Pemilihan Warna Bedak Asas Penting

By Zahirah Dzahir - 12/15/2013 12:27:00 PG



Ramai wanita tahu pemakaian bedak asas satu langkah penting mendapatkan solekan segar dan menawan. Namun apa yang wanita tidak tahu pemilihan warna yang tepat akan mempengaruhi penampilan sekali gus memberikan kesan berbeza kepada wanita.
Dalam hal ini, penting mengetahui jenis bedak asas bagi membolehkan aplikasi yang tepat dilakukan pada wajah. Di pasaran terdapat tiga jenis bedak asas iaitu cecair, krim dan padat. 
Bedak asas cecair paling popular kerana ia bersifat lembut, paling mudah digunakan dan sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit kering. Sapuan secara nipis akan menampakkan kulit lebih segar dan menawan. 

Bedak asas krim sesuai untuk kulit bermasalah kerana ia tidak melekit dan mengeluarkan minyak. Walaupun bedak asas jenis ini sedikit pekat, ia mudah dipakai. Elakkan memakai secara berlebihan kerana ia mudah diserap terus oleh kulit. Wanita dinasihatkan menyapu secara berhati-hati bagi mengelak warna kulit menjadi tidak sekata.
Bedak padat pula sesuai untuk semua jenis kulit normal dan sedikit berminyak. Bedak asas jenis ini tidak perlu dicampur dengan bedak lain kerana ia gabungan bedak asas dan bedak.
Bagaimana memilih bedak asas 

-Wanita digalakkan memilih bedak asas paling hampir dengan rona kulit supaya wajah tidak bertompok atau kelihatan lebih putih atau gelap daripada rona sebenar. Setiap kali membeli bedak asas, anda dinasihatkan agar mencuba dulu untuk melihat kesesuaiannya pada kulit. 

-Elakkan membeli menerusi dalam talian kerana warna yang ditunjukkan tidak sama dengan warna sebenar kecuali sekiranya anda sudah mengetahui kod warna. Sebaiknya pilih di butik yang menjual jenama bedak asas itu kemudian sapukan pada bahagian kulit wajah dan bukannya di belakang tapak tangan kerana warna belakang tangan tidak sama dengan rona sebenar wajah anda. 

-Jika masih tidak tahu warna sebenar, pilih seakan sama dengan kulit atau sedikit cerah. Namun bagi yang kurang arif, pilih bedak asas sedikit kekuningan kerana ia sesuai untuk semua jenis kulit. 

-Bagi wanita berkulit cerah, pilih bedak asas dengan sedikit merah jambu, wanita berkulit gelap digalakkan memilih bedak asas coklat atau tembaga manakala mereka yang berkulit perang sesuai memakai bedak asas coklat keperangan. 

Teknik sapuan bedak asas 
-Untuk membuat sapuan, kebanyakan wanita memilih menggunakan berus atau span namun ada juga selesa menggunakan jari. Apa juga yang anda gunakan sebelum memakai bedak asas, pastikan muka bersih daripada peluh dan minyak. Ini bagi mengelak solekan tidak tahan disebabkan kulit berminyak dan kelihatan tidak sekata. 

-Bagi mereka yang rajin mengamalkan petua Melayu lama boleh melakukan urutan wajah menggunakan ais. Ini boleh memberi kesegaran sekali gus menutup liang roma pada kulit muka. 

-Untuk sapuan di sekitar mata, lakukan dari luar ekor mata ke dalam dengan cara bulatan. Sapuan membulat dari luar ekor mata sehingga ke pelupuk mata bagi memberikan kesan sekata. 

-Sapuan yang betul haruslah dengan cara ke atas atau menarik ke arah luar kiri dan kanan dan bukannya menarik ke bawah bagi mengekalkan awet muda.
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!