Tips Memulihkan Bengkak Susu

By Zahirah Dzahir - 4/20/2014 06:22:00 PTG

Assalamualaikum..

Bengkak susu ialah tanda positif anda sedang menghasilkan susu yang cukup untuk menyusukan bayi. Bengkak ini terjadi kerana penghasilan susu yang banyak dan tidak diperah mengakibatkan aerola menjadi keras. Perkara ini berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

Jadi,selalunya ketika bengkak susu, bayi akan sukar untuk melekap pada payudara anda kerana areola( kawasan kulit gelap disekeliling puting) sangat keras.


Jadi bagaimana memulihkan bengkak susu ni?

1) Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap 2 atau 3 jam walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur.

2) Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan.Selang selikan payudara.Pada sesi berikutnya,mulakan dengan payudara yang terakhir dihisap.

3) Letakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah untuk memudahkan pengeluaran susu. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola.

4)Perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul.


5)
Jika masih belum membantu, segera dapatkan rawatan doktor. Jangan lupa inform doktor bahawa anda ibu menyusu.

Yang penting ibu2 diluar sana kena banyakkan bersabar Sabarlah, dan teruskan usaha

Tips sampingan :Pakailah bra menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.Elakkan bra yang berdawai.

Semoga membantu ibu ibu  diluar sana 

Credit

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!