10 Kelebihan Minum Air Untuk Badan

By Zahirah Dzahir - 9/20/2016 03:12:00 PTG

Assalamualaikum..

Tidak dinafikan kita digalakkan untuk minum 8 gelas air sehari. Sebenarnya, minum air sangat penting untuk mengekalkan kesihatan badan. Banyak kelebihan minum air yang boleh kita perolehi.

1. Minum air boleh mengurangkan berat.
Air yang kita minum boleh membantu membuang
semua lemak yang dibuang melalui pemakanan apa-apa jenis produk. Ia juga membuatkan kita kenyang, dan mengurangkan selera makan.


2. Petua Semulajadi menghilangkan sakit kepala.
Minum air boleh membantu melegakan sakit kepala dan sakit belakang kerana terhidrasi (kekurangan air dalam badan). Walaupun, ia tidak semestinya tepat, namun sememangnya salah satu punca sakit kepala adalah kurang minum air.



3. Awet Muda

Apabila kulit kita cukup kandungan air, ia kelihatan segar dan membuatkan kita awet muda. Auw. Air membantu menyegarkan tisu kulit, melembabkan kulit dan mengekalkan kekenyalan kulit.

4. Meningkatkan Produktiviti ketika bekerja.
Hampir keseluruhan struktur otak dibina dengan air. Pengambilan air yang cukup akan membuatkan kita berfikir dengan lebih baik, lebih peka dan dan lebih fokus.


5. Dapat bersenam dengan lebih baik.
Air dapat mengawal suhu badan. Minum air yang cukup menyebabkan anda akan lebih bertenaga ketika senaman. Air juga mampu melicinkan pergerakan otot.

6. Membantu dalam penghadaman dan Mengelakkan sembelit.
Minum air yang cukup membantu meningkatkan metabolisma badan kerana ia membantu penghadaman. Air dan serat saling memerlukan untuk menghasilkan kesan 'pembuangan' yang selesa.

7. Mengurangkan kekejangan otot.
Air yang cukup membantu melincirkan pergerakan otot dan sendi, seterusnya mengurangkan kekejangan otot.

8. Kurang dijangkiti penyakit dan sentiasa sihat.
Minum air yang banyak boleh membantu mengawal demam dan penyakit lain seperti batu karang dan serangan jantung. Air yang dicampur dengan lemon boleh dijadikan penawar untuk penyakit berkaitan pernafasan, rheumatism dan arthritis. Dengan kata lain, minum air yang cukup boleh meningkatkan imunisasi badan.

9. Mengurangkan keletihan
Badan kita menggunakan air untuk membuang toksin dan bahan buangan lain dalam badan. Jika badan kurang air, jantung perlu bekerja lebih untuk mengepam darah beroksigen keseluruh organ badan, dan ia menyebabkan badan kita cepat letih.

10. Mengurangkan risiko barah. 
Terdapat kajian yang mendapati, minum air yang banyak boleh mengurangkan risiko barah usus dan barah pundi kencing. Air melarutkan kepekatan unsur pembawa barah.


google
- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!