Perlu Makan Tiga Jam Sebelum Bersenam

By Zahirah Dzahir - 1/04/2014 12:23:00 PG

Assalamualaikum



Selepas bersenam, keba­nyakan individu me­ngakui mereka mengalami rasa keletihan melampau sehingga keinginan untuk makan meningkat dua kali ganda. Ini mendorong mereka makan melebihi apa yang sepatutnya.
Ini terjadi disebabkan sebelum bersenam mereka tidak mengambil apa-apa makanan, jadi selepas bersenam badan akan menjadi lebih lapar kerana ingin menggantikan tenaga yang hilang.
Sepatutnya sebelum bersenam dalam dua atau tiga jam, individu harus mengambil makanan ting­gi karbohidrat untuk membekalkan tenaga ketika otot bergerak aktif. 

Sebaiknya, pilih hida­ngan tinggi karbohidrat seperti roti gandum, oat, bijirin bersama susu, kacang panggang atau nasi daripada beras perang (rendah indeks glycaemic) serta minum air masak dengan banyak.
Selepas bersenam dalam tempoh satu jam, individu boleh mengambil makanan tinggi protein seperti susu, telur atau roti bersama mentega kacang bagi membolehkan otot mendapat nutrisi mencukupi selepas bergerak. Antara makanan sesuai selepas bersenam:

Telur (separuh masak) 
Vitamin C di dalam telur membantu memberikan tenaga mencukupi bagi membolehkan kita melakukan kerja selepas bersenam. Kebiasaan­nya, tenaga yang diperoleh mampu bertahan sehingga tengah hari. 

Susu 
Susu ­men­gandungi protein yang tinggi serta nutrisi diperlukan tubuh seperti karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air. 

Buah-buahan dan jus 
Nutrien dalam buah-buahan membantu memulihkan otot selepas bersenam. 

Dadih 
Pakar menyatakan dadih minuman paling baik selepas bersenam kerana ia mengandungi kalsium, mineral dan vitamin bagi me­ngembalikan tenaga kepada tubuh. Selain itu, ia memberikan perlindungan daripada jangkitan bakteria jahat. 

Mentega kacang dan biskut 
Sekiranya anda ingin makan sebagai alas perut sebelum mengambil makanan berat, biskut bersama mentega kacang pilihan terbaik. Ini kerana gabungan makanan ini kaya karbohidrat, lemak dan protein untuk memberikan tenaga. 

Selain itu, anda disarankan untuk tidak me­ngambil beberapa makanan yang disenaraikan di bawah. Antaranya: 

Semua jenis makanan ringan 
Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa sekiranya selepas bersenam anda inginkan sesuatu yang masin untuk dimakan seperti makanan ringan. Ini kerana apabila badan berpeluh, ia menghapuskan nutrien bersama-sama dengan air (termasuk kalium). 

Namun anda boleh memilih makanan sihat serta mampu menambah tahap kalium dengan cepat dan semula jadi tanpa me­ngambil makanan masin tinggi kalori. Cara­nya, ambil pisang atau beberapa keping buah-buahan kering. Pisang terkenal dengan jumlah tinggi kalium dan alternatif lebih sihat untuk makanan ringan. 

Minuman berkarbonat dan manis
Satu kesilapan besar yang sering dilakukan selepas bersenam adalah me­ngambil makanan manis atau minuman berkarbonat. Gula memberi kesan jangka panjang pada badan dan salah satu daripada kesan sampingan adalah memperlahankan tahap metabolisme. 

Metabolisme memainkan peranan penting dalam proses penurunan berat badan. Lebih cepat metabolisme berlaku, anda akan mendapat badan yang diinginkan. Oleh itu, sentiasa membaca label produk untuk mengelak makanan manis. 

Jika anda benar-benar berasa perlu untuk minum selain daripada air dan jus buah-buahan asli, pergi ke kedai untuk membeli teh ais tanpa gula yang akan membuat anda terhidrat.

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!