Khamis, 31 Oktober 2013

Kebaikan Vitamin C dalam Chewable Vita C Shaklee

Chewable Vita C Shaklee telah mengalami revolusi baru apabila formulasinya ditingkatkan dengan tambahan Bioflavanoid Complex. Kini ia menjadi supplement vitamin C paling lengkap di pasaran. Ia sekarang menggunakan nama baru iaitu Chewable Vita C Plus.

Menariknya Chewable Vita C ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas tetapi turut boleh dinikmati oleh orang dewasa yang tidak suka vitamin berbentuk pil yang perlu ditelan dengan air. Mudah sahaja untuk makan Chewable Vita C ni. Hanya perlu hisap atau kemam sahaja di dalam mulut.



Photo


Secara asasnya kebaikan Chewable Vita C ini sama dengan Sustained Released Vita C. Apa kebaikannya? Jom kita baca!

  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh 
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan 
  • Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat 
  • Meningkatkan sistem imun tubuh 
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet 
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan 
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan 
  • Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan 
  • 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg 
  • Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda 
Keistimewaan Chewable Vita C
  • Rasa Chewabe Vita C tak pahit dan masam macam SR Vitamin C shaklee 
  • Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga kesegaran vitamin 
  • Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 3 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan malam) 
  • Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas juga 
Vitamin C Mudah Rosak disebabkan:
  • Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh. 
  • Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental 
  • Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan 
Keperluan Vitamin C dalam badan kita:

  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi 
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam 
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi 
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C 
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan 
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi 
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi 
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress) 
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites 
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat 
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar) 
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi. 
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis 
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru 
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.


Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA  khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Rabu, 30 Oktober 2013

Testimoni Set Kurus















Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..
cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri.. bolehlah hubungi :



Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Set Menyusu 3M Shaklee

Set 3M untuk ibu yang sedang breastfeeding adalah merupakan set yang PALING POPULAR di kalangan ibu-ibu. Ini kerana kebaikan set 3M ini memberikan 1001 khasiat kepada ibu dan juga bayi.  Selain untuk ibu, ayah juga boleh mengamalkan  supplement ini untuk membantu memberikan tenaga. Namun begitu, perlu diingatkan dan ditekankan bahawa ibu juga perlu memainkan peranan penting untuk menjayakan proses penyusuan selain daripada mengamalkan pengambilan supplement. 



Set Breastfeeding 3M lengkap dengan segala nutrisi yang diperlukan.

ESP
 - Menyediakan sumber protein yang berkhasiat untuk badan
 - Merupakan sumber protein yang lengkap dengan 9 asid amino penting

VITA-LEA
- Merupakan multi-vitamin yang terbaik di dunia
- Lengkap dengan zat besi, kalsium, b complex yang diperlukan

ALFALFA COMPLEX
- Merupakan raja tumbuhan yang kaya dengan pelbagai khasiat
- Kaya dengan sumber protein, asid amino, serat

B-COMPLEX
- Mengandungi kesemua 8 vitamin yang diperlukan bagi membantu memberikan tenagan dan mengurangkan stress

OSTEMATRIX
- Merupakan supplement kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D
- Kalsium diperlukan oleh ibu menyusu kerana kalsium ibu berkongsi dengan bayi yang disusukan

VITAMIN C
- Setiap tablet mengandungi kesemua khasiat vitamin C yang sama seperti buah-buahan


Apakah Kebaikan SET 3M??

  •  Membantu menukarkan makanan kepada tenaga
  •  Melegakan keletihan
  •  Menggalakkan tumbesaran yang sihat
  •  Membantu menguatkan tulang
  •  Mengimbangi tekanan darah
  •  Memelihara denyutan jantung
  •  Membekalkan tenaga
  •  Membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol
  •  Membantu meningkatkan sistem imunisasi

Sekiranya......

  •  Anda mencari set breastfeeding yang optimum dan lengkap atau
  •  Anda inginkan supplement yang bukan hanya untuk breastfeeding tetapi juga memberikan  aedah lain atau
  •  Anda mencari supplement yang membantu anda bertenaga sepanjang hari

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Selasa, 29 Oktober 2013

Inti Pati Bajet 2014 Yang Perlu Diketahui Rakyat Malaysia


KUALA LUMPUR - Berikut ialah inti pati Bajet 2014 bertema 'Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji' yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen hari ini.

* Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara 5 peratus dan 5.5 peratus.

* Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara 2 peratus dan 3 peratus.

* Eksport barangan diunjur berkembang 2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang 9.6 peratus.

3 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang awam supaya mengelak membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin, asid azelaik dan merkuri.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Datuk Eisah A.Rahman berkata produk tersebut ialah Aveana Night Revival Cream yang mengandungi tretinoin, Blemished Skin Ampoules (asid azelaik) dan Golden Horse B&W Cream-GH902-1 (merkuri).
Beliau berkata penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Isnin, 28 Oktober 2013

9 Petua Tingkatkan Kesuburan Anda

1) Sentiasa berjaga-jaga dengan berat badan anda

Penghasilan beberapa hormon yang boleh mengganggu proses ovulasi adalah disebabkan lemak badan berlebihan. Pengurangan peluang untuk anda hamil kerana kitaran menjadi kurang teratur dan kurang berovulasi.

Jika anda sedang cuba untuk hamil, kurang lemak pada badan bermakna badan anda mungkin tidak menghasilkan hormon yang mencukupi untuk mengovulasi setiap bulan atau untuk mengekalkan kehamilan.

Senaman boleh menolong untuk mengekalkan berat badan yang sihat akan tetapi jangan terlebih melakukannnya. Wanita yang bersenam dengan terlalu kuat seperti berlari dengan laju atau pesaing atlet akan berhenti berovulasi atau kurang berovulasi. Peningkatan risiko keguguran jika senaman berlebihan. Sebelum anda cuba untuk hamil berbincanglah dengan doktor anda tentang rutin bersenam yang sesuai dilakukan.


2) Makan dengan betul
Sebelum anda cuba untuk hamil sentiasalah memastikan bahawa badan anda akan kekal terpelihara. Pastikan anda makan banyak protein, zink, Vitamin C kerana kekurangan nutrien sebegini telah dikaitkan dengan pemanjangan kitaran menstrual oleh itu anda akan kurang berovulasi dan mendapat risiko keguguran yang tinggi pada peringkat awal kehamilan.

Bagi mendapatkan zink dan beberapa vitamin yang penting dan mineral, ambillah suplemen tambahan harian. Makanan yang penuh dengan protein dalam diet anda seperti daging, ikan, produk tenusu yang rendah lemak, telur dan kekacang. Pemakan sayuran boleh mendapatkan asid amino yang lengkap dengan memasukkan kombinasi yang berperisa yang mengandungi makanan protein seperti nasi dan ikan atau tofu separuh masak.

3) Berhenti merokok
Toksik dari rokok merosakkan telur wanita, mengganggu kesuburan dan menyebabkan ovari anda terlbih matang. Ovari perokok berusia 35 tahun berfungsi seperti ianya milik wanita berusia 42 tahun oleh itu ia kurang subur. Merokok boleh merosakkan kesuburan anda tetapi jika anda tidak merokok , anda akan mendapat fungsi ovari tersebut semula.

4) Kenali kitaran anda
Kitaran haid yang normal selalunya akan berakhir dalam lebih kurang 25 hingga 35 hari (mula mengira pada hari pertama anda haid). Anda boleh menjangkakan bahawa anda kurang berovulasi dan anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor anda jika kitaran anda agak lebih lama seperti 42 hari.

Lakukan persetubuhan secara tetap apabila anda sudah bersedia untuk hamil. Pada hari ovulasi dan pada empat atau lima hari sebelum merupakan hari kesuburan seorang wanita selalunya bukan selepas kitaran haid anda. Jangan menjangka bahawa anda akan mengovulasi secara automatic pada hari ke 14 kitaran anda. Ini kerana kajian mendapati bahawa proses ovulasi berbeza secara dramatik bagi setiap wanita apabila ianya berlaku seawal enam hari dan selewat 21 hari pada kitaran anda.

Bagaimanakah anda boleh mengenalpasti bilakah masa anda berovulasi? Anda boleh mencuba kit ujian ovulasi dimana ianya akan memeriksa beberapa hormon di dalam air kencing anda atau buat nota tentang perubahan harian pada suhu badan basal dan mucus serviks.

5) Cari ketenangan
Tekanan dan kemurungan boleh memberikan kesan terhadap kesuburan anda. Pakar berpendapat bahawa tekanan seperti senaman berat boleh menghilangkan hormon pengeluaran menjadikan kitaran haid anda kurang tetap. Anda boleh mempelajari bagaimana untuk mengawal stress melalui teknik ketenangan atau mendapatkan nasihat daripada kaunselor atau kumpulan sokongan agar mengembalikan hormon anda semula.

6) Kerap melakukan hubungan intim dengan pasangan anda
Kehidupan harian yang sibuk telah melemahkan nafsu seks anda, adalah lebih baik jika anda melakukan hubungan seks dengan lebih kerap. Wanita yang melakukan hubungan seks (sekurang-kurangnya setiap minggu) adalah lebih baik mudah menjangka kitaran haid mereka dan mempunyai ovulasi yang normal berbanding wanita yang jarang melakukan hubungan seks.

Teori : Suami anda mengeluarkan hormon seks yang mempengaruhi sistem reproduktif. Kekerapan melakukan hubungan seks boleh menolong anda untuk cuba hamil. Bagi memberikan peluang kepada kesuburan anda adalah dengan melakukan hubungan seks setiap 36 hingga 48 jam dalam beberapa hari sebelum ovulasi. Anda mungkin boleh melakukan hubungan seks pada beberapa hari yang lain sepanjang bulan kerana melakukan hubungan seks pada beberapa hari yang tertentu akan menjadi sesuatu kewajipan kepada anda.

7) Berhati-hati dengan sebarang jangkitan
Anda perlulah berhati-hati dengan sebarang jangkitan terutama sekali pada bahagian faraj. Jangkitan faraj yang umum boleh berlaku kepada para wanita adalah Bacteria vaginanosis (BV). Tanda-tanda jangkitan tersebut ialah bau yang kurang elok dan pembuangan yang berwarna kelabu. BV yang tidak dirawat menyebabkan kelahiran pra matang, risiko keguguran yang tinggi dan ketidaksuburan. Jika anda mendapati bahawa terdapat simpton faraj seperti kegatalan, rasa terbakar, pembuangan yang tidak normal dan rasa sakit berjumpalah dengan doktor anda. Jangkitan pada bahagian pembiakan adalah sangat jarang berlaku akan tetapi adalah lebih baik jika anda sentiasa berhati-hati kerana ia boleh memberikan risiko kepada kesuburan anda.

8) Lindungilah dengan ubat-ubatan
Pil pecegahan sebenarnya boleh meningkatkan kesuburan anda. Bagi sesetengah wanita, pil tersebut adalah sangat penting untuk memelihara kesuburan anda kerana ia dapat menyimpan dua masalah yang umum iaitu endometriosis dan uterine fibroids dengan melambatkan pertumbuhan tisu uterus. Dengan endometriosis, tisu uterus tumbuh di luar uterus dan menyebabkan kejang yang menyakitkan dan selalunya akan membahayakan tiup filapio dan organ lain. Fibroids uterus adalah pertumbuhan yang boleh menjadikan kehamilan anda sukar atau mustahil. Kitaran anda akan kembali kepada corak pra pil dalam masa sebulan jika anda mula berhenti mengambilnya.

9) Jangan memandang rendah terhadap kesihatan pasangan anda.
Perkara yang sama boleh memberikan kesan kepada kesuburan anda boleh memberikan kesan kepada kesihatan reproduktif suami anda juga. Kesan kepada penghasilan sperma dan kemotilan (kebolehan untuk berenang) adalah disebabkan rokok dan diet yang lemah. Kajian mengenalpasti bahawa kerosakan kromosom di dalam sperma adalah disebabkan oleah asap rokok dan pengambilan alcohol yang berat. Bagi menolong suami anda untuk menghasilkan sperma yang sihat adalah dengan mendapatkan nutrien yang mencukupi setiap hari terutama sekali vitamin E dan C dan mineral selenium.Penghasilan sperma yang sihat akan mengambil masa lebih kurang tiga bulan jadi suami anda harus bersedia dengan lebih awal.




Klik sini jika ingin tahu tentang Set Kesuburan Shaklee.

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration


60 Sebab Sayang Bayi


Kasih sayang adalah naluri yang ada pada setiap insan yang bergelar manusia. Begitu juga dengan kehadiran bayi  yang menjadi kesayangan buat mereka yang bergelar ibu bapa. Sudah tentu, detik-detik manis bersama bayi adalah sesuatu yang mengembirakan. Jom baca 60 sebab anda sayang kepada bayi.  
  1. Bayi anda kelihatan sungguh comel apabila memakai baju yang cantik dan baru.
  2. Bayi dan anda bermain di bilik sendirian dalam suasana yang nyaman.
  3. Anda menyanyikan lagu tepok amai-amai sambil memegang tangannya.
  4. Bayi menujukkan riak wajah gembira apabila mendengar suara nyanyian anda walaupun  agak sumbang.
  5. Seharian anda gembira apabila melihat bayi anda tersenyum buat kali pertama.
  6. Anda dapat menghabiskan masa bersama bayi anda sambil menonton rancangan televisyen kegemaran anda.
  7. Bayi anda tidak kisah apa jua permainan yang diberikan kepadanya. Bayi anda sentiasa menunjukkan rasa gembirannya walaupun hanya diberi permainan kotak kecil sahaja.
  8. Anda boleh lakukan apa sahaja dengan bayi anda seperti menari sambil mendukungnya. Pastinya bayi seronok dengan gerakan ke kanan dan ke kiri.
  9. Bayi akan sentiasa tersenyum apabila melihat wajah anda. Ia pengubat duka anda.
  10. Anda bukan supermodel yang cantik dan menawan, tetapi bayi tetap suka melihat wajah anda siang dan malam.
  11. Anda tetap hebat di hati bayi anda!
  12. Rambut bayi lembut membuatkan anda suka membelainya.
  13. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh bayi adalah yang sebenar, tulus, dan murni.
  14. Wajah bayi yang begitu suci membuatkan anda suka menatapnya setiap masa.
  15. Badan bayi yang gebu membuatkan anda suka menyentuhnya bila-bila masa.
  16. Bayi menjerit kegembiraan apabila melihat kelibat anda.
  17. Tangisan bayi akan berhenti apabila anda dekat kepadanya.
  18. Anda seronok berbual dengannya walaupun bayi belum faham apa yang anda ucapkan.
  19. Bayi membuatkan anda merasakan dunia ini aman dan damai.
  20. Ciuman anda akan membuatkan bayi tersenyum dan ketawa.
  21. Sekali-sekala anda akan mengeletek badan bayi dan bayi akan menunjukkan aksi geli. Sungguh lucu sekali!
  22. Bayi bertepuk tangan dan ketawa apabila melihat anda melangkah masuk ke dalam bilik.
  23. Bayi seronok apabila anda mendukungnya.
  24. Juga siapa lagi akan membuatkan anda bangun dengan penuh bersemangat waktu pagi. Pastinya bayi comel anda!
  25. Bayi anda tersenyum semasa tidur, membuatkan anda merasakan  bayi sangat gembira dengan kehidupannya.
  26. Anda sanggup menghabiskan masa yang lama untuk melihat bayi anda tidur yang membuatkan anda merasa gembira bergelar ibu atau bapa.
  27. Pelbagai jenama pakaian dipasaran yang menawan hati anda untuk digayakan oleh bayi anda.
  28. Jika anda sedang bersedih, bayilah  ‘pengubat’ hanya dengan melihat wajah bayi yang comel ini.
  29. Sekarang masa anda banyak bersama bayi. Sungguh menyeronokkan!
  30. Sungguh bahagia selepas 30 minit melihat bayi anda menyusu badan. (Penyusuan susu ibu seelokkan dilakukan antara 15 hingga 20 minit untuk setiap payu dara kanan dan kiri.)
  31. Anda sunggup minum air dengan banyak dan makan makanan berkhasiat penambah susu dan pam susu 3 jam sekali (bagi ibu yang bekerjaya) setiap hari demi memastikan anda dapat memberikan penyusuan ibu secara eksklusif buat bayi anda. 
  32. Comelnya kaki kecil bayi! Anda meniup dan mengusik-usik di telapak kakinya.
  33. Tangan kecilnya juga comel!
  34. Bayi adalah teman terbaik untuk anda habiskan masa berjam-jam di kedai permainan kanak-kanak.
  35. Bayi anda mengajar anda menghargai masa walaupun ketika itu baru jam 5 pagi!
  36. Bayi membuatkan anda tidur awal kerana anda tertidur selepas menyusu susu badan kepadanya.
  37. Anda terlalu sibuk untuk memikirkan kesan parut selepas melahirkannya.
  38. Bayi anda akan mendengar semula lagu-lagu anda semasa bayi dulu yang  hampir anda lupa.
  39. Bayi anda sudah boleh makan. Walaupun wajahnya comot. Bayi anda tetap comel!
  40. Bayi anda menunjukan keseronokkan semasa anda memandikannya.
  41. Bau wangi badan bayi selepas mandi cukup menyenangkan anda.
  42. Anda sanggup mencari mandian yang terbaik untuk bayi kerana kulit bayi begitu sensitif dan lembut.
  43. Bayi anda memberikan senyuman semasa anda melakukan urutan padanya.
  44. Anda tersenyum puas apabila bayi memandang ke arah ibu bapa anda yang kini sudah bergelar datuk dan neneknya.
  45. Walaupun badan anda letih, tetapi tetap luangkan masa untuk membacakan buku cerita kanak-kanak kesukaan bayi anda berulang kali.
  46. Walau apa yang berlaku dalam kehidupana anda, bayi tetap memikirkan anda yang terbaik dalam kehidupannya.
  47. Gerakkan badan dan cara bayi merangkak atau membalingkan telefon kesayangan anda, semua itu anda anggap sebagai penerokaan buat bayi anda.
  48. Anda mejerit kegembiraan apabila melihat bayi anda sudah boleh meniarap.
  49. Bayi membuatkan anda berasa diri hebat, kuat dan tahan lasak yang anda tidak sedari sebelum kelahirannya. 
  50. Anda menjadi penenang buat bayi dengan memeluk eratnya yang menangis setelah diberi suntikan imunisasi.
  51. Gelagat bayi anda memasukkan jari kaki ke mulut, tampak comel sungguh!
  52. Bayi anda sakit. Kekuatan supermum anda terserlah!
  53. Anda menjaga bayi dengan penuh berhati-hati kerana dia masih kecil.
  54. Anda menjadi seorang yang cerewat untuk membeli segala kelengkapan bayi supaya bayi selesa dan selamat dalam jagaan anda.
  55. Wajah bayi seiras anda  dan suami. Anda tersenyum apabila ada teman berkata, “Mata bayi seiras seperti kamu.”
  56. Setelah minum susu, anda akan sendawakan bayi.  Arrrr! Sungguh comel bunyi sendawa daripada permata hati anda yang kecil ini. 
  57. Bayi mengajar anda menjadi seorang yang tidak pentingkan diri sendiri. Walaupun anda letih, anda tetapi memberi tumpuan kepada perkara asas bayi.
  58. Anda dapat melihat kehebatan suami anda apabila sanggup menyalin lampin bayi. Biarpun dia tidak dapat menandingi anda tetapi dia berjaya menyalin lampin tanpa bayi menangis.
  59. Anda dan suami tidak sabar untuk melihat perkembangan bayi setiap bulan.
  60. Anda, suami dan bayi menjalani kehidupan yang harmoni sebagai sebuah keluarga.
(Sumber: Majalah Pa&Ma Februari 2013)

Punca dan Cara Mengatasi Masalah Air Kencing Kotor Bagi Wanita Hamil

Masalah yang selalu terjadi pada ibu-ibu hamil.Air kencing kotor boleh menyebabkan buah pinggang kita rosak danboleh menyebabkan kematian..wanita hamil jugak berisiko mengalami kelahiran awal danbayi mengalami masalah berat badan.Apa punca sebenar air kencing kotor



Punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit faraj atau lubang dubur.kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi kencing,ia membiak dan terus ke buah pinggang.wanita hamil mudah mendapat kencing kotor keranaselain ureter yang pendek perubahan hormon juga akan mempengaruhi.sewaktu hamil otot saluran kencing sangt lemah dan menyebabkanianya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.dalam waktu yang sama rahim semakin membesar danianya membuatkan air kencing tak keluar dengan sempurna atau sepenuhnya.air kencing yang tak dapat dikeluarkan mengandungi kumandan kuman tu akan membiak.bagaimana mencegah kencing kotor??
~bagi wanita hamil dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk rawatan.~minum banyak air putih.6-8 gelas sehari.~terus buang air kecil jika terasa hendak kencing.~selepas buang air kecil biasakan mengelap dari depan ke belakang  untuk mengelak kan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.~sebelum melakukan hubungan seks buang air kecil dahulu dan cuci dengan bersih.~tukar tuala wanita dengan kerap.~kurangkan minuman manis dan berkafein.

sumber:drzubaidi.com

Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

Ahad, 27 Oktober 2013

Pneumokokal Ancam Kanak Kanak

Pneumokokal ancam kanak-kanak

cegah kanak-kanak dari pneumokokal

Mungkin ramai pernah mendengar perkataan pneumokokal, namun tidak semua yang tahu apa pneu- mokokal itu sebenarnya. Ramai yang kurang prihatin terhadap masalah penyakit penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak. Antara penyakit berjangkit dan kematian utama di kalangan kanak-kanak yang semakin disedari di seluruh dunia ialah pneumokokal (PnD).

Apa itu jangkitan Pneumokokal?

Penyakit pneumokokal adalah disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga. Ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru dan radang selaput otak.


Anggaran yang dibuat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu turut mendapati, setiap tahun penyakit itu menyebabkan kematian lebih sejuta kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah di negara membangun.

Bakteria s. pneumoniae menyebabkan penyakit yang mengancam nyawa seperti pneumonia, meningitis dan bakteremia (keracunan darah) dan juga otitis media (jangkitan bahagian tengah telinga).
Apakah yang menyebabkan jangkitan Pneumokokal?
Kuman penyebab penyakit ini ialah Streptococcal pneumoniae atau Pneumokokus yang terdapat dalam lapisan hidung dan tekak orang yang sihat (pembawa kuman). Kuman ini boleh merebak melalui batuk dan orang yang berada di persekitaran secara langsung.



cegah kanak-kanak dari pneumokokal
Gambaran X-ray yang menunjukkan paru-paru yang mengalami pneumonia.


Dianggarkan kira-kira 60 peratus kanak-kanak tadika dan prasekolah juga menjadi pembawa bakteria pneumokokus yang boleh disebarkan kepada kanak-kanak lain dalam pergaulan harian di tadika atau taman asuhan.
Apakah ada vaksin dan bagaimana ia diberikan?
Vaksin terdahulu ialah pneumococcal polysaccharide vaccine (PPV) yang mengandungi 23 antigen pada lapisan yang telah ditulenkan. Vaksin yang terbaru ialah pneumococcal conjugate vaccine (PCV) yang telah diubahsuai dengan menggabungkan 7 lapisan kapsul polisakarida yang telah ditulenkan dan setiap satunya digabungkan dengan toksin difteria yang telah di nyah aktifkan, untuk mempertingkatkan keberkesanan vaksin ini. Polisakarida adalah kandungan gula kompleks yang merupakan sebahagian daripada kuman bakteria itu sendiri. Vaksin ini harus diberikan melalui suntikan ke dalam otot.



cegah kanak-kanak dari pneumokokal

PCV boleh diberikan pada usia 2, 4 dan 6 bulan, manakala dos ke 4 diberikan pada usia antara 12 hingga 15 bulan. PCV atau PPV boleh diberikan kepada kanak- kanak berusia 2 hingga 5 tahun.

Siapa yang patut menerima vaksin ini?

Ibubapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada bayi-bayi mereka yang sihat. Vaksin ini adalah disarankan untuk kanak-kanak yang mengalami daya tahan badan yang lemah termasuklah mereka yang telah menjalani pembedahan pembuangan limpa atas sebab-sebab tertentu, contohnya seperti pesakit Talasemia


Mencegah pneumokokal dengan Shaklee


Sebagai ibubapa kita boleh mencegah pneumokokal dengan meningkatkan tahap imunisasi anak kita. Anak-anak saya dari umur 1 tahun lagi telah diberi vitamin shaklee seperti Nutriferonvitamin Kanak2 bagi memelihara kesihatan mereka. Ini hanya sebagai langkah-langkah pencegahan atau menambah sistem imun mereka dari peringkat awal. Jadi, apa yang perlu kita buat ialah jaga pemakanan mereka serta cegah awal penyakit-penyakit biasa atau berjangkit ini dari awal.

credit - superbvitamin



Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Vitamin Shaklee Untuk Cegah Tonsil


Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

  • Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
  • Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
  • Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Apa Itu Radang Tonsil

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jangkitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah Penyebab dan Gejala Tonsil

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara Gejala Radang Tonsil
  • Sakit tekak yang kadang-kadang teruk
  • Tidak boleh menelan atau sakit bila menelan
  • Demam yang kadang-kadang sangat tinggi
  • Sakit kepala dan sakit-sakit badan
  • Suara garau atau hilang suara
  • Kadang-kadang ada bengkak pada leher
  • Mulut berbau busuk
  • Berdengkur waktu tidur
 Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Rawatan Tonsil

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration