Kesuburan - Perkara yang Perlu Dielakkan Jika Ingin Hamil

By Zahirah Dzahir - 9/02/2013 07:09:00 PTG

Seperti yang kita semua sedia maklum, rezeki anak adalah daripada Allah S.W.T. Selain dari doa yang tak pernah putus agar dikurniakan cahaya mata, pengambilan supplemen juga merupakan salah satu daripada usaha kita untuk meningkatkan tahap kesuburan dan kesihatan kita. Itu yang perlu ye, yang tak perlu atau patut dielakkan pun kena ambil tahu juga. Kali ni, saya akan berkongsi dengan anda antara perkara-perkara yang patut dielakkan atau dikurangkan jika anda sedang mencuba untuk hamil :

  •  KAFEIN 
Kurangkan atau pendek kata elakkan la daripada minum/ pengambilan kafein, kerana kadar pengambilan kafein yang tinggi boleh mengurang kesuburan wanita.
Salah satu kajian mendapati pengambilan satu cawan kopi sehari boleh mengurangkan separuh kadar kesuburan.



  •  DADAH / UBAT-UBATAN SINTETIK 
Ubatan sintetik seperti sesetangah pil penahan sakit dan antibiotik boleh menurunkan kadar kesuburan.
Ubat penahan sakit contohnya akan menyebabkan ovulasi terganggu dan mengganggu sistem imun tubuh. Ubat antihistamin pula dikatakan akan mengganggu pembentukan sperma dan mengeringkan rembesan servik. Dadah terlarang seperti Marijuana, kokain dan sebagainya boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan merosakkan otak bayi.

  • NIKOTIN 
Ramai dah sedia maklum kesan nikotin kepada bayi yang dikandung (seperti keguguran, kecacatan dan berat badan kurang semasa dilahirkan). Tapi mungkin tak ramai sedar nikotin juga boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun dan mengurangkan peluang untuk hamil.
  • ALKOHOL
Tidak boleh diambil sama sekali oleh Muslim kerana pengambilan alkohol yang sangat tinggi boleh menyebabkan kecacatan. Selain itu, ia mengganggu keseimbangan hormon termasuk hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi.

  •  MANDIAN AIR PANAS 
Suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti sperma. Elakkan berendam terlalu lama dalam mandian air panas atau laraskan kepada suhu yang lebih rendah.
  • PEMBERSIH ALAT SULIT WANITA 
Cucian yang terlalu kerap boleh 'mengeringkan', mengurangkan cecair serviks dan mengubah pH vagina seterusnya boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvik yang boleh menjejaskan kesuburan.
  •  DIET 
Elakkan mengawal diet secara ekstrem ketika cuba untuk hamil. Ia akan mengganggu sistem tubuh dan hormon anda, seterusnya mengurangkan kesuburan.
  • BERAT BADAN TIDAK IDEAL 
Jika anda kurang berat badan (underweight) disebabkan pemakanan tak seimbang atau terlalu aktif - kitar haid akan terganggu kerana 22% lemak badan diperlukan untuk ovulasi yang normal dan kesihatan reproduksi. Berat badan berlebihan (overweight) boleh mengubah hormon secara kimia dan menghalang proses kehamilan.
  •  PEMAKAIAN SELUAR DALAM YANG KETAT 
Testikel lelaki perlu berada pada suhu yang lebih rendah dan tidak boleh dibiarkan berada dalam suhu yang tinggi. Memakai seluar dalam ketat mungkin boleh mengganggu kesihatan reproduksi lelaki.
  • TERLALU AKTIF BERSUKAN/AKTIVITI FIZIKAL 
Ahli sukan wanita didapati kerap mengalami masalah kesuburan akibat kitaran haid yang tidak normal.Jika anda seorang yang sangat aktif bersukan/ melakukan aktiviti fizikal/ aktiviti ekstrem, berbincanglah dengan doktor mengenai kesannya terhadap kesuburan sekiranya ada.
Sealamat Mencuba


  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!