakala kira-kira dua juta penerima yang tidak mempunyai akaun bank, akan menerima baucar secara berperingkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari, bermula hari ini.
Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.

Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450. - Bernama

-------------------------------------------------------------

Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan  
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

Selasa, 25 Februari 2014

Benarkah Suplemen Hanya Untuk Banyakkan Amaun Susu Ibu ?

Betulkah suplemen semasa menyusukan bayi hanya semata-mata untuk memperbanyakkan amaun susu ibu??

Ramai yang menganggapnya begitu. Tanggapan ini amat salah! Sebenarnya, susu yang penuh nutrisi adalah susu ibu yang mengandungi kesemua khasiat pada tahap optimum dan ia hanya boleh diperolehi daripada tubuh yang sihat. Secara logiknya, sewaktu hamil anda makan pelbagai jenis supplemen untuk menyokong perkembangan bayi. Jadi, apabila berada dalam fasa penyusuan, mengapa keperluan supplemen ini diabaikan. Sama seperti ketika hamil, supplemen turut penting untuk anda membesarkan si manja. 

Ketika hamil, hospital atau klinik bersalin yang dikunjungi lazimnya membekalkan vitamin seperti Obimin (multivitamin yang dirumus khas untuk ibu hamil) dan asid folik. Mahu tidak mahu, anda perlu mengambil bekalan vitamin ini setiap hari bagi memastikan tahap kesihatan diri dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan memuaskan.
Ketahuilah, perkara yang sama patut anda lakukan ketika dalam proses menyusukan bayi! Hal ini kerana anda masih memerlukan vitamin dan mineral tambahan dalam usaha menjayakan penyusuan eksklusif. Faktanya, bayi tetap akan mendapat apa yang diperlukannya menerusi susu ibu biarpun tubuh anda kekurangan vitamin atau mineral tertentu. Walaupun begitu, pemakanan sihat dan seimbang yang digabungkan bersama supplemen tetap perlu anda pertimbangkan demi menjamin kesihatan diri dan bayi bagi tempoh jangka panjang.


Memandangkan proses penyusuan susu ibu menuntut keperluan nutrien yang banyak, jadi anda masih perlu mengambil supplemen tambahan untuk melengkapkan zat pemakanan yang diperlukan. Antaranya ialah omega-3 yang ternyata sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Sama juga halnya dengan kalsium yang diperlukan untuk tulang dan gigi yang kuat. Vitamin dan mineral lain yang anda perlukan adalah seperti zat besi, zink dan magnesium.

Majoriti supplemen vitamin dan mineral tambahan tidak menjejaskan penghasilan susu dan diakui selamat untuk diambil oleh ibu yang menyusukan bayinya. Walaubagaimanaun, perlu anda ingat bahawa lemak larut seperti vitamin A dan E boleh mengganggu susu ibu. Oleh yang demikian, amalkan sikap berhati-hati apabila mengambil supplemen yang mengandungi kedua-dua jenis vitamin ini. Pengambilan terlalu banyak vitamin ini turut boleh memudaratkan bayi. Untuk itu, minta pandangan doktor terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk mengambil apa jua supplemen.

Dalam usaha menjaga kesihatan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, diingatkan agar anda makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar di samping pelbagai vitamin dan mineral yang terkandung di dalam jenis makanan yang lain. Sekiranya, anda khuatir masih kekurangan vitamin dan mineral tertentu, suplemen dapat membantu. Pengambilan vitamin dan mineral juga penting bukan sekadar atas sebab nutrisi susu, tetapi lebih daripada itu, ia dapat memastikan anda sentiasa dalam keadaan mood yang baik, sihat, cergas dan bertenaga selalu.

kredit: yoursupermom

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Salah Faham Dalam Penyusuan Bayi

Terdapat banyak salah faham tentang penyusuan, perkaitannya dengan pemakanan serta praktik penyusuan susu ibu yang betul.

Antara kesilapan-kesilapan terawal yang mungkin dibuat oleh seorang ibu sebelum memulakan penyusuan :

  • Tidak belajar konsep penyusuan yang betul.
  • Tidak faham perkaitan ‘supply’ dan ‘demand’.
  • Terpengaruh dengan lambakan produk membanyakkan susu ibu di luar sana.
  • Terpengaruh dengan lambakan tips-tips membanyakkan susu yang banyak menekankan tentang ‘makanan memperbanyakkan susu badan’ atau ‘makanan untuk tambah susu badan’
  • Tidak menemui orang yang betul untuk belajar tentang penyusuan, misalnya bertanya kepada orang yang tidak menyusukan anak.
  • Mengambil remeh ilmu penyusuan susu ibu.
Vitamin, atau apa saja pemakanan yang katanya membanyakkan susu, sebenarnya memberi sokongan kepada tubuh badan ibu, ia menutup ruang2 yang lopong. Iaitu membekalkan vitamn/mineral/khasiat yang tidak dapat ditampung oleh pemakanan ibu.

Misalnya sayuran hijau membekalkan vitamin B terutama asid folik untuk ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja). Daging dan produk soya membekalkan protein. Longan kering membekalkan kalori. Jadi tidak hairanlah ibu mendapati susu mereka menjadi banyak selepas mengambil makanan2 seperti di atas.

Dalam hal suplemen/vitamin, sebenarnya tidak ada vitamin khusus untuk ibu menyusu yang MEMBANYAKKAN SUSU. Susu ibu tetap mengkuti konsep asalnya – pengeluaran bergantung kepada keperluan NAMUN vitamin membantu ibu yang mengalami masalah dalam penyusuan untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi yang tidak dapat dipenuhi oleh diet harian.

Ada ibu yang berkata “SAya dah makan banyak”

Makan banyak dengan makan sihat samasekali tidak sama. Makan banyak boleh jadi makan HAMPAS sahaja. Tambahan pula jika ibu itu:
  • Kerap makan di luar (biasanya ibu bekerja)
  • Makan makanan segera, makanan rapu, etc
  • Sangat sibuk hingga selalu skip makan
  • Selalu berada dalam keadaan stress
  • Kurang rehat
  • Tak cukup tidur
  • Sering sakit
  • Mengalami masalah kesihatan
Jadi ibu ini memerlukan sokongan dari segi vitamin/suplemen bagi memenuhi keperluan tubuh yang tidak dapat dipenuhi/dirosakkan oleh perkara2 di atas.
vitamin ibu menyusuSet Triple M ni adalah set lengkap yang sesuai untuk ibu yang menyusukan anak. Juga sesuai untuk ibu-ibu yang tak menyusukan.. Sesiapa pun boleh ambil set ni, no problem at all 
Lelaki dan wanita muda juga sesuailagi bagus untuk mendapatkan set ini. Ia bukan saja menjadikan anda cergas bertenaga, malah mengurangkan stress, mencantikkan serta menggebukan kulit, menguatkan tulang, dan menyelesaikan masalah kewanitaan seperti keputihan serta mengetatkan faraj.
credit 

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Isnin, 24 Februari 2014

Haziq dan Baju Sekolah Baru

Hampir 2 bulan sekolah buka, tadi baru Haziq dapat pakai uniform baru. Sebabnya Haziq dapt jadi Pengawas Perpustakaan Sekolah dan juga baju vest tu x dak size. Nak buat camna badan tu big size yang ada semua size biasa. Tu yg kena tunggu tu. Dapat vest n neck tie..Ok la tu dah dapat n muka sekurangnya ada gak jawatan yang dipegang masa sekolah.
Sebelum pi sekolah sempat posing dulu snap gambar..

 senyum abes..

- mummy ira -

7 Sebab Kenapa Anda Selalu Letih


Selalu letih dan tidak bermaya?Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.

Sebab 1: Kekurangan darah

Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.

Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.

Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.

Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid

Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.

Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)

Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.

UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.

Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine

Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.

Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan

Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

Sebab ke 6: Sleep Apnea

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?

‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.

Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

    Vaksin Cegah Pneumokokal

    Sebut saja pneumokokal, tidak ramai ibu bapa mengetahuinya. Namun jika ditanya mengenai keadaan kesihatan anak masing-masing, pasti ramai melalui pelbagai pengalaman si kecil mengalami masalah dalam telinga atau batuk berpanjangan tanpa mengetahui penyakit itu antara simptom pneumokokal.
    Kaji selidik global menunjukkan hanya 30 peratus ibu bapa menyedari kewujudan pneumokokal, sedangkan penyakit ini mengancam nyawa. 
    Jika tidak dikesan pada peringkat awal, ia boleh menyebabkan komplikasi jangka panjang merangkumi lewat bertutur, lumpuh, pekak dan terencat akal yang mungkin tidak boleh dipulihkan kembali atau lebih malang, menemui ajal. 

    Pneumokokal ialah sekumpulan penyakit disebabkan bakteria streptococcus pneumonia yang menyebabkan jangkitan kuman dalam darah, meningitis atau jangkitan pada membran selaput otak dan saraf tunjang, radang paru-paru (pneumonia) dan otitis media atau jangkitan telinga tengah.
    Foto
    JANGKITAN pada membran selaput otak.
    Pada peringkat global, kelaziman penyakit pneumokokal tahunan dianggarkan 14.5 juta kejadian dalam kalangan kanak-kanak bawah usia lima tahun.
    Asia mencatat jumlah kes penyakit pneumokokal paling tinggi, termasuk beban penyakit invasif (Invasive Pneumococcal Disease - IPD) dan bukan invasif di dunia, dengan separuh daripada kes penyakit itu berlaku di rantau ini. 

    Profesor Virologi dan Pengarah Pusat Penyelidikan Vaksin Universiti Tampere, Finland, Profesor Dr Timo Vesikari berkata, dalam memerangi penyakit ini, penjagaan kesihatan profesional menetapkan antibiotik untuk jangkitan IPD. 

    “Bagaimanapun, dalam kes ini kombinasi antibiotik yang berlainan boleh diberi kepada pesakit. Disebabkan masalah makin meningkat rintangan antibiotik, penekanan diberi kepada keperluan mencegah penyakit pneumokokal menerusi vaksin. 

    “Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan penggunaan vaksin pneumokokal di semua negara dengan keutamaan diberi kepada negara dengan kelaziman tinggi radang paru-paru dan kadar kematian dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun. 

    “Cadangan ini berdasarkan kepada tahap tinggi beban penyakit di negara membangun, ditambah pula dengan keberkesanan yang terbukti dan selamat,” katanya dalam temubual dengan Metro Ahad dengan kerjasama GlaxoSmithKline (GSK). 

    Di Malaysia ada dua jenis vaksin untuk penyakit pneumokokal iaitu vaksin konjugat pneumokokal (PCVs) dan vaksin polisakarida pneumokokal. 

    PCV disyorkan untuk kanak-kanak berusia dua hingga 60 bulan, manakala vaksin polisakarida hanya boleh diberikan mereka berumur lebih dua tahun. 

    Vaksinasi dengan PCV penting untuk mencegah IPD dalam membendung kemudaratan penyakit dan kematian, terutama kanak-kanak bawah usia dua tahun. 

    “Di Finland, program imunisasi kebangsaan catat kejayaan besar dan menunjukkan PCV berkesan untuk mengurangkan beban IPD keseluruhan dengan mengurangkan insiden vaksin serotype IPD,” katanya. 

    Beliau menambah, sesiapa saja boleh mengalami IPD. Bagaimanapun, golongan tertentu seperti kanak-kanak berusia dua hingga 24 bulan, orang dewasa berumur 65 tahun ke atas dan mereka yang lemah sistem imun disebabkan keadaan seperti kanser atau jangkitan HIV, lebih mudah dijangkiti atau mengalami pelbagai komplikasi penyakit ini. 

    Info Pneumokokal 

    • Pneumokokal menggambarkan sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus (S) pneumoniae, yang juga dikenali sebagai pneumokokus. 
    • Simptom penyakit berbeza-beza mengikut usia kanak-kanak dan bergantung kepada masalah yang dihadapinya, sama ada: 
    • Pneumokokal meningitis - demam, meragam, sakit kepala, muntah dan pengsan 
    • Pneumokokal radang paru-paru - boleh menyebabkan demam, susah bernafas, batuk, sakit dada dan hilang selera makan - jangkitan telinga tengah - sakit telinga, susah mendengar dan kadangkala demam 
    • Membimbangkan pakar perubatan kerana pneumokokal dikelaskan sebagai pembunuh nombor satu kanak-kanak, terutama pesakit kecil di bawah umur lima tahun
    ----------------------------------------------------
    cadangan vitamin untuk kesihatan kanak..Nutriferonvitamin Kanak2
    Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

    Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
    Facebook Zahirah Dzahir

    Ahad, 23 Februari 2014

    Shaker Shaklee Kembali...

    haaa...salah satu barang dari Shaklee yang pakat dok tunggu..Nama dia Shaker..org panggei Shaker Shaklee..termasuk la saya dok tunggu lama dah baru dapat. bila dah ada ni..ambek lebih sikit utk ready stock..awai tu guna tuppaware ayaq ja nak shake. la ni x payah ssah hati dah ada shaker yang easy to use..







    Nak Shaker boleh contact saya

    Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

    Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
    Facebook Zahirah Dzahir

    ( Youtube)Full-Malam Cinta Rasul 2014 (Mahabbatul Rasul Kedah 2014)

    Published on Feb 9, 2014
    TV AlHijrah - Malam Cinta Rasul 2014 (Mahababbatul Rasul Kedah Berselawat 2014)
    Pada : 8 Februari 2014
    Tempat : Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman
    Jemputan Khas : Habib Syech Dan Mufti Kedah






    kredit Paed Zarimie

    Sabtu, 22 Februari 2014

    Resepi Popia Basah

    kali ni saya nak kongsi resepi dari fb member saya Syafinaz Anwar..




    RESEPI POPIA BASAH:
    Resepi Popia Basah Dari Cheq Norliah Kamaruddin.

    Resepi utk kulit:
    - 1 kg tepung gandum
    - 41/2 cwn air
    - 1 biji putih telur
    - 7 sudu mkn myk msk
    - 5 sudu teh garam
    - 2 sudu mkn tepung ubi....

    p/s:semua tu lia satukan uli smpai tgn x melekit....perap 5 jam (
    supaya tepung lebih elastik....senang mmbuat sapuan datas kuali )

     
    Resepi untuk sosnya:
    - 3 kg cili boh (guna separuh jer).
    - 1kg gula.
    - 10 biji bwg besar.(blender)
    - 2 gengam udg Ggeragau.(blender)
    - 3 labu bwg putih.(blender)
    - garam lia ikut suka hati lia x sukat pulak masa buat tu sama gak mak ajinomoto
    - masak sos ini dlm api kecik tp lama dlm 6 jam....(tahan lama )

    Resepi untuk inti...
    - parutkan sengkuang ...carot ....
    - kacang goreng(tumbuk)


    P/s: lia guna 2 bhn tu ajer ..kalau guna timun n togel cepat basi...



    ------------------------------------------------------------------------------
    mummy ira

    Cucur Tauhu









    Resepi dari  kawan saya Syafinaz Anwar

    Bahan2nya...
    4 keping tauhu (saiz mesia)-di hancurkan.
    1 keping dada ayam dipotong dadu / udang.

    1 labu bawsng besar.
    Daun bawang.
    Cili merah.
    Tepung gandum- klu tauhu tu jenis lembut, masukkan 3 sudu besar tepung gandum.
    - klu tauhu yg jenis keras tu, memadai dgn hanya 1 @ 1 1/2 sudu besar tepung gandum.
    Garam dan gula secukup rasa.
    Dah siap adunan tu..goreng aje la..

    ---------------------------------------------------------------------------------------

    mummy ira