Sabtu, 30 November 2013

AHMAD AMMAR AHMAD AZAM



sebenarnya dah lama sya nak wat entry tntng arwah AHMAD AMMAR AHMAD AZAM ini..tapi x sempat..so kali ni saya bgi sempat jgak..



Sebelum ni saya ada terbaca  tentang Ahmad Ammar ni..tiba tiba kisah Ahmad Ammar ni 

jadi topik hangat di FB n laman sosial yang lain..ramai yang berkonsi post..saya terfikir apa yang hebat sangat tentang Ahmad Ammar ni..tak terasa nak cari cerita tentang arwah..
tapi bila hari2 cerita ni ja yg kluar..tergerak hati saya untuk cari link berkenaan insan ini..


Subhanallah...di bumi pun AHMAD AMMAR AHMAD AZAM ini telah dimuliakan Allah apatah lagi ketika dia sedang berada di sana dikelilingi para mujahadah, para sahabat Nabi S.A.W tentunya Allah telah menjanjikan syurga baginya. Teringat satu cerita dari sahabatnya sendiri yang berkata AHMAD AMMAR telah bermimpi bertemu bidadari di SYURGA..

Pemergian Ahmad Ammar, seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki. Di bumi Indo-China (Kampuchea) pun ada yg bertanyakan tentang arwah. Begitu hebat penangan assyahid Ahmad Ammar. Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yg ada. InsyaAllah

"Kami menghantar anakanda kami ke bumi AlFateh bagi mempersiapkannya untuk umat. Rupa2nya Allah mempersiapkannya untukNYA." - Puan Nur Azlina (bonda Allahyarham Ahmad Ammar)

"SubhanaLlah, AlhamduliLlah, ALlahu Akbar! Tiada ku duga pemergian Ahmad Ammar telah menghidupkan begitu banyak jiwa. Aku merasa begitu kerdil tika di tanyakan apa formula bagi mempersiapkan Ammar begitu rupa! Jujur aku katakan, sumbangan aku terlalu sedikit. Sekadar meletakkan visi dan misi yang aku impikan kepadanya. Rupanya, apabila ku nawaitukan anak ku ini untuk ALlah dan RasulNYA, perancangan ALlah berjalan dengan cara yang tiada mampu untuk aku membayangkannya. Apalagi untuk memahaminya. Pemergian Ammar mengajar aku banyak perkara mengenai KEBESARAN ALLAH ! Terima kasih Ya ALlah !" - Tuan Haji Ahmad Azam (ayahanda Allahyarham Ahmad Ammar)


------------------------------------------------------------------


ANAKKU INGIN SYAHID DI SYRIA

Allahu...rupa2nya anakandaku ingin syahid di bumi Syria!!!
Saya masih teringat semasa Almarhum anakanda Ahmad Ammar meminta izin utk menyertai misi kemanusiaan ke Syria selama 3 hari selepas beberapa hari beliau pulang ke Istanbul setelah bercuti lebih 2 bulan di Malaysia penghujung Sept yg lalu. Tanpa ragu2 sy mengizinkan kerana yakin pengalaman ke sana itu penting buat beliau..."Pergilah....yg penting, make sure u take good care of yourself."

Tidaklah saya ketahui sehinggalah dlm pertemuan dgn pelajar2 Msia sebelum berangkat pulang setelah selesai menyempurnakan persemadian beliau bahawa rupa2nya beliau sgt menginginkan syahid di bumi Syria.....

Lebih sebak di dada apabila shbtya berkongsi bhw semasa di sana Almarhum telah bermimpi berjumpa "bidadari di syurga"....

Namun syahidnya telah tertangguh sehinggalah beliau kembali ke bumi AlFateh....

Berikut adalah catatan Almarhum pada wall FB beliau:

"Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari

Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini,aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. İnnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini.
Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!

(***catatan ini telah Almarhum nukilkan di FB pd 14 Okt lalu, hampir 3 minggu sebelum kembali ke pangkuan rahmat Ilahi...)

-- Nur Azlina (Ibu Arwah Ammar)


semoga kisah arwah AHMAD AMMAR AHMAD AZAM menjadi pengajaran untuk kita semua..



AL FATIHAH

Gambar Bumi Cantik Di Ambil Waktu Malam Dari Angkasa

Assalamualaikum..

NASSA mengeluarkan gambar wajah bumi di wilayah Eropah, Afrika, dan Timur Tengah melalui Satelit Soumi pada malam hari.




NASA Earth Observatory mengeluarkan sebuah band komposit data imej di Eropah, Afrika, dan Timur Tengah pada waktu malam, data yang diperolehi oleh satelit Suomi pada bulan April dan Oktober 2012. Gambar yang diambil oleh satelit menunjukkan "band siang dan malam" yang mengesan cahaya dalam julat panjang gelombang untuk memerhatikan isyarat perlahan seperti lampu bandar, suar gas, aurora, kebakaran hutan, dan cahaya bulan yang dicerminkan.


Gambar dari satelit menunjukkan wilayah negara Inggeris, Irlandia dan sebahagian dari Eropah Barat seperti yang terlihat pada malam hari gambar diambil 27 Maret 2012.


Gambar dari satelit menunjukkan bahagian pantai Atlantik Amerika Selatan pada waktu malam 20 Juni 2012.


Gambar dari satelit menunjukkan daerah dekat Sungai Nil, lembah dan delta pada waktu malam 13 Oktober 2012.


Gambar dari satelit menunjukkan wilayah negara Inggris, Irlandia dan sebagian dari Eropa Barat seperti yang terlihat saat malam hari gambar diambil 27 Maret 2012.


Set Diet Basic dengan Cinch Shake Shaklee

Lumrah dunia bila cerita bab kurus, turun berat berkilo-kilo, ramai yang teruja nak tahu apa rahsianya. Baik yang solo, berkahwin dan ibu menyusu memang mengidamkan badan kurus, ramping dan langsing. Siapa yang tak mahu kuruskan? Wanita mahu pun lelaki memang mengidamkan bentuk badan kurus sepanjang zaman. Awas! Pastikan kita mengamalkan program diet yang betul untuk mencapai kurus yang sihat.
Langsing dan Ramping Dengan Cinch Shake


Shaklee ada vitamin yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan secara ideal. Tapi apa yang penting, kita haruslah berdisiplin dalam menjaga pemakanan, minum air 3L sehari (ini sememangnya keperluan asas setiap manusia, juga membantu untuk membakar lemak ) dan untuk mendapat kesan yang cepat.

3 cara untuk menurunkan berat badan dengan Shaklee


Pertama: DetoxDetox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Untuk detox vitamin yang sesuai adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.

Kedua: Memecahkan Lemak
Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak itu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak daripada melekat pada dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa jua supplemen yang kita makan untuk kurus, kita wajib menjaga pemakanan seharian. Jangan makan sesuka hati. Kurangkan lemak dan minyak serta rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.

Ketiga: Membina Otot dengan Protin
Protin sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protin dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Kenapa perlu mengambil protin? Untuk menguraikan lemak daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Pastikan protin terkandung dalam setiap makanan jika kita sedang berdiet. Contoh makanan yg kaya protin ialah kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu, kekacang, avokado, ayam, dan tauhu,

Untuk protin terbaik, saya cadangkan Cinch Shake Shaklee. Cinch Shake Shaklee membantu kurus dengan lebih berkesan. Ibu yang menyusukan anak tidak digalakkan ambil Cinch Shake ni, tetapi gantikan ia dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)



 Cinch Shake Shaklee

Mari kita mengenali keistimewaan Cinch Shake Shaklee ini:

  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protin eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
  • Terdapat 24 gram protin dalam setiap sajian
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO


Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA  khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :



Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Jumaat, 29 November 2013

Samsung Galaxy Tab 3 Kids Untuk Kanak Kanak

Zaman skrg bukan cam zaman saya kecik2 dulu..zaman dulu mana nak ada segala teknologi..siber ni..penuh ngan mainan ada la..tapi bebudak skrg semua canggih2..pandai bab teknologi ni..

 Samsung Galaxy Tab 3 For Kid

cuba tengok bebudak skrg mana main mainan sngt dah..mainan depa semua yg berteknologi..termasuk la nak saya..kalau henset ni lebih terror tekannya..kalau tablet ni..majoriti bebudak yg konker even budak umo 1 thn..2 thn..smpi ada mummy n daddy belikan ank2 tablet la..

lgi sakan skrg dah ada Samsung Galaxy Tab 3 Kids tuk kanak2..harga plak mak aih..tegolek beguling harganya rm 799..mahai bebenor..klau utk sorang anak ok la..klau 2 -3 org..pakai x beli dah..klau nak sruh kongsi..pakai x konsi dah..yg dok ada pun berebut..mmm

Fun and learning.Perfect for kids.

• Easy and fun experience for kids
• Secure and safe use thanks to parental control
• Stuffed with preloaded kids' content
• Available with a free bump case, grip carry case and C-Pen


- mummy ira -

HazimHadif - Aksi Memek Muka Yg Kiut Abes

salah 1 hobi Hazim n Hadif ialah..buat aksi memek muka..rasa kiut abes dah...cam comel jer..cam kiut jer..sebelum makan sja nak snap pic yang dok diam sikit..bila mula snap ja..macam aksi kluaq..so snap aja lahhh















- mummy ira -

Khamis, 28 November 2013

Vitamin Shaklee Bajet Boleh Membantu Untuk Kurus.

Ramai di antara anda yang mencari set bajet untuk kurus. Saya ingin menawarkan satu set bajet khas untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan anda. Set Bajet Kurus  ini berharga dalam lingkungan RM100 sahaja!!! Set bajet ini memberikan khasiat dan kebaikan yang sama untuk anda!!

Di bawah mempunyai 2 set bajet pada harga yang SAMA!!!




Apakah fungsi dan kelebihan setiap supplement tersebut?

Detox

 - Untuk membantu membuangkan toksin yang berlebihan di dalam badan

 - Herb-Lax bertindak sebagai pembersih dalaman perut
 - Alfalfa membantu menyingkirkan lemak berlebihan dan kolesterol

PEMBAKAR LEMAK
- Untuk membantu membakar segala lemak yang tersimpan di dalam badan
Lecithin membantu membakarkan lemak dan bertindak sebagai pembersih salur darah

Anda boleh pilih yang mana 1 yang sesuai dengan anda.Kedua-dua set tersebut pada harga dalam lingkungan RM100 sahaja!!!!!
--------------------------------------

Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

* KLIK SINI UNTUK CARA JOIN AHLI *

Tips Penjagaan Jantung Dan Cegah Dengan Vitamin Shaklee


Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalarn tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dan awal diberikan kepada jantung.

Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh.


Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.

Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya?


Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak.



Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.


Buku-buku mengenai hal yang sama juga banyak terdapat di pasaran. Salah satunya ialah yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung - Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di dalam buku ini, beliau menurunkan beberapa petua menjaga jantung bagi dijadikan panduan. Antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.


Kawalan berat badan
Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.

Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.

Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.



Pemakanan
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.

Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.

Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.

Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.

Berhenti merokok
Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.



Bersenam
Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.

Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.


Perubahan gaya hidup
Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.

Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.


Selain itu, pengambilan supplement tambahan amatlah diperlukan kerana ia membantu bagi mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting untuk tubuh kita. Jadi, Shaklee juga mempunyai vitamin yang sesuai untuk Jantung..Shaklee memperkenalkan  CoQHealth Plus..Klik untuk tahu kelebihannya


Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA   khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

20 Makanan Untuk Jantung Yang Sihat

Jantung merupakan satu muscular organ yang besarnya hanyalah seperti segenggam tangan. Ianya terletak di belakang, bahagian kiri dada. Jantung berfungsi untuk mengepam darah melalui rangkaian arteri dan vena yang juga dipanggil sebagai kardiovaskular. 

Ada 20 makanan yang boleh diambil untuk Jantung yang sihat! Makanan tersebut mengandungi nutrisi yang membantu tubuh kita menjaga kesihatan jantung kita.

HERBA YANG SEGAR
- Herba yang segar yang dicampurkan ke dalam makanan membantu jantung agar sihat
- Boleh menggantikan garam, gula, dan lemak trans
- Rosemary, sage, oregano, dan thyme mengandungi anti-oksidan
KACANG HITAM
- Kacang hitam dipenuhi dengan nutrisi yang menyokong kesihatan jantung termasuk folate, anti-oksidan, magnesium, dan serat
- Nutrisi tersebut membantu mengawal kolesterol dan kadar gula dalam darah

IKAN SALMON
- Ikan salmon kaya dengan Omega-3, EPA, dan DHA yang merupakan makanan utama untuk kesihatan jantung
- Omega-3 boleh mengurangkan risiko rhythm disorders dan mengurangkan tekanan darah
- Membantu dalam mengurangkan triglycerides dan mengurangkan keradangan
- American Heart Association mencadangkan 2 hidangan salmon atau minyak ikan dalam seminggu

IKAN TUNA
- Tuna juga kaya dengan omega-3 untuk kesihatan jantung
- Albacore mengandungi lebih omega-3 berbanding dengan jenis tuna yang lain
- Antara sumber lain omega-3 ialah mackerel, herring, lake trout, ikan sardin, ikan bilis

MINYAK ZAITUN
- Extra virgin minyak zaitun kaya dengan anti-oksidan yang dikenali sebagai polifenol, baik untuk kesihatan jantung
- Membantu mengurangkan paras kolesterol
- Membantu melindungi saluran darah

WALNUTS
- Pengambilan 1.5 ounces walnuts sehari boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol dan keradangan pada saluran arteri jantung
- Walnuts kaya dengan omega-3, monounsaturated fats, dan serat

ALMONDS
- Almonds kaya dengan sterol tumbuhan, serat, lemak jantung yang sihat
- Membantu mengurangkan kolesterol LDL
- Mengurangkan risiko kencing manis

EDAMAME
- Kacang soya hijau yang terkenal di Jepun
- Kaya dengan protein soya yang membantu menurunkan tahap triglyceride darah
- 1 ½ cawan edamame mempunyai 9 gram serat bersamaan dengan 4 keping roti gandum

TOFU
- Jadikan soya protein sebagai makanan utama seperti menjadikan tofu as main dishes instead of daging merah
- Kaya dengan mineral untuk kesihatan jantung, serat, polyunsaturated fats of soy
- Membantu mengelakkan arteri tersebut disebabkan oleh lemak tepu

SWEET POTATOES
- Mempunyai indeks glycemic yang rendah dan mengawal kandungan gula dalam darah
- Mengandungi kandungan serat yang mencukupi, vitamin A, lycopene untuk kesihatan jantung yang lebih baik

ORANGES
- Mengandungi serat yang mengawal kadar kolesterol
- Mengandungi potassium yang mengawal tekanan darah
- Membantu meningkatkan fungsi saluran darah dan mengawal tekanan darah melalui antioxidant hesperidin

SWISS CHARD
- Sayuran hijau kaya dengan kalium dan magnesium yang membantu mengawal tekanan darah
- Juga mengandungi serat, vitamin A, antioxidants, lutein dan zeaxanthin untuk kesihatan jantung

LOBAK
- Membantu mengawal kandungan gula dalam darah
- Mengurangkan risiko terkena kencing manis
- Mengandungi serat mudah larut yang membantu mengawal kadar kolesterol

BARLEY
- Kandungan serat membantu merendahkan kadar kolesterol dan juga kadar gula dalam darah

OATMEAL
- Membantu merendahkan tahap kolesterol LDL
- Membantu mengawal dan mengekalkan kandungan gula dalam darah

FLAXSEED
- Mengandungi 3 element yang baik untuk jantung iaitu serat, phytochemicals (lignans), dan ALA (asid lemak omega-3)
- Badan akan menukarkan ALA kepada Omega-3, EPA, dan DHA

LOW-FAT YOGURT
- Membantu mengawal tekanan darah
- Mengandungi 2 kali ganda khasiat kalsium dan potassium

CHERRY
- Merupakan antioxidant yang membantu melindungi saluran darah

BLUEBERRIES
- Menyokong kesihatan jantung
- Mengandungi ellagic acid, beta-carotene, lutein, vitamin C, folate, magnesium, potassium, dan serat 

KOPI
- Kajian mendapati 3 - 4 cawan kopi membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 25 %
- Kopi dan teh membantu melindungi jantung

Semoga perkongsian ini membantu anda supaya melindungi jantung anda. 
credit
---------------------------------------------------------
Shaklee juga ada vitamin yang sesuai untuk kesihatan jantung iaitu CoqHealth Plus..
 
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir