Rabu, 31 Disember 2014

Harga Baru RON95, RON97 , Diesel Berkuatkuasa 1 Januari 2015

Assalamualaikum..

 google

Berita gembira untuk semua..Harga petrol turun 35 sen, diesel 30 sen akan berkuatkuasa tengah malam ini.. 1 Januari 2015..

Kalau tak harga RON95, RON97 , Diesel sebelum ni..1 Disember 2014

-RON95: RM2.26 Sen Seliter
-RON97: RM2.46 Sen Seliter
-Diesel: RM2.23 Sen Seliter
 
Harga Terkini RON95, RON97 , Diesel untuk 1 Januari 2015 

RON95: RM1.91 Sen Seliter
RON97: RM2.11 Sen Seliter
Diesel: RM1.93 Sen Seliter

sumber BH Online

*  dah harga minyak turun, pakat tunggu pulak harga barang turun ka dak..

- Mummy Ira - 

Selasa, 30 Disember 2014

Bawa Sefamily Main Bowling Di Sky Bowl Pasific Star Parade

Assalamualaikum..

Baru ni saja bawak anak2 pi main bowling, kira pi sefamily. Ikutkan tak bawak kembar kecik 2 org tu..takut nanti depa kacau. Tapi Cik Husband kata tak bawak pun kesian, so bawak la jugak. Kami pi main kat Sky Bowl di Pacific Star Parade Alor Setar. Orang tak ramai tak, lane banyak kosong. Main pun 2 games, tak lama coz kembar buat perangai nak main sama.

 ada jual makan n minum


abah  ngajar anak cara buat balingan
 nak bagi diam bagi makan
 dok sat ja, bangun pakat dok berjoget plak
 tak mau main boleh urut badan
 ni cam kedai nak beli bola bowling ka, nak service bola ka..

boleh la skali skala ak bawak sefamily pi main. Bagi saya tempat ni ok coz lepas abes main nak pi shopping pun boleh coz Sky Bowl ni memang dalam Supermarket pun...

- Mummy Ira -

Info Suka Suka - Jam Tangan Di Tangan KanaN Atau Kiri

Assalamualaikum..

Semua orang pakai jam tangan. Tak kira kanak2 ka dewasa ka warga emas ka mesti pakai. Ada juga sesetengah yang tak pakai jam tangan..rimas katanya. Termasuklah saya. Masa belajar dulu ja saya pakai jam tangan. Habis belajar, mula kerja tak pakai dah. Nak tengok jam, tengok kat dinding, tak pun komputer, tak pun henset. 

Pakai jam ni pulak ada macam2 cara pakai, ada pakai kat tangan kiri..ada pakai kat tangan tangan kanan. Ada juga yang buat personaliti  sapa pakai jam tangan kanan tu camna orangnya. Begitu juga sebaliknya yang pakai jam tangan kiri.

Ni info saja suka suka tau..jangan ada yang percaya pulak..kalau ada yang sama , kebetulan ja tu. K ..


- Mummy Ira -

Isnin, 29 Disember 2014

7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang

Assalamualaikum..

Kaedah dalam mendidik anak-anak supaya cemerlang sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.

Menurut Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama:

Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua: 

Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga:

Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat: 

Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.


1. Kaedah pesanan dan arahan.

 Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak
  • Mengenai solat di awal waktu
  • Adab dengan orang tua-tua
  • Adab dengan guru
  • Adab dengan kawan-kawan
  • Tugas harian di rumah
  • Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
  • Tatacara makan mengikut sunnah nabi
  • Cara belajar yang berkesan
  • Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
  • Keselamatan jalan raya
  • Tanggungjawab melindungi adik-adik.
2. Kaedah BerceritaKaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal jawab

 
Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab. Bersoalajawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.


4. Kaedah merujuk pengalaman lalu

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.


5. Kaedah nasihat dan teguran

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.

Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.


6. Kaedah bermain dan bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.


7. Kaedah latihan yang berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a. Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b. Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur. 


-Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Belajar..Belajar..Belajar..

Assalamualaikum..


Kadang kadang ada sesetengah ibu bapa yang nak anak berjaya sruh belajar ja. Nak buat apa pun tak boleh. Nak tengok tv tak boleh, nak main tak boleh, kira masa tu 90% di habiskan untuk belajar. Ada sesetengah anak yang memang boleh ikut rules tu 100% ok la tapi kalau anak yang tak boleh ikut rules tu susah jugak. Boleh naik stress anak tu. Nak lawan cakap parents tak boleh psai cakap parents kata ikut cakap depa terbaik.

Rasanya tak salah kot bagi kelonggaran anak dalam belajar. Biar ada caranya, ada langkahnya.

Cam kata Dr Syukri Abdullah..

MARATON ... Bukan PECUT 100 Meter
Itu Kalau Mahu Anak Cemerlang

Mahu Anak Cemerlang ?
Memang kena studi kuat.
Tetapi ...
takkan studi memanjang.
Biarlah juga dia ...
- melekat kat TV ...
- lepak2 dgn kawan ...
- memanjang dgn handphone ...
- asyik merapu dgn facebook ...
- seronok berpacaran ...
- ralit dengan hame komputer ...

Teori mana ni yg dipakai ...
Nasihat siapa ni yg didengar ...

NO WAY ! NO GO ! NO ROAD !

Semua orang tahu ....
Nak anak cemerlang
Nak dia 5A UPSR
Nak dia skor PT3
Nak dia cemerlang SPM.

Dia kena berMARATON.
Dia tak boleh pecut sekilat 100 meter.

Maraton ....
Bermaksud usaha berterusan, bersungguh2 dan istiqamah dari bulan Januari hingga akhir tahun sama ada setahun, 2 tahun (SPM Tkn 4 dan 5) atau 3 tahun (UPSR Thun 4,5,6 / PT3 Tkn 1,2,3).

Pecut 100 Meter
Studi 500% bersungguh2 - 3 bulan, 2 bulan malah 1bulan sebelum exam. Studi, studi, studi sampai tak tidur, sampai lupa makan ... maklumlah nak pulun pulun pulun sebulan dua terakhir.

Justeru kalau Mak-Ayah asyik manjakan anak dgn pelbagai KEMAHUAN tetapi ambil mudah dengan KEPERLUAN ... maka sorrylah KECEMERLANGAN jauh ... nun jauh untuk direalisasikan.

Malang kerana:
Terlalu manjakan anak ...
Tak tergamak nak:
-- susahkan anak dengan studi setiap hari
-- payahkan anak dengan tinggalkan gajet dan hiburan
-- rumitkan anak dengan latihan, latihan, latihan
-- sibukkan anak degan studi, ulangkaji, latihtubi, hafalan dsb.

"Kesian kat dia"
"Isssh budak lagi ... biarlah dia main sama"
"Ya lah ... remaja ni nak juga enjoy life"
"Tau lah ... tapi takkan studi. Ni cuti. Ni hujung minggu !"

SALAH, SALAH, SALAH, SALAH, SALAH, SALAH. Cukuplah peringatan sedikit untuk hari ini.


Semua juara, johan dan yang terulung dalam sukan, bidang agama, perniagaan, hiburan, akademik ... malah apa jua bidang hanya berjaya kerana PULUN, PULUN PULUN, PULUN.
(Pulun: ikut Kamus Dewan "bersungguh-sungguh")


sumber FB  Dr Syukri Abdullah..

Tip Kurangkan Gejala "Gedik" Dikalangan Anak Perempuan

Assalamualaikum..

GEDIK adalah istilah terkini yang merujuk kepada aksi anak gadis yang menunjukkan gelagat yang agak 'menggatal' pada bahasa pasarnya. Ia menggambarkan naluri keinginan seorang anak gadis yang agak berlebih-lebihan untuk menarik perhatian lelaki.

Ekoran dari paparan isu tentang gejala zina atau seks bebas dan buang bayi kelmarin, maka ramai ibubapa yang tampil merujuk, khususnya tentang kebimbangan ibubapa terhadap anak gadis mereka yang kelihatan gedik.

Sebenarnya ramai juga sebelum ini kalangan ibubapa yang meminta kami kongsikan beberapa tips untuk mencegah atau mematikan budaya ini di kalangan anak gadis mereka. Kini kami rasa sudah sampai masanya untuk kami kongsikan. Namun kami tidak mengharapkan perkongsian ini boleh diterima bulat-bulat oleh kebanyakan ibubapa kerana ada yang melibatkan konflik dengan minat dan nafsu ibubapa itu sendiri.

PERANAN BAPA

Untuk mengelakkan kerakusan naluri seorang gadis terhadap lelaki, ia memerlukan satu konsep 'imuniti' dari lelaki juga. Peranan ini harus dimainkan oleh bapa kandungnya sendiri sejak anak itu kecil lagi. Antaranya ialah dengan membanyakkan 'body contact' seperti dakapan dan kucupan bapa terhadap anak itu sejak kecil.

Bau hormon lelaki yang bersifat melindungi dari dakapan dan ciuman kasih seorang bapa yang diamalkan sejak kecil itu boleh mematikan atau 'mendidik nafsu' anak terhadap lelaki. Ia mampu memberikan satu pendidikan kepada anak gadis untuk membezakan tahap keikhlasan dan kekejaman seorang lelaki.

Pada masa yang sama amalan yang diamalkan sejak kecil ini juga berkesan untuk mengelakkan fenomena haruan makan anak. Sang bapa juga akan semakin kasih dan bersikap melindungi anak gadisnya apabila ia diamalkan sejak kecil secara istiqomah. Ibarat manusia yang memelihara haiwan kesayangan yang boleh dimakan seperti arnab, kuda, ayam, burung dan sebagainya. Biasanya kita tidak akan lalu memakan daging haiwan kesayangan itu apabila disembelih dan dimasak.

Anak gadis yang sudah rapat dengan bapa juga akan lebih matang dan bijak menilai kualiti seorang lelaki dan tidak jadi rakus untuk menerima sebarang lelaki sewenang-wenangnya. Si bapa pula akan jadi pakar rujuk untuk membantu anak gadisnya menilai lelaki yang baik untuknya. InsyaAllah anak ini akan terlindung melalui bantuan furqon dan perlindungan dari ayahnya atau melalui suami yang baik yang berjaya di pilihnya.

LATIH ANAK GADIS DENGAN SIFAT MALU SEJAK KECIL

Salah satu daripada usaha ke arah ini ialah dengan mengenakan pakaian yang sopan termasuk bertudung mengikut kehendak Allah sejak mereka kecil lagi. Amalan ini akan menjadikan anak kita mengamalkan sesuatu yang betul sejak kecil. Oleh itu jika kita tidak pasti bilakah saat nafsu anak kita terhadap lelaki akan terbit, maka mulakan sahaja sejak kecil.

Masalah besar yang menyukarkan anak gadis kita untuk mengubah penampilan dengan bertudung dan berpakaian yang syariah compliance hari ini ialah kerana mereka tidak dibiasakan sejak kecil. Mereka akan merasa teragak-agak dan keberatan untuk mengubah penampilan baru mengikut kehendak Allah kerana sudah terbiasa dengan amalan mendedahkan aurat dan gedik.

Seterusnya didik anak gadis kita agar tidak terlalu bebas bercampur dengan lelaki sejak kecil lagi, iaitu di peringkat pra-sekolah lagi. Bukan tidak boleh bercampur langsung, tetapi ajar mereka adab sopan sejak kecil agar mereka tahu membataskan diri mereka mana yang wajar dan sebaliknya. Jangan izinkan anak kita duduk terkangkang, terlompat-lompat, ketawa mengilai-ngilai, terjerit-jerit, dan lain-lain aksi kasar di hadapan bukan muhrim mereka.

Hari ini ibubapa tidak langsung memerhatikan semua perkara kecil sebegini. Malah ramai ibubapa yang dengan bangga membelikan pakaian yang ketat atau singkat untuk anak mereka. Maaf cakap kadangkala sengaja diajar anak gadis mereka menyanyi dan menari dengan lenggok yang sangat mengiurkan.

Kajian kami menunjukkan kita tidak perlu membiarkan anak kita dilihat beraksi begitu di depan lelaki buaya di luar sana. Cukup dengan bapa tiri, abang kandung, sepupu, bapa saudara, rakan sebaya yang berada di kejiranan yang biasa juga boleh terangsang untuk terbit keinginan memperkosa mereka. Jika anak gadis kita boleh dibiarkan berpakaian dan beraksi begitu, itu tanda kita dan anak kita berada pada tahap jahil. Pastinya golongan lelaki yang melihat mereka juga sejahil itu kerana kita berada pada zaman yang sama.

KESIMPULAN

Banyak sekali kes perkosaan di usia muda. Sedihnya ramai ibu bapa yang tidak tahu kerana ia tidak banyak tandanya. Anak itu tidak hamil kerana belum sempurna fungsi peranakannya tetapi sudah di barai sejak kecil.

Sebahagian dari musibah ini disebabkan kegilaan lelaki syaitan bertopengkan manusia dan tiada kaitan langsung dengan kehendak anak itu. Tetapi tidak salah jika kita mengambil langkah berjaga-jaga, mengikut petunjuk dan kehendak Allah sejak mula. Jangan sampai terjadi anak gadis kita di perkosa depan belakang, lalu dibunuh dengan kejam selepas ‘kerja’ syaitan ini selesai sepertimana yang dilapurkan berlaku di media.

Gejala gedik ini bermula terbitnya sejak kecil lagi dalam diri anak gadis kita. Oleh itu pencegahannya juga harus bermula sejak kecil, sejak mereka mula boleh bercakap dan faham apa yang kita katakan. Jangan pandang remeh dengan mengatakan anak itu belum ada nafsu kerana yang kita takuti ialah lelaki buaya yang memandang mereka itu sangat bernafsu sekali.

Jangan lupa fenomena haruan makan anak. Sekalipun anda adalah ayah kandung anak gadis anda, anda harus mulakan amalan ini (jika mahu mencuba) sejak kecil agar anda benar-benar menjadi 'tidak ada selera' untuk merosak anak sendiri. Bagi ayah tiri kami tidak melarang namun ia harus dimulakan lebih awal lagi, bukan ketika anda dapat anak tiri yang sudah remaja lalu anda peluk ciumnya.

Pendidikan itu wajib bagi setiap individu, dari buaian sampai ke liang lahad. Jadi biar siapapun kita, biar berapa umur kita, berapa tinggi pangkat kita, berapa banyak sijil kita, janganlah berhenti belajar dan menimba ilmu. Dan kami di RPWP juga masih belajar dan akan terus belajar.

Jadikan apa yang kami kongsikan ini satu tips, bukan satu ketetapan. Jika anda ada teknik yang lebih baik dan rasional, sila kongsikan di ruang komen. Lebih baik jika melalui inbox agar tidak menimbulkan fitnah. Semuga bermanfaat.

sumber FB Warga  Prihatain

Ahad, 28 Disember 2014

Tak Puas Hati, Mengadu Terus Ke Laman / Media Sosial


Assalamualaikum..

Baru baru ni saya ada post satu artikel yang saya share kat FB tentang.."Jururawat Biadap Di Alor Setar Akhirnya Disiasat KKM ". Tak sangka pulak dapt respon dari pembaca. Pakat komen, like n share. Ada yang luah tak puas hati tentang sikap jururawat, ada yang ok. Saya rasa, nasib kot kalau kita dapat yang baik2. 

Rasanya sebelum ni kita dok dengar psai jururawat garang la biadap la dan macam2 lagi. Tapi tak pasti pulak kalau ada patient yang buat report dan jururawat tu kena tindakan. Maybe juga ada sesetengah patient yang tak mau bising2. Biar je laa

Kali ni, pengadu ni terus adu kat laman / media sosial. Maybe tak tahan sangat kot dengan perangai jururawat ni siap ambil gambar lagi. Semua orang tau..semua orang boleh baca. Ada juga yang kenai jururawat tu walaupun pic tu diblurkan tang muka. Memang jururawat ni garang kot pasai ada yang memang kenai.

Tapi kesian pulak kat Jururawat yang lain, yang memang buat kerja dan berkhidmat dengan baik, kena juga tempiasnya. Tak semua sama, ada yang ok..ada yang tak..

Nak baca artikel ni dengan lebih lanjut klik sini..

http://sozcyili.blogspot.com/2014/12/jururawat-biadap-di-alor-setar-akhirnya.html






- Mummy Ira -

Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal

Assalamualaikum..

Rasanya ramai yang dah dengar dan tahu lagu Arjuna Beta  nyanyian Fynn Jamal kan. Rasanya juga lagu Arjuna Beta  ni dah lama kluar maybe orang dengar2 gitu ja. Maybe jugak orang tak berapa kenal nama Fynn Jamal ni. . Fynn Jamal yang tidak asing lagi bagi penggemar lagu berunsurkan puisi. Fynn Jamal juga seorang pemuzik, penulis, penyajak. Mungkin ramai yang tahu dengan lagu 150 juta bukan? Fynn Jamal adalah pencipta asal lagu 150 juta.

Tapi selepas ja Fynn Jamal nyanyi utk separuh akhir dalam Muzik Muzik..terus meletop lagu Arjuna Beta ni. Lagu yang berkisahkan kasih sayang dan nasihat seorang ibu kepada anaknya. Sapa yang dengaq memang akan terbuai dengan lirik lagu ni. Patut pun ramai yang nangis malam tu bila dengar dan menghayati lagu nyanyian Fynn Jamal ni.


Lagu Arjuna Beta ini diciptakan khas untuk anaknya, Bakti Arjuna Fitri.  Mungkin ada yang tidak tahu, sewaktu Arjuna dilahirkan, Arjuna menghidapi masalah jantung dan perlu menjalani pembedahan dengan segera pada ketika itu. Alhamdulillah, Arjuna selamat menjalani pembedahan dan kini semakin membesar dengan lincah.

 google
Lirik Lagu Arjuna Beta – Fynn Jamal

Takkan ku biarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah Arjuna Beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah Arjuna Beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

Hiduplah Arjuna Beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah Arjuna Beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Nanti tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda




- Mummy Ira -