Jumaat, 31 Januari 2014

Umur Kian Singkat, Ajal Makin Dekat

MASA bergerak begitu pantas. Dalam diam kita sudah memasuki tahun baru Masihi 2013. Ia menandakan usia kita kian berganjak dan semakin tua.
Apabila tahun baru menjelma, pasti ramai bersemangat dengan azam baru masing-masing. Apabila ‘wish’ selamat tahun baru, soalan wajib selepas itu pastinya “Apa azam untuk tahun baru?” 

Nak berazam perlu tunggu tahun baru saja ke? Setahun ada 365 hari manakala tahun itu juga adalah himpunan antara hari. Dari hari-hari itulah menjadi setahun. 

Jadi azam tahun baru sebenarnya mesti diukir setiap hari. Jika azam sekadar sebutan dan hanya rutin serta pakej sambutan tahun baru saja, sudah tentu tidak ke mana.Paling tidak hangatnya sekadar hangat-hangat tahi ayam saja. Berazam macam nak rak tapi apabila sampai tahun baru yang seterusnya, satu azam pun tidak tercapai lagi.

Selepas itu, pandai-pandai saja buat azam baru. Setiap hari, setiap waktu umur kita akan bertambah sama ada memasuki tahun baru atau tidak. Hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh berazam ke arah yang lebih baik, sama ada menjelang atau belum tahun yang baru. 

Itulah kehidupan dan jiwa seorang Muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. 

Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah fenomena hidup kita seharian. Hijrah sudah tak jadi gah sehebat sejarahnya. Baca sejarah tapi hilang ceritanya atau rohnya. Jadi sempit dan apabila sudah jadi sempit, kefahaman pun mula mengecil dan apabila kefahaman mengecil, penghayatan pun makin menguncup, hasilnya hijrah tinggal sejarah. 

Ramai yang gagal mencapai azam kerana mereka tidak mempunyai kesungguhan dan beranggapan azam itu tidak penting. Ada juga yang menetapkan azam yang terlampau banyak sehingga tidak sempat untuk dicapai pada tahun itu. 

Azam perlu dibuat secara berperingkat. Selesai satu azam, buat azam baru pula. Sepatutnya tahun baru dijadikan sebagai kayu pengukur kepada apa yang dilalui sepanjang setahun.  Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tahun, mudahlah untuk merancang perkara lebih baik untuk tahun seterusnya. Berusaha berubah kepada yang lebih baik perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa. 

Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam, bermakna mempersia-siakan peluang hidup pada hari sebelumnya. Begitu juga pada azam, tidak perlu menunggu saat tibanya tahun baru. Lakukanlah segera kerana usia tidak akan menanti kita. Perkara yang paling hampir pada diri kita adalah kematian. 

Untuk berubah, demi azam baru, di sini mari sama-sama kita berkongsi tip bagaimana hendak laksanakan azam yang kita pasang selama ini. Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda. 

Mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain berubah sedangkan diri anda sendiri masih berada pada takuk lama. Nanti orang akan cakap yang anda seorang yang cakap tidak serupa bikin. Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai. 

Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa singkat atau dalam tempoh sekelip saja. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah anda akan dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri. 

Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama anda bertangguh untuk berubah maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya. 

Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang. Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri anda tidak dipaksa, anda seolah-olah memanjakan diri anda untuk berubah. 

Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri. 

Apabila anda berjaya melakukan perubahan dalam diri maka anda perlu mengulangi perubahan itu sehingga ia menjadi sebati dengan diri. Jika perubahan hanya dibiarkan begitu sahaja, anda hanya akan berjaya untuk berubah seketika dan selepas itu akan kembali kepada takuk lama. 

Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang anda lakukan. Anda perlu sentiasa melakukannya. 

Kesimpulannya, kita perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih baik kerana ia sangat dituntut dalam Islam. Tapi jangan pula berubah kerana disebabkan orang lain. 

Kita perlu ikhlas untuk berubah demi kebaikan diri anda sendiri. Selepas itu bolehlah mengajak orang lain untuk berubah sama. Jika dilakukan dengan niat dan cara yang betul, insya-Allah orang lain akan dapat berubah seperti yang diharapkan. 

Kita juga mendapat ganjaran pahala jika berjaya mengajak orang lain berubah. Cuma awas berubah jangan jadikan ia upacara bermusim berubah dan beristiqamah sehingga menemui Allah. 

Sesungguhnya Allah menciptakan hidup dan mati itu untuk menguji siapakah yang paling baik amalannya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Umurkiansingkat_ajalmakindekat/Article

Hiperhidrosis - Terlalu Berpeluh / Ikhtiar Dengan Vitamin Shaklee


APAKAH yang bermain di fikiran tatkala melihat seseorang mengelap telapak tangannya sebelum bersalaman dengan anda? Bagaimana pula reaksi anda jika melihat peluh menitis daripada telapak tangan seseorang, sedangkan orang lain dalam keadaan selesa dan santai menikmati cuaca nyaman dan berangin?
Berpeluh adalah satu cara untuk tubuh kita menyejukkan diri. Jika berpeluh disebabkan cuaca panas, ia dianggap biasa. Bagaimanapun, jika baju anda lencun dek peluh yang berlebihan sedangkan orang lain tidak mengalami masalah, ia mungkin menimbulkan ketidakselesaan, kurang keyakinan diri selain dianggap memalukan.
Masalah berpeluh berlebihan dinamakan hiperhidrosis iaitu hiper (berlebihan) dan hidrosis (air) berpunca daripada rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh.

Pengeluaran peluh yang melampau juga boleh berpunca daripada masalah tiroid, menopaus, obesiti, tekanan perasaan atau limfoma (tumor).

Kira-kira dua peratus golongan muda mengalami kes berpeluh berlebihan dan kawasan setempat yang biasa mengalami masalah itu ialah tangan, wajah, kaki dan bawah lengan.

Di dalam tubuh manusia ada dua jenis saraf iaitu saraf berkaitan pergerakan dan sensasi, serta saraf yang tidak dapat mengawal aktiviti badan seperti peluh, nadi serta keinginan buang air kecil atau besar.

Perunding Pakar Bedah Kardiovaskular dan Torasik Pusat Perubatan Prince Court, Dr David Khoo Sin Keat, berkata tangan berpeluh berlebihan menyebabkan gangguan dalam kehidupan seharian, psikologi dan sosial serta masalah dalam bidang profesional.

“Masalah tangan berpeluh menyebabkan kesukaran melakukan rutin harian. Sebagai contoh, pelajar perakaunan berdepan masalah kertas sentiasa basah dan kotor, manakala ejen insurans malu bersalaman dengan pelanggan.

“Bagi pakar kecantikan, dilema dihadapi apabila pelanggan mengadu kepada majikan selepas dia menjalani rawatan kecantikan atau lebih malang lagi, tidak jadi menjalani rawatan selepas ternampak pakar itu berpeluh keterlaluan.

“Juruelektrik pula sukar bekerja dalam keadaan tangan basah kerana mudah terkena kejutan elektrik manakala pembuat roti risau tepung yang diuli terlebih masin akibat peluh pada tangan,” katanya.

Menurutnya, ciri hiperhidrosis ialah berpeluh berterusan, berpeluh tanpa sebab, sekalipun tidak melakukan aktiviti atau bersenam.

Hiperhidrosis berpunca daripada tekanan emosi serta cuaca panas dan peluh hanya berhenti keluar ketika tidur.

Peluh berlebihan tidak berbahaya dan rawatan hanya perlu jika ia begitu teruk hingga menimbulkan rasa malu atau kesukaran di tempat kerja.

“Sejak dulu, pelbagai rawatan dijalankan bagi melegakan simptom seperti menggunakan ubatan tetapi ia tidak menyelesaikan masalah.

“Pesakit disaran menggunakan antipeluh tetapi hasilnya tidak konsisten. Ia lebih sesuai disapu pada bawah lengan tetapi kurang berkesan pada telapak tangan.

“Satu kaedah lain ialah merendam air dalam baldi, kemudian elektrik daripada bateri digunakan bagi memberi kejutan kecil pada tangan.

“Rawatan itu mampu mengatasi tangan berpeluh selama dua atau tiga hari tetapi masalah itu kemudian berulang lagi,” katanya.

Rawatan botoks berkesan bagi mengatasi masalah ini. Namun, mereka yang menderita masalah ini perlu menjalani 50 suntikan pada setiap tapak tangan dengan kesannya hilang selepas enam bulan.

Simpatektomi ialah kaedah rawatan diperkenalkan sejak 1920-an yang kurang popular kerana pembedahan itu menyebabkan luka besar ketika melakukan pemotongan urat saraf yang terletak jauh di tengah tubuh. Pembedahan itu juga mempunyai kesan parut besar.

Torakotomi pula menyebabkan kesakitan selain luka pembedahan lambat sembuh dan berparut. Simpatektomi torakoskopi ialah kaedah rawatan paling bagus iaitu memutuskan saraf tangan dengan membuat tusukan kecil pada bawah lengan.

Selepas bius disuntik, dua tusukan selebar lima mililiter dibuat di bawah lengan. Kamera dimasukkan untuk melihat kedudukan saraf terbabit yang kemudian dipotong (dengan cara dibakar) atau diklip.

Memotong urat saraf dengan membakarnya ialah kaedah lama. Menyekat urat saraf berkenaan dengan klip serta bius adalah kaedah pilihan kerana ia lebih baik. Kaedah ini dijalankan di pusat perubatan itu sejak setahun lalu. Saiz luka akibat pembedahan adalah kecil serta tidak menyakitkan.

“Prosedur menyekat saraf dengan klip terhadap kedua-dua bahagian bawah lengan cuma mengambil masa 15 minit. Pesakit mungkin merasa sedikit tegang pada bahagian pembedahan. Hasil rawatan itu dapat dilihat tiga atau empat jam selepas pembedahan dan pesakit boleh meninggalkan hospital pada hari sama,” katanya.

Dr Khoo berkata kesan sampingan pembedahan itu jarang berlaku. Perpeluhan mungkin beralih ke bahagian lain seperti belakang badan, paha dan abdomen.

Kira-kira 90 peratus pesakit gembira dengan perubahan yang mereka alami kerana tangan tidak lagi berpeluh melampau. Satu laman web khusus bagi mereka yang mengalami masalah peluh berlebihan diwujudkan iaitu www.sweatconnection. com

Fakta penting mengenai hiperhidrosis:

  • Hiperhidrosis dialami dua peratus golongan muda
  • Kawasan setempat yang kerap mengalami peluh berlebihan ialah tangan, wajah, kaki dan bawah lengan
  • Masalah ini terdedah kepada semua individu tidak mengira bangsa atau jantina
  • Berpunca daripada sistem saraf simpatetik yang terlalu aktif
  • Memberi kesan negatif dalam kehidupan seharian dan sosial penghidap

    Rawatan perubatan:
  • Ubat topikal — termasuk antipeluh
  • Iontophoresis — peranti bateri menyampaikan arus elektrik rendah kepada tangan, kaki atau bawah lengan
  • Ubatan oral — termasuk ubat yang menghalang impuls saraf kelenjar peluh atau mengurangkan pengeluaran peluh. Ubat antikeresahan kadangkala ditetapkan
  • Botoks — menyekat sementara blok saraf yang mencetuskan kelenjar peluh
  • Pembedahan — biasanya dikhususkan untuk kes hiperhidrosis teruk selepas rawatan lain gagal

    Pendekatan utama pembedahan:
  • Simpatektomi — dilakukan sejak 70 tahun lalu, ia membabitkan gangguan isyarat saraf pada kulit. Pakar bedah menggunakan sama ada klip pada saraf simpatetik untuk menghalang impuls saraf, memotong atau membakar kawasan saraf terjejas. Prosedur ini lebih berkesan menghentikan peluh berlebihan pada tapak tangan berbanding pada bawah lengan dan kaki.
  • Simpatotomi — pakar bedah memutuskan dua kelompok sel saraf (ganglions) pada saraf simpatetik, menyekat laluan saraf yang menyebabkan peluh berlebihan.
  • sumber

    Kita juga boleh berikhtiar dengan cara pengambilan supplemen tambahan. iaitu dengan amalkan vitamin dari Shaklee:
    Vitamin B :
    * Semua vitamin B, seperti B12, B6, B5 dan asid folik, membantu mengurangkan peluh. Vitamin B mengurangkan berpeluh kerana membantu badan menyingkirkan sisa toksin darah dan dibuang melalui air kencing.
    * Orang yang sangat bertoksik cenderung untuk berpeluh banyak kerana badan cuba untuk membuang toksin melalui kulit.
    * Apabila sistem dalaman berfungsi dengan baik, seseorang secara semula jadi akan kurang berpeluh.
    * Minum air, makan makanan yang sihat, dan mengambil vitamin B boleh membantu mengurangkan beban toksik pada sistem.
    * Vitamin B boleh diambil dalam bentuk tambahan atau mereka boleh didapati dalam pelbagai makanan seperti pisang, telur, kacang dan sayur sayuran hijau.
    Vitamin C :
    * Vitamin C adalah vitamin yang menakjubkan atas sebab-sebab yang begitu banyak.
    * Vitamin C meningkatkan sistem imun, menjadikannya lebih mudah untuk melawan jangkitan dan virus.
    * Vitamin C juga membantu mendetoksifikasi badan. Toksin ditolak keluar melalui saluran penghapusan. Apabila toksin dikumuhkan seperti yang sepatutnya, badan akan kurang berpeluh.
    * Vitamin C boleh didapati dalam buah-buahan sitrus, lada hijau dan bijirin.
    *Anda juga boleh mengambil vitamin ini dalam bentuk tambahan.
    *Untuk hasil yang ketara, ambil 500 mg atau lebih vitamin C setiap hari.
    Ostematrix:
    *Kalsium dan Magnesium jika diambil bersama-sama boleh membantu mengurangkan berpeluh.
    *Satu kekurangan magnesium dalam diet telah menyebabkan bau badan dan peluh berlebihan.
    *Walau bagaimanapun, magnesium memerlukan jumlah yang betul untuk badan menyerap kalsium mn dengan berkesan.
    *Kalsium dan magnesium perlu diambil bersama-sama untuk hasil yang terbaik.
    *Kalsium juga boleh didapati dalam susu dan lobak merah.
    * Magnesium terdapat dalam banyak sayur-sayuran hijau ikan, dan telur.
    Zinc Complex:
    * Membantu untuk mengekalkan fungsi adrenal biasa.
    *Zink telah ditunjukkan dapat membantu mereka yg mempunyai jerawat.
    * Kekurangan zink boleh membawa kepada masalah seperti nafas berbau, bau badan dan jerawat yang teruk.
    *Zink membantu metabolisme.
    *Ambil 50 mg zink setiap hari bersama sama makanan dari pelbagai vitamin dan mineral tambahan
    ------------------------------------------------------------
    Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

    Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
    Facebook Zahirah Dzahir

    Khamis, 30 Januari 2014

    ASTHMA Dan Cegah Dengan Vitamin Shaklee

    Penyakit Asthma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asthma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asthma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

    Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.



    Bagaimana terjadinya Asthma
    • Asthma disebabkan oleh inflamasi / keradangan pada saluran pernafasan.
    • Keradangan ini menyebabkan saluran paru-paru membengkak dan menghasilkan lendir yang berlebihan serta menjadi lebih sensetif.
    • Otot di sekeliling saluran pernafasan akan mengecut dan menyebabkan lapisan saluran pernafasan menjadi sempit.
    • Beberapa faktor pencetus boleh menyebabkan inflamasi dan radang pada salur pernafasan.

    Tanda tanda Asthma

    • Batuk terutama pada waktu malam atau cuaca sejuk.
    • Nafas berbunyi / 'wheezing' (seperti siulan).
    • Rasa ketat / ketegangan di dada.
    • Kesusahan bernafas atau batuk selepas aktiviti fizikal.


    Tanda Tanda Asthma Yang Teruk

    • Kesusahan bernafas.
    • Kesusahan untuk bersuara / bercakap.
    • Kelihatan sangat penat.
    • Kebiruan pada kuku dan bibir.
    • Terdapat lekuk pada bahagian dada apabila bernafas.

    Punca Punca Terjadinya Asthma
    • Senaman
    • Jerebu dan pencemaran udara.
    • Alahan dihidu seperti hama (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
    • Persekitaran yang sejuk.
    • Jangkitan saluran pernafasan, batuk dan selesema.
    • Merokok dan asap rokok.
    • Tekanan emosi.
    • Aspirin dan ubat seumpamanya
    Asthma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan. 





    BAGAIMANA SERANGAN ASTHMA DAPAT DIELAKKAN

    • Kenalpasti faktor pencetus Asthma.
    • Jauhi / elak bahan pencetus Asthma.
    • Menggunakan ubatan asthma seperti yang diarahkan oleh doktor.
    • Bawa anak berjumpa doktor jika terdapat tanda-tanda penyakit asthma.


    ASTHMA DIKALANGAN KANAK-KANAK

    • Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asthma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
    • Bagi kanak-kanak yang menghidapi asthma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.
    • Manakala, 50% - 60% akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 p lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

    Selain ubat ubatan Pesakit Asthma juga di saran mengambil supplemen tambahan untuk sihat tubuh badan dan mennggunakan Inhalers apabila serangan berlaku. Penggunaan Inhalers atas nasihat doktor



    SUPLEMEN UNTUK ASTHMA



    Omega Guard (Asid lemak Omega-3)
    • Kajian klinikal Universiti of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak-kanak asthma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak yang mengambil placebo.
    • Kajian penyelidik Jepun keatas 32 pesakit COPD (chronic obstructive pulmonary disease) yang diberi supplemen omega-3 mendapati, selepas setiap 3 bulan tahap kesihatan mereka semakin baik berbanding mereka yang tidak diberi omega-3.
    • Penyelidik mencadangkan sokongan nutrisi yang mengandungi asid lemak omega-3 adalah selamat dan praktikal untuk merawat masalah berkaitan peparu dan pernafasan.


    NutriFeron (interferon semulajadi Shaklee)
    • Seperti yang kita tahu, asthma dicetuskan oleh serangan alergen, manakala sistem imun pesakit tidak dapat bertahan terhadap serangan tersebut. Asthma pada kanak-kanak menunjukkan ada keradangan melampau di laluan udara. 
    Bagaimana interferon membantu? 
    • Penyelidik menemui keupayaan interferon menghalang populasi sel imun yang mencetuskan asthma. Secara semulajadi 1 kelas sel limfosit T yang dikenali sebagai T helper 2 cells (Th2 cell) membantu melindungi menentang jangkitan dengan merembeskan bahan kimia untuk meransang pembengkakan; tetapi dalam sesetengah individu, sel Th2 boleh menyebabkan tindak balas alergik kepada sel normal yang tidak berbahaya seperti pencemar dan debunga. Apabila sel Th2 menjadi reaktif kepada tersebut, ia mencetuskan semua proses pembengkakan yang biasa terhadap penyakit alergi seperti asthma dan ekzema.
    • Journal of Immunology mencadangkan interferon digunakan untuk terapi pesakit asthma. Interferon akan menghalang pembentukan sel Th2 dan kestabilannya dengan memberhentikan perembesan asthma-causing chemical lalu memberhentikan simptom asthma.

    Testimoni







    Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
    Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


    Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
    ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

     * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

    Rabu, 29 Januari 2014

    Rosak Juga Akhirnya..Mesin KENWOOD Chef

     Assalamualaikum..

    Al kisahnya beberapa lama yg dulu..akhir tahun 90an..masa saya masih study..my mom ada la beli mesin wat kek (dulu semua mesin yg buleh uli tepung sya kata mesin kek) jenama Kenwood..kira mesin Kenwood ni mmg best la..especially masa raya..nak buat kuih ka kek ka mmg senang..

    tapi masa berlalu tahun demi tahun..my mom jarang dah wat kuih muih ni..so mesin kenwood ni disimpan rapi selama bertahun2..sepanjang masa tu mmg x penah bwk kluaq n guna..sayang katanya..tersimpan rapi dalam kota..

    tetiba baru2 ni..bulan 1.2014..terbuka hati dia nak guna balik..semangat my mom bwk kluar dari kotak..polish n lap smpi bersih..

    saya kata meh kita cuba pasang tengok mesin tu berfungsi dak..almaklumlah dah lama mesin tu "tidoq"..saya pun cucuk suis n pusing ja putaran mesin tu..tetiba..

    POPP..1 letupan kecil berlaku, skali ngan asap kluaq n skali ngan bau hangit..

    haa..apa lgi..maksudnya..mesin Kenwood tu rosak la..my mom sikit punya simpan x guna takut rosak..alih2..nak guna rosak jgak..so..nak buat camna..buat camna lgi..my mom masukkan dalam kotak balik n simpan bagi mesin tu tidoq terus..tetap nak simpan sayang katanya...






    - mummy ira -

    Selasa, 28 Januari 2014

    Cara Atasi Sakit Kepala - Vitamin Migrain


    Sakit kepala pasti mengganggu aktiviti harian terutama jika ia dikategorikan sebagai migrain.
    Ia membabitkan penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Kebiasaannya perjalanan darah mengurang di belakang otak dan merebak ke bahagian depan. Apabila saluran yang menguncup itu mengembang, ledakan darah dengan tiba-tiba mencetuskan rasa sakit yang kuat. 
    Migrain dikesan menerusi denyutan, kadangkala sakit yang kuat dan biasanya di bahagian sebelah kepala. 
    Selain itu, deria pendengaran dan pemandangan menjadi semakin sensitif. Apabila ia berlaku, pilihan paling mudah untuk meredakannya adalah menggunakan pil penahan sakit.
    Tetapi jika digunakan secara berterusan, ia boleh mengurangkan kesan diingini dan rasa sakit juga tidak mampu dihilangkan.
    Antara penyebab migrain: 
    • Kekurangan zat dan nutrisi 
    • Faktor keturunan 
    • Kesan pengambilan ubat-ubatan 
    • Wanita yang mengalami haid 
    • Terlalu banyak mengambil kafein 
    • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat. 
    Antara panduan mengurangkan sakit kepala: 
    • Senaman pilihan terbaik malah ketika bergerak aktif, daya tahan seseorang itu akan meningkat dan mengurangkan tekanan serta tidur juga lebih nyenyak. 
    • Minum air sebaik-baiknya lapan gelas air sehari. Kekurangan air antara penyebab utama sakit kepala. Jika tubuh tidak mendapat bekalan air mencukupi, tubuh mula menyimpan cairan sedia ada dan menyebabkan sakit kepala atau migrain. 
    • Jangan lupa makanan ringan kerana apabila tubuh tidak mendapat sumber makanan diperlukan untuk tempoh tertentu, ia menyebabkan kekurangan gula dalam darah. Untuk meredakan masalah itu, ambil makanan ringan seperti epal, coklat atau gula-gula agar kandungan gula dalam darah kembali normal. 
    • Pastikan tidur mencukupi iaitu lapan jam sehari. Terlalu banyak tidur atau sedikit tidur boleh menimbulkan sakit kepala. 
    • Apabila terlalu lama menghadap komputer, luangkan masa berehat seketika dengan berjalan sambil mengambil udara segar atau bersandar ke kerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan. 
    • Elak terkena cahaya terang atau pancaran matahari bagi mengurangkan sakit kepala. 
    • Ambil kain lembut dan basahkannya dengan air sejuk, kemudian letakkan di kepala dan leher bahagian belakang. Untuk bahagian mata, ambil tuala kecil dan rendam dalam air suam, letakkan pada mata beberapa minit. Ulang beberapa kali. Cara ini boleh melegakan sakit kepala. 
    • Berfikiran positif dan tenang membantu diri untuk mengurangkan sakit kepala. 
    • Untuk petua menggunakan bahan semula jadi, boleh menggunakan beberapa biji limau kasturi (saiz kecil) yang diperah atas kepala satu persatu. Ketika memerah limau, ramas rambut dan picit kepala untuk memudahkan perjalanan darah. Kulit limau pula boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air bersih dan kemudian jirus air berisi kulit limau ke atas kepala dan badan. Lap tetapi jangan hilangkan bau limau kasturi kemudian tidur seketika.
    harian metro

    Alternatif Elak Kanser

     Assalamualaikum

    Lebih 90% statistik menunjukkan golongan wanita lebih terdedah kepada kanser dan hampir kesemuanya disebabkan kanser payu dara yang mana menjadi salah satu pembunuh kepada golongan wanita.
    Bagaimanapun, masih ada baki 10% untuk lelaki juga menghidap penyakit ini dan terdapat sekurang-kurangnya satu peratus menunjukkan lelaki juga ada potensi untuk terkena kanser payu dara. Kanser masih boleh dicegah dari awal jika kita mampu mengawal gaya hidup, makanan dan kesihatan diri secara konsisten dan seimbang. Justeru Gen Y ingin berkongsi 15 jalan mudah untuk kita semua, baik lelaki mahupun wanita yang masih belum terlewat untuk mengelakkan diri daripada terkena virus pembunuh ini.
    1. Kubis jeruk
    Masukkan kubis jeruk dalam hidangan harian anda. Mungkin anda boleh cuba hidangan ini kerana kerana mengikut satu pemerhatian dan kajian pakar di Finland, makanan yang melalui proses penapaian akan menghasilkan beberapa sebatian yang boleh menghalang kanser. 
    Jika anda membelinya di dalam tin, bilas kubis jeruk untuk mengurangkan natrium sebelum anda makan. Jika tidak boleh atau biasa dengan rasanya, anda boleh mencubanya sesekali dalam hidangan berat sama ada makan tengahari ataupun hidangan makan malam. 

    2. Sayur brokoli
    Apa kata kali ini kita tukar pilihan sayur kepada jenis brokoli. Sayur brokoli adalah makanan terbaik dalam menentang kanser jika anda mengambilnya setiap hari. Brokoli lebih baik jika anda mengukus untuk menjadi makanan kudapan atau ditambah ke dalam sup atau dijadikan salad. 

    Elak masak di dalam gelombang mikro kerana ia menghapuskan 97% flavonoids dalam brokoli.

    3. Kacang Brazil
    Sekiranya anda jenis yang gemar mengambil salad sebagai salah satu hidangan harian, kali ini cuba tambah kacang Brazil di dalam hidangan itu kerana ia kaya dengan selenium, iaitu sejenis mineral yang boleh membunuh sel kanser dan membantu sel membaiki DNA.

    Kajian dan satu penyelidikan oleh Harvard mendapati 1,000 lelaki yang menghidap kanser prostat yang mempunyai tahap darah tinggi selenium, berjaya kurangkan 48% sakit ini. 

    Kajian yang dilakukan di Universiti Cornell dan University of Arizona menunjukkan yang 200 mikrogram selenium setiap hari tanpa membuang kulit kacang Brazil mengurangkan 63% risiko tumor prostat, 58% kanser kolorektum, 46% kanser paru-paru dan 39% sakit kanser secara keseluruhan.

    4. Kalsium dan vitamin D
    Ambil kalsium bersama vitamin D sebagai makanan tambahan. Menurut kajian Fakulti Perubatan di Dartmouth, Amerika Syarikat, makanan tambahan seperti kalsium bersama vitamin D membantu mengurangkan polip kanser iaitu sejenis risiko mendapatkan kanser kolon pada orang yang mempunyai masalah ketumbuhan.

    5. Bawang putih
    Bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh merangsang sistem imun semula jadi untuk menentang kanser dan juga mengurangkan pertumbuhan tumor. Ia begitu baik untuk dijadikan alternatif bagi mengelakkan kita dari virus kanser.

    Ada kajian mengatakan bawang putih boleh mengurangkan insiden kanser perut. 

    6. Beri biru
    Dengar seperti rutin makanan barat namun itulah yang baik untuk menjaga kesihatan diri dan sekali gus mampu mengelakkan diri daripada kanser dengan mengambil beri biru ke dalam hidangan terutamanya sarapan. 

    Buah beri biru adalah buah yang terbaik kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Antioksidan meneutralkan radikal bebas di mana terdapat sebatian yang tidak stabil yang boleh merosakkan sel dan menjadi punca kepada kanser.

    7. Sos perapan
    Banyakkan sos perapan untuk makanan bakar atau setiap kali aktiviti jamuan BBQ anda. Daging yang dipanggang atas api boleh mewujudkan pelbagai jenis bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser. 

    Namun, kajian yang diperoleh dari Institut Kajian Kanser Amerika Syarikat mendapati salutan daging dengan sos perapan yang tebal mampu mencegah terdedah dengan api secara langsung dan mengurangkan jumlah bahan kimia. 

    Adalah lebih baik anda masak daging anda di dalam ketuhar terlebih dulu sebelum mula gril di atas api agar daging anda masak sempurna.

    8. Air kosong
    Menurut kajian dari Jurnal Perubatan The New England pada tahun 1996 mendapati lelaki yang meminum lapan gelas air kosong setiap hari membantu menyingkirkan risiko kanser pundi kencing. 

    Wanita yang minum banyak air kosong pula membantu mengurangkan risiko kanser kolon. Penggemar minuman air kosong membantu mengurangkan risiko kanser sebanyak 45%.

    Namun kebaikan dan kesan positif terhadap pengambilan air kosong tidak perlu lagi diperkata kerana sudah terbukti menerusi banyak kajian yang air kosong sememangnya baik untuk sistem badan kita.

    9. Teh hijau dan teh Cina
    Jadikan minuman teh hijau sebagai tabiat sihat berbanding mengambil jenis air kopi lain. Kehebatan teh hijau terbukti di Asia sejak beribu tahun lagi terutamanya bagi masyarakat Cina yang sememangnya menjadikan teh itu sebagai hidangan wajib setiap hari.

    Di barat, kajian baru membongkarkan yang teh hijau membantu menentang pelbagai jenis kanser. Para saintis percaya bahan kimia yang terdapat di dalam teh hijau yang dipanggil EGCG adalah salah satu bahan yang paling hebat melawan kanser.

    10. Ikan salmon
    Kajian dari Australia mendapati sesiapa yang mengambil empat atau lebih hidangan salmon setiap minggu mampu menentang kanser leukemia, myeloma dan non-Hodgkin lymphoma. 

    Salmon sememangnya sudah terbukti khasiat yang terkandung padanya berdasarkan beberapa kajian lain sebelum ini. Salmon, makerel, halibut, sardin dan tuna turut membantu mengurangkan risiko kanser endometrium terhadap wanita. 

    11. Jemur diri
    Berjemur 15 minit setiap hari adalah salah satu alternatif yang boleh mengelakkan diri kita daripada kanser. Cahaya matahari mengandungi vitamin D dan tahukah anda yang kekurangan vitamin D meningkatkan risiko kanser termasuk payudara, kolon, prostat, ovari dan perut. 

    Begitu juga penyakit diabetes, osteoporosis dan tekanan darah tinggi. Sesekali melakukan aktiviti luar di bawah cahaya matahari selama 15 minit tidaklah menggelapkan kulit anda tetapi membantu mengelak kanser.

    12. Buah kiwi
    Pilih kiwi sebagai buah pilihan. Buah kiwi membantu melawan kanser kerana kandungannya yang kaya vitamin C, vitamin E, lutein dan zat besi. Petua melembutkan isi daging adalah dengan menggosok hirisan buah kiwi pada daging yang mempunyai lemak.

    13. Minum sitrus
    Jadikan buah sitrus sebagai minuman harian bagi menggantikan pilihan kebiasaan lain selain air kosong yang sudah tentunya menjadi pilihan wajib. Pengambilan buah sitrus seperti lemon dan limau mampu membantu mengurangkan risiko kanser mulut, tekak dan perut.

    14. Makanan organik
    Makanan organik ditanam tanpa sebarang penggunaan racun perosak di mana racun perosak boleh menjadi punca kerosakan sel yang akhirnya menjuruskan kepada kanser. Pilih dan carilah jenis makanan ini untuk dijadikan hidangan baru.

    15. Vitamin
    Ambil multivitamin setiap pagi. Banyak kajian mencadangkan untuk mendapatkan tahap kesihatan yang terbaik, jangan lupa mengambil vitamin dan mineral kerana ia membantu memperbaiki fungsi sistem imun dan membantu mencegah pelbagai jenis kanser. 

    Sijil Halal Shaklee 2014

    Produk Shaklee Malaysia adalah HALAL!



    Sebanyak 28 produk makanan tambahan Shaklee telah disenaraikan di dalam sijil ini.

    SIJIL HALAL SHAKLEE 2014
    SIJIL HALAL SHAKLEE 2014

    Sijil halal ini sah sehingga 31 Disember 2014, dan akan dikemaskini lagi selepas itu.

    Sijil Halal Shaklee

    Buat pengetahuan semua, produk Shaklee dihasilkan dan dibungkus di USA sebelum diimport dan dibawa masuk ke dalam Malaysia. Setiap negara mempunyai badan pengeluar sijil halal sendiri, seperti JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) di Malaysia. Manakala di USA (United States of America) :

    1. Islamic Food and Nutrition Council of America (INFANCA)
    2. Islamic Services of America (ISA)


    Justeru, untuk produk Shaklee ini, telah pun mendapat sijil halal yang sah daripada ISA. ISA ini pula merupakan badan yang diiktiraf oleh JAKIM


    Anda boles download senarai penuh badan-badan yang mendapat pengiktirafan JAKIM bagi mengeluarkan sijil halal produk-produk yang dibawa masuk ke Malaysia di SINI.



    Bolehlah baca lebih lanjut tentang ISA di SINI

    Akreditasi halal (klik)

    Jawapan JAKIM sendiri tentang isu halal Shaklee di FanPage JAKIM (Facebook)


    InshaALLAH, mudah-mudahan entry saya kali ini membantu anda supaya lebih yakin dengan Shaklee. Halal dan berkualiti tinggi


    Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA   khas untuk anda.
    Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


    Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
    ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

    Isnin, 27 Januari 2014

    Testimoni Menyusu dengan Alfafa Shaklee

    testimoni dari SIL saya..Puan Wan Haziatul saya yang makan vitamin Alfafa untuk menyusu..





    kalau ada sesapa yang inginkan supplemen Shaklee ni jangan malu..jangan segan,contact saya..kalau nak guna ID saya pun boleh..

    Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee  untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

    Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
    Facebook Zahirah Dzahir