Vitamin E Untuk Kulit Cantik, 5 Rawatan Utama Untuk Kullit

By Zahirah Dzahir - 1/06/2014 07:03:00 PTG

Selain dari Vitamin C, Vitamin E juga menjadi pilihan ramai penggemar vitamin. Ramai yang menggemarinya terutama org yang mementingkan kecantikan kulit dan muka. Ia mencantikkan kulit dan muka, dan boleh menghasilkan kulit yang berseri dan cantik. Namun begitu, ia juga mampu merendahkan taraf kolestrol dan menjamin kesihatan jantung.


Jom kita fokus apa kelebihan Vitamin E untuk kulit. Terdapat pelbagai masalah kulit yang boleh diselesaikan dengan pengambilan Vitamin E. 5 Rawatan Utama pada Kulit adalah:


1. Kedutan 
Apabila umur semakin meningkat, maka kulit akan kurang tegang dan berkedut. Ini kerana ia dipengaruhi oleh umur dan radikal bebas seperti pencemaran dan pemakanan yang tidak sihat yang mempercepatkan proses kedutan. Tahukah anda bahawa proses kedutan boleh dilambatkan dengan penggunaan Vitamin E?

Vitamin E juga dapat menghalang pembentukan kedutan dengan mengurangkan serangan radikal bebas. Bila kita semakin tua, badan kurang menghasilkan kolagen untuk menegangkan kulit, Vitamin E akan menggalakkan penghasilan kolagen, sejenis tisu penyambung pada kulit yang menegangkan kulit serta menjadikannya elastik. Ia mengurangkan kedutandengan mengalakkan dan mempercepatkan pembinaan sel baru.

2. Rawatan Malam
Kulit idaman semua adalah kulit yang sentiasa lembab dan tidak kering. Apabila kulit terlalu kering, banyak kesan negatif boleh terjadi termasuklah ekzema dan gatal-gatal. Vitamin E mampu mengembalikankelembapan pada kulit dan kesan yang baik dapat diperolehi jika pengguna menyapu minyak ini pada waktu malam. Ini kerana proses penyerapan Vitamin E akan menjadi lebih efektif. Namun begitu, Vitamin E tulen sangat pekat untuk digunakan sehari-harian pada kulit. Ia lebih sesuai untuk penyembuhan drastik pada kulit. Mencampurkan Vitamin E dengan Minyak Zaitun adalah langkah terbaik untuk mendapatkan kesan kelembapan yang diinginkan.

3. Parut.
Parut terjadi kesan dari luka lama, lecur dan pembedahan. Vitamin E mampu mengurangkan kesan parut kerana ia terus menyerap ke dalam kulit dan menghalang serangan radikal bebas. Mengapa serangan radikal bebas tidak baik untuk parut? Ia menghalang penyembuhan parut sekaligus melambatkan parut hilang. Vitamin E adalah antioksida yang kuat dan membantu penghasilan kolagen, mengembalikan keanjalan kulit yang tidak terdapat pada parut.

4. Tompok Coklat
Tompok coklat selalu kelihatan pada mereka yang telah berusia. Ia terjadi disebabkan oleh faktor umur, serangan radikal bebas (pencemaran dan pemakanan), serta fungsi hati yang kurang baik. Vitamin Emengurangkan serangan radikal bebas dan mengurangkan tompok coklat. Apabila minyak Vitamin E disapu pada tompok coklat, ia akan melembabkan membran sel dan menggalakkan penghasilan sel baru.

5. Kutikel (Tempat kuku bertemu kulit)
Vitamin E membantu mengurangkan masalah kutikel kering dan merekah. Beberapa titik Vitamin E mampu mengurangkan masalah kutikel kering, sentiasa menjadikannya lembab dan menghalang dari terus merekah.

sumber: 


  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!