Kenapa Perokok Perlukan vitamin C yang banyak ?

By Zahirah Dzahir - 9/20/2013 12:40:00 PTG

Jika anda seorang perokok, adalah PERLU untuk melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negatif akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti vitamin B, vitamin C, D dan E akan ’hilang’ dengan merokok. Vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit.

rokok Vitamin Untuk Perokok (Para isteri jika sayangkan suami anda...sila baca!)

Kenapa perokok perlu Vitamin C lebih banyak ?

hal ini penting kerana pada seorang perokok semakin banyak rokok yang dihisap maka semakin banyak pula vitamin C yang hilang dari dalam rangkaian dan darah . Misalnya 1 batang rokok dapat menghilangkan sekitar 25 mg vitamin C yang sepatutnya diserap tubuh , itulah kenapa orang yang merokok memerlukan vitamin C lebih banyak lagi untuk melawan kerosakan sel dan mencegah timbulnya pelbagai penyakit akibat merokok seperti jantung , paru - paru , kanser , strok dan lain-lain .

Menurut pelbagai kajian perokok perlu mengambil tambahan vitamin C berbanding mereka yang tidak merokok , perokok lelaki  harus mengambil 125 mg vitamin C per hari , sedangkan perokok perempuan 110 mg setiap hari dari keperluan normal vitamin C per hari yang diperlukan tubuh kita yaitu sekitar 60-90 mg . Tambahan tersebut diperlukan untuk menjangka kehilangan vitamin c akibat merokok .

Selain memberikan banyak manfaat bagi perokok , dengan mencukupi keperluan vitamin C juga sangat bagus bagi kesihatan tubuh kita seperti meningkatkan kekebalan tubuh , menangkis serangan virus influenza , kawalan tekanan darah , menurunkan tahap stress , cegah stroke , anti kanser dan lain-lain. Kandungan vitamin C sangat mudah dijumpai pada buah - buahan dan sayur-sayuran semulajadi . Diantaranya adalah Brokoli , lada , jambu biji , strawberry , tomato , mangga , oren dan lain-lain

Penggunaan tambahan Vitamin c bukan bermakna membuat anda kebal terhadap kesan buruk merokok , tetapi hanya menghalang agar kerosakan akibat racun rokok tidak berkembang dengan cepat dan sangat disyorkan bagi anda seorang perokok untuk secepat mungkin mengurangkan hingga berhenti merokok kerana pengaruhnya sangat buruk bagi diri anda , keluarga dan persekitaran sekitr .

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!