Alternatif Elak Kanser

By Zahirah Dzahir - 1/28/2014 06:19:00 PTG

 Assalamualaikum

Lebih 90% statistik menunjukkan golongan wanita lebih terdedah kepada kanser dan hampir kesemuanya disebabkan kanser payu dara yang mana menjadi salah satu pembunuh kepada golongan wanita.
Bagaimanapun, masih ada baki 10% untuk lelaki juga menghidap penyakit ini dan terdapat sekurang-kurangnya satu peratus menunjukkan lelaki juga ada potensi untuk terkena kanser payu dara. Kanser masih boleh dicegah dari awal jika kita mampu mengawal gaya hidup, makanan dan kesihatan diri secara konsisten dan seimbang. Justeru Gen Y ingin berkongsi 15 jalan mudah untuk kita semua, baik lelaki mahupun wanita yang masih belum terlewat untuk mengelakkan diri daripada terkena virus pembunuh ini.
1. Kubis jeruk
Masukkan kubis jeruk dalam hidangan harian anda. Mungkin anda boleh cuba hidangan ini kerana kerana mengikut satu pemerhatian dan kajian pakar di Finland, makanan yang melalui proses penapaian akan menghasilkan beberapa sebatian yang boleh menghalang kanser. 
Jika anda membelinya di dalam tin, bilas kubis jeruk untuk mengurangkan natrium sebelum anda makan. Jika tidak boleh atau biasa dengan rasanya, anda boleh mencubanya sesekali dalam hidangan berat sama ada makan tengahari ataupun hidangan makan malam. 

2. Sayur brokoli
Apa kata kali ini kita tukar pilihan sayur kepada jenis brokoli. Sayur brokoli adalah makanan terbaik dalam menentang kanser jika anda mengambilnya setiap hari. Brokoli lebih baik jika anda mengukus untuk menjadi makanan kudapan atau ditambah ke dalam sup atau dijadikan salad. 

Elak masak di dalam gelombang mikro kerana ia menghapuskan 97% flavonoids dalam brokoli.

3. Kacang Brazil
Sekiranya anda jenis yang gemar mengambil salad sebagai salah satu hidangan harian, kali ini cuba tambah kacang Brazil di dalam hidangan itu kerana ia kaya dengan selenium, iaitu sejenis mineral yang boleh membunuh sel kanser dan membantu sel membaiki DNA.

Kajian dan satu penyelidikan oleh Harvard mendapati 1,000 lelaki yang menghidap kanser prostat yang mempunyai tahap darah tinggi selenium, berjaya kurangkan 48% sakit ini. 

Kajian yang dilakukan di Universiti Cornell dan University of Arizona menunjukkan yang 200 mikrogram selenium setiap hari tanpa membuang kulit kacang Brazil mengurangkan 63% risiko tumor prostat, 58% kanser kolorektum, 46% kanser paru-paru dan 39% sakit kanser secara keseluruhan.

4. Kalsium dan vitamin D
Ambil kalsium bersama vitamin D sebagai makanan tambahan. Menurut kajian Fakulti Perubatan di Dartmouth, Amerika Syarikat, makanan tambahan seperti kalsium bersama vitamin D membantu mengurangkan polip kanser iaitu sejenis risiko mendapatkan kanser kolon pada orang yang mempunyai masalah ketumbuhan.

5. Bawang putih
Bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh merangsang sistem imun semula jadi untuk menentang kanser dan juga mengurangkan pertumbuhan tumor. Ia begitu baik untuk dijadikan alternatif bagi mengelakkan kita dari virus kanser.

Ada kajian mengatakan bawang putih boleh mengurangkan insiden kanser perut. 

6. Beri biru
Dengar seperti rutin makanan barat namun itulah yang baik untuk menjaga kesihatan diri dan sekali gus mampu mengelakkan diri daripada kanser dengan mengambil beri biru ke dalam hidangan terutamanya sarapan. 

Buah beri biru adalah buah yang terbaik kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Antioksidan meneutralkan radikal bebas di mana terdapat sebatian yang tidak stabil yang boleh merosakkan sel dan menjadi punca kepada kanser.

7. Sos perapan
Banyakkan sos perapan untuk makanan bakar atau setiap kali aktiviti jamuan BBQ anda. Daging yang dipanggang atas api boleh mewujudkan pelbagai jenis bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser. 

Namun, kajian yang diperoleh dari Institut Kajian Kanser Amerika Syarikat mendapati salutan daging dengan sos perapan yang tebal mampu mencegah terdedah dengan api secara langsung dan mengurangkan jumlah bahan kimia. 

Adalah lebih baik anda masak daging anda di dalam ketuhar terlebih dulu sebelum mula gril di atas api agar daging anda masak sempurna.

8. Air kosong
Menurut kajian dari Jurnal Perubatan The New England pada tahun 1996 mendapati lelaki yang meminum lapan gelas air kosong setiap hari membantu menyingkirkan risiko kanser pundi kencing. 

Wanita yang minum banyak air kosong pula membantu mengurangkan risiko kanser kolon. Penggemar minuman air kosong membantu mengurangkan risiko kanser sebanyak 45%.

Namun kebaikan dan kesan positif terhadap pengambilan air kosong tidak perlu lagi diperkata kerana sudah terbukti menerusi banyak kajian yang air kosong sememangnya baik untuk sistem badan kita.

9. Teh hijau dan teh Cina
Jadikan minuman teh hijau sebagai tabiat sihat berbanding mengambil jenis air kopi lain. Kehebatan teh hijau terbukti di Asia sejak beribu tahun lagi terutamanya bagi masyarakat Cina yang sememangnya menjadikan teh itu sebagai hidangan wajib setiap hari.

Di barat, kajian baru membongkarkan yang teh hijau membantu menentang pelbagai jenis kanser. Para saintis percaya bahan kimia yang terdapat di dalam teh hijau yang dipanggil EGCG adalah salah satu bahan yang paling hebat melawan kanser.

10. Ikan salmon
Kajian dari Australia mendapati sesiapa yang mengambil empat atau lebih hidangan salmon setiap minggu mampu menentang kanser leukemia, myeloma dan non-Hodgkin lymphoma. 

Salmon sememangnya sudah terbukti khasiat yang terkandung padanya berdasarkan beberapa kajian lain sebelum ini. Salmon, makerel, halibut, sardin dan tuna turut membantu mengurangkan risiko kanser endometrium terhadap wanita. 

11. Jemur diri
Berjemur 15 minit setiap hari adalah salah satu alternatif yang boleh mengelakkan diri kita daripada kanser. Cahaya matahari mengandungi vitamin D dan tahukah anda yang kekurangan vitamin D meningkatkan risiko kanser termasuk payudara, kolon, prostat, ovari dan perut. 

Begitu juga penyakit diabetes, osteoporosis dan tekanan darah tinggi. Sesekali melakukan aktiviti luar di bawah cahaya matahari selama 15 minit tidaklah menggelapkan kulit anda tetapi membantu mengelak kanser.

12. Buah kiwi
Pilih kiwi sebagai buah pilihan. Buah kiwi membantu melawan kanser kerana kandungannya yang kaya vitamin C, vitamin E, lutein dan zat besi. Petua melembutkan isi daging adalah dengan menggosok hirisan buah kiwi pada daging yang mempunyai lemak.

13. Minum sitrus
Jadikan buah sitrus sebagai minuman harian bagi menggantikan pilihan kebiasaan lain selain air kosong yang sudah tentunya menjadi pilihan wajib. Pengambilan buah sitrus seperti lemon dan limau mampu membantu mengurangkan risiko kanser mulut, tekak dan perut.

14. Makanan organik
Makanan organik ditanam tanpa sebarang penggunaan racun perosak di mana racun perosak boleh menjadi punca kerosakan sel yang akhirnya menjuruskan kepada kanser. Pilih dan carilah jenis makanan ini untuk dijadikan hidangan baru.

15. Vitamin
Ambil multivitamin setiap pagi. Banyak kajian mencadangkan untuk mendapatkan tahap kesihatan yang terbaik, jangan lupa mengambil vitamin dan mineral kerana ia membantu memperbaiki fungsi sistem imun dan membantu mencegah pelbagai jenis kanser. 

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!