(Peel Off) Masker Putih Telur

By Zahirah Dzahir - 1/10/2014 11:34:00 PTG


Homemade (Peel Off) Masker Putih Telur?

Ada yang pernah cuba pakai masker menggunakan putih telur tak? atau ada dikalangan korang yang langsung tak pernah dengar mengenai Masker Putih telur ni?

Cara buat (Peel Off) Masker Putih Telur

Cara nak membuatnya tak la cerewet mana, bahan yang diperlukan seperti:

  • Telur Putih
  • Tisu 
  • Limau nipis atau lemon 
  • Gunting
  • Cermin
Cara membuatnya:
  • Perahkan sedikit limau nipis atau lemon ke dalam mangkuk berisi telur putih. Tujuan diletakkan perahan limau nipis ini ialah untuk mengurangkan bau hanyir telur putih.
  • Gunting tisu kecil-kecil, cukup untuk di tepek ke seluruhan muka atau sekadar di bahagian tertentu muka sahaja seperti dibahagian hidung ke pipi,  dagu dan dahi.
  • Sapukan telur putih tadi ke seluruh muka (atau bahagian yang dikehendaki)
  • Ambil 1  tisu yang dah digunting kecil dan tepek ke muka.
  • Sapu lapisan telur sekali lagi di atas tisu yang dah di tepek tadi bagi memastikan tisu betul-betul melekat dan tiada ruang udara di bawah tisu.
  • Ulang langkah menepek tisu sehingga menutupi keseluruhan muka atau menutupi bahagian yang diingini.
  • Biarkan betul-betul kering
  • Dah kering tanggal je , contoh masker yang dah di tanggal seperti gambar dibawah

Kegunaaan (Peel Off) Masker Putih Telur


Masker ni boleh mengurangkan blackhead/whitehead. Jika muka korang memang banyak jeragat atau jerawat nasi, Insyaallah kalau pakai masker ni, korang boleh nampak jeragat tu tercabut dan melekat kat topeng , tapi tak semuanya akan sekaligus tertanggal. Rajin buat , seminggu sekali barangkali, lama-lama akan semakin berkurangan la blackhead kat muka. 

sumber

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!