Ambil Tahu 5 Punca Mata Anda Cepat Letih
By Zahirah Dzahir - 2/17/2019 12:02:00 PG
Assalamualaikum
Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar apakah punca
yang menyebabkan mata anda cepat berasa letih. Antaranya adalah..
Terlalu
fokus-
Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti
membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya
akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa
letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau
sebelum kembali menyambung tugasan.
Masalah
mata-
Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan
oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah
kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan
untuk mendapatkan nasihat dari pakar.
Sistem
pencahayaan yang tidak baik-
Sistem pencahayaan
yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot sphincter dan
dilatory untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan
berasa cepat letih.
Bekerja
lebih masa-
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan
mata adalah dengan menonton tv, membuka akaun fb, melayari internet, bermain
telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan
mata anda untuk bekerja lebih masa.
Jarang
berkelip-
Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan
matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda
dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara
berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan
tugas.
sumberhttp://www.top5reason.com/index.php/5-punca-mata-anda-cepat-letih/
0 orang berborak di sini!