Khasiat Dan Kebaikan Vitamin D

By Zahirah Dzahir - 10/10/2013 03:13:00 PG

Vitamin D merupakan vitamin yang amat kita perlukan kerana ia memberikan banyak kebaikan dan khasiat kepada kita. Tahu kenapa vitamin D itu penting untuk kesihatan kita?

Membantu menguatkan tulang
- Vitamin D membantu menyerap kalsium ke dalam tulang
- Vitamin D + kalsium membantu mengelakkan tulang rapuh dan retak

Mengurangkan risiko kencing manis
- Lemak badan yang berlebihan memainkan peranan kepada risiko kencing manis dan               kekurangan vitamin D

Mengurangkan risiko multiple sclerosis
-Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan penyakit ini berlaku


Mengurangkan kemurungan
- Vitamin D memainkan peranan dalam perkembangan dan fungsi otak
- Pengambilan vitamin D yang secukupnya membantu mengurangkan symptom depresi

Membantu mengurangkan berat badan
- Kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai masalah berat berlebihan mempunyai       tahap vitamin D yang rendah
- Pengambilan vitamin D dalam diet seharian membantu mengurangkan berat badan

Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Kajian menunjukkan kekurangan vitamin D meningkatkan risiko mengalami serangan jantung

Mengurangkan risiko cancer
- Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai kandungan vitamin D yang mencukupi kurang     berisiko mendapat cancer
Selain daripada cahaya matahari, kita juga boleh mendapatkan sumber Vitamin D melalui pemakanan. Antara makanan yang mengandungi vitamin D ialah:
  •  Salmon ( 3 oz = 794 IU)
  •  Fortified Cereal ( 1 cup = 40 IU)
  •  Fortified Milk ( 1 cup = 120 IU)
  •  Kuning Telur (40 IU)
Apakah yang boleh menyebabkan anda kekurangan vitamin D?
  •  Berumur 50 dan ke atas
  •  Mempunyai berat badan berlebihan
  •  Alah kepada susu dan laktosa
  •  Mempunyai penyakit hati dan pencernaan
Berapa jumlah vitamin D yang anda perlukan?
  •  Sehingga umur 70 tahun ➻ 600 IU
  •  71 tahun dan ke atas ➻ 800 IU
Oleh itu, pastikan kita mempunyai sumber vitamin D yang mencukupi.

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!