Isnin, 30 Disember 2013

Fahami Karektor Si Kembar

Assalamualaikum..


Biarpun lahir pada tarikh yang sama tetapi pasangan anak kembar mempunyai karektor yang berbeza antara satu sama lain. Namun istimewanya, pasangan anak kembar saling mempunyai satu sama lain membuatkan mereka cepat belajar kemahiran sosial.
Bagaimanapun anak kembar biasanya membesar dengan keperibadian yang berbeza daripada pasangannya. Biasanya anak kembar yang lahir awal secara semulajadi mempunyai sifat pelindung, sedangkan saudara kembarnya yang lahir terakhir akan lebih memiliki sifat seorang adik.
Papa dan mama seharusnya mengetahui kebenaran ini iaitu mereka berbeza walaupun hakikatnya serupa. Mungkin ada anak kembar yang mempunyai minat dan citarasa yang sama namun kebanyakannya berbeza karektor dan kesukaan.
Biarkan anak kembar memilih dan melakukan aktiviti yang benar-benar mereka sukai. Cuba dekati satu persatu anak kembar anda dan perhatikan apa kelebihan dan kesukaan mereka. Mungkin dengan cara ini lebih mudah untuk anda mengendalikan kerenah mereka kelak.
Setiap anak mempunyai karektor yang berbeza, jadi tidak wajar sekiranya kita membanding-bandingkan antara satu anak dengan anak yang lain biarpun mereka lahir kembar. Percayalah Tuhan telah menjadikan setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing.
sumber pa n ma

- Mummy Ira -

Pengambilan Sarapan Berkhasiat Menjadikan Badan Sihat

Teringat pesanan orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, jangan abaikan sarapan. Walaupun ia ha­nya sekadar petua, penulis akui sejak zaman persekolahan sarapan wajib diambil sebelum ke sekolah kerana khasiatnya bukan saja untuk fizikal tetapi mental.
Malah pakar pemakanan turut mempunyai pendapat yang sama mengenai kebaikan mengambil sarapan. Malangnya, ramai meninggalkan hidangan pagi ini dengan alasan tidak berselera, tidak sempat makan kerana bangun lambat dan ingin berdiet. 
Kajian terkini menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik. 
Menurut pakar pemakanan, Madhavi Rai, sarapan sumber pertama memulakan hari dan konsepnya sama seperti berbuka puasa. Ini kerana apabila tidur, badan bukan saja berehat tetapi juga berpuasa iaitu membabitkan tempoh tenaga digunakan tetapi tiada yang diganti semula.
Apabila bangun, sarapan bertindak memberitahu badan inilah masa mengelak daripada rasa lapar melampau.
Walaupun hanya me­ngambil snek ringkas, ia sudah cukup untuk membantu mengurangkan berat badan, merendahkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung. 
Pemilihan sarapan yang baik seharusnya membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari. 
Sebaik-baiknya, individu perlu mengambil 300 hingga 500 kalori ketika bersarapan dan ini bergantung kepada aktiviti seseorang. Sarapan yang baik bukan saja menge­nyangkan tetapi mengandungi sumber protein dan karbohidrat kompleks yang memberikan sumber tenaga perlahan untuk kekal cergas sepanjang hari. 
Walaupun jumlah kalori makanan penting, nilai pemakanan harus diambil kira. Bersarapan dengan hidangan kurang berkhasiat boleh menyebabkan pertambahan berat badan terutama bagi mereka yang tidak bersenam atau mempunyai gaya hidup kurang aktif. 
“Jenis sarapan yang patut dielakkan ialah semua hidangan bergoreng seperti ayam dan kentang goreng, makanan mengandungi gula tinggi seperti kek, biskut, wafel dan roti bakar serta makanan berkarbohidrat ringkas seperti roti putih, roti canai dan nasi lemak. 
Jenis sarapan untuk serat tinggi atau karbohidrat kompleks yang patut diambil termasuk gandum, dadih dan bijirin manakala sumber protein terbaik seperti putih telur, ayam, tuna, susu rendah lemak, buah-buahan dan sayur-sayuran,” katanya. 
Walaupun sarapan ring­kas sudah mencukupi, tidak semua memberikan nilai kalori mencukupi. Misalnya secawan minuman coklat dan sekeping biskut hanya memberikan tenaga 150kcal. Sudah tentu ia tidak mencukupi dengan pecahan nutrisi diperlukan tubuh seperti gula, karbohidrat, protein, serat, vitamin dan mineral 
Selain itu, kadar pe­ngambilan sarapan juga bergantung kepada aktiviti fizikal seseorang. Individu yang melakukan kerja fizikal pada siang hari perlu mengambil makanan yang akan memberikan tenaga mencukupi. 
Mereka yang sentiasa aktif bergerak dan tidak mempunyai masa bersarapan boleh mempertimbang­kan membungkus sarapan yang dilakukan pada malam hari. Mereka juga boleh mengambil pengganti hidangan seperti minuman buah-buahan berkhasiat dengan susu dan dadih. Ini akan membendung rasa lapar tiba-tiba pada siang hari berbanding mengambil makanan berat. 
Fakta penting yang harus difahami, mengapa kita makan? Jelas Madhavi, makan untuk menambah dan menyimpan tenaga dalam badan. Malangnya apabila seseorang itu mengambil lebih daripada nilai kalori diperlukan, sebahagian makanan yang dimakan bertukar menjadi lemak. 
Menjadi kebiasaan rakyat Malaysia bersarapan dengan menu berlauk seperti nasi dagang, nasi kerabu dan nasi lemak yang bukan hanya menggunakan beras putih semata-mata tetapi dimasak dengan santan yang menjadikan hidangan terlalu berat. 
“Walaupun ia dianggap biasa untuk orang Asia makan nasi sehingga tiga dan empat kali sehari, saya mencadangkan individu membuat pilihan lebih sihat iaitu mengurangkan pengambilan nasi atau mengelak mengambilnya ketika makan tengah hari dan malam. Sebagai alternatif, mereka boleh me­ngambil menu berkarbohidrat kompleks seperti roti mil penuh dan bijirin manakala penggemar jus buah-buahan atau smoothie boleh mengambilnya setiap pagi,” katanya. 
Untuk itu, pengambilan sarapan berasaskan makanan mengandu­ngi protein tinggi harus diperba­nyakkan bagi membolehkan tenaga dikeluarkan dari semasa ke semasa, sekali gus membendung rasa lapar sebelum makan tengah hari. 
Kanak-kanak yang cenderung menggunakan lebih banyak tenaga daripada orang dewasa harus mengambil makanan mengandungi protein mudah hadam seperti telur separuh masak, susu dan keju, makanan berasaskan karbohidrat seperti roti bakar dan bijirin serta buah-buahan atau madu. 
Ibu bapa harus bijak menyediakan hidangan pelbagai warna dan rasa bagi menarik perhatian terutama kanak-kanak yang sering menghadapi masalah bersarapan. 
“Lobak merah, strawberi, epal dan oren antara hidangan yang mampu menambah selera kanak-kanak. Selain itu, ibu perlu kreatif dari segi pembungkusan makanan menggunakan bekas berwarna-warni. Anak-anak juga boleh terbabit dalam penyediaan makanan supaya mereka lebih berminat pada makanan sihat,” katanya. 
Pilih makanan sesuai 
Jika ada mengatakan sarapan menyebabkan rasa mengantuk serta hilang tumpuan, Madhavi menolak pandangan ini dan menjelaskan individu yang kurang bertenaga dan mengantuk selepas bersarapan disebabkan pengambilan makanan tinggi gula dan karbohidrat, sekali gus menyebab­kan peningkatan tahap gula dalam darah. 
Bagaimanapun, kandungan gula ini akan turun secara mendadak menyebabkan badan kurang bertenaga, lemah, mengantuk serta berkeinginan untuk makan makanan mengandungi tinggi gula dengan banyak. 
“Jadi, amat penting individu memilih jenis makanan sesuai bagi memastikan badan berada dalam keadaan baik. Contohnya, pisang sumber kalium dan mineral terbaik untuk jantung dan menstabilkan tekanan darah. Ia juga terkenal sebagai makanan pelindung ulser perut dan gastrik. Campuran susu rendah lemak, pisang dan buah beri mengandungi vitamin C dan antioksidan yang hebat serta mampu menjadi sarapan berkhasiat terutama untuk mereka yang jarang bersarapan,” jelasnya. 
Walaupun kedengaran agak mustahil, apabila sarapan mampu menurunkan berat badan, itulah hakikatnya. Mereka yang sedang berdiet perlu menjadikan sarapan sebagai pembuka hidangan utama. Ini boleh dilakukan dengan me­ngambil tiga hidangan utama dan dua snek kecil di antara waktu makan untuk mengelak badan daripada memberikan isyarat lapar serta makan dengan lebih kerap. 
“Apabila badan berada dalam keadaan lapar, mereka akan makan apa saja, sekali gus menyebabkan pengumpulan lemak degil dalam badan dari semasa ke semasa,” jelasnya yang mengakui tiada waktu terbaik mengambil sarapan. 
Namun sebaiknya selepas bangun tidur, minum segelas air dan tunggu sehingga 30 hingga 45 minit sebelum makan. Segelas air membantu memberikan rasa selesa, sekali gus menghalang daripada terus mengambil sarapan dengan banyak.
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

Ahad, 29 Disember 2013

Trofi Piala Dunia FIFA Kunjungi Malaysia

Daftar Juara Piala Dunia dari Tahun ke Tahun

EMINAT bola sepak tempatan sekali lagi berpeluang melihat dari dekat trofi bola sepak berprestij yang menjadi dambaan dunia, trofi Piala Dunia yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah semalam.
Trofi berukuran 36.8 sentimeter tinggi dengan berat 6.18 kilogram itu, akan berada di Malaysia bermula 3 hingga 5 Januari ini.

Pengarah Francais Coca-Cola Far East Limited Malaysia, Agustinus Gunadharma berkata, trofi Piala Dunia tersebut akan dipamerkan kepada umum secara rasminya  pada 5 Januari ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Orang ramai akan berpeluang  melihat dan bergambar dengan trofi piala dunia dan peluang ini tidak harus dilepaskan kerana trofi Piala Dunia ini jarang dibawa ke Malaysia.  

“Pihak Coca-Cola, selaku rakan kongsi korporat Fifa juga akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik khusus untuk menghargai peminat bola sepak di Malaysia." katanya ketika berucap selepas merasmikan majlis ketibaan Trofi Piala Dunia di Subang, semalam.

Turut hadir Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Subahan Kamal dan Duta Fifa, Dwight Yorke.

Menurutnya, peminat akan berpeluang berhibur dan menguji kecerdasan fizikal melalui aktiviti permainan bola sepak dan akan turut disajikan dengan tayangan khas yang disediakan selain berpeluang beramah mesra dengan bekas bintang Manchester United, Dwight Yorke.

Malaysia menjadi destinasi ke-56 siri jelajah memperagakan simbol ikonik Fifa tersebut.

Ini merupakan kali ketiga trofi Piala Dunia itu dipersembahkan di seluruh dunia sempena penjelajahan trofi tersebut dan akan mengambil jangka masa 267 hari bagi melengkapkan sesi penjelajahannya ke 88 negara.

Trofi piala dunia ini telah berlepas daripada gelanggang asal kejohanannya di Christ The Redeemer di Rio De Janeiro Brazil pada 12 September lalu dan telah mengharungi perjalanan hampir sejauh 150 ribu kilometer sebelum kembali ke Brazil yang akan menjadi tuan rumah Kejohanan Piala Dunia 2014.


 Juara Piala Dunia Dari Tahun ke Tahun
1930 Uruguay
1934 Italia
1938 Italia
1942 ditiadakan karena perang dunia II
1946 ditiadakan karena perang dunia II
1950 Uruguay
1954 Jerman Barat
1958 Brazil
1962 Brazil
1966 Inggris
1970 Brazil
1974 Jerman Barat
1978 Argentina
1982 Italia
1986 Argentina
1990 Jerman Barat
1994 Brazil
1998 Prancis
2002 Brazil
2006 Italia
2010 Spanyol
2014 ...
 
Negara mana akan dinobatkan sebagai juara..
 
- mummy ira -

Kontroversi Selebreti Paling hangat 2013

Hanya tinggal tiga hari lagi sebelum kita melangkah ke tahun baru iaitu 2014. Apa kata kita imbas kembali rentetan kontoversi yang paling hangat sepanjang tahun 2013. 10 kontroversi paling hangat dan laris di Malaysia melibatkan selebriti tempatan. Jom baca di bawah untuk mengetahui 10 kontroversi itu.

Cinta Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad
Tahun 2013 melakar sejarah paling bermakna dalam kanvas seni Shila Amzah apabila mengembangkan sayap pada peringkat antarabangsa. Di sebalik kejayaan itu, penyanyi yang popular dengan lagu Masih Aku Cinta, terpalit kontroversi kisah cinta hingga mendominasi suasana. 
Siapa tidak tahu percintaan ‘tragis’ Shila dan pelakon, Sharnaaz Ahmad. Hubungan yang tidak mendapat restu ibu bapa Shila itu menjadi bualan ramai bahkan ramai berharap Shila sedar apa yang dilakukan orang tua adalah untuk kebaikannya.
Sikap kurang bijak Sharnaaz menyelar bapa Shila yang juga penyanyi, ND Lala kerana menegur sikap­nya yang terlalu terbuka, memberikan kenyataan mengenai hubungan cinta dan tetap mahu merisik Shila, awal tahun lalu, mengeruhkan lagi keadaan.
Sharnaaz kemudian mengeluarkan kenyataan tidak akan merisik Shila. Kemuncak perjalanan kisah cinta dua anak muda itu, Shila ‘hilang’ seketika berikutan tertekan dengan konflik yang berlaku.
Bagaimanapun Shila kembali ke pangkuan keluarga selepas bapanya membuat laporan polis dan kehilangannya disiar akhbar. Hubungan Shila dan Sharnaaz juga berakhir dan ia menjadi pengajaran buat mereka berdua.

Skandal Adi Putra
Seluruh negara mengikuti perkembangan dakwaan skandal Adi Putra atau nama sebenar, Mohamed Hadi Putera Halim, 32, dengan isteri orang, Nooraida Abdul Mutalib, 30, yang hangat diperkatakan sejak 5 September lalu. 
Mereka dikatakan saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah walaupun baru seminggu kenal menerusi laman sosial Instagram dan kerap berbalas mesej melalui WhatsApp sejak 29 Julai lalu.
Suami Nooraida, Amiruddin Osman, 56, mengesan hubungan itu selepas terbaca SMS mereka, awal Ogos lalu dan membuat laporan di Balai Polis Skudai, Johor. Adi turut membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur, mendakwa diugut lelaki yang mengaku suami peminat wanitanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 
PDRM mengesahkan siasatan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai ‘no further action’ (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya yang boleh disabitkan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan pada 2 Disember lalu.
Dalam sidang medianya, Adi menegaskan dia langsung tidak mengenali wanita itu, apatah lagi saling berhubung seperti didakwa. Keesokan hari, Amiruddin dan Nooraida dalam sidang media meluahkan rasa tidak puas hati dan mahu meneruskan kes itu dengan menyerahkan surat rayuan kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuka semula siasatan kes itu.

Afiq Muiz si Tanggang moden
Krisis hubungan pelakon muda, Afiq Muiz atau nama penuhnya, Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 21 dan ibunya, Hasliza Mohd, 48, bermula apabila Afiq mendedahkan kecewa dengan kenyataan ibunya dalam laman portal, menggelarnya anak derhaka dan mendakwa sikapnya berubah selepas menjalin hubungan dgan pelakon, Eina Azman, 18. 
Afiq mencipta nama menerusi drama Mimpi Cinderella, malu dengan tindakan ibunya mendedahkan perselisihan faham dan hal dalaman keluarga mereka kepada umum.
Lebih terkilan apabila dia dikutuk, dikritik dan dihalau dari rumah apabila keluarga tahu dia berkawan dengan Eina serta menuduh Eina mengikis semua wang simpanannya. Afiq mendakwa, sepanjang tiga tahun menceburi bidang lakonan, hampir 80 peratus wang lakonan diberikan kepada ibunya tetapi sedikitpun tidak dihargai.
Afiq turut mendakwa abangnya pernah memijak kepalanya apabila dia tidak beri wang malah pernah ditipu, kononnya ibu meninggal dunia hanya kerana mereka mahu dia pulang ke rumah dan berikan wang.
Keadaan semakin buruk apabila Eina mahu Hasliza memohon maaf atas tuduhan yang dilemparkan kepada­nya dan akan mengambil tindakan undang-undang.
Kes itu selesai apabila Afiq bersedia memohon maaf daripada ibunya dengan syarat menarik balik semua kenyataan negatif terutama ‘anak derhaka’.

Ashraf Muslim kahwin dua
Imej pelakon yang mendirikan rumah tangga dengan anak kepada pengasas Pusat Perubatan Islam al-Hidayah, Lokman Abdul Hamid iaitu Noor Dayana pada 24 September 2011 di Makkah, tercalar apabila hasratnya utuk berkahwin lagi dihidu media. 
Ashraf dikatakan hadir di mahkamah untuk permohonan berpoligami tetapi dinafikan. Bagaimanapun, desas-desus itu terjawab apabila Ashraf mengaku berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai lalu.
Dayana dikatakan reda jika suaminya berkahwin lagi tetapi ia disangkal Lokman. Pengamal perubatan Islam itu nyata kecewa kerana Ashraf seolah-olah tidak sabar mahu menikahi Sakinah tanpa menunggu keputusan mahkamah berkenaan permohonannya untuk berpoligami.
Ashraf akhirnya tampil memberi penjelasan bahawa dia tidak kahwin lari kerana ketika bernikah di Pattalung, Thailand keluarga Sakinah turut bersama.
Bagaimanapun, Ashraf mengaku merahsiakan pernikahan itu kerana tidak mahu Dayana terluka dan merancang memberitahu isterinya itu selepas semuanya selesai.
Namun, Dayana tahu terlebih dulu sebelum dia sempat buka mulut apabila menemui tiket penerbangannya. Ashraf turut menegaskan dia berkahwin lagi bukan atas sebab zuriat seperti didakwa sebaliknya kerana sudah tertulis jodohnya dengan Sakinah.

KL Gangster 2 bocor dan dirompak
Pada 27 Ogos lalu, karyawan filem digemparkan dengan isu kebocoran filem KL Gangster 2 dan ia disifatkan rompakan digital terburuk dalam sejarah industri perfileman tanah air. 
Belum pun masuk pawagam, orang ramai sudah boleh menonton karya arahan Syamsul Yusof menerusi Internet malah cetakan digitalnya dijual di merata tempat.
Produser Skop Production, Datuk Yusof Haslam mengesyaki ada pihak tidak senang dengan sambutan positif terhadap filem pertama KL Gangster hingga sekuelnya sengaja disabotaj.
Yusof tekad mencari dalang yang ‘merompak’ hasil kerja anaknya itu dan berharap ia menjadi iktibar buat semua. Meskipun laporan polis sudah dibuat dan kes ini mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP) serta beberapa pihak lagi, jenayah serius ini masih tergantung sehingga hari ini.
Apa sudah jadi? Sejak Ogos hingga kini tidak ada apa-apa perkembangan. Perkara ini tidak wajar dipandang enteng kerana ia barah yang mampu membunuh industri.

Aeril dan Wawa sorok status perkahwinan
Selepas lebih setahun berkahwin dan mempunyai anak, Aeril Zafril dan Wawa Zainal akhirnya buka mulut mengenai pernikahan mereka selepas satu artikel mendedahkan rahsia itu. 
Hubungan rapat pasangan itu sudah lama diperhatikan media tetapi mereka berdalih menafikan bercinta.
Dalam sidang media pada awal Oktober lalu, Aeril bukan saja mengaku sudah berkahwin malah menjelaskan bernikah dua kali. Kali pertama pada 25 Februari 2012 di kediaman pengurusnya di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, mengikut hukum syarak berwalikan bapa Wawa dan dinikahkan imam dari Sabah.
Bagaimanapun, apabila Wawa hamil pada Januari 2013, mereka bernikah sekali lagi pada Februari 2013 di Masjid Datuk Harun, Petaling Jaya mengikut saluran undang-undang negara dan sebelum itu menghadiri kursus perkahwinan.
Wawa menjelaskan terpaksa menyembunyikan statusnya atas dasar darurat kerana menghormati kontraknya dengan MIG Talent selain takut kepada Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Pictures (MIG Pictures), David Teo. Jika bercinta pun akan dimarah, apatah lagi berkahwin.
Wawa turut mengaku melahirkan anak lelaki diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar pada 24 Ogos lalu di Roopin Medical Centre, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur.

Rabecca Nur Islam saman Erma Fatima
‘Perang’ di antara pengarah, Erma Fatima dan pelakon, Rabecca Nur Islam dianggap buku bertemu ruas. ­Rabecca menang kes saman terhadap Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd ­milik Erma berikutan kegagalan syarikat produksi itu melunaskan baki 40 ­peratus bayaran lakonannya bagi ­drama bersiri Dejavu Di Kinabalu yang dibintangi tahun lalu. 
Mahkamah memerintahkan Erma membayar RM11,200 kepada ­Rabecca. Ia menjadi panas apabila Erma membayar jumlah itu dengan ribuan keping syiling 5 sen dan senaskhah al-Quran hingga tidak disenangi Rabecca. Pelakon itu memulangkan semula syiling berkenaan dan meminta Erma membayar wang tuntutan itu dengan cara berhemah.
Alasan Erma, tindakan­nya itu sengaja dibuatnya bagi mengajar Rabecca. Masing-masing meluahkan perasaan tidak puas hati di laman sosial Instagram (IG). Erma kemudian membayar Rabecca dengan duit kertas RM1.

Fizz Fairuz bertunang isteri orang
Pertunangan Fizz Fairuz dengan Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, secara senyap di Kuantan pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana ramai sedia maklum pelakon Nur Kasih itu bercinta dengan pelakon, Almy Nadia selama tujuh tahun. 
Gambar Fizz menyarungkan sendiri cincin ke jari manis Azlyn dikritik kurang manis kerana bertentangan dengan adat Melayu dan tidak menepati syariat.
Seminggu kemudian, Fizz mengeluarkan kenyataan sudah memutuskan pertunangan dengan Azlyn kerana mengetahui wanita itu isteri kedua seorang usahawan selepas empat hari bertunang.
Kontroversi itu makin sensasi apabila Fizz mendakwa terkena buatan orang hingga menurut saja aturan pertunangan yang dirancang. Fizz turut memohon maaf kepada Almy dengan apa yang terjadi. Almy mengaku sudah lama mengetahui kekasihnya itu terkena sihir seperti didakwa.
Tindakan drastik Fizz memutuskan ­pertunangan itu mengejutkan Azlyn dan bertindak tampil ke depan memberi kenyataan. Suami Azlyn yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar) meminta ­masyarakat tidak menyalahkan Fizz kerana pelakon itu mangsa penganiayaan dan penipuan.
Ramli mendakwa isterinya ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan. Fizz mengaku trauma kerana insiden itu hingga mengambil keputusan berdiam seketika sebelum kembali muncul apabila segala-galanya reda.

Kes khalwat Shah Jaszle dan Farah Nurizzati
Berita pelakon Shahz Jaszle atau nama sebenar, Shahrizal Jaszle Jasmi, 25, ditangkap basah bersama Farah Nurizzati Salleh, 21, pada 16 Mei menggemparkan industri hiburan tanah air kerana dia sudah bertunang dgan pelajar perubatan, Redzwani Puteri Ismail, 25. 
Dia dan Farah dicekup di Kayangan Apartment, Jalan PJS 10/24, Taman Sri Subang pada jam 3.50 pagi. Bagaimanapun, pelakon itu menegaskan, ketika ditahan, dia bukan berdua-duaan sebaliknya berlima di kediaman itu dan menyifatkan penahanan itu adalah perangkap. 
Berita itu makin panas apabila Shahz menyerang Farah di tempat kerja hingga wanita itu diberhentikan kerja 24 jam.
Ketika dibicarakan, Farah mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dan membayar denda RM3,000. Sebaliknya Shahz mengaku tidak bersalah. Mahkamah membenarkannya dibebaskan dengan ikat jamin RM1,500 dan menetapkan 21 Januari ini untuk sebutan semula kes.
Berikutan skandal memalukan itu, keluarga Redzwani bertindak memutuskan pertunangan pada 10 Jun lalu bagi mengelakkan gadis itu menjadi bahan cemuhan masyarakat. Ibu bapa Redzwani difahamkan memulangkan dua bentuk cincin tetapi ikatan yang terputus sudah bertaut kembali.

Cinta kilat Johan As'ari dan Lana Nordin
Sebulan lalu, bintang Juvana, Johan Asa’ari meng­gemparkan peminat apabila mengaku mahu melamar pelakon sensasi, Lana Nordin menjadi isterinya selepas tiga hari berkenalan. 
Bagaimanapun, beberapa hari menjelang 2013 melabuhkan tirainya, Johan mengejutkan peminat lagi apabila mengatakan hubungannya dengan Lana berakhir kerana tidak mendapat restu ibunya.
Ramai bersimpati dengan Lana yang sanggup berubah apabila bertemu lelaki yang disifatkan mampu membimbingnya tetapi akhirnya dikecewakan Johan yang selama ini dikenali sebagai pelakon berimej warak.
Ada mengatakan tiada restu ibu hanya alasan Johan kerana dia sebelum itu pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita seperti Izreen Azmindar, Nabila Huda, Nita Hamzah dan Shila Amzah.
=---------------------------------------------------------------
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee  untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 013-3240344 
Facebook Zahirah Dzahir

Sabtu, 28 Disember 2013

Peminat Tegar Nasi Lemak Royale Alor Setar

Assalamualaikum..

kali ni saya nak kongsi cerita tentang makan..huuu..sapa yang x suka makan..semua orang suka makan..tambah plak makan yang sedap2..

Kat Alor Setar ni banyak jugak kedai makan yang sedap2..salah satunya Nasi Lemak  Nasi Royale..Kalau org len saya x tau la tapi bagi saya yang ni paling glamer n sedap..dari kecik smpi dah ada ank..nasi Royale tetap jadi pilihan..mai ja cuti skolah maka panjang la beratoq utk beli nasi ni..x kira yang pagi atau yang petang..

Saya rasa yang sedapnya nasi royale ni atas kuah campoq dia..ada kuah manis..pedas..Bagi saya kalau makan nasi Royale ni nak sedap ada caranya..kalau cam saya sefamily..oder ja nasi Royale mesti kena bgtau..kuah campoq manis..pedas..dalca..buh banjir..fuhh..yg tu yg sedapnya..kuah banjir..tapi ada setengah org x pandai makan..buh kuah sikit atau kuah asing..menu n harga pun..ok laaa..

Nasi Royale ni ada 2 tempat yang saya tau n saya suka..

Nasi Lemak Royal asal, kat kedai Kim Bee Chew, sblum pekan rabu n bertentang dengan kompleks Alor Ria...yang ni dulu smpi sekarang mmg terbaek..buka awai pagi smpi t/hari ja..



Lgi 1 cawangan dia kat jalan Lebuhraya Sultan Abdul Halim atau dekat Kompleks Hijau Kuning...bukak dlm pukul 5 smpi mlam lebih kurang pukul 11..menu pun lebih kurang ja..











sambil makan boleh jugak masuk tngk kedai karpet kat belakang

sapa yang x penah makan..mai makan rasa sedap tak sedap..belum cuba belum tau..kalau mai ja cuti skolah n bulan posa..maka beratoq panjang la orang pakat nak beli nasi ni..2 tempat ni mmg sedap tapi kalau orang tanya yang mana paling sedap..tentu pilihan saya nasi lemak royale yang sesi pagi...ok...byeee

- mummy ira -

Oder Dari Customer

Kalau ada customer yang nak barang Shaklee...kalau yang dok area Alor Setar dan sekitar dengannya..saya lebih prefer hantar sendiri..macam hari ni ada sorang customer yang dok Jalan Langgar nak ESP n Collagen..Bisa di atur..buat pesanan saya akan hantar..

kalau ada sesapa yang inginkan supplemen Shaklee ni jangan malu..jangan segan,contact saya..kalau nak guna ID saya pun boleh..



Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Jumaat, 27 Disember 2013

Melayan Anak Terlalu Aktif

Assalamualaikum..

Kata orang anak yang aktif, petanda dia sihat dan bijak tetapi ada kalanya keaktifan mereka membuatkan papa dan mama kepenatan melayan kerenah mereka.
Kadang kala anak aktif sukar tidur siang dan malam. Ini merisaukan papa dan mama kerana setiap masa dan saat perlu memastikan keselamatannya di rumah atau di mana sahaja.
Adakah perkara ini biasa bagi seorang kanak-kanak berperangai sedemikian? Jika hilang sabar, ada kalanya boleh sampai memarahi atau memukul anak.
Memanglah agak meletihkan sedikit bagi ibu bapa kerana melayan kerenah anak keletah ini. Begitulah adatnya mendidik anak yang sedang membesar. Anak-anak ini sebenarnya mempunyai persamaan dan perbezaan antara satu sama lain.
Persamaan yang ketara, selalunya orang tua-tua kata kalau anak cepat berjalan, dia lambat bercakap dan sebaliknya. Memang kebanyakan mereka melalui fasa yang sama. Tetapi, ada juga yang tidak. Ada yang lambat berjalan dan juga lambat bercakap.
Pembesaran dan perkembangan anak-anak juga bergantung kepada “temperament” mereka. Ia juga dikenali sebagai personaliti. Jadi, tukarlah rasa “terbeban” dengan keletah anak-anak yang sangat aktif dengan “keseronokan” agar kita tidak berasa “susahnya jaga anak yang seorang ni”.
Jangan dimarahi atau dipukul (kecuali memang anak melakukan kesalahan yang nyata) hanya kerana terlalu riuh rendah bermain atau tidak mahu duduk diam. Belai dengan kasih sayang dan berikan sesuatu yang boleh membuatnya tertumpu kepada satu-satu perkara atau ajaklah dia bermain bersama sehingga penat.
Kadangkala, oleh kerana kita terlalu menyekat pergerakannya, itu tak boleh ini tak boleh, menyebabkan mereka tidak puas bermain sehingga  mereka tidak mahu berhenti bermain (kerana permainan mereka asyik terganggu dengan kata-kata “jangan’ dan “tidak boleh”). Jika kita kerap memukul dan memarahinya tanpa sebab, ia hanyac akan membuatkannya memberontak.
----------------------------------
awal tu letih mengemas..memang selalu marah anak2 tp bila fikir balik benda berselerak hanya sementara..bila dah abes main kita ajar anak2 tu kemas balik mainan..nak marah sangat pun buat apa..janji anak2 x main benda yg bahaya dah..lagipun masa ni la kita riuh rendah dgn anak2..nnti bila memasing dah besar kita terasa sunyi pulak..

sekurangya time ni la terkeluar la segala kreativiti memasing nak buat apa pun..yang penting kita kena selalu pantau segala benda yg mereka main n buat.


- Mummy Ira -

Khamis, 26 Disember 2013

Pengenalan Tentang Keguguran

Pengenalan
Ibu turun darah sebelum minggu ke-20 kandungan. Semasa keguguran, janin atau kandungan di dalam rahim boleh gagal untuk terus hidup.  Keguguran berlaku kepada 8-20% ibu mengandung. Kebanyakan kes (80%) berlaku sebelum minggu ke 13 manakala  20% berlaku pada ibu yang kurang dari 20 minggu mengandung.
Sebab-sebab
Banyak faktor boleh menyebabkan keguguran dan selalunya ia berbagai (multifactorial) dan bertindih. Antaranya adalah: 
  1. Masalah genetik: 30% keguguran berlaku sebelum minggu ke-8 dan penyebab utama adalah masalah genetik.  Embrio terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma suami gagal membesar dan membahagi kepada janin.  Masalah genetik merangkumi 40-45% dari sebab keguguran.

  2. Masalah penyakit  si ibu: seperti kencing manis yang tidak terkawal, masalah struktur dalam rahim (septum) atau fibroid (lihat fibroid)
Faktor-faktor yang meningkatkan risiko keguguran
  1. Usia ibu: ibu yang berumur (lebih tua) berisiko tinggi berbanding yang lebih muda

  2. Pernah keguguran sebelumnya: jika keguguran sekali, risko untuk gugur  lagi adalah 20%, dan jika pernah 2 kali gugur, risiko adalah 30%.  Risiko meningkat kepada 43% kalau pernah 3 kali gugur atau lebih.

  3. Merokok: merokok lebih dari 10 batang sehari (atau perokok pasif) boleh meningkatkan risiko

  4. Alkohol: pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan keguguran. 

  5. Demam panas: melebihi 37.80C atau lebih boleh menyebabkan keguguran

  6. Trauma: trauma (kemalangan) dibahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko.  Ini termasuk juga rawatan amniocentesis dan chronic villous sampling (sila lihat)

  7. Kafeine: pengambilan kopi atau bahan berkafein spt cola dan sebagainya berlebihan boleh meningkatkan risiko keguguran.  Tidak digalakkan mengambil lebih dari 300mg sehari.

  8. Sebab-sebab lain: risiko meningkat kalau si ibu tercemar dengan bahan seperti: jangkitan, sesetengah ubat-ubatan, stress fizikal yang berlebihan, radiasi dan bahan-bahan kimia.
Jenis
  1. Keguguran terancam (Threatened miscarriage) – ibu akan mengalami turun darah dan sakit di bahagian bawah perut.  Pangkal rahim (servik) masih tertutup, dan saiz rahim sama dengan minggu mengandung.  Di kebanyakkan kes, pendarahan akan berhenti sendiri dan kandungan boleh selamat dilahirkan cukup bulan.  Ada juga kes dimana pendarahan menjadi lebih banyak (tumpah darah) dan akhirnya gugur.

  2. Keguguran tidak dapat dielak (inevitable miscarriage) - keguguran tidak dapat dielakkan.  Pangkal rahim terbuka, tumpah darah bertambah banyak dan sakit perut bertambah kuat.

  3. Keguguran tidak lengkap (incomplete miscarriage) - bermakna janin telah gugur keluar tetap masih ada yang tertinggal lagi dalam rahim. Pintu pangkal rahim terbuka dan boleh tumpah darah yang banyak.

  4. Keguguran lengkap (complete miscarriage) - janin telah keluar sepenuhnya. Keguguran berlaku sebelum minggu ke-12. Pendarahan dan sakit berkurang tanpa rawatan. Semasa pemeriksaan dilakukan (oleh doktor), pintu pangkal rahim sudah tertutup dan simptom-simptom mengandung sudah hilang.  Ultra bunyi menunjukkan rahim tidak tertinggal janin.

  5. Keguguran septik (septic miscarriage) - ibu yang keguguran dijangkiti kuman yang menjangkiti rahim. Simptom termasuk demam panas, mengigil, sakit perut, pendarahan faraj dan lendiran dari faraj (berbau busuk dan kental berwarna kuning)
Clinical presentation
Antara simptom adalah pendarahan (tumpah darah) dan sakit (di bahagian bawah perut) semasa awal mengandung (kurang minggu ke-12).  Pendarahan yang sedikit dan rasa kurang selesa di bahagian perut boleh dianggap normal kepada kebanyakkan wanita yang mengandung, akan tetapi kalau pendarahan yang banyak dan sakit itu bertambah; pesakit dinasihatkan berjumpa doktor segera.
Diagnosis
Dalam kebanyakkan kes, ultra bunyi digunakan untuk memastikan kandungan tersebut masih bernyawa atau tidak (viable). Ultra bunyi juga penting dalam mengenalpasti lokasi kandungan itu (lihat ectopic pregnancy
Rawatan
  1. Pemerhatian (observation) - kebanyakan ibu yang mengalami keguguran tidak memerlukan rawatan, baik rawatan perubatan atau pembedahan.  Jika keguguran berlaku sebelum minggu ke-13, dan si ibu stabil (tidak tumpah darah yang banyak atau tidak dijangkiti kuman), cukup sekadar pemerhatian sahaja.  Selalunya janin tersebut akan keluar dari rahim dalam masa seminggu dua.  Ada kalanya mengambil masa 3 hingga 4 minggu selepas itu.  Apabila kandungan itu keluar, doktor selalunya akan membuat ultra bunyi untuk melihat tiada bahagian janin yang masih tertinggal di dalam rahim (incomplete miscarriage).

  2. Rawatan perubatan- sesetengah kes, doktor akan memberi ubat pil untuk dimakan atau masukkan ke dalam faraj untuk mengeluar kandungan yang telah keguguran tersebut

  3. Rawatan Pembedahan- prosidur ini dinamakan dilatation & curettage (D&C). Doktor akan membuka (dilatation) pangkal rahim (servik) dan membuat curettage(cuci) dalam rahim bagi mengeluarkan janin yang telah keguguran tersebut.  D&C dilakukan jika si ibu tidak mahu menunggu janin keluar secara spontan ataupun terdapat banyak pendarahan atau jangkitan berlaku. Suatu kaedah lagi yang boleh digunakan adalah “MVA”, iaitu “Manual Vacuum Aspiration” atau kaedah menyedut janin yang agak mudah dilakukan.
Selepas keguguran?
Selepas keguguran, ibu dinasihatkan supaya tidak memasukkan apa-apa bahan (tampon) atau douching selama 2 minggu. Selalunya doktor menasihatkan tunggu 2-3 bulan sebelum cuba mengandung lagi.  Tiada masalah mengambil kaedah perancang (termasuk IUCD) selepas keguguran. Doktor mungkin memberi ubat tambah darah dan antibiotik untuk mengurangkan kurang darah (lihat anemia) dan risiko jangkitan (keguguran septik).  Bagi ibu yang berdarah Rh negative- RhoGam® perlu diberikan supaya mengurangkan risiko keguguran untuk kandungan yang akan datang.
Penulis:Dr. Hj. Mohamed Hatta b. Mohamed Tarmizi
--------------------------------------------------------------------------------

Boleh juga jika anda mencuba Set Kesuburan dan Set Kehamilan untuk mendapat nutrisi yang lengkap untuk kesuburan dan sepanjang kehamilan anda

Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir