Tip Mengekalkan Kelembapan Kulit

By Zahirah Dzahir - 12/08/2013 02:34:00 PTG


1. Minum air kosong sebanyak lapan hingga sepuluh gelas sehari bagi mengekalkan kelembapan kulit.

2. Cuci muka dengan air bersih sebelum tidur. Jika muka tidak dibersihkan, kotoran dan bakteria pada muka boleh menyebabkan jerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Pastikan muka anda dibersihkan sebelum memulakan senaman kerana apabila berpeluh, ia akan mengurangkan kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Setiap kali selepas mencuci muka, amalkan menggunakan penyegar (toner) disusuli dengan krim pelembap bagi membekalkan kelembapan pada wajah.

5. Apabila keluar rumah, jangan lupa untuk lindungi wajah dengan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit dari terbakar.

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!